Dia perlu ruang
Dia perlu sunyi
Untuk cerita dengan diri
Beri dia ruang itu
Beri dia masa itu
Untuk dia buktikan sesuatu
Beri dia ruang
Untuk ilham yang datang
Muntahkan segala
Dalam ruang
Yang ada
Cerita itu untuk aku
Cerita itu untuk dia
Cerita itu untuk mereka
Cerita itu untuk kita
Usah ditanya
Usah menerka
Usahlah terjah
Kerana dia perlu
ruang itu...
" rupanya Cik puan Mastura silap. Awan tiada kala malam untuk dia berbicara. Dia renung ke langit kelam di atas ruang sana. Dia tidak boleh berbicara, lidahnya kelu tanpa kata. Hanya Sang Arjuna yang dia nampak. Bagaimana? Dia masih tiada jawapan namun hatinya macam ingin berkata-kata. Apa ye? Biarkan dulu untuk Cik puan Mastura tidur dengan lena. "
No comments:
Post a Comment