Errrmmmm... sebenarnya bukanlah nak merungut ke menyesal ke apa... dah memang redha dan pasrah dah lagi sunyi pulak kalau anak-anak tak ada.. tapi kadang-kadang tu sebab nak melayan kehendak diri yang nak berehat santai sambil jalan2 kat dunia maya sanggup pula la bersengkang mata tengah-tengah malam buta saat anak2 semua dah tidur.
Macam malam ni... dengan hanya berpandukan sedikit cahaya lampu bilik air dalam bilik tidur, bersama secangkir kopi panas dia rela membuntangkan mata yang dah makin layu letih ini untuk berlayar di dunia maya barang sebentar waktu. Bimbang andai si kecil tu terjaga lalu menangis hendakkan susu maka haruslah dia melepak saja di atas katil.... lagipun sejuk nyaman dalam bilik beraircond memang cun sangatlah di musim panas seperti sekarang ini..
Sempat juga berangan kot ada tv dalam bilik tidur macam best jugakkan... boleh melayan tv... huhuhu... Dah minum kopi ni sudahhhh dah mata ni sukar mau tidur pulak... esok kerja ni oittt!! Mujur juga anak-anak cuti tak sekolah esok sebab pihak sekolah bagi cuti ganti sempena acara merentas desa yang berlangsung Sabtu lalu.. tidaklah kelam kelibut pagi2 sangat...
Terasa cepat betul masa berlalu kan... sekarang dah pun masuk bulan Mac.. Oitttt e-filing dah boleh mula isi dah, cepat cepat jangan terlewat! Oppsss cukai tanah, cukai pintu pun belum selesai lagi nih! Berpeluh keti... ketar2 tangan mengenangkan ongkos yang bakal keluar grrrr
Masa makin pantas berlari... kehidupan makin mengejar...akhirat juga tidak harus diketepi...ujian, cabaran, halangan sentiasa ada mendepani, terpikir pula apa persiapan diri?
No comments:
Post a Comment