Friday, November 22, 2013

~ masa itu sangatlahhh... ~

Huh! hari ni baru ada masa sikit dapat menulis. Inipun sambil-sambil sarapan, sementara si kecil tu masih tidur. Memang sekarang ni dia dah main kejar-kejar saja dengan masa yang ada 24jam sehari ni. Semuanya nak buat... itu nak buat, ini nak buat. Beberapa hari kebelakangan pola tidur adik tidak menentu pada waktu siang. Sebab itulah mengikut pola tidur abang kawasan yang tidak menentu ni maka aktiviti ibu jadi tidak menentu juga. Sampaikan jadual mengepam pun dah jadi tak tentu hala... ikut mana sempat huhuhu...

Rupa-rupanya bila ada abang dan kakak di rumah rutin ibu semakin sibuk hahaha... tak tahulah apa yang disibukkan sangat. Memang dia lelah saat malam tiba. Lepas makan malam kurang lebih jam 9 ke 9.30 malam tu mata pun dah makin layu minta untuk beradu... Sekarang ni kalau ada waktu boleh lelapkan mata barang sebentar pun mesti akan lelap juga waima dapat hanya 5 minit saja pun. 

Sepatutnya waktu ini adik dah bangun untuk mandi. Entah kenapa hari ni tengok masih nyenyak tidurnya... sejuk hujan kot... sedap tidur. Abang dan kakak pun masih tidur, mesti semalam tidur lewat juga. Entah apa yang dibuat dua beradik tu, almaklumlahkan cuti sekolah. Abahnya dah cakap cuti sekolah ni duduk rumah saja... tak payah nak berjalan kemana-mana dek sebab keputusan peperiksaan yang 'cantiiiikkkk sangatttt tuuuu' huhuhuhu...

Mujur juga sekarang kalau ber'online' dia guna ipad saja. Mudah... sambil baring sebelah adik pun dia boleh jalan-jalan baca blog... tengok fb. Menulis ni pun guna ipad juga. Untuk kemaskini blog ni dia guna aplikasi Posts. Biasalah... kita guna yang percuma sajalah kan... 

Dah... tak boleh nak lama-lama sangat di sini.. banyak lagi kerja lain yang menanti...

Nah abang kawasan yang semakin hari makin berubah peelnya... geraaammmmm je... rasa nak gigit-gigit


Ni entah bila kakaknya ambil gambar... pastu siap touch up pulak. Eja nama adik pun tak betul... kakak.. kakak..




Saturday, November 16, 2013

~ Selamat bercuti ~

Hari ini secara rasminya bermulalah cuti persekolahan akhir tahun 2013. Selamat bercuti untuk anak-anak ibu.. abang dan kakak. Tapi agak mengecewakan sikit hati ibu dan abah sebab keputusan peperiksaan akhir tahun abang dan kakak jatuh merudum. Lebih mengecewakan sampai dua-dua kena turun kelas. Aduhaiii... hati ibu mana la yang tak kerisauankan...

Tahun depan kakak dah di tahun 3 abang pula di tahun 6, tahun penting akan menghadapi UPSR. Di mana silapnya..? Di mana kurangnya..? Ibu dan abah nak kena muhasabah diri, harus lipat gandakan usaha. Ya.. usaha tu yang paling penting. Tumpuan yang lebih juga untuk abang.. tak mengapa abang, kita.. ibu, abah dan abang akan bersama-sama berusaha in sha Allah! 

Jujur cakap, bila melihat kejayaan anak-anak rakan dalam UPSR baru-baru ini hati ibu sedikit bimbang. Terbayang macamana dengan abang tahun hadapan. Bolehkah berjaya macam anak-anak rakan ibu tu? Dapatkah abang meraih keputusan yang membanggakan? Memang la orang cakap jangan tumpu pada kejayaan akademik semata.. ye ibu faham tu. Tapi ibu manala yang tak mahu anaknya berjaya kan... sama ada di dunia mahupun berjaya di akhirat. Ibu juga faham UPSR ini hanya permulaan tapi kalau yang mula dah tersadung macamana nak melangkah ke tangga seterusnya... 

Errrmmm entahlah... ini hanya luahan hati seorang ibu. Cakap banyak pun tak guna kalau usaha tidak bermula. 

Apa nak dibuat ye dengan anak-anak sepanjang cuti sekolah ni. Cuti bersalinnya masih berbaki kurang lebih 2 minggu sahaja lagi. Mungkin waktu cuti sekolah ini boleh menjadi titik mula untuk abang bersiap siaga menghadapi pelajaran tahun hadapan... Dia pun tak mahu memaksa dan menekan sangat anak-anak, tapi dia pun tak mahu duduk saja. 

Jom abah... kita merancang tapi Allah jua yang menentukan. Doa dan tawakal juga jadi iringan!


Monday, November 11, 2013

~ Nursing cover ~

Semalam sedang belek-belek gambar semasa kenduri aqiqah adik hari tu terjumpa pula gambar di bawah ni. Ye kami bangga menyusukan anak dengan susu badan. Buktinya sudah terang lagi bersuluh.. dua-dua orang senyum bergelak ketawa sambil menyusu. Sila cari baby tersembunyi kikiki..

Bukanlah satu halangan bagi ibu-ibu untuk menyusukan anak-anak pada bila-bila masa pun dan di mana-mana saja. Tak perlulah nak rasa malu atau segan sebab susu ibu adalah hak eksklusif anak-anak dan anak-anak ini adalah amanah Allah. Maka kena jaga amanah Allah ini baik-baik. Susu ibukan adalah susu terbaik! Biarlah apa pun pandangan orang selagi kita menjaga aurat tutup apa yang tak sepatutnya diperlihatkan maka tiada alasan lagi.

Selain dari menyusu di bilik penyusuan yang ada itupun kalau disediakan, kita boleh saja guna nursing cover. Itu yang macam dia dan sepupu guna seperti dalam gambar kat atas tu. Yang macam dia guna tu macam apron sikit tapi tak ada tali ikat belakanglah. Ada juga yang macam shawl kan, kain pun lagi lembut tapi dia tak pandai nak guna yang macam tu. Macam apron ni senang, bila nak guna sangkut saja kat leher. Kain tu macam panas sikitlah tapi oklah tak tebal sangat pun. Nursing cover ni sudah menjadi salah satu barang yang mesti ada dalam beg tangan. Keluar kemana-mana mesti bawa..

Nursing cover yang dia guna beli online saja di facebook Arts Touch. Di situ ada macam-macam corak nursing cover yang boleh dipilih. Rambang mata juga sebenarnya nak pilih, semua corak berkenan heheh.. Sekarang tak ada masalah lagi untuk menyusukan si kecil di mana-mana saja yey!



~ Pameran Backyard Monster and Dinasours ~

  Ini kiranya outing pertama sekeluarga sejak Izzul Iman lahir. Kakak la asyik bising berbunyi-bunyi saja kat telinga abahnya mengajak pergi pameran monters and dinasours. Mana tidaknya.. dah hari-hari ulang-alik sekolah nampak bunting pameran sepanjang perjalanan. 

Alhamdulillah dapat juga memenuhi keinginan si kakak dan ianya direalisasikan pada hari perayaan Deepavali yang lalu. Semangat masing-masing bangun awal hari Sabtu tu... alih-alih keluar rumah pun dah jam10 lebih. Singgah sarapan dulu kat kedai mamak kemudian baru gerak. Pameran ini berlangsung sejak 31 Ogos 2013 lalu hingga 28 Februari 2014. Huiihh lama tuh.. Tempat pameran di Marina Putrajaya,  betul-betul berdepan dengan hotel Pullman Putrajaya. Nak masuk kesini kena beli tiket juga tapi dia tak ingat pula harganya... kalau tak silap dewasa rm10 dan kanak-kanak rm5. 

Berhadapan dengan pintu masuk ke pameran. Entah kenapa pula gambar jadi kelabu asap ni. Dah malas nak betulkan.

Sebenarnya pameran ni tidaklah besar sangat. Pusing dalam tu dalam 30minit ke 45 minit dah selesai dah pun. Tapi kat dalam tu memang gelap dan kita disambut mula-mula dengan si labah-labah gergasi seperti dalam gambar kat atas. Siap dibagi efek bergerak-gerak atas bawah lagi.. Mujur juga Izzul Iman tidur dalam stroller waktu ni... walaupun kat dalam tu bermacam bunyi-bunyian lena saja tidurnya..

Ini spesis dinasour pertama yang kami jumpa. Entah apa namanya... tidak pula dibaca heheh.. malas yang sebenarnya. Abang waktu ni macam takut-takut juga berjalan belakang ibu. Bila dah lama sikit berjalan kat dalam tu barulah dia berani.. dah susah pula nak diajak keluar.

Ada banyak jenis spesis dinasour juga yang dipamerkan. Semuanya ada efek bunyi dan bergerak-gerak juga... nak bagi feel sikitkan hehehe

Pose yang over sikit tu haruslah ada kan.. nak feel... 

Ok ini pula telur dinasour rasanya... memang dia tak baca pun apa yang tercatat di situ. 

Abang bergambar tak ada feel langsung... dah beria dah si dinasour tu nak menggigit. 

Ibu dan abah jugalah yang over akhirnya... 

Tiba-tiba ada kasut gergasi... apa motif pun tak tahu hihihi..

Si mentadak mentadu gergasi

Sang semut gergasi

Ini apa... kala jengking kot. Ini yang akhir dah kat depan pintu keluar.

Dah berani sikit barulah nak tersengih..

Tambah berani... dah boleh pegang-pegang sentuh-sentuh..

Adik duduk dalam stroller ye... elok dah nak keluar dia pun bangun. Stroller yang adik duduk ni dah berusia hampir 11 tahun tau, sama usia si abang. Dah memang asalnya abang yang punya pun.. lepas tu kakak lahir guna untuk kakak pula. Elok kakak dah besar sikit dah tak mau duduk dalam tu kita bagi pula pada sepupu diorang Luqman Afif sampai ke Ahmad Umar. Dan sekarang giliran adik pula... punya berjimat kikiki... Benda masih elok boleh diguna lagi kannn... jadi jangan membazir beli yang baru. Biarlah rekaannya agak ketingglan zaman pun kannn ;) 

Kakak bergambar dengan haiwan apa ni ek... 

Lepas tengok pameran, kat luar tu ada tayangan short movie 4D pula.. Abah layankan saja hajat dua beradik ni. Untuk satu movie harga tiket bernilai rm12 untuk dewasa dan rm6 untuk kanak-kanak. 

Sabar menunggu giliran... 

Lepas tu kami ronda-ronda sekejap kawasan Marina Putrajaya tu. Tengahari panas terik waktu ni.. Lepak sekejap minum air dekat cafe di situ kemudian terus gerak ke alamanda. Kami makan tengahari di sana kemudian jalan-jalan masuk kedai buku MPH... dapat seorang sebuah buku kemudian terus balik rumah. Berakhir sudah aktiviti di hari Deepavali... seronok rasa dapat menghabiskan masa bersama-sama denagn anak-anak kan... rasa pantas saja masa yang berlalu.


Sunday, November 10, 2013

~ berurut lepas bersalin ~

Setelah 2 bulan lebih dari tarikh melahirkan, baru semalam dia pergi berurut. Lagipun dia bersalin hari tu secara pembedahan jadi tak bolehlah juga nak berurut cepat sangat...paling cepatpun selepas sebulan. Ini dah masuk 2 bulan kira macam lewat jugalah... dah mula terasa sengal-sengal badan, rasa mencucuk-cucuk saja di sini sana. Pada kebiasaannya malah sudah menjadi kemestian untuk ibu lepas bersalin untuk berurut kan.. lagi cepat lagi bagus. Nak buang angin dalam badan, nak naik dan kecutkan semula peranakan. Dalam tempoh berpantang selama 44 hari selepas bersalin ada beberapa perkara yang harus dibuat dan diikut pantang larangnya antaranya pantang makan minum, bertungku dan juga berurutlah... itu yang paling penting.

Kalau ikut orang tua-tua memang ibu lepas bersalin ni nak kena jaga betul-betul. Cuma kita yang muda-muda ni selalu la nak mengelat. Tapi kita yang muda ni kena beringat sebab kesannya tak berpantang betul-betul takkan nampak dalam jangka pendek... kesannya nampak nanti bila umur kita dah semakin meningkat masa tu dah mula sakit-sakit badan walhal umur bukannya tua sangat kan...

Berbalik cerita dia mengurut semalam.. makcik Rokiah yang mengurut ni memang tukang urut otai. Makcik Rokiah ni orang Kota Bharu... tapi dia selalu datang sini Shah Alam rumah anaknya. Itupun selalu datang sebab kerja-kerja mengurutlah, ramai orang booking. Bukan setakat mengurut orang bersalin saja, siapa-siapa yang nak berurut dengan dia boleh saja nak buang angin ke, nak betulkan rahim ke... Nak mandi bunga pun boleh.. minyak urut dia buat sendiri, daun-daun akar kayu untuk berubat pun dia tanam sendiri kat kawasan rumahnya. 

Agaknya badan ni dah lama tak berurut, bila sekali kena urut masyaallahhh... sakitnyaaa la haiiii Boleh kata satu badan dia rasa sakit... tekan sana sakit, tekan sini sakit huhuhu Tempoh sejam tu rasa memang tak cukuplah.. dalam sakit sakit tu rasa sedap juga bila orang picit-picit badan kita kannn.. Satulah semalam makcik Rokiah kata luka pembedahan tu belum baik sepenuhnya lagi. Ada lagi lebih kurang 2inci yang masih melecet-lecet..uiii serammm luka kat dalam kannn manalah kita nampak. Makcik Rokiah cakap juga yang peranakan dia masih bengkak, jadi kena makan ubat juga untuk kecutkan peranakan. Semalam diurut juga untuk naikkan peranakan tu... ini lagi satu memang sakitttt ya amat... tangan menggenggam tikar je nak tahan sakit hehehe

Sepatutnya kena urut 3 kali kan, tapi sebab makcik dah nak balik Kelantan beberapa hari lagi maka terpaksa le buat temujanji lain mungkin bulan 12 atau bulan 1 nanti. Balik rumah lepas tu memang lega sikit la rasa badan ni.



Inilah 2 jenis ubat yang dibawa balik bersama untuk dimakan selama 45 hari. Ubat-ubat ni semua makcik Rokiah buat sendiri. 

Saturday, November 09, 2013

~Muhammad Izzul Iman ~

Taaraa... inilah dia si buah hati pengarang jantung ibu yang terbaru lagi terhangat!  Berat masa lahir hanya 1.86kg sahaja. Sebab tu lah lepas lahir adik kena masuk nicu kategori low weight baby < 2kg. Seminggu jugalah duduk nicu dan ibu pun terpaksa ulang alik hari-hari dari rumah ke hospital sebab nak manyusukan adik. Lepas seminggu adik dibenarkan balik rumah tapi berat masih tak naik. Jadi masih kena monitor oleh nurse dari klinik kesihatan 2kali seminggu sampai berat jadi 2kg. Tapi elok 2 hari adik kat rumah, berat adik dah naik jadi 2kg syukur alhamdulillahhh... Yelah mungkin berkat susu ibu dan doa semua orang kann..

Memang adik kuat menyusu, tak payah nak susah kejutkan, setiap 2 jam mesti lapar hahaha... syukur juga tak kena kuning. Masa kat nicu tu ada la sehari kena jemur bawah lampu, lepas tu dah ok.

Hari ini usia adik 2 bulan 16 hari... syukur juga adik sihat walafiat. Ada le demam dan selsema masa raya haji hari tu, mungkin sebab penat kot mengharungi perjalanan balik kampung pastu balik sini balik. 

Perkembangan sekarang, dah ambil vaksin masa usia sebulan dan 2 bulan. Berat masa usia 2 bulan dah mencecah 3.9kg. Nurse kata berat tu kalau dalam carta masih dalam petak kuning, tapi takpe yang penting beratnya bertambah dan naik banyak juga lebih 1kg dalam tempoh sebulan. Rasanya sekarang dah bertambah sebab ibu pegang pun dah rasa lain heheh.. Adik pun dah pandai senyum dan nak respon bila diagah-agah. 

Moga adik semakin membesar dengan sihat ye... 




Thursday, November 07, 2013

~ demi dia ~

Rutin hidup sekarang memang berubah 100% dah ni. Dia masih kelam kabut lagi nak adjust masa... keutamaan haruslah pada si kecil tu kan. Sudah tamat masa bersenang-lenang sepanjang hamil.. dimanja-manjakan, semua orang sayang hahahaa... sekarang pun semua orang sayang jugakkann.. Sebaik habis tempoh berpantang bermulalah episod yang semua kerja urusan rumahtangga dia perlu ambil alih semula, tolakla kerja dan barang berat-berat yang dia tak boleh nak angkat dan buat lagikan.

Masa dalam pantang hari tu legalah juga sebab mak yang jaga... pendek cerita semua kerja mak yang buat.. Terima kasih banyak2 mak! hal abang dan kakak, en.hubby yang uruskan...hantar pergi/ambil sekolah semualah.. Waktu tu dia belek si kecil saja... lapar bagi susu, baby tidur dia pun tidur, tapi tengah malam baby berjaga dia pun turut berjaga jugaklah. 

Ok...bila dah habis pantang, mak masih ada di rumah jadi tak terasa kelam kabut sangat. Masih ada mak untuk menolong apa-apa yang patut. Tapi sekarang masih berbaki cuti sebulan lebih dan mak sudah pulang ke kampung maka tinggallah dia untuk uruskan segala-galanya...

Memang dia jadi tak tentu hala jugakla memikirkan macamana nak adjust masa buat kerja rumah... masak, mengemas, membasuh, menyusu dan uruskan si kecil yang adakala menyusu 2 jam sekali takpun angin lain macam sikit jadi sejam sekali..kadang-kadang tak berapa nak tidur pun ada jugak huhuhu.. Owhhh tambah lagi rutin dia kena pam susu (azam tahun baru kannnn)... 

Dia sekarang pun kena kawal stress juga tak bole tension semua bagai sebab takut nanti menjejaskan aktiviti pengepaman kan.. mood kena gembira gembira saja.. Pemakanan pun nak kena jaga, kesihatan tubuh badan pun harus diambil kira tambah juga perhatian untuk abang dan kakak pun tak boleh dipandang ringan...untuk en.hubby pun sama jugak... Bolehkah dia jadi supermom ni???

Ini belum masuk kerja lagi... nanti bila dah kerja balik tak taulah dia nak bayangkan... 

Kena banyak-banyak berdoa padaNya moga dipermudahkan segalanya... 


Kesayangan ibu...😍

Tuesday, November 05, 2013

~ hampir setahun yaaa.. macam-macam ada ~


Tahun 2013 bakal meninggalkan memori-memori terindah dalam hidup tidak kurang juga ujian dariNya. Malah bermula seawal Januari lagi mencatat kenangan yang sangat manis. Syukur alhamdulillah kerana penantian selama beberapa tahun akhirnya Allah kabulkan. Disahkan mengandung lagi.... Masyaallah!! nikmat yang tidak terkata... hanya mampu memanjatkan kesyukuran buatNya yang Maha Esa. Seisi keluarga menerima berita ini dengan penuh bahagia... paling teruja si abang dan kakak lahh...tak sabar menanti kehadiran si kecil yang dijangka bulan September ketika itu. 

Syukur juga kupanjatkan padaNya Yang Esa kerana dapat menunaikan umrah di Mekah al-mukaramah dan ziarah ke Madinah al-munawarah... Subhanallah... syukur tak terhingga. Kenangan ini lebih manis juga kerana pergi bersama dengan mak, adik shakir, dikyah, mak mertua, adik ipar dan juga ahli keluarga sebelah arwah abah. Rombongan kami seramai 13 orang kesemuanya. Lebih kemanisan kerana si kecil di dalam rahimku turut bersama... dialah kekuatan dan semangatku yang pada ketika itu hanya baru 3 bulan dalam kandungan...

Sepanjang kehamilan syukur dapat kuharungi dengan begitu baik sekali meskipun ada ujian-ujian kecil yang Allah beri. Alhamdulillah tahun ini dapat berpuasa penuh. 

Errrmmm... tahun ini dapat juga bercuti bersama keluarga walaupun dalam keadaan sarat. Cuti persekolahan pertengahan tahun hari tu kami sekeluarga bercuti di Langkawi. Berapa hari ye kami di sana... tak ingat la pula. Kesian ke abang dan kakak lah kalau tak bawa kemana-mana waktu cuti sekolah kan..

Dan akhirnya... nikmat terindah lahir ke dunia tanggal 24 Ogos 2013. Kami sambut dengan penuh kesyukuran Muhammad Izzul Iman bin Rulhafizam.. lahirnya dia hanya seberat 1.86kg sahaja.. macam comel je.. macam comel je... hihihi... Syukur dia kini sihat sedang membesar... semoga dia diberi kesihatan yang berpanjangan dan membesar dengan sempurna insyaAllah..

Diri ini dah tanam azam untuk menyusukan si kecil dengan susu ibu selama yang termampu kalau boleh sampai dia 2 tahunlah.. moga Allah perkenankan dan murahkan rezeki si kecil tu.

Seronok sekarang sedang menikmati cuti.. awal bulan Disember baru masuk kerja semula. Terlalu pantas rasanya masa yang berlalu... moga kita tidak menjadi orang-orang yang lalai disisiNya. Lalu nikmat yang mana ingin kau dustakan..


~ Azam ~

Salam Maal Hijrah 1435H.. errm lamanya lah hai baru nak berupdate blog ni. Last entry sebelum ni hanya pada bulan Januari lalu. Humang haihhh tahun 2013 ni ada satu entry saja yang ditulis. Memang en.mood menulis blog dah ke laut nampak gayanya. Sebab tu lah mengambil semangat tahun baru hijrah ini untuk aktif kembali bercerita di sini. 

Macam biasa perkara pertama nak sambut tahun baru mesti ada azamkan.. samala macam dia yang sekarang ni. Mari sematkan azam dulu kemudian kita iringi dengan usaha.... ecewahh...azam pertama nya nak kembali merajinkan diri menulis di blog. 

Kalau nak diikutkan macam-macam cerita yang berlaku sepanjang 2013 tahun Masihi. Semuanya mencetus pelbagai emosi dan rasa. Biarlah dia pelan-pelan kayuh sikit demi sikit demi mencoretkan segalanya di sini. Memang harus nak cerita di sini... lalu bakal ada kenangan yang tak terlupakan andai kata satu saat nanti dia tak bisa mengingat segala. 




" masih ingat kisah cik puan mastura dan sang arjunanya... mungkin kisah itu harus bernoktah di sini"




Tuesday, January 01, 2013

~ Pahit manis ~

Tahun baru 1434H pun sudah dan kini di bulan Safar.... tiba pula tahun Masihi 2013. Apa yang dilalui, yang ditempuhi, dirasai, diuji, yang pahit mahupun yang manis dan semuanya itu bernama sebuah kehidupan. Untuk bahagia, untuk berjaya, untuk gembira mahupun untuk bersedih, untuk berduka dan menangis ya...semuanya atas pilihan kita, kita yang bernama manusia, kita adalah khalifahNya memegang amanahNya di sini.

Mengimbas tahun-tahun yang berlalu, sentiasa menilai di mana letaknya diri ini. Ke tahap mana yang ingin dikecapi... mahu menjadi manusia yang bagaimanakah insan kerdil ini? Sudah cukupkah aku memberi? Apa lagi yang kumiliki? Apa lagi yang ingin kukecapi? Ada ketikanya aku cukup sedar diri... namun lebih banyak masa sia ku hanya diisi kealpaan diri.

Meh aku ketuk kepala jiwa sendiri. Cuba fikir untuk menampung kekurangan diri. Bila diselak-selak kain rencah hidupku, makin compang-camping coraknya... bukan lagi perca yang menenangkan mata juga jiwa tapi  ia hanya menyesakkan lagi meresahkan.

Mari aku ingatkan diriku.... juga kamu... ya kamu... kita beri aura positif kepada mereka, moga yang positif juga akan kita terima. Kita beri doa buat mereka, moga mereka juga mendoakan kita. Kita beri bahagia kepada mereka, moga kebahagiaan juga akan menjadi milik kita. Kita memberi moga kita juga dapat menerima..

Bak kata pakar motivasi Dato Dr. Fadzilah Kamsah... " orang yang tidak menilai dirinya.. tidak ada nilai "

Nilai diri supaya menjadi lebih baik dari semalam... tanamkan azam namun azam harus ada penggeraknya.. azam kita, kitalah penggeraknya.. jadi manusia yang bijak dan matang  sematang usia yang semakin menginjak ini... wallahhua'lammm...