Monday, December 06, 2010

:: Cuti-cuti masuk jawi ::

Saya bercuti empat hari dari Sabtu sampai Selasa.... balik KT untuk menyaksikan hari bersejarah si abang. En. hubby tidak dapat ikut bersama kerana terpaksa outstation ke Perlis (rugi tau abah...hehehe). Saya balik KT berdua dengan adik menaiki bas hari Jumaat malam. Sepanjang perjalanan adalah penuh dengan debaran sebab bas dipandu dengan kelajuan yang sangat menggila. Bayangkan...bas bertolak jam 9.30 malam dan sampai pada jam 4.15 pagi keesokkannya (dulu-dulu sampai dekat nak Subuh)... Terkejut tok dan tok abah bila saya telefon...dah hampir tiba di stesen bas KT.

Sampai di rumah mertua, tidak dapat berehat lama. Kami bersiap-siap untuk ke Pusat Kesihatan Pelajar Unisza kerana pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi. Pagi itu hujan lebat mengiringi perjalanan kami. Si abang mendapat giliran kedua berkhatan.... jeng jeng jeng...




Seramai 30 orang peserta program yang akan menjalani upacara berkhatan. Majlis dimulakan dengan acara solat sunat hajat... memohon keberkatan dariNya untuk kelancaran majlis. Kemudian sedikit tazkirah oleh ustaz dari Unisza untuk para jemputan dan ibubapa. Selepas tazkirah dan taklimat oleh Pengarah Pusat Kesihatan Pelajar Unisza.... para jemputan menikmati juadah minum pagi sebelum acara berkhatan dimulakan.





Bilik berkhatan yang disediakan adalah untuk 2 orang peserta sekaligus. Jadi yang nombor satu dan si abang dalam satu biliklah. Tapi si abang menjadi yang pertama yang selesai dikhatankan. Syukur alhamdulillah... segalanya berlaku dengan selamat dan jayanya walau dalam gementar si abang. Yang paling kelakar... ada seorang jururawat pelatih yang menjadi pembantu doktor semasa abang dikhatankan telah jatuh pengsan kerana tidak dapat menahan tengok darah hahaha... kesian...macamana nak jadi jururawat ni...







Sesungguhnya dalam hujan lebat itu... ada rahmat dariNya...

No comments: