Saturday, November 16, 2013

~ Selamat bercuti ~

Hari ini secara rasminya bermulalah cuti persekolahan akhir tahun 2013. Selamat bercuti untuk anak-anak ibu.. abang dan kakak. Tapi agak mengecewakan sikit hati ibu dan abah sebab keputusan peperiksaan akhir tahun abang dan kakak jatuh merudum. Lebih mengecewakan sampai dua-dua kena turun kelas. Aduhaiii... hati ibu mana la yang tak kerisauankan...

Tahun depan kakak dah di tahun 3 abang pula di tahun 6, tahun penting akan menghadapi UPSR. Di mana silapnya..? Di mana kurangnya..? Ibu dan abah nak kena muhasabah diri, harus lipat gandakan usaha. Ya.. usaha tu yang paling penting. Tumpuan yang lebih juga untuk abang.. tak mengapa abang, kita.. ibu, abah dan abang akan bersama-sama berusaha in sha Allah! 

Jujur cakap, bila melihat kejayaan anak-anak rakan dalam UPSR baru-baru ini hati ibu sedikit bimbang. Terbayang macamana dengan abang tahun hadapan. Bolehkah berjaya macam anak-anak rakan ibu tu? Dapatkah abang meraih keputusan yang membanggakan? Memang la orang cakap jangan tumpu pada kejayaan akademik semata.. ye ibu faham tu. Tapi ibu manala yang tak mahu anaknya berjaya kan... sama ada di dunia mahupun berjaya di akhirat. Ibu juga faham UPSR ini hanya permulaan tapi kalau yang mula dah tersadung macamana nak melangkah ke tangga seterusnya... 

Errrmmm entahlah... ini hanya luahan hati seorang ibu. Cakap banyak pun tak guna kalau usaha tidak bermula. 

Apa nak dibuat ye dengan anak-anak sepanjang cuti sekolah ni. Cuti bersalinnya masih berbaki kurang lebih 2 minggu sahaja lagi. Mungkin waktu cuti sekolah ini boleh menjadi titik mula untuk abang bersiap siaga menghadapi pelajaran tahun hadapan... Dia pun tak mahu memaksa dan menekan sangat anak-anak, tapi dia pun tak mahu duduk saja. 

Jom abah... kita merancang tapi Allah jua yang menentukan. Doa dan tawakal juga jadi iringan!


No comments: