Monday, November 11, 2013

~ Pameran Backyard Monster and Dinasours ~

  Ini kiranya outing pertama sekeluarga sejak Izzul Iman lahir. Kakak la asyik bising berbunyi-bunyi saja kat telinga abahnya mengajak pergi pameran monters and dinasours. Mana tidaknya.. dah hari-hari ulang-alik sekolah nampak bunting pameran sepanjang perjalanan. 

Alhamdulillah dapat juga memenuhi keinginan si kakak dan ianya direalisasikan pada hari perayaan Deepavali yang lalu. Semangat masing-masing bangun awal hari Sabtu tu... alih-alih keluar rumah pun dah jam10 lebih. Singgah sarapan dulu kat kedai mamak kemudian baru gerak. Pameran ini berlangsung sejak 31 Ogos 2013 lalu hingga 28 Februari 2014. Huiihh lama tuh.. Tempat pameran di Marina Putrajaya,  betul-betul berdepan dengan hotel Pullman Putrajaya. Nak masuk kesini kena beli tiket juga tapi dia tak ingat pula harganya... kalau tak silap dewasa rm10 dan kanak-kanak rm5. 

Berhadapan dengan pintu masuk ke pameran. Entah kenapa pula gambar jadi kelabu asap ni. Dah malas nak betulkan.

Sebenarnya pameran ni tidaklah besar sangat. Pusing dalam tu dalam 30minit ke 45 minit dah selesai dah pun. Tapi kat dalam tu memang gelap dan kita disambut mula-mula dengan si labah-labah gergasi seperti dalam gambar kat atas. Siap dibagi efek bergerak-gerak atas bawah lagi.. Mujur juga Izzul Iman tidur dalam stroller waktu ni... walaupun kat dalam tu bermacam bunyi-bunyian lena saja tidurnya..

Ini spesis dinasour pertama yang kami jumpa. Entah apa namanya... tidak pula dibaca heheh.. malas yang sebenarnya. Abang waktu ni macam takut-takut juga berjalan belakang ibu. Bila dah lama sikit berjalan kat dalam tu barulah dia berani.. dah susah pula nak diajak keluar.

Ada banyak jenis spesis dinasour juga yang dipamerkan. Semuanya ada efek bunyi dan bergerak-gerak juga... nak bagi feel sikitkan hehehe

Pose yang over sikit tu haruslah ada kan.. nak feel... 

Ok ini pula telur dinasour rasanya... memang dia tak baca pun apa yang tercatat di situ. 

Abang bergambar tak ada feel langsung... dah beria dah si dinasour tu nak menggigit. 

Ibu dan abah jugalah yang over akhirnya... 

Tiba-tiba ada kasut gergasi... apa motif pun tak tahu hihihi..

Si mentadak mentadu gergasi

Sang semut gergasi

Ini apa... kala jengking kot. Ini yang akhir dah kat depan pintu keluar.

Dah berani sikit barulah nak tersengih..

Tambah berani... dah boleh pegang-pegang sentuh-sentuh..

Adik duduk dalam stroller ye... elok dah nak keluar dia pun bangun. Stroller yang adik duduk ni dah berusia hampir 11 tahun tau, sama usia si abang. Dah memang asalnya abang yang punya pun.. lepas tu kakak lahir guna untuk kakak pula. Elok kakak dah besar sikit dah tak mau duduk dalam tu kita bagi pula pada sepupu diorang Luqman Afif sampai ke Ahmad Umar. Dan sekarang giliran adik pula... punya berjimat kikiki... Benda masih elok boleh diguna lagi kannn... jadi jangan membazir beli yang baru. Biarlah rekaannya agak ketingglan zaman pun kannn ;) 

Kakak bergambar dengan haiwan apa ni ek... 

Lepas tengok pameran, kat luar tu ada tayangan short movie 4D pula.. Abah layankan saja hajat dua beradik ni. Untuk satu movie harga tiket bernilai rm12 untuk dewasa dan rm6 untuk kanak-kanak. 

Sabar menunggu giliran... 

Lepas tu kami ronda-ronda sekejap kawasan Marina Putrajaya tu. Tengahari panas terik waktu ni.. Lepak sekejap minum air dekat cafe di situ kemudian terus gerak ke alamanda. Kami makan tengahari di sana kemudian jalan-jalan masuk kedai buku MPH... dapat seorang sebuah buku kemudian terus balik rumah. Berakhir sudah aktiviti di hari Deepavali... seronok rasa dapat menghabiskan masa bersama-sama denagn anak-anak kan... rasa pantas saja masa yang berlalu.


No comments: