Tuesday, June 28, 2011

...

Hari ini terlewat bangun. Sedar-sedar sahaja terus tengok jam....Allahuakbar...pukul 6? Terus bingkas bangun dengan kepala yang masih bingung-bingung. Jam 6 pagi hari biasa sudah dikira lewat sebabnya banyak perkara yang harus diselesaikan....:( Inilah ye akibatnya kalau suka sangat menangguhkan kerja.... segalanya harus disiapkan awal pagi.... termasuklah menggosok baju, mengemas beg anak-anak dan segala bagai.

Semalam memang kami tidur sedikit lewat....hampir jam 12 rasanya sebab melayan filem cina di tv3. Masa hendak tidur tu sudah dipesan kepada anak-anak...."bangun esok jangan hendak buat perangai.... mengantuklah, tak cukup tidurlah...." Pesan lagi, tutup mata terus tidur takut terlewat pula bangun.... hmmmm...memang ter pun kannn...

Sebenarnya sudah sedar jam 5 bila alarm berbunyi...tutup alarm, sambung tidur...dan siap mimpi-mimpi. Sudahnya memang terlajaklah jadinya...

Monday, June 27, 2011

:: Aku...Jun...dan Buku::

Hari Jumaat lepas mengikut kawan-kawan ke JJ Equine meskipun tidak berhajat untuk membeli apa-apa(kononnnnnn). Elok sampai di sana....jeng..jeng...jeng... terus teringat yang hadiah harijadi untuk si kecil Luqman belum dicari lagi (itu yang konon tak ada hendak beli apa-apa kannnn).


Sebelum apa-apa, kami mengisi perut dahulu. Kemudian masing-masing berpecah dan saya terus menuju ke kedai buku Popular. Kita hendak menggalakkan anak-anak membaca dan suka buku kan, jadi elok benarlah hadiahkan mereka buku. Ohhh!!! ya... kedai Popular sekarang ada menawarkan diskaun hebat terutamanya kepada ahli.


Hadiah harijadi yang ke-2 tahun untuk Luqman Afif. Menarik sangat buku ini sebab warna-warni, besar, jelas dan terang lagi. Mesti Luqman suka.

Ini pula untuk si abang. Kalau beli untuk Luqman seorang sahaja haruslah akan mengundang banyak pertanyaan oleh dua beradik tu pula. Jadi, baik sediakan payung sebelum hujan.


Istimewa untuk si adik sempena Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Malahan buku ini sebenarnya relevan untuk semua... Lagi menarik sebagai tarikan untuk kanak-kanak kerana penyampaian dan penjelasannya sangat mudah difahami dan ilustrasinya yang berwarna-warni sangat menarik perhatian.


Dan untuk si ibu semestinya juga ada. Buku terbaru dari Puan Roza Roslan. Seronok baca cerita dan pengalaman Puan Roza.


Sunday, June 26, 2011

...

Alhamdulillahhhh....ringan sikit rasa sakit di kepala ini selepas diurut dan dipicit oleh maksu. Sejak tengahari tadi lagi kepala rasa berdenyut-denyut. Mungkin masuk angin, mungkin juga sebab 2 3 hari ini kepala yang satu ini asyik fikir-fikir macam-macam. Lagipun, cuaca yang agak panas pun adakala menyengat urat kepala. 'Stress' sangat agaknya...

Memang masa berurut tu angin asyik keluar sahaja. Maksu lagi kesian sebab dia yang paling banyak keluarkan angin walhal badan orang lain yang berangin....hehehe... Kononnya petang hendak berjoging dengan en.hubby, alih-alih terpaksa dia berjoging bersendirian gara-gara si isteri yang sakit kepala.

Tadi sempat lagi berangan dengan maksu, kalau ada masa bila-bila nanti hendak pergi berurut dekat spa. Sudah lama rasanya tidak berurut-urut memanjakan diri ni...

...

Cerita hari Khamis minggu lepas. Memang tidak ada dalam perancangan langsung untuk menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Lebanon bagi kelayakan Olimpik pusingan kedua. Petang hari Khamis tu en.hubby telefon tanya..."kalau ada tiket nak ikut tak pergi stadium?"... Macam menarik dan saya pun jawab..."tak kisah...ok saja"... Setengah jam kemudian, en.hubby telefon sekali lagi menyatakan bahawa 4 tiket telah berjaya diperolehi dengan percuma...wowww weeee....


Maka ke stadiumlah kami empat beranak malam itu.


Stadium tak penuh sangat pun. Mungkin sebab hari bekerja agaknya. Rata-rata penonton yang hadir tetap bersemangat waja, memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada pasukan negara. Stadium Nasional Bukit Jalil tetap bergemuruh dengan jayanya. Perasaan memang berbezakan antara menonton secara langsung di stadium dengan sekadar menonton di kaca tv.


Untuk anak-anak, telah diberi pesanan awal-awal supaya jangan cuba-cuba hendak buat perangai 'cantik' sebab kita akan berada di stadium untuk tempoh lebih kurang 2 jam lebih... Dalam tempoh itu segalanya berkemungkinan bagi kanak-kanak aktif yang tidak tahu hendak duduk diam ni kannn...


Jeng...jeng...jeng...kesebelasan utama negara dan juga pihak lawan...

Pasukan Malaysia berjaya menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama. Tetapi saya tak ingat siapa yang menjaringkan gol dan malas pula hendak mencari.







Ini selepas jaringan gol kedua negara. Sekali lagi tidak tahu siapa yang jaringkan. Stadium waktu ini memang gegak gempita jadinya. En.hubby tidak sempat hendak 'snap' gambar semasa jaringan gol sebab dia pun sama naik bersorak.


Sebelum bermula separuh masa kedua rasa macam konfiden sahaja Malaysia akan beroleh kemenangan andai prestasi di separuh masa pertama dapat dikekalkan. Namun, keyakinan sedikit goyah kerana perlawanan di separuh masa kedua kelihatan lebih dimonopoli oleh pihak lawan. Nasib baik kita ada penjaga gol terbaik abad ini.... siapa lagi kalau bukan Khairul Fahmi kannn...kesian dia sampai 'injured ' juga kat tangan. Perlawanan di separuh masa kedua yang nampak lebih berat sebelah terbukti apabila pihak lawan berjaya menjaringkan 1 gol. Bolossss!!!


Penonton sedikit suspen bila gol Malaysia berjaya juga dibolosi...


Tahniahlah untuk barisan pertahanan yang tega bertahan sehingga minit terakhir. Akhirnya Malaysia berjaya untuk ke pusingan yang seterusnya.... syabas!!!




Thursday, June 23, 2011

...

Hari ini bangun sedikit awal dari biasa. Sudah berjanji dengan adik untuk buatkannya nasi goreng untuk dibawa ke sekolah. Alang kepalang tu, memang buatkan untuk seisi keluargalah. Sebelum tidur, siap-siap masa nasi supaya senang bangun pagi esoknya boleh terus goreng.



Dengan segala limpahan rezeki dariNya, maka bersarapanlah kami seisi keluarga dengan nasi goreng ala ibu. Awal-awal pagi begini memang tidak sempat bersarapan di rumah, masing-masing dibekalkan nasi goreng seorang sebekas kecuali en.hubby. En.hubby jual mahal sebab katanya ada mesyuarat di pejabat pagi ini. Alhamdulillahhhh...

Wednesday, June 22, 2011

...

Petang semalam abang jatuh basikal. Dia memang macam terkedu 1 minit bila anak jiran datang bagitahu...."aunty...aunty....izzuddin jatuh langgar kereta. dia berdarah!!!". Dia memang suspen masa tu, sebab dia mula terbayangkan yang bukan-bukan. Sedang minda berjalan ligat, dia juga ligat mencapai tudung dan terus berlari keluar. Rumah pun dia tinggalkan macam tu sahaja tanpa bertutup, berkunci. Memang dia tak ingat apa-apa pun waktu itu, sebab dia hanya terbayang anak teruna yang mungkin sedang dalam kesakitan.


Dia nampak dari jauh, abang sambil menangis cuba bangun berdiri sambil dibantu oleh seorang jiran yang kebetulan sedang joging. Owh!!! dia sedikit lega sebab gambaran yang berligar dalam kepala dia tadi sudah jauh meleset.... syukur. Abang, bila nampak dia lagi kuat nada tangisannya. Dengan dada tercungap-cungap....dup dap dup dap dia mendekati abang. Dia tengok badan abang tak ada luka-luka tapi abang asyik "...ibu....sakit ibu....sakit..." Dia tanya abang, di mana yang sakit.... Dia suspen lagi bila abang mula angkat baju, kemudian hendak buka seluar... Rupa-rupanya 'bird' abang yang luka dan berdarah. Tiba-tiba kepalanya rasa berjerebu sekejap, tak tahu nak baut apa. Dia ajak abang balik, perlahan-lahan berjalan sampai rumah. Dia memang tak berani hendak usik apa-apa ditambah lagi dengan abang yang asyik menangis dan menjerit tiap kali dia cuba hendak tengok luka tu. Dia telefon en.hubby suruh balik.


En.hubby sampai rumah tengok 'bird' abang....hmmm mujurlah tak ada apa-apa (harap memang tak ada apa-apalah). Luka pada 'bird' abang disapu minyak gamat. Lepas tu abang terlena keletihan. Ada juga lebam di sana sini sikit-sikit, di dahi, di belakang badan.... Ikut cerita abang, dia langgar kereta 4W Drive yang diparkir tepi jalan. Waktu abang kayuh basikal tu, abang asyik tengok belakang hingga tak sedar bila berpaling semula kedepan terus terlanggar kereta tu tak sempat nak elak. 'Bird' abang boleh luka sebab ditimpa basikalnya sendiri.


Hari ini abang pergi sekolah, dia sudah pesan awal-awal supaya berhati-hati, jangan main lasak-lasak sangat. Dia bukannya apa, risau jugakan sebab lukanya tu di tempat sensitif. Sabar jelah dengan anak-anak ni kannn.... lagipun benda dah nak jadi.... maka begitulah jadinya...

Friday, June 17, 2011

::...::

Sudah lama dia perasan akan hal ini. Sejak beberapa tahun melihat anak-anak semakin membesar, dia dapat rasa bahawa anaknya yang sulung banyak ikut dia. Walaupun anak sulung dia lelaki tetapi kebanyakan perangai dan sifatnya memang macam dia masa kecil dulu. Anak sulung dia ni dipanggil abang sejak dapat adik. Sebelum dapat adik, kami panggilnya dengan panggilan namanya sendiri. Dia pun suka bila kami panggil dia abang.


Seharusnyalah sebab dia abang, gaya dan laku pun mesti macam seorang abang kan. Tapi abang ni, dia perasan macam lain sikit. Abang agak manja berbanding adik. Dia pun tak tahulah manja mengada-ada ke, memangnya manja ke. Cuma kadang-kadang dia rasa geram campur bimbang kalau-kalau nanti abang tak pandai hendak berdikari. Semuanya masih mengharapkan dia. Kalau perangai manja-manja ni memanglah tidak mengikut dia pun. Dia dulu masa kecil mana ada manja. Sampai besar memang mampu berdikari.... alhamdulillahhh...Tapi bila dia fikir-fikir balik, mungkin puncanya daripada dia juga. Sebagai ibu, memang kalau boleh semua perkara dia hendak tolong selesaikan. Dia macam tak harap dan ada rasa tak puas hati kalau orang lain buatkan. Paling senang, biar semua benda dia buat. Itulah gamaknya anak-anak naik lemak, semua benda pun tak boleh buat sendiri kan. Tapi sekarang, mula ada rasa bimbang dalam hatinya. Mungkin sudah tiba masanya dia biar anak-anak terutamanya abang belajar berdikari sikit-sikit. Dia sudah fikir dan dia pun mesti mulakan dari sekarang.



Itu satu hal. Ada satu hal lagi yang dah buat hatinya jadi walang. Dia memang risau pasal perkembangan pelajaran abang. Dia perasan sejak dari abang di tadika, pencapaian akademik abang tidak begitu cemerlang. Kira boleh tahan saja. Masa abang masuk Tahun 1 pun abang kena masuk kelas Kia dulu sampai 6 bulan. Alhamdulillah....belum sampai 6 bulan dalam kelas Kia, pencapaian abang agak memberangsangkan. Kemudian bermulalah episod perjuangan abang bersama-sama rakan Tahun 1 yang lainnya seperti biasa. Perkembangan pelajaran di Tahun 1 menunjukkan peningkatan yang positif. Masuk Tahun 2 pun masih sama. Tidaklah begitu cemerlang namun bukan juga terlalu lemah. Bukannya dia tidak usaha untuk tingkatkan pencapaian abang. Selalu juga dia beli buku latihan untuk abang. Tapi dia sendiri tak faham kenapa abang ni 'rajin' sangat. Sindrom anak lelaki agaknya.... bukan tak boleh cuma tak rajin saja.


Dia memang dapat kesan dari awal, abang ni sangat lemah dalam matematik. Bila diingat-ingat semula dia dulu pun masa belajar memang lemah mata pelajaran ini juga. Masa peperiksaan UPSR dulu pun dia dapat 4A1B dan B itu adalah matematik. Begitulah seterusnya sehingga dia masuk sekolah menengah sampailah masuk IPT. Mata pelajaran matematiklah yang paling sedih, syahdu syahdan bila keluar keputusan. Tapi kalau Bahasa Melayu memang dia tip toplah. Senario ini samalah macam abang. Itu yang dia yakin sangat yang abang tu memang turun perangai dan sifat dia sebijik.


Tahun ini abang sudah pun di Tahun 3. Kalau tanya perasaan dia saat ini memanglah jawabnya risau campur bimbang. Pencapaian matematik masih jauh dari jangkauan. Walhal sejak awal tahun dia hantar abang ke kelas tusyen. Dia harap dengan kelas tambahan ini abang dapat memperbaiki kemampuan abang. Tapi dari pemerhatian dia, pencapaian matematik abang masih di takuk lama. Dia mengaku dalam diam sunyi sepi hati ini memang ada terselit rasa kecewa. Dia tak boleh zahirkan perasaan kecewa ini tapi dia harus bangkit bantu abang.


Langkah pertama yang dia ambil sekarang ini adalah minta pertolongan maksu (adik bongsu dia). Maksu memang bijak matematik, minat matematik, cinta matematik kalau tidak masakanlah maksu jadi pensyarah matematik kan. Dia harap dengan kelebihan dan ilmu pengetahuan yang maksu ada ini dapat bantu abang. Inilah pengorbanan dari maksu yang dia mohon sangat-sangat. Perngorbanan dalam erti kata korban masa dan tenaga maksu demi kejayaan anak buah maksu ini.


Dia memang dalam mode risau ini, tapi dalam masa sama dia sentiasa mengharap dan mendoakan kejayaan anak-anak. Yelah kan, ibu bapa mana yang tak mahu tengok anak-anak berjaya kan... baik dalam akademik mahupun kehidupan. Dia sendiri pun sebenarnya kena banyak berubah sebab untuk melihat anak-anak menjadi orang yang cemerlang, ibu bapa terlebih dahulu harus menjadi insan dan ibu bapa yang juga cemerlang. Namun begitu, dalam usaha untuk menjadi ibu bapa cemerlang banyak yang dia perlu ubah, baiki, tambah. Sebab dia rasa dia masih insan yang lemah, yang lalai, yang leka dalam nikmat dunia sedangkan dalam kehidupan dia tanggungjawab dan amanah yang perlu dia pikul bukannya sikit dan mudah. Dia tak mahulah menjadi seperti 'ketam mengajar anaknya berjalan betul'. Beratkan sebenarnya tanggungjawab kita ni...

Wednesday, June 15, 2011

...

Dia berkursus 5 hari. Semalam baru masuk hari kedua. Dari awal lagi sejak terpilih mengikuti kursus ini, dia memang teruja. Pertama, sebab kursus akan berlangsung selama 5 hari maka sekurang-kurangnya dia dapat memenuhi sebahagian kuota mengikuti kursus sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun. Kedua, sebab tajuk dan pengisian kursus itu sendiri yang dia rasa sangat menarik dan penting dalam melaksanakan kerja-kerjanya seharian. Dia fikir, pasti dia akan banyak belajar dan mendapat banyak pengetahuan melalui kursus ini.

Tetapi petang semalam dia hampir tertewas. Dia suka dengan penceramah yang mengajar. Si penceramah memang sangat mahir dan luas pengetahuannya dalam bidang dan subjek yang diajarnya dalam kursus ini. Kandungan pelajarannya pun sangat bagus, efektif dan seimbang. Seimbang bererti ada teori dan latihan menjadikan kursus tidak membosankan. Tetapi entah di mana silapnya dia petang semalam? Dia sukar sekali mengawal diri.

Sebaik bermula sesi kedua selepas rehat tengahari, dia mula hilang fokus. Dia tidak lagi dapat menumpukan perhatian pada apa yang diterangkan oleh pengajar. Dia rasa macam berada di awang-awangan. Dia sebenarnya mengantuk dan hampir terlena!!! (atau memang dia sudah tertidur waktu sesi berlangsung?)

Dia rasa kesal teramat sangat. Macam-macam yang telah dia usahakan supaya tidak terlelap begitu sahaja tapi ternyata menahan kantuk adalah satu perkara yang menyeksakan. Terasa berdenyut-denyut kepalanya. Dia cari punca.... punca yang menyebabkan dia jadi begini. Dia mula terfikir mungkin sebab perut yang kenyang sangat yang telah diisi dengan hidangan pagi mahupun tengahari yang begitu menyelerakan? Ataupun mungkin sebab sesi kelas petang itu yang berlangsung dengan penerangan panjang lebar oleh pengajar tanpa ada satu sesi latihan pun? Sesungguhnya dia telah hilang punca.

Dia cuba-cuba panggung kepala melihat sekeliling sama ada teman-teman lain turut menghadapi dilema sepertinya. Oh! ternyata bukan hanya dia seorang yang sedang mengalaminya.... malah boleh dia katakan seluruh isi kelas seperti terhilang fokus. Hahaha!!! dia hanya gelak dalam hati. Dia perasan juga yang pengajar pun macam perasan akan senario yang sedang berlaku ini. Mujur juga ada rehat untuk minum petang sekejap. Dia rasa sangat-sangat lega waktu itu. Selepas minum petang, kelas bersambung kembali untuk tempoh sejam sebelum ditamatkan untuk sesi hari kedua. Fuuuhhhhh!!!

Dia berharap hari ini dia tidak akan melalui saat-saat yang menyeksakan itu lagi. Nanti dia juga yang malu sendiri. Tetapi, seandainya pisang berbuah dua kali? Apa yang harus dia katakan lagi? Mungkin dia perlu bekalkan gula-gula sikit sebagai salah satu langkah untuk mencegah....hmmmm

Thursday, June 09, 2011

:: Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ::

Hujung minggu yang lepas bawa si adik mandi kolam di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Bukan satu hari tapi dua hari di hujung minggu berturut-turut melayan kerenah si kecil ini.

Asyiklah dia menyanyi-nyanyi di telinga ibu ini.... nak mandi kolam, dah lama adik tak mandi kolam.... Owhhh...ok..ok... ibu pun rasa macam memang sudah agak lama tak bawa anak-anak mandi kolam. Tapi kali ini sayang sikit sebab si abang tak ada.

Fikir punya fikir, Taman Tasik Cyberjaya paling dekat.... maka kesanalah kita. Tidak jauh dari rumah, hanya mengambil masa 5 ke 10 minit perjalanan dengan kereta. Taman Tasik Cyberjaya terletak berhampiran dengan Universiti MultiMedia (MMU) dan bersebelahan dengan pejabat Majlis Daerah Sepang. Di sini, macam-macam ada dan banyak aktiviti boleh dilakukan. Ada Driver Range, Paint Ball, Go Kart, gelanggang futsal, gelanggang badminton, tenis,dewan tari, kolam mandi dan juga gim.


Untuk mandi, dikenakan bayaran RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Tak mahal pun kan. Puaslah si adik dapat mandi kolam 2 hari. Kalau abang tahu ni....hmmm... tak tahulah...


Awal-awal pagi lagi si kecil ni dah bangun. Tak sabar-sabar dah nak mandi.


Lepas ni, boleh bawa dia dengan abang sekali. Pagi-pagi hari minggu tak ramai sangat pengunjung. Orang mula ramai dekat dah nak masuk tengahari.

:: Hukum suami tersentuh rambut isteri dalam wuduk ::

Petang semalam sewaktu berbual-bual dengan kawan, kami ada bincang pasal perkara seperti tajuk entry. Mula-mula tu bincang pasal suami isteri kalau bersentuhan masa dalam wuduk, batal atau tidak wuduk tu. Mengikut pengetahuan saya yang sangat terbatas ini, memang wuduk batallah kan.

Lepas tu, kawan seorang ini sebut pula sama ada wuduk batal atau tidak kalau tersentuh rambut. Hmmmm.... yang itu memang macam timbul sedikit kemusykilan antara kami. Masing-masing tidak dapat hendak pastikan langsung isu tersebut terus didiamkan.

Awal pagi tadi, sambil bersahur saya baca majalah Wanita keluaran Mei 2011. Ternampak pula ruangan Bersama Dato' Dr. Mashitah Ibrahim. Dan... inilah persoalan yang diajukan oleh pembaca dalam ruangan tersebut yang mungkin menjawab persoalan kami semalam.

Soalan :
Jika seorang suami terpegang rambut isteri ketika dalam wuduk, adakah batal wuduk mereka atau sebaliknya?

Jawapan :

Ada dua pendapat berkaitan batal wuduk bila suami isteri bersentuhan. Imam Syafi'i berpendapat bahawa wuduk adalah batal bila bersentuhan. Namun begitu ianya merujuk bersentuhan kulit. Ini bererti apabila tersentuh kuku, gigi dan rambut, ianya tidak batal kerana ini bukan tempat-tempat yang dikira menimbulkan syahwat. Imam Malik pula berkata wuduk hanya batal bila bersentuhan yang menimbulkan syahwat. Imam Hanafi pula berpandangan bahawa sentuha suami isteri tidak membatalkan wuduk.

Wallahua'lammm...

Monday, June 06, 2011

:: Cerita dari Sana... ::

Syukur alhamdulillah.... mak, abang dan dekyah telah selamat tiba di tanahair petang semalam. Syukur sekali lagi, semuanya di dalam keadaan sihat walafiattt...

Usah ditanya tentang kegembiraan mereka kerana itu sudah pasti, malah terpancar dari wajah mereka terutamanya mak. Ya, mereka telah dipilih untuk mengunjungi Baitullah, berziarah ke Madinah.... subhanallahhh... daripada cerita mereka terserlah jelas kekaguman terhadap kekuasaan Allah s.w.t. Semalam, seronok mendengar cerita mereka. Cerita mereka di sana.... di bumi para anbiyaa'... melaksanakan ibadah umrah....menjejaki tanah haram...sembahyang jemaah setiap waktu di Masjidil Haram... berziarah mengenali sejarah para syuhada'.... Kalau boleh ditahan kantuk ini, mungkin sampai ke pagi asyik mendengar cerita mereka.

Ya Allah.... tidak jemu mendengar cerita mereka. Terasa diri bagai turut berada di sana. Semoga akan tiba ketika dan saatnya itu....insyaallahhh....

Friday, June 03, 2011

:: Nuffnang Sponsored Post ::

Terkejut pula mula-mula semalam tengok dekat Nuffnang ada button putih yang pertama tu dekat dashboard. Hmmm.... apakah itu? Aikkk.... cuba klik, sponsored post? Saya langsung tidak faham.



Lepas tu klik pula pada butang Earning, ada tambah satu table SponsoredPost. Dapat RM1.00.



Saya memang musykil dan terfikir-fikir apa yang perlu dibuat. Saya pun berjalan-jalanlah mencari dalam google dan akhirnya jumpa jawapan di sini. Owhhh... alkisahnya begitu, sebab hari tu ada isi Social Media Minds Survey. Jadilahkan rm1 pun.... hehehe...terima kasih Nuffnang.

Wednesday, June 01, 2011

:: Khabar dari Mekah... ::

Alhamdulillah.... terima berita dari Dikyah 2 hari lepas, mereka semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa saya sangat-sangat rindukan mak, abang dan juga dikyah. Dalam 5 hari lagi mereka akan pulang ke tanahair.... insyaallahhhh. Semoga pulang dengan selamat dan sejahtera hendaknya.

:: Cuba-cuba dulu... ::

Inilah kejadian pada hari Ahad 2 minggu lepas. Lokasi kejadian adalah di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. Acara; pertandingan mewarna sempena Kejohanan Perlumbaan Perahu Naga dan Hari Keluarga JPM.

Sejak dari dahulu lagi kalau ada pertandingan mewarna ni, asyiklah memujuk anak-anak suruh masuk tapi masing-masing mengada tak mahu. Walhal dalam hati tu teringin... entah apa yang mereka takut pun tak tahulah.

Tapi berlainan pula kali ini. Bila en.hubby tanya masing-masing nak masuk atau tak pertandingan mewarna, kalau nak abah nak daftar nama.... terus laju sahaja mengangguk. Aikk??? Ibu pula yang terkejut. Hmmm.... mungkin-masing dah besar jadi dah tak segan agaknya.

Tengoklah gaya si abang tu, macam takut-takut.... malu-malu kucing pun ada.

Si adik nampak macam ok. Dalam hati tu tak tahulah pula ibu.... hehehe...
Ok... dah mula mewarna. Pertandingan kali ini disusun mengikut kategori umur. Abang dalam kumpulan umur antara 7 hingga 9 tahun. Persaingan agak sengit dalam kategori ini.
Adik pula dalam kumpulan umur 4 hingga 6 tahun. Nampak macam ada harapan.
Dan akhirnya... cubaan pertama adik telah membuahkan hasil. Adik mendapat hadiah tempat ketiga. Alhamdulillahhhhh.... senyum melebar. Kesian jugalah dengan si abang sebab tidak berjaya meraih sebarang hadiah.... yelah kategori dia ni susah sikitlah sebab dah ada yang selalu masuk pertandingan kannn.... masing-masing sudah bersedia dengan peralatan warna sendiri kalau hendak dibandingkan dengan abang yang tak bawa apa-apa hanya mengharapkan pensil warna yang diberi oleh penganjur sahaja. Tidak mengapalahkannn.... percubaan pertama...
Ibu tumpang sekaki berkongsi kegembiraan