Monday, July 19, 2010

:: Teringin ::

Hari ini berbuka puasa dengan juadah beli-belian sahaja. Mood memasak tidak datang sebab bahan-bahan basah di dapur kebanyakannya sudah habis. Petang semalam pula hujan turun hingga ke malam, tidak dapatlah hendak ke pasar malam membeli-belah.

Balik kerja tadi terus singgah restoran. Sementara menunggu order siap, gatal pula kaki ini melangkah masuk ke kedai kek bersebelahan. Tiba-tiba sahaja teringin hendak makan kek. Anak-anak pula yang terlebih sudah, beria-ia nakkan kek. Hmmm... teringin ni pun mungkin sebab dalam keadaan berpuasa; pantang nampak kalau boleh semua hendakkann...

Mula-mula adik minta sepotong kek strawberry tu. Akan tetapi tertera di situ kalau beli tiga hargnya rm5. Maka lebih baiklah ambil tiga (tak tahu pula berapa harga sepotong). Kemudian, jurujual cakap pula beli tiga dapat percuma satu. Sebab itulah ada empat potong kek.

Ini pula pilihan abang. Kek cawan bergambar spongebob. Puas memilih juga tu, jadi rambang mata sama ada hendak pilih gambar ben10 atau spongebob.

Alih-alih waktu berbuka tu langsung tidak disentuh kek yang dibeli. Bahagian anak-anak sudah selamat masuk ke dalam perut masing-masing. Ibu tengok anak-anak makan pun sudah rasa kenyang. Lagipun, perut ini sudah dimasukkan nasi dahulu maka yang teringin-teringin tadi tu entah hilang ke mana. Nanti-nantilah jawabnya akan menghadap kek tu.

No comments: