Kalau ikut orang tua-tua memang ibu lepas bersalin ni nak kena jaga betul-betul. Cuma kita yang muda-muda ni selalu la nak mengelat. Tapi kita yang muda ni kena beringat sebab kesannya tak berpantang betul-betul takkan nampak dalam jangka pendek... kesannya nampak nanti bila umur kita dah semakin meningkat masa tu dah mula sakit-sakit badan walhal umur bukannya tua sangat kan...
Berbalik cerita dia mengurut semalam.. makcik Rokiah yang mengurut ni memang tukang urut otai. Makcik Rokiah ni orang Kota Bharu... tapi dia selalu datang sini Shah Alam rumah anaknya. Itupun selalu datang sebab kerja-kerja mengurutlah, ramai orang booking. Bukan setakat mengurut orang bersalin saja, siapa-siapa yang nak berurut dengan dia boleh saja nak buang angin ke, nak betulkan rahim ke... Nak mandi bunga pun boleh.. minyak urut dia buat sendiri, daun-daun akar kayu untuk berubat pun dia tanam sendiri kat kawasan rumahnya.
Agaknya badan ni dah lama tak berurut, bila sekali kena urut masyaallahhh... sakitnyaaa la haiiii Boleh kata satu badan dia rasa sakit... tekan sana sakit, tekan sini sakit huhuhu Tempoh sejam tu rasa memang tak cukuplah.. dalam sakit sakit tu rasa sedap juga bila orang picit-picit badan kita kannn.. Satulah semalam makcik Rokiah kata luka pembedahan tu belum baik sepenuhnya lagi. Ada lagi lebih kurang 2inci yang masih melecet-lecet..uiii serammm luka kat dalam kannn manalah kita nampak. Makcik Rokiah cakap juga yang peranakan dia masih bengkak, jadi kena makan ubat juga untuk kecutkan peranakan. Semalam diurut juga untuk naikkan peranakan tu... ini lagi satu memang sakitttt ya amat... tangan menggenggam tikar je nak tahan sakit hehehe
Sepatutnya kena urut 3 kali kan, tapi sebab makcik dah nak balik Kelantan beberapa hari lagi maka terpaksa le buat temujanji lain mungkin bulan 12 atau bulan 1 nanti. Balik rumah lepas tu memang lega sikit la rasa badan ni.
Inilah 2 jenis ubat yang dibawa balik bersama untuk dimakan selama 45 hari. Ubat-ubat ni semua makcik Rokiah buat sendiri.
4 comments:
Blh minta no tel makcik urut ni tak..
Salam. Blh miintak no tel makcik urut dr KB tu tak.. Tq.
Salam. Minta emailkan no tel makcik yg berurut dr KB. Tq enail sy aku_diera@yahoo.com
salam..boleh tau makcik rokiah ni duduk mana..mcm mana nak dptkn contact number die ye?tq
Post a Comment