Sunday, July 11, 2010

:: Cerita Demam ::

Syukur alhamdulillah selepas seminggu diserang demam panas, si adik sudah kebah. Cuma batuk sahaja belum berkurang. Kesian si kecil itu, suara sudah serak-serak basah. Manjanya pun semakin menjadi-jadi sepanjang minggu ini. Almaklumlah, orang tak ada adik kan...

Sebab si adik demam, en. hubby terpaksa cuti cemas 2 hari, kemudian saya pula ambil cuti cemas sehari. Baki 2 hari, saya bawa dia ke pejabat. Terpaksa sebab tidak sampai hati hendak hantar ke taska yang sangat sejuk dingin itu. Walaupun di pejabat juga berhawa dingin, sekurang-kurangnya dia masih di depan mata kan...

Hari keempat adik demam, saya macam baru terperasan yang badan adik akan semakin panas menjelang lewat petang hingga ke tengah malam hingga membawa ke pagi dan bila tiba waktu siang adik akan cergas sedikit. Saya telefon mak, bercerita perihal keadaan adik tu. Adakala malah kebiasaannya pengalaman orang tua pasti lebih tahu. Mak bagitahu kalau demam malam tu sebab cacing. Mak pun bagi petua supaya mandikan adik dengan air beras setiap petang selama tiga hari. Beras tu goreng tanpa minyak sehingga kehitaman. Kemudian ambil beras yang telah digoreng itu rendam ke dalam air. Air rendaman beras itulah kemudian dibilas ke seluruh badan. Insyaallah... kita berikhtiar, yang menyembuhkan hanya Allah s.w.t jua. Masa tu baru teringat yang adik pun sudah lama tidak diberikan ubat cacing. Dan dan tu jugalah en.hubby pergi beli ubat cacing bagi adik minum.

Kesian juga tengok adik yang sudah sememangnya kurus itu semakin kurus hingga ketara tulang temulangnya...huhuhu...Sebelum ini dia memang susah sikit bila masuk bab makan-makan, bila demam, bertambah lagilah kesusahan hendak makan. Sudah puas memujuk, hendak ambil hati supaya dia makan, hmmmppphhh... tak ada selera agaknya... Abah siap offer macam-macam nak belikan makanan yang dia suka... akhirnya jawapan negatif juga yang abah dapat..."adik tak nak makan apa-apa"...

2 hari ni, batuk masih ada sikit-sikit tapi adik masih tidak bertenaga. Masih juga tak lalu makan. Macamanalah nak buat ni? Harap-harap esok pergi taska adik akan kembali cergas. Sedih tau bila tengok anak yang selalu kekal aktif tiba-tiba tidak bermaya...

No comments: