Tuesday, November 05, 2013

~ hampir setahun yaaa.. macam-macam ada ~


Tahun 2013 bakal meninggalkan memori-memori terindah dalam hidup tidak kurang juga ujian dariNya. Malah bermula seawal Januari lagi mencatat kenangan yang sangat manis. Syukur alhamdulillah kerana penantian selama beberapa tahun akhirnya Allah kabulkan. Disahkan mengandung lagi.... Masyaallah!! nikmat yang tidak terkata... hanya mampu memanjatkan kesyukuran buatNya yang Maha Esa. Seisi keluarga menerima berita ini dengan penuh bahagia... paling teruja si abang dan kakak lahh...tak sabar menanti kehadiran si kecil yang dijangka bulan September ketika itu. 

Syukur juga kupanjatkan padaNya Yang Esa kerana dapat menunaikan umrah di Mekah al-mukaramah dan ziarah ke Madinah al-munawarah... Subhanallah... syukur tak terhingga. Kenangan ini lebih manis juga kerana pergi bersama dengan mak, adik shakir, dikyah, mak mertua, adik ipar dan juga ahli keluarga sebelah arwah abah. Rombongan kami seramai 13 orang kesemuanya. Lebih kemanisan kerana si kecil di dalam rahimku turut bersama... dialah kekuatan dan semangatku yang pada ketika itu hanya baru 3 bulan dalam kandungan...

Sepanjang kehamilan syukur dapat kuharungi dengan begitu baik sekali meskipun ada ujian-ujian kecil yang Allah beri. Alhamdulillah tahun ini dapat berpuasa penuh. 

Errrmmm... tahun ini dapat juga bercuti bersama keluarga walaupun dalam keadaan sarat. Cuti persekolahan pertengahan tahun hari tu kami sekeluarga bercuti di Langkawi. Berapa hari ye kami di sana... tak ingat la pula. Kesian ke abang dan kakak lah kalau tak bawa kemana-mana waktu cuti sekolah kan..

Dan akhirnya... nikmat terindah lahir ke dunia tanggal 24 Ogos 2013. Kami sambut dengan penuh kesyukuran Muhammad Izzul Iman bin Rulhafizam.. lahirnya dia hanya seberat 1.86kg sahaja.. macam comel je.. macam comel je... hihihi... Syukur dia kini sihat sedang membesar... semoga dia diberi kesihatan yang berpanjangan dan membesar dengan sempurna insyaAllah..

Diri ini dah tanam azam untuk menyusukan si kecil dengan susu ibu selama yang termampu kalau boleh sampai dia 2 tahunlah.. moga Allah perkenankan dan murahkan rezeki si kecil tu.

Seronok sekarang sedang menikmati cuti.. awal bulan Disember baru masuk kerja semula. Terlalu pantas rasanya masa yang berlalu... moga kita tidak menjadi orang-orang yang lalai disisiNya. Lalu nikmat yang mana ingin kau dustakan..


No comments: