Tuesday, July 13, 2010

:: Marathon Puasa ::

Ini alkisah puasa gantilah ni. Rejab sudah di penghujung, Sya'ban pula tidak sabar lagi hendak menjengah, barulah kelam kelibut hendak ganti puasa huhuhu... masih berbaki beberapa hari lagi.

Sepatutnya minggu lepas lagi, tetapi hanya sempat 2 hari kemudian terpaksa berhenti sebab adik demam. Maka, minggu ini perlu gigihle hendak marathon ni. Beberapa tahun kebelakangan ini, saya sangat malas hendak settlekan awal-awal selepas Aidilfitri, itu yang jadi last minute. Tahun-tahun sebelum itu ala-ala macam rajin sahaja; sebaik selepas cuti raya, masuk kerja balik terus puasa. Tidak tahulah kenapa semangat itu semakin berkurang atau saya yang semakin jauh denganNya.... astaghfirullahhhh... Azam tahun ini, hendak ganti awal-awal ....insyaallah...moga dikuatkan iman dan semangat.

Apa juadah berbuka saya semalam ye? Hmmm... tengahari semalam sewaktu ambil si abang dari sekolah singgah stesen minyak sekejap. Si abang hendak makan roti sambal ikan bilis (jenama High 5, kalau tidak silap). Abang hanya makan dalam kereta sahaja sebelum dia masuk kelas KAFA. Bila tengok dia makan...emmm nampak sedap sahaja... teringin la pula. Mujur beli lebih, jadi dapatlah saya makan untuk berbuka nanti. Maka, sebaik azan Maghrib sahaja, terus terkam si roti sambal itulah...hihihi... Lepas Maghrib baru mula memasak untuk makan malam. Semalam menu sempoi kami sekeluarga... kari ayam dan ikan goreng hehehe... sangat ringkas tapi abang makan siap menambah-nambah... syukur alhamdulillah atas segala rezeki limpah kurniaNya. Hari ini tak tahu lagi, mungkin nak pergi pasar malam Putrajaya sahaja nanti.

No comments: