Monday, December 27, 2010

:: Sibuk? Malas? ::

Sebenarnya banyak perkara juga yang ingin diceritakan. Namun hati tidak selari dengan keinginan. Hati berkobar-kobar ingin mencurah cerita namun keinginan menolak-nolak... nantilah, tunggulah masa yang lapang-lapang, tengoklah kalau rajin (asyik berbolak-balik antara rasa hati dan keinginan).

Hendak dikatakan sibuk, tidak juga, malas? ya mungkin sedang mempengaruhi jiwa dan fikiran. Tambahan diri sedang mengulit senaskah buku maka rasa untuk membuat lain-lain perkara terasa wajar untuk ditangguhkan dahulu. Begitulah diri, andai sedang mengulit dan menelek benda yang sangat dicintai ini... harus perkara-perkara lain diabaikan.

Saya menunggu untuk habiskan naskah yang satu ini, kemudian baru saya kembali. Saya harus kembali untuk mencatat segala perkara yang saya dan keluarga lalui. Ini semua untuk coretan kenangan peribadi, tiada yang lebih dari itu. Coretan kenangan ini akan menjadi sebuah nostalgia dalam kehidupan, dan andai ada waktu-waktu untuk mengimbau kembali nostalgia itu nah! di sinilah ruang khazanahnya yang tersimpan.

Thursday, December 16, 2010

:: Penuhi hajat ::

Baru sahaja menyiapkan puding triffle untuk en.hubby bawa ke pejabat esok. Sebenarnya ia adalah permintaan khas seorang rakan pejabat en.hubby yang sedang mengandung.

Mudah sahaja untuk membuatnya... bahan-bahannya pun mudah untuk dicari, malah tidak pula mengambil masa yang agak lama untuk membuatnya. Jadi apalah salahnya sesekali memenuhi hajat orang yang teringinkan... lagipun saya tolong buat sahaja, kosnya en.hubby tanggung beresss...hehehe...

Bila dah siap tadi, huisshhh!! nampak sedap pula. En.hubby tanya, tidak adakah untuk ditinggalkan di rumah? Hmmm... nampaknya betul-betul bukan rezeki kita ye en.hubby sebab bahan-bahan yang kita beli semalam hanya cukup untuk satu bekas sahaja. Kita buat lain kali saja ye...

p/s : gambar triffle di atas adalah gambar lama. Yang baru siap tadi malas nak snap, walaupun ia nampak lebih menarik dan menggoncang kalbu

Tuesday, December 14, 2010

:: Nasi lemak atas pagar ::

Pukul 7 pagi tadi, kami anak-beranak masih di bilik atas sedang bersiap-siap. Tiba-tiba kedengaran nada menandakan ada mesej masuk di telefon en.hubby. Nada itu saya abaikan saja sambil meneruskan kerja menyiapkan si adik.

Ok... dah siap untuk turun ke bawah. Dengarle suara en.hubby dok membebel-bebel...tidaklah tahu apa halnya. Saya pun bertanya...

s : kenapa bah?

h : ni... remy ni mesej apa entah. nasi lemak atas pagar...

s : pagar mana? (masih blur dan tak faham)

h : jangan tanya le pagar mana! (nada macam nak angin je)

Malas untuk memanjangkan kisah yang saya sendiri sebenarnya tidak faham, terus angkat beg-beg jalan menghala ke pintu hadapan. Lepas pintu dibuka.... tiba-tiba saya nampak satu bungkusan plastik merah jambu tersangkut baikkkkk saja di pintu pagar.... Ohhh inilah alkisahnya... nasi lemak atas pagar... en. remy bagi

Syukur alhamdulillahhhh...moga en.remy sekeluarga dimurahkan rezeki ye insyaallahhhh...

Monday, December 13, 2010

:: Kak Limah Ngankung ::

Ya...layan 2 cerita sekaligus. Mula-mula hari Jumaat, pergi tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan kawan-kawan pejabat. Perghhh...pecah perut habis hahaha... Kita abaikanlah aspek-aspek tak ada logikanya itu. Sebabnya cerita ini benar-benar hanya untuk menghiburkan. Tapi rasanya lagi oklah dari Zombie Kampung Pisang dulu tu.

Jumaat petang, balik rumah sibuklah cerita dengan en.hubby pasal hantu kak limah. Tiba-tiba en.hubby terus ajak tengok esoknya. Kami marathon tengok 2 filem terus hihihi... lepas Hantu Kak Limah Balik Rumah sambung pula tengok filem Ngankung. Filem ini beri banyak pengajaran juga terutamanya buat orang Melayu yang suka sangat beli beli nombor ni. Realitinya memang begitukan... Filem ini memang ada pengajaran, ada sindiran... kita yang tengok fikir-fikirlah sendiri.

Saya memang terhiburlah tengok 2 filem ini. Sakit perut asyik dok gelak sahaja. Kepala yang serabut, yang tension pun habis semua boleh release....hahaha...layannnnnnzzzz

Monday, December 06, 2010

:: Selamat Tahun Baru Hijrah ::

Selamat menyambut 1 Muharam 1432H. Selamat tahun baru kepada seluruh umat Islam seantero alam... Apa azam baru kita ya?

Insyaallahhhh.... setiap tahun saya berharap untuk menjadi manusia yang lebih baik. Berharap semoga diberkati sepanjang kehidupan ini. Macamana untuk mendapat keberkatan itu?

Ya... hijrah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik.
Dari kurang mengingatiNya... semakin berusaha untuk dekat denganNya.
Mencukupkan segala amalan yang masih banyak kekurangannya....
Menjadi manusia yang lebih bersyukur dengan segala nikmatNya...

