Monday, December 27, 2010

:: Sibuk? Malas? ::

Sebenarnya banyak perkara juga yang ingin diceritakan. Namun hati tidak selari dengan keinginan. Hati berkobar-kobar ingin mencurah cerita namun keinginan menolak-nolak... nantilah, tunggulah masa yang lapang-lapang, tengoklah kalau rajin (asyik berbolak-balik antara rasa hati dan keinginan).

Hendak dikatakan sibuk, tidak juga, malas? ya mungkin sedang mempengaruhi jiwa dan fikiran. Tambahan diri sedang mengulit senaskah buku maka rasa untuk membuat lain-lain perkara terasa wajar untuk ditangguhkan dahulu. Begitulah diri, andai sedang mengulit dan menelek benda yang sangat dicintai ini... harus perkara-perkara lain diabaikan.

Saya menunggu untuk habiskan naskah yang satu ini, kemudian baru saya kembali. Saya harus kembali untuk mencatat segala perkara yang saya dan keluarga lalui. Ini semua untuk coretan kenangan peribadi, tiada yang lebih dari itu. Coretan kenangan ini akan menjadi sebuah nostalgia dalam kehidupan, dan andai ada waktu-waktu untuk mengimbau kembali nostalgia itu nah! di sinilah ruang khazanahnya yang tersimpan.

Thursday, December 16, 2010

:: Penuhi