Perjalanan menaiki bot ke Pulau Manukan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sekali lagi kekaguman kepada Allah s.w.t kami panjatkan kerana keindahan yang sangat luar biasa yang dapat kami nikmati. Walaupun dalam panas terik, keindahan pulau, lautan di perairan Sabah masih kelihatan sangat cantik dan indah.
Sampai di jeti pulau, kelihatan dengan jelas pelbagai jenis ikan laut berenang-renang berkumpul dengan sangat banyaknya...subhanallahhhh... cantik.
En. Hubby geram saja tengok, tapi papan tanda ‘Tidak dibenarkan memancing’ sudah terang-terang terpampang. Kalau tidak rasanya dah lama dah jadi port memancing.
Untuk masuk ke pulau ini juga ada bayaran yang dikenakan. Anak-anak waktu ini sudah membayangkan keterujaan untuk bercanda mandi-manda di pantai. Biarlah cuaca panas terik membahang semua itu tidak menjadi halangan. Tapi, nasib adik agak tidak baik sebab tak sampai 5 minit menyelam dalam air laut, dia sudah terkena sengatan sang obor-obor.
Patutlah tadi ada seorang tourist guard pesan pada saya supaya berhati-hati, sebabnya waktu kami kesana tu sedang musim obor-obor. Hmmm....potong stim betullah. Habis merah-merah paha si adik penangan obor-obor. Mujur juga saya bawa first-aid kit, sapukan dia krim antibiotik. Itupun dia dah nangis-nangis sebab pedih... yelahkan... luka kalau dah kena air masin mau tak pedih. Dan-dan tu jugaklah dia dah tak nak mandi pantai, hanya main di gigi-gigi pantai saja... sama macam ibunya yang memang tak berani dengan air ni hehehe...
Kerana bimbang dengan sengatan sang obor-obor, acara mandi pantai pun tidak boleh nak lama-lama sangat. Si abang dah siap muncung panjang bila abahnya ajak jalan-jalan pusing pulau. Dia rasa tak puas mandi le tu, tapi nak buat macamanakan... kami lebih bimbangkan keselamatannya jadi harus juga bertegas.
Pulaunya tidaklah begitu besar jadi sekejap saja dah habis pusing, ambil-ambil gambar sementara menunggu en. Bot datang ambil kami. Waktu balik dalam bot, si adik boleh siap tidur, air liur siap meleleh lagi...letih sangat agaknya. Memang kena gelak dengan abang habis-habisan le...hihihi...
Sampai Jesselton Point, terus cari tempat makan. Masing-masing dah letih, ditambah dengan kepanasan lagi, kami beli tapau saja balik makan di hotel. Anak-anak boleh sambung mandi lagi kat dalam bilik hotel... lepas geram hahaha... Yang ibu dan abah, buat apa lagi...buat taik mata le. Perut dah kenyang, badan dah letih...apa yang lebih sedap lagi kalau bukan berulit di tempat tidur hahaha...
Cerita pasal mandi... di hotel yang kami duduk ni sebenarnya ada kolam juga. Tapi dari awal-awal lagi kami tak bagitahu anak-anak pun. Walaupun diorang dok sibuk tanya, kami buat tak tahu saja. Petang waktu ibu dan abah dok sedap-sedap tidur tu, si adik dalam diam-diam lepas berendam dalam bilik air dok panjat kerusi mengintai keluar tingkap. Mujurlah dia tak pandai nak buka tingkap tu, kalau tak, mau dijenguknya keluar...makaihhh...bahaya betul budak ni. Tup-tup dalam dok mengintai keluar tu dia sudah nampak itu kolam mandi hahaha.... riuh-rendah dia buat hebahan rancangan kat abang dia. Lepas tu dua-dua sibuk melalak ajak mandi kolam...hishhh... Dah nama pun bercuti kannn.... saya pun layan sajale bebudak tu, turun tingkat 3 mandi kolam. Yang si abah dok sedap buat taik mata... tak boleh jadi ni. Kebetulan saya terlupa nak bawa turun pelampung bebudak tu, jadi saja nak kenakan en.hubby, minta tolong dia bawakan. Heheheh...misi selesai, en.hubby terpaksa bangun dari perbaringannya. Mana boleh jadikan.... dia sedap-sedap tidur, kita pula nak kena jaga anak-anak, ini tidak adil!!! Hahaha...sila jaga anak sama-sama. Dah puas mandi, naik bilik. Giliran ibu dan abah pula nak mandi segarkan balik badan yang dah lesu ni.
Di sini pelbagai jenis ikan bakar boleh dipilih, ada juga sotong, udang galah bagai... Harganya agak berpatutan malah kalau pandai siap boleh tawar-menawar harganya. Lepas makan, kami pusing-pusing sekitar pasar sayuran kemudian masuk ke pasar malam berhadapan dengan Pasar Filipina.
Di sini pelbagai jenis pilihan aksesori wanita boleh didapati. Nak yang macam mana...semua ada; nak yang pearl, kristal, rantai leher, rantai tangan, brooch...pilih saja kemudian bayar hahaha...kalau pandai juga tawar-menawarkan lagi harganya... Di sini hargnya lebih murah jika nak dibandingkan dengan yang dijual di dalam Pasar Filipina. Jadi pandai-pandailah anda membuat pilihan. Saya tak beli apa-apapun untuk diri sendiri. Hanya beli untuk kawan-kawan yang pesan dan untuk anak dara gedik tu satu set gelang dan rantai pearl.
Dah letih jalan... balik hotel, tidur. Esok hari terakhir...
No comments:
Post a Comment