Thursday, February 03, 2011

:: Makan...makan... :::

Hari ini adalah hari yang sangat best sebab banyak makan hehehe... Dah pula tu, makannya adalah nasi sahaja.

Awal-awal pagi sudah bersarapan nasi minyak bersama gulai ayam dan juga acar. Memang terbaik... sedap. Lepas tu ikut en.hubby hantar mak mertua ke rumah mokcik. Mak mertua adalah pembantu kanan mokcik dalam acara menyediakan bahan-bahan untuk buat bubur Asyura, sebab tulah kena pergi awal. Lepas hantar mak ke rumah mokcik terus gerak kononnya hendak ke pasar tani sebelah planetarium, kononnya hendak pergi berdualah.... alih-alih singgah balik rumah dulu ambil anak-anak. Biasalah abahnya tu, tak sampai hati pula hendak tinggalkan anak-anak. Budak-budak sudah siap mandi, terus pergi pasar tani. En.hubby hendak cari ikan nak letak dalam akuarium.

Abahnya sedang sibuk pilih-pilih ikan.

Anak-anaknya pula nampak ada orang jual arnab, terus melekat di situ.

Budak kecil ni memang sangat suka dan sayangkan binatang terutamanya sang arnab.

Memang melekat sahaja di sisi sang arnab. Tengah pujuk abah, minta dibelikan arnab. Murah pula sepasang arnab hanya rm40. Tapi ibu dah beri amaran awal, jangan nak mengada-ngada beli pula ye. Tak suka tau...

Tiba-tiba abang nampak kura-kura pula. Tu tengah paksa sang kura-kura menghadap depan ibu.

Ya...akhirnya, kura-kura pandang ibu. Abang pun sibuk juga minta dibelikan kura-kura. Malas ibu layan. Tak suka juga.

Biasalah kan kat pasar tani, macam-macam ada. Ada orang jual pokok bunga...

Ada juga yang jual sate pagi-pagi. Ramai pula tu orang yang beratur nak beli sate.

Nampak tu, dok menunggu sate...

Lepas ronda-ronda pasar tani, kami balik rumah dulu memandangkan anak-anak belum sarapan. Sampai rumah, bukan anak-anak sahaja yang makan... ibu mereka pun tumpang sekaki makan sekali lagi. Makan apa lagi kalau bukan nasi minyak ibu mertuaku lalalala... Sudah kenyang kami pun gerak ke rumah mokcik pula. Sebelum tu singgah pasar Wakaf Tengah nak beli ayam dan santan yang mokcik pesan. Kedua-duanya itu antara ramuan dalam bubur.

Masa kami sampai, beras dah ditanak dulu dalam periuk. Lepas tu barulah masukkan ramuan-ramuan lain antaranya rempah ratusnya, labu, ubi, jagung, ayam dan sebagainya. Berbeza sikit ye dengan bubur Asyura di Kedah sinun sebab kat sini letak rempah dan juga daging ataupun ayam. Tapi, terus terang cakap saya lebih menggemari yang di tempat tanah kelahiran daku punya juga...Kedah tetap dihatiku hahaha...

Tangan siapakah itu yang gagah mengacau bubur.

Owhhh...ini rupanya gerangan.

Dah nak masak tu...dah menggelegak baru masukkan santan. Kemudian kacau lagi sampai pekat.

Sementara orang dok sibuk mengacau bubur, inilah kerja bebudak. Main buai bawah pokok. Bukan main seronok lagi.

Tengok tu, tadi yang lelaki buaikan yang perempuan, sekarang dah bertukar pula.

Adik seperti biasa buat halnya sendiri. Ikut sajalah bila suruh posing sebelah sang angsa. Macam tahulah si angsa tu, orang nak ambil gambar dia... mulalah dia pun datang mendekat.

Si adik ni tengah berangan apa pun tak tahulah...

Masak bubur Asyura ni mengambil masa yang agak lama juga kan. Sampai berjam-jam juga tu. Sementara menunggu bubur, kami sempat lah makan tengahari rumah mokcik. Mokcik masak lauk sedap juga... lauk ni saya tak pernah makan lagi...acar pisang kalau tak silap saya. Acar pisang tu kuahnya macam gulai tapi cair sikit dari kauh gulai. Ditambah pula dengan ulam-ulaman cicah sambal memang bertambah lah jawabnya. Sudah kenyang, pergi jenguk bubur...oh belum masak lagi nampaknya. Lepas Zohor, lepak-lepak sampai tertidur....tak senonoh kih kih kih... Bangun-bangun boleh sambung makan nasi kat dapur. Tak menahan tengok lauk acar pisang tu. Sabar je lahhh...

Bubur Asyura siap masak hampir jam 4 petang. Waktu baru masak pekat-pekat tu...pakatlah dok mencedok makan seorang semangkuk. Si abang paling suka siap menambah-nambah. Lepas tu barulah di masukkan ke dalam bekas plastik untuk agihan.

Taaraaa.... ini dia kerak bubur. Sedap juga ni.

Dah siap masak, bubur dicedok masuk ke dalam bekas. Tu tunggu sejuk sikit baru boleh tutup.

Lagi bekas-bekas yang diisi bubur... untuk diagih-agihkan.

Ok...sila ambil bahagian masing-masing. Berapa banyak hendak diambil ye...sila ambil jangan segan-segan.

Tak cukup? Hah! ambil lagi...ambil lagi hihihi....

Lepas aktiviti pengagihan bubur tu, masing-masing baliklah ke rumah masing-masing. Malam tadi, sekali lagi saya makan nasi berlaukkan acar pisang... perghhhhh sendat perutku...seharian asyik diisi dengan nasi sahaja.

No comments: