Sekarang ini kan, macam-macam perasaan ada. Letih, pedih, sedih, marah, geram... simpati semuanya. Hanya Dia sahaja yang tahu. Hanya Dia sahaja tempat bermohon. Tidak tahulah hendak diluahkan macamana lagi. Hendak disimpan-simpan pun rasa tidak tertanggung.
Ya Allah... berilah ketenangan dalam hati-hati kami. Berilah kekuatan pada jiwa-jiwa kami. Terangilah perjalanan hidup kami ini. Moga kami kekal di landasan kebenaran, keredhaan dan keampunanMu.
No comments:
Post a Comment