Semoga Allah akan memberkati segala-galanya.... insyaallah...

:: Cuti-cuti masuk jawi ::

Saya bercuti empat hari dari Sabtu sampai Selasa.... balik KT untuk menyaksikan hari bersejarah si abang. En. hubby tidak dapat ikut bersama kerana terpaksa outstation ke Perlis (rugi tau abah...hehehe). Saya balik KT berdua dengan adik menaiki bas hari Jumaat malam. Sepanjang perjalanan adalah penuh dengan debaran sebab bas dipandu dengan kelajuan yang sangat menggila. Bayangkan...bas bertolak jam 9.30 malam dan sampai pada jam 4.15 pagi keesokkannya (dulu-dulu sampai dekat nak Subuh)... Terkejut tok dan tok abah bila saya telefon...dah hampir tiba di stesen bas KT.

Sampai di rumah mertua, tidak dapat berehat lama. Kami bersiap-siap untuk ke Pusat Kesihatan Pelajar Unisza kerana pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi. Pagi itu hujan lebat mengiringi perjalanan kami. Si abang mendapat giliran kedua berkhatan.... jeng jeng jeng...




Seramai 30 orang peserta program yang akan menjalani upacara berkhatan. Majlis dimulakan dengan acara solat sunat hajat... memohon keberkatan dariNya untuk kelancaran majlis. Kemudian sedikit tazkirah oleh ustaz dari Unisza untuk para jemputan dan ibubapa. Selepas tazkirah dan taklimat oleh Pengarah Pusat Kesihatan Pelajar Unisza.... para jemputan menikmati juadah minum pagi sebelum acara berkhatan dimulakan.





Bilik berkhatan yang disediakan adalah untuk 2 orang peserta sekaligus. Jadi yang nombor satu dan si abang dalam satu biliklah. Tapi si abang menjadi yang pertama yang selesai dikhatankan. Syukur alhamdulillah... segalanya berlaku dengan selamat dan jayanya walau dalam gementar si abang. Yang paling kelakar... ada seorang jururawat pelatih yang menjadi pembantu doktor semasa abang dikhatankan telah jatuh pengsan kerana tidak dapat menahan tengok darah hahaha... kesian...macamana nak jadi jururawat ni...







Sesungguhnya dalam hujan lebat itu... ada rahmat dariNya...

Saturday, December 04, 2010

:: Selangkah Ke Alam Dewasa ::

Kehadapan anakku yang dicintai...


Tahukah dikau bahawa hari ini adalah hari bersejarah buatmu?

Meski usiamu masih setahun jagung...

Meski masih belum kenal hakikat kehidupan duniawi sebenar...

Dikau kini sudah selangkah menuju ke alam lebih dewasa...


Duhai anak...

Ketahuilah dikau... bahawa ia juga saat bersejarah buat ibumu...

Telah tercatat dalam sejarah peribadi ibumu...

Menyaksikan sendiri saat-saat itu...

Dan ibu sangat bangga denganmu


Anakku sayang...

Andai terasa sakit...maka bertahanlah

Ianya hanya untuk sementara...

Ketahuilah ia bahawa ini adalah kewajipan

Ia wajib bagi setiap umat Islam...


Anakku...


Islam sangat mementingkan kesucian...

Suci dan ibadah...saling berkaitan wahai sayang...

Maka apa yang dilakukan olehmu ini...

Adalah untuk memelihara kesucian...

Lalu ibadahmu pun akan terpelihara...


Anakku...

Sudah menjadi tanggungjawab ibu dan abah...

Membimbingmu untuk mengenali dan mendekatiNya...

Semoga dikau akan menjadi lelaki yang taat kepadaNya...

Menjadi lelaki yang menjadi pelindung bagi setiap wanita...

Menjadi lelaki yang akan mempertahankan agamanya...

Dan mulia disisiNya...

Seperti namamu wahai sayang... Muhammad Izzuddin....kemuliaan agama

Thursday, December 02, 2010

:: 2B? ::

Topik Hot Chat(HC) di Hot FM pagi ini agak sensitif bagi sesetengah orang kan... hehehe...

Kebiasaannya, perjalanan ke pejabat di awal pagi adalah sangat menghambarkan. Maklumlah, mood segar belum terjana, maka suasana sepi dan sunyi menghuni ruang dalam kereta. Masing-masing tidak ada rasa untuk berbual-bual apa lagi nak bergelak ketawa.

Tiba-tiba hari ini, ruang sepi itu telah terpecah dengan gelak ketawa isteri dek terkejut dengan topik HC yang bakal dibincangkan. 2B? hahahaha.... memang tidak dapat menahan diri dari terus ketawa...2B yang bermaksud...Botak dan Buncit...yang melanda sebahagian lelaki-lelaki yang telah berkahwin huhuhu.... Hishhh... memang terkena betul dekat suami kepada si isteri tadi. Sebab itulah si isteri boleh tergelak sakan.

Sayangnya...si isteri tidak dapat untuk terus mengikuti perbincangan topik hangat itu memandangkan kereta sudah tiba di perkarangan pejabat. Tapi seronok juga si isteri mengusik-usik sang suami sampai sang suami terus sentap. Siap sempat memanah jelingan bermakna pada si isteri... lepas itu, tangan itu laju sahaja menekan butang mute pada radio....hahaha...

Isu sensitif ini tidak dapat diulas lanjut...cukuplah usik-mengusik manja di pagi Khamis yang indah ini. Biarlah apa sahaja perubahan fizikal yang bakal berlaku.... namun kasih sayang si isteri kepada sang suami tetap sama seperti dulu-dulu...