Sunday, March 20, 2011

:: Hatiku tertinggal di sana... ::


Malam ini berdua sahaja dengan en.hubby. Mata masih belum mengantuk meski badan terasa letih dan lelah. Maklum sahaja, seharian berjalan di tanah tinggi Cameron. Hari sudah menjelang petang baru turun dari sana.

Anak-anak tidur di rumah maksu dengan tok. Kononnya singgah Shah Alam untuk hantar maksu sahaja, alih-alih yang 2 orang itu pun hendak ikut sama tidur rumah maksu. Maksu pula ajak tok sekali. Maka, begitulah jadinya...

Banyak juga cerita yang tertangguh di sini. Semangat dan kerajinan tiba-tiba hilang, ditambah pula dengan segala macam aktiviti terasa seakan-akan tidak terkejar masa yang makin laju berlari. Biarkan sahaja... masa pasti tidak akan menunggu. Cerita-cerita itu pasti akan diceriterakan...

No comments: