Thursday, July 15, 2010

:: Terkesima ::

Petang semalam berbuka puasa anak-beranak, macam bulan Ramadhan pula gayanya. Juadah semalam nasi lemak dan sate dari pasar malam. Macam biasa anak-anak makan berhadap televisyen, tinggal ibu dah abah sahaja di meja makan.

Tiba-tiba en. hubby memulakan perbualan yang nampak macam serius sahaja. Sebelum itu berbual hal-hal biasa sahaja.

H : Yang, mesyuarat baru-baru ni kata L*KP Sem. Malaysia akan dibubarkan.

S : Oh! ye ke...

H: Yang tinggal hanya L*KP Sabah Sarawak. Dua-dua diletakkan di bawah J*M. Isunya, bahagian ICT di L*KP Sem. Malaysia pun akan tidak ada le. Dekat Sabah Sarawak pula memang tak ada orang ICT. Maka, mesyuarat pun bersetuju yang dekat sana akan diletakkan di bawah bhg. pentadbiran am J*M di sini.

S : Mak aih...abah ni formal betul nak cerita. apa hal sebenarnya ni? (dalam hati macam dah saspen)

H : Inilah nak cerita ni. Bila dah letak bawah pentadbiran am, secara tak langsung unit ICT sini le yang kena jaga. Maka, mesyuarat juga telah sebulat suara memutuskan untuk meletakkan seorang pegawai kanan IT di sana...

S : dalam hati makin saspen ni...

H : untuk lebih spesifik, pegawai yang akan dihantar kesana tu gred 29 atau 32 yang berpengalaman. tapi sebab 29 yang ada ni masih baru, maka tinggal 32 sahajalah.

S : berpengalaman yang macamana tu? (saspen... sangat saspen...entah entah en.hubby yang kena hantar sana)

H : yang berpengalaman dalam membuat aplikasi, web dan multimedia...

S : hah! ini yang tak seronok dengar ni. jangan nak tinggalkan kami anak-beranak ye... (dah cuak dah masa ni)

H : dengar le dulu. Mula-mula Syukri yang dipilih tapi dia tolak mentah-mentah dan Dato' TKSU pun tak setuju pilih dia. jadi pilihan kedua encik Hapis le hehehe... akan tetapi tidak dipersetujui pula oleh SUB. Maka... mesyuarat pun terus bersidang lagi dan akhirnya memutuskan bahawa L*KP Sabah Sarawak akan dijaga oleh encik Hapis juga. Tapi bukan ditempatkan di sana, masih kekal di sini.

S : Fuhhhh!!! lega rasanya... ingatkan abah nak kena dok sana dah...

H : Ala...abang jaga pun bukan lama dalam setahun dua sahaja. (setahun dua dia kata tak lama?)

Saya jadi terkesima bila en. hubby buka cerita pasal ni. Tidak dapat saya bayangkan macamana kalau betul-betullah en. hubby akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Macamana saya dan anak-anak di sini. Hishhh.... ngerilah hendak fikir.

No comments: