Tuesday, July 27, 2010

:: Futsal ::

Arakian...pada pagi Ahad yang indah itu maka berkumpullah seluruh rakyat jelata negeri Amanputra untuk menjayakan kejohanan futsal interstreet di Pusat Komuniti Cyberjaya. Atas kerja keras para memanda menteri maka segala perancangan untuk memakmurkan negeri telah berjaya dilaksanakan. Walaupun tidak semua rakyat jelata yang menghadirkan diri, namun sekalian yang hadir itu telah berjaya memeriahkan acara. Seluruh rakyat dapat bergembira.

Kejohanan futsal terbuka ini adalah untuk penyertaan warga lelaki sahaja termasuklah anak-anak (lelaki sahaja). Maka, apakah pula peranan sekalian kaum wanita, ibu-ibu, kakak-kakak, anak-anak perempuan di majlis ini? Ya... sudah pastilah di sebalik kejayaan setiap lelaki ada wanita yang berdiri disampingnyakan.... memberi sokongan, dorongan mahupun semangat. Ya itulah yang kami lakukan. Juga menambahkan kekecohan, keriuhan dan kemeriahan di situ. Sehinggakan sebaik berakhirnya acara, suara sudah menjadi serak-serak basah dek lontaran vokal ke tahap maksimum untuk memastikan para peserta lebih bersemangat. Syabas buat semua... hishhh terlebih seronok pula...

Acara pemula... sesi pemanasan badan. Diterajui oleh orang-orang kuat para pembesar negeri... ecewahhh... kuasa wanita!


Anak bujang nan seorang ini adalah pemain import untuk team germany... majulah sukan untuk negara! Kasihan pun ada pabila dalam gelanggang, bola nan sebiji itu tiba-tiba terkena hidungnya nan sebatang. Hidung yang sedia penyet semakin penyet... huhuhu... namun kerana semangat juang yang tinggi, segala kesakitan ditahan-tahan. Kalau ikut sejarah kemanjaannya, harus meraung sudah hahaha... syabas abang kerana berjaya untuk tidak menangis kih kih kih...

Lelaki ini yang rasa dirinya sangat gagah perkasa. Memang degil...hep!!!

Aksi anak dara. Memberi pelbagai pose yang gediks.... sebab ibu juga yang ajar ni hahaha... lama-lama terserlah potensi diri kih kih kih... Ada banyak lagi pose-pose yang menarik untuk melayan kebosanan tapi cukuplah yang ini sahaja ditonjolkan.

Rupa-rupanya saya hanya menembak sekeping sahaja gambar semasa perlawanan. Itupun sebab ada orang degil yang sibuk nak main juga. Habis... yang banyak-banyak ditembak tu, gambar apa? hahaha...kerana penembak itu saya yang punya maka suka hati sayalah hendak menembak apa sahaja.

Walaupun saya berada di lokasi hingga tamat acara tetapi tidak pula saya perasan team yang mana satu yang telah menjuarai kejohanan kali ini. Hihihi... yang penting semangat kesukanan itu yang kena ada. Oh ya! bukan sekadar tingkat semangat kesukanan, malahan mengeratkan ikatan perpaduan... insyaallahhh... Salam 1 Malaysia!!!! (tiba-tiba sahaja)

Selepas ini kaum wanita pula akan berjuang untuk mengharumkan negeri.... adakah para lelaki gagah perkasa akan turut serta memberi sokongan kepada kami sepertimana kami yang telah memberi sokongan yang tidak berbelah lagi berbahagi? Kita lihat sahaja nanti.... hehehe...

No comments: