Tuesday, February 23, 2010

:: Jalan-jalan Balik Kampung - Bhg. 2 ::

Hari CNY tu, selepas Asar kami bertolak ke KB dari rumah mokcik. Kami bajet sampai dalam pukul 6.30 petang, tapi nampaknya tak kesampaian kerana perjalanan masuk ke bandar KB dikekang oleh kesesakan jalanraya. Destinasi kami petang itu adalah PCB. En. hubby ada majlis reunion kawan sekolahnya. Sebetulnya reunion seawal jam 4 petang lagi, tapi kami mendapat kelonggaranla sikit. Lagipun majlis akan berlangsung sehingga tengah malam (kononnya...). Alih-alih dek kerana kesesakan itu, kami sampai di PCB waktu sudah menjelang Maghrib. Pun kami terlajak masuk sampai ke Perdana Resort, rupa-rupanya si Awi(tuan perancang majlis) sewa banglo yang berhadapan betul-betul Perdana Resort. Yang kami ni ingatkan majlis tu buat kat dalam resort hihihi...

Anak-anak siap berangan nak mandi kolam...yang ado. Jawabnya mandi dalam bilik air saja le. Wahhh... masa sampai tu en.hubby berpeluk sakanlah dengan kawan-kawannya, almaklumlah dah lama tak jumpa. Kesemua yang hadir tu rata-ratanya memang asal negeri Cik Siti Wan Kembang, en.hubby saja orang Terengganu. En.hubby nikan anak polis, zaman kecil-kecil dulu kerjanya merantau ajelah, itu yang tercampak kat negeri K tu. Lama juga en.hubby bermastautin di sana lebih kurang 14 tahun. Itu jugalah ramai kawan-kawan dia ore Kelate.

Berbalik pada reunion tu, saya dan anak-anak terus masuk dalam rumah... sambil tu berkenalanlah dengan mem-mem pula. Ehhh... malu-malu kucing le pula saya ni, lagipun saya ni memang pemalu ahaks! Segan tak tentu hala jadinya saya. Nak selamat diri, terus ajak anak-anak masuk bilik, yelahkan waktu Maghrib dah makin lanjut (alasan). Alih-alih, elok saja masuk bilik dan saya pun suruh si abang tutup pintu bilik... jeng..jeng..jeng...tiba-tiba pintu tu dah tak boleh dibuka semula. Kami terkunci di dalam bilik huhuhu. Puas dicuba, tak boleh-boleh juga wahhhh... macamana ni? Kebetulan masa tu en.hubby dan kawan-kawan dah pergi ke masjid berdekatan untuk bersolat Maghrib. Terpaksala dengan sabarnya saya dan anak-anak menunggu. Lebih tragis, nyamuk punyalah banyak. Sementara menunggu sang penyelamat, kami anak-beranak buat aktiviti menampar nyamuk... besar-besar pula tu. Akhirnya... setelah bermacam cara yang lebih lemah-lembut untuk buka pintu masih tidak berjaya, maka terpaksale dipecahkan pintu itu dengan sedikit aksi ganas. Siapa pula hero yang ganas tu? Hah! sudah semestinya le en.hubbyku sayang...hehehe... Alhamdulillahhh... dapat juga kami keluar. Bila diingat-ingatkan balik, kelakar ada, malu pun ada juga. Sudahle baru berkenal-kenal, belum tahap mesra alam lagi, dah jadi macam ni pula, tak tahu nak bereaksi macamana...

Lepas insiden tak diingini tu, saya pun mandikan anak-anak, siap-siap semua untuk acara berbarbecue pula. Ini aktiviti yang best ni, sebabnya semuanya segar-segar dan manis-manis belaka...dari ikannya, udangnya, sotongnya...ayam pun ada. Puas makan. Waktu makan ni memang la seronokkan tapi yang payahnya tu bila berkumpul dengan mem-mem yang semuanya asal negeri K nih. Diorang sembang dialek sana, yang saya ni dok ternganga, tersengeh la jawabnya... tak berapa nak faham. Tapi yang pelik ni, si abang tu sekejap saja dah boleh berkawan dengan anak-anak kawan en.hubby yang lain. Siap boleh duduk makan bersama lagi, tak perlulah ibu ni haaa. Sampai ke tengah malam bebudak tu dok bergelak, bermain sakan. Kumpulan abah-abah ni tak usah cerita la, kalau nak ikut sampai esok siang pun tak habis cerita. Dah lewat tengah malam barulah selesai acara, berkemas segala.Yang rumah dekat-dekat situ tu, balik tidur rumah sajalah, tinggallah kami anak-beranak dengan keluarga si Awi tidur kat banglo. Tak terfikir dah nak ambil sebarang gambar pun masa malam barbecue, badan dah penat, dengan insiden tak disangka-sangka lagi, habis lupa. Satu lagi pasal si abang, balik rumah dia asyiklah dok cuba bercakap dialek Kelantan. Jadi pelik bunyinya. Agaknya kalau duduk seminggu dua kat sana, sah-sah dah boleh kecek Kelate.

Awal pagi esoknya tu kami bangun dan keluar bersarapan di restoran berdekatan. Sarapan pagi kami ada yang makan nasi kerabu, nasi dagang. Kalau balik Pantai Timur, itu sajalah menu sarapan yang best. Selepas sarapan maka berpisahlah kami dengan Awi dan keluarga dengan lagi satu rancangan reunion yang akan dibuat pada bulan Jun nanti di Cameron Highland... insyaallah kalau tidak ada berhalangan.

Lepas itu en.hubby bawa kami berjalan-jalan ke Bandar KB. Kami ke pasar Siti Khadijah. Tak ada beli apa-apa pun di sana, hanya sedikti ole-ole untuk rakan pejabat. Puas pusing-pusing pasar kami terus balik KT. Petangnya en. hubby bawa anak-anak main tepi pantai. Wahhhh seronok bukan mainla budak-budak tu. Mula-mula konon nak jejakkan kaki saja dalam laut.... tup-tup tengok dah basah kuyup. Sabar jelah budak-budak nih. Dah Maghrib baru balik rumah.




Masuk bandar KB yang sibuk, terpaksa parking kereta agak jauh dari pasar. Kena berjalan sikit la, itu yang muka masing-masing lain macam saja, dok tahan panas.

Pasar Siti Khadijah

En. hubby bawa ronda-ronda tengok sekolah lama dia, SMIP.

Perjalanan balik dari KB ke KT...melalui jalan yang menampakkan kawasan rumah Tuan Guru Nik Aziz. Dalam gambar tu bangunan sekolah agama TG.

Singgah juga di pantai Seri Bayu dekat Tok Bali walaupun tengahari rembang. En. hubby beli jagung bakar, beli juga buah tembikai (biasa la anak beranak suka buah). Lupa pula nak ceritaa, waktu di pasar Siti Khadijah pun en.hubby sempat beli buah pauh (mangga/mempelam).

Petang-petang main air di pantai Batu Rakit.

Kami balik Puchong keesokkannya. Walaupun tak lama kami di kampung, cukuplah buat mengubat kerinduan tok dan tok abah kannn....

Dalam perjalanan balik, singgah di M bandar Kerteh makan tengahari. Kami sampai Puchong dah hampir jam 6 petang.

No comments: