Monday, December 19, 2011

:: Siap sedia ::

Alhamdulillahhhhh....akhirnya segala kelengkapan sekolah untuk abang dan adik sudah siap disediakan. Fuuuhhhhh!!!! rasa lega sangat bila semua sudah selesai disediakan. Barulah hati sedikit senang hendak balik kampung. Nanti di kampung dah tak perlu hendak fikir-fikir lagi dah, hanya fokus pada majlis kenduri sahaja. 


Tahun ini kelengkapan semuanya serba baru buat abang. Untuk adik tu sudah semestinyalah kan, hendak masuk Tahun 1 lah katakan. Lima pasang baju sekolah setiap seorang, cukup untuk lima hari persekolahan seminggu. Kasut sekolah, dua pasang setiap seorang; satu mahal sikit dan satu lagi murahhhh sikit. Stokin pun 5 pasang juga, baju sukan untuk adik dan beg-beg sekolah untuk sekolah kebangsaan dan juga KAFA. OK!!! siap!!!

Buku-buku rampaian sekolah pun sudah siap dibeli di koperasi sekolah tengahari tadi. Boleh tahan juga pengaliran tunai hari ini. Yaaaa....semuanya demi anak-anak tercinta. Belajar rajin-rajin ye anak-anak, biar jadi orang pandai, orang yang berguna bila besar nanti.

:: Perut kenyang suka hati ::

Hampir 3 minggu abang tinggal di rumah tok abah, hari ini ibu tengok muka abang dah lain macam. Pipi makin tembam bagai dipam-pam. Memang geram dan seronok untuk dicubit-cubit. Bahagia betul abang dapat duduk rumah tok abah sebab dijamu makan macam-macam. 

 Sudahnya....hah! inilah hasilnya. Pipi tembam, badan bulat,berat badan pun bertambah. Memang geramlah ibu dan abah tengok. Rindu dengan abang pun ia juga kot. Malam ini rumah kembali riuh-rendah dengan suara abang dan adik. Tengok si adik pun gembira semacam saja. Kononnya semalam bila jumpa abang, adik hendak pelukkkkk abang. Tup-tup bila jumpa tak sampai lima minit dahhhhh bergaduh.... baguuuussss sangat.

Encik muka bulat pipi tembam dan cik puan kurus kering. Dua-dua kesayangan ibu dan abah.  Tolonglah duduk diam-diam jangan asyik hendak bergaduh sahaja. Bila jauh rinduuuu kononnya, bila dekat je grrrrrr

Sunday, December 18, 2011

:: Santai ::

Hari ini tak ada apa-apa hendak dibuat sangat. Tak sabar ni tunggu si abang balik dari KT, petang agaknya nanti sampai. Pagi tadi (dah hampir tengahari dah pun) sarapan di kedai mamak, huisshhhh tak sangka pula dia boleh pekena dua biji roti telur. Lepas tu tolong habiskan telur separuh masak si adik punya, 2 biji tuhhh. Entah apa kena perut dia hari ini....

Lepas makan, en.hubby ajak ronda-ronda tengok rumah dia yang sedang dalam pembikinan. Tahun depan dijangka siap....insyaallahhhh. En.hubby tu dok fikir-fikir sama ada hendak dijual ke hendak disewa rumah tu bila siap nanti. Ada juga kawan-kawan yang bagi idea suruh buat homestay.... Apa-apa pun terpulanglah pada en.hubby, dia menyokong saja mana-mana pun.

Dah ronda-ronda tengok rumah, en.hubby ajak pergi cari air tasik pula untuk letak dalam akuarium ikan. Kemana agaknya kami ye.... misi mencari air tasik sampailah kesini sudahnya...

Sambil ambil air tasik sambil posing sikit-sikit. Tengok latar belakang tu dah boleh agakkan sampai kemana kami ni kannnn


Adik dan ibu.... Opppssss!!! nampak latar pemandangan di belakang tu, macam pernah dilihat ye....ahaks! Sikit saja kami ambil air tasik tu hihihi...

 Adik dan abah pula.

 Si kecil ni pantang nampak air, tak kiralah air tasik ke apa ke.... kalau boleh hendak terjun mandi terus


Sebelum balik rumah pergi kedai jual ikan hiasan dulu. Beli ikan-ikan kecil, beli akuarium baru juga dan segala bagai aksesori yang diperlukan. Balik rumah terus operasi. Kecil comel sahaja akuarium baru tu, sesuailah untuk ikan-ikan yang comel.

Monday, December 12, 2011

:: Masak-masak jom... ::

Tadikan boleh pula terlupa yang negeri-negeri lain semua tak cuti hinggalah terima sms bertanyakan siapa yang standby hari ini sekiranya ada masalah di negeri lain. Barulah teringat yang sepatutnya sayalah orangnya yang perlu standby sepertimana telah dijadualkan sebelum ini.

Walau apapun tak kisahlah sebab masih boleh bekerja dari rumah jadi segala masalah yang diterima insyaallahhhh boleh sahaja diselesaikan. Sementara dalam standby mode ni pun acara masak-memasak untuk makan tengahari tidak harus diabaikan ye... Alaaaa masak yang mudah sahaja untuk makan berdua.


Mula-mula sekali kita masak udang goreng kunyit. Tapi kali ini lain sikit cara memasaknya dari yang biasa kita buat sebab kita ikut resepi dari buku yang baru beli semalam tu....ecewahhh..hehehe..



Lepas tu kita masak pula daging masak hitam ini. Ini daging kerbau yang raya korban hari tu. Makaihhhh punyalah lama daging ini disimpan dalam peti ais, dari bulan Zulhijjah sampai ke Muharam baru hendak dimasakkan. Jangan bazir buang-buang ok!!! tak baik...lagipun dagingnya masih elok saja

:: Menghirup udara pagi ::

Seronoknya hari ini bercuti lagi. Bagi negeri lain selain dari Selangor haruslah kerja kannn. Tapi entah macamana en.hubby tercuti pula eh? Oleh kerana masih tinggal berdua, hari ini keluar sarapan sambil ambil angin naik motor. Wahhhh!!! bestnyaaaa....dah lama betul rasanya tak membonceng Mr. Green ni. Berdebar-debar pula rasanya, walhal tak jauh manapun setakat pergi pekena nasi lemak makcik Nab di Pulau Meranti saja....hihihi...


Tadi macam hendak berposing dekat Mr.Green tapi malulah pula nanti orang tengok semacam ahaks! Jadi kita ambil gambar sendiri dengan helmet nampak sipi-sipi sudahlah kot. Pakai kamera iphone sahaja tu yang kelabu asap saja.


Selesai sarapan, singgah stesen minyak sekejap untuk isi minyak. Lepas itu, terus sahaja balik rumah. Memang tidak ada rancangan untuk kemana-mana pun hari ini.

Sunday, December 11, 2011

:: Bila berdua ::

Sudah pasti hari Ahad hari ini hanya tinggal kami berdua. Seorang anak berada di Pantai Timur dan yang seorang lagi di Utara. Sunyi betul tanpa suara anak-anak di rumah. En.hubby ajak pergi dating dan saya pun berkata OK!!! bila lagi hendak keluar berdua-duaan begini kannn...


"Ehhh!!! Yang, kenapa dagu berlapis tu?" Uppppsss!! Kami dating di MV. Baik punya plan en.hubby, parkir kereta di Putrajaya Sentral kemudian naik train ERL sampai Bandar Tasik Selatan. Naik pula komuter menuju ke MV. Kononnya lama sikit berjalan berdua-dua... pegang-pegang tangan keh keh keh...kononnya lahhh. Memang semputlah bila dah lama-lama tidak berjalan macam ni kannnn Tambah lagi terpaksa menempuh kesesakan dalam komuter. Boleh pengsan tau!!!

Sampai MV, jalan-jalan dulu sambil menuju ke destinasi yang sebenarnya ingin dituju. Ramainya rakyat berjalan-jalan, membeli-belah.... memang sesak juga dalam sini.


Dalam sesak-sesak pun kita ambil gambar juga lah. Kenapalah kepala terteleng sampai macam tu ek?


Yeeehaaaa.... inilah sebenarnya destinasi berdating kami. MPH Carnival ini berlangsung selama 5 hari bermula 8/12 hingga 12/12. Esok orang Selangor sempat lagilah kalau bercadang untuk kesini. Banyak juga syarikat-syarikat penerbitan yang mengambil bahagian dan pastinya setiap buku yang dijual ada diskaun yang ditawarkan.  Macam-macam aktiviti juga yang disediakan untuk kanak-kanak....  maklumlah sekarang kan ke cuti sekolah. Macam-macam ada... Ada juga segmen 'keperluan kembali ke sekolah'.... ada kasut dan baju sekolah, beg-beg sekolah, 'stationary' dan juga jualan buku-buku latihan dari beberapa buah syarikat penerbitan.


Dan akhirnya.... inilah hasil pelaburan untuk hari ini. Memang berdating penuh ilmiah.

Pertama sekali beli buku latihan untuk anak-anak sebagai persediaan untuk musim persekolahan tahun depan. Sangat penting ok!

Kemudian beli juga untuk bacaan santai. Tak mahulah anak-anak rasa stress sangat bila menengokkan buka latihan yang banyak itu. Untuk Luqman juga tidak dilupakan ye! Untuk Ahmad Umar, tunggulah bila besar sikit nanti...

Seterusnya untuk ibu dan abah. Ada satu di situ khas buat maksu sebagai hadiah harijadi. Tak boleh cerita sekarang nanti tak ada pula elemen kejutan di situ ye! Kalau maksu pandai, cuba teka yang mana satu bakal menjadi milikmu hehehe...

Ok, yang ini adalah yang terakhir dibeli. Saya tak minta, tapi en.hubby yang beli khas untuk saya. Lepas ni janganlah dok mencipta alasan ok, tak ada idea nak masak apa le, tak tahu nak masak le.... Dalam buku tu ada 1000 resepi masakan.... amekaw!!!

Sebaik sampai rumah petang tadi.... masyaallahhhh letihnya rasa seluruh badan. Lenguh habis kaki ni berjalan. Mengada betulkan... walhal dulu-dulu masa tak ada kenderaan tu boleh je naik turun bas, komuter la, lrt la segala bagai. Sajaaa je...

Oleh kerana banyak juga wang tunai yang mengalir keluar hari ini maka malam ini kami berdua makan maggi saja seorang semangkuk kuang kuang kuang... sebenarnya... kurang seleralah bila anak-anak tak ada depan mata hahahaha....(yelahhhh....apa-apa jelahhhh). Resit-resit belian semua mesti simpan ok! Sudah tiba hujung tahun ni, tak lama nanti perlu isi borang LHDN pula haaaa

:: Sabtu dengan mak ::

Seronoknya pagi Sabtu masak-masak sarapan bersama dengan mak. Sambil-sambil tu dengar nasihat mak, tip-tip dan petua memasak....owhhh!!! momen yang sangat indah. Susah nak dapat momen macam tu sebab selalunya mak seorang saja yang bertungkus-lumus di dapur sebab anak-anaknya memang "rajinnnnnn" sangat kui kui kui...

Pertama sekali siapkan bahan-bahan untuk menggoreng kueyteow. Sudah agak lama tidak makan kueyteow goreng dan saya pun kurang pandai menggoreng kueyteow ni. Selalu goreng tak menjadi je... biasanya kueyteow tu jadi berketul-ketul. Pagi ini dengan bantuan mak... yey!!! menjadi juga, Mak kata selalunya kalau makan di kedai, kueyteow dia tak putus-putus tu sebab mereka tak basuh dulu. Kueyteow tu mereka relai-relaikan sahaja. Kita buat kat rumah mestilah basuh dulu kan, itu yang putus-putus sahaja. Takpelah kannn... walau kueyteow tu putus-putus, janji ia tak berketul-ketul sampai susah nak makan.

Sudah siap kueyteow goreng, saya buat sandwich tuna pula. Buat tak banyak pun cukuplah untuk dimakan empat ke lima orang. Sambil tu, buat juga telur separuh masak. Si adik memang suka makan telur separuh masak ni. Dan akhir sekali sebelum sarapan, kita potong buah apple dulu.... nyummm nyummm nyummmm....

Lepas sarapan, bawa mak jalan-jalan ke JJ. Mak hendak beli sedikit barang sebelum balik SP petangnya nanti. Hampir jam 2 petang baru sampai rumah, kemudian sibuk pula masak untuk makan tengahari. Lewat la sikit kami makan tapi seronok juga sebab masak bersama-sama dengan mak walaupun masak lauk yang mudah-mudah sahaja.

Lewat petang juga mak, banglong, dikyah dan si adik bertolak ke SP. Malamnya tinggal saya dan en.hubby berdua sahaja. Owhhhh!!!! sunyinya lah haiiii...

Wednesday, December 07, 2011

:: 2 hati jadi 1 ::

Dalam entry yang sebelum ini dah maklum sikit pasal pernikahan banglong yang telah berlangsung pada 11 Nov. 2011. Yang sebenarnya bukan sengaja pun mengambil tarikh menarik ini tetapi disebabkan tidak ada waktu dan tarikh lain yang lebih sesuai maka termaktublah ikatan suci ini pada tarikh istimewa ini.

Teringat masa mula-mula banglong maklumkan akan hasrat nan sucinya ini, kami macam terkejut sikit namun dalam masa yang sama bersyukur sangat kerana akhirnya dia dipertemukan jodoh olehNya. Yang terkejut sebab... wow!!! tiba-tiba sahaja kan....elok lepas banglong balik dari buat umrah. Yelahhhh... perancangan Allah kan ke lebih hebat.
Tiba hari yang dinanti. Agak sedih sebab adik shakir serta keluarga dan en.hubby tidak dapat bersama-sama disisi banglong saat dia mengucap lafaz. Namun adik-adik perempuan banglong dan juga mak tetap setia memberi sokongan. Adik-beradik yang lain pun ada juga.... mak dan bapa saudara serta sepupu-sepapat. Syukur semuanya berjalan lancar dengan sekali lafaz.... alhamdulillahhhh


Banglong ni nampak sahaja macam tenang, tapi tengok dari belakang telinga tu merah...hmmmm sah tengah berdebar-debar.
 

Masa ni, tok imam tengah semak segala dokumen dan borang(agaknya lah).
 
Aku terima nikahnya.... Berlangsung di Masjid Sg. Pasir selepas solat Jumaat.
 
Sejurus selepas akad, pengantin perempuan dipanggil ke depan untuk sama-sama mendengar lafaz taklik dari pengantin lelaki.
 



Sejurus selepas segalanya telah selesai, banglong menunaikan solat sunat. Kebiasaannya kita selalu tengok pengantin lelaki sahaja yang buat solat sunat kan.... sebaiknya rombongan pengantin pun buat jugalah solat sunat tahaiyyatul masjid (kalau majlis akad buat di masjid). Biar kita sama-sama mendapat pahala dan rahmat dari Allah s.w.t.
 
Kalau orang kata takut nanti habis semua make-up di muka sebab nak ambil air sembahyang lagi kan, tapi cuba kita fikir pandangan siapa yang patut kita utamakan? Pandangan orang atau pandangan Allah kepada kita? wallahua'lammm
 
Eh!!! nak kemana pula tu.... Upacara seterusnya berlangsung di rumah pengantin perempuan yang tidak jauh dari masjid.
 
Semoga kebahagiaan berpanjangan mengiringi kehidupan mereka.... insyaallahhhh
 
Famili foto... tak cukup korum.

Upacara selesai menjelang waktu Asar juga dan kemudian masing-masing balik ke rumah berehat dan bersiap sedia untuk majlis kenduri keesokkannya pula.

Thursday, December 01, 2011

:: November yang sibuk ::

Sedar tak sedar, dah masuk Disember dah pun. Letih bulan November pun masih belum hilang lagi ni. Tolak bab kerja, sibuk juga dengan bab-bab kehidupan yang lainnya. Boleh kata hujung minggu sepanjang November tidak lekat di rumah pun. Ada sahaja aktiviti.... sambutan Raya Haji, 2 majlis perkahwinan dan juga debaran menyambut kelahiran Ahmad Umar.

Terasa masa yang berlalu begitu pantas. Hari bertukar hari, dari minggu ke minggu, hujan, panas.... tup tup kita sudah di penghujung tahun 2011. Kalau boleh semua cerita hendak diabadikan di sini, namun tunggulah tengok andai ada semangat menyuntik dalam diri.

Hujung bulan Disember akan kembali sibuk dengan majlis menyambut menantu dan daftar sekolah si adik. Mohon moga segalanya bakal berjalan lancar sepertimana yang dirancang. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun ini sama ada yang sudah dirancang mahupun yang tidak terduga. Namun begitulah hakikat sebuah kehidupan....sama ada dirancang atau tidak semuanya akhirnya terletak ditanganNya jua dan pasti ada hikmahnya setiap sesuatu itu....

Tahniah buat sahabat, Nita kerana telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan minggu lepas. Sedap nama kau bagi Nita.... Nur Fatimah Az-Zahra. Semoga dia membesar menjadi wanita yang hebat sehebat namanya itu....insyaallahhhh. Kau dah lima, aku tetap dua....huhuhu... Paling hebat kelima-lima anak lahir dalam bulan November.... hebat...hebat

Tahniah juga buat adik sepupu Nur Amalina Hassuna dan suami, Iskandar kerana telah selamat melangsungkan perkahwinan. Selamat menempuh kehidupan baru sebagai suami dan isteri. Jalanilah kehidupan baru ini dengan penuh harmoni, persefahaman, dan penuh dengan kebahagiaan.

Semoga kita semua.... aku...kau, dia dan kamu.... juga mendapat kebahagiaan dan menjadi umat yang hebat insyaallahhhhh...