Sunday, March 27, 2011

:: Cuti singkat di tanah tinggi (2) ::

Selepas sarapan pagi di Tanah Rata, kami terus ke Brinchang dan tempat pertama yang dilawati adalah Taman Rama-Rama. Untuk masuk kesini dikenakan bayaran RM4 dewasa dan RM2 kanak-kanak.


Masuk sahaja ke dalam, anda akan dikeliling oleh berpuluh-puluh ekor rama-rama. Semuanya indah-indah belaka. Di sana, di sini pasti di setiap sudut, di kelopak bunga ada sahaja rama-rama yang menghiasi.


Agak luas juga kawasannya. Banyak pokok-pokok bunga yang cantik-cantik hidup subur. Maklumlahkan di tanah tinggi yang dingin dan sejuk pasti mudah sahaja bunga-bunga berkembang mekar lagi indah.


Tengok tu.... rama-rama ada di mana-mana sahaja. Hati-hati takut terpijak sebab kadang-kadang sambil jalan tengok keliling langsung tak terperasan sang rama-rama di bawah.


Ada juga yang mesra hinggap pada pengunjung. Hinggap di baju, di lengan mahupun di kepala.


Suka betul anak-anak bila dihinggapi sang rama-rama.


Sang rama-rama menghisap madu....?


Oppsss... bukan sahaja ada rama-rama, tapi spesis jenis lain pun ada juga.


Spesis yang ini pun ada. Banyak ekor dan banyak jenis juga. Eeee.... serammm...


Sudah puas bermesra dengan rama-rama, kami gerak pula ke 'Strawberry Park'. Di sini paling seronok sebab dapat petik sendiri buahnya. Si adiklah yang paling suka sebab dia memang suka makan buah strawberry. Untuk memetik sendiri buah perlu bayar dulu RM20 untuk 1kg. Lepas petik baru timbang dan kalau lebih dari 1kg kena bayar untuk yang terlebih itu.


1 kumpulan 3 orang diberi 1 bekas. En.hubby, ibu dan abang satu kumpulan. Tapi en.hubby tugasnya banyak ambil gambar kamilah kannnn...


Adik pula satu kumpulan dengan tok dan maksu.


Adik dan strawberry... Masa petik ni, kami sempat juga makan sebiji dua. Buah ni kalau makan di atas memang agak manis. Kalau sudah di bawa turun, rasanya agak masam.


Puas hati adik dan abang dapat makan buah strawberry segar dari kebun. Memang sedap, tapi ibu memang kurang berminat.

Lepas petik buah strawberry segar, kita makan pula strawberry celup coklat. Sedap juga. Adik memang ulang makan. Satu cucuk untuk dia seorang tu tak cukup.
Sementara tu, sempat juga masuk ke kedai cenderahati. Biasalah kan, kalau bab membeli-belah ni memang tak sahlah kalau tak termasuk dalam aktiviti jalan-jalan ni.
Pantang jumpa kedai cenderahati macam ni, mesti rasa hendak masuk. Mulalah jadi rambang mata. Tengok itu berkenan, tengok ini hendak, pendek kata kalau boleh semua hendak dibeli hehehe...


Destinasi kami yang seterusnya ialah pasar (apa nama entah). Waktu kami sampai di sini, memang susah cari tempat parkir. Masa ni kereta sudah banyak dan pengunjung makin ramai. Maka terpaksalah parkir agak jauh dari pasar. Rasa penat berjalan? Hmmm.... makan angin punya pasal kan, masa tu taklah terasa penat sangat kan, tapi bila dah balik tu hah! barulah rasa lenguh sana-sini.


Di pasar ini, ada dijual bermacam-macam jenis sayuran segar. Pilih sahaja di mana-mana gerai menjual sayur yang anda rasa terbaik. Kedai cenderahati pun banyak juga. Pilih mana yang berkenan sahaja kemudian bayar hehehe...


Banyak juga membeli di pasar ini. Macam-macam ada...


Sempat lagi maksu beli kincham goreng. Kami makan dalam kereta. Sedap juga ye sayur kincham digoreng tepung begini.


Memandangkan waktu sudah menginjak ke tengahari, kami terus balik ke rumah penginapan untuk urusan check-out. Sebelum gerak kami bergambar dengan tuan punya homestay, Hajah Sariah. Terima kasih opah sebab sanggup tunggu kami lewat malam itu. Insyaallah... ada rezeki, umur panjang kita jumpa lagi.

Itu dia... Liliy Homestay. Bayaran menginap di sini untuk satu malam adalah RM200. Rumahnya kira oklah. Tapi usahlah berharap seperti kita tinggal di hotelkan. Rasanya inipun sudah cukup bagus dan lagipun tinggal untuk tidur malam sajakannn... Kalau berminat bolehlah kesini.



Walaupun dalam hujan gerimis, jom kita bergambar dulu di hadapan pintu gerbang masuk ke Kg. Taman Sedia, Cameron Highland.


Destinasi seterusnya... nantikan...

No comments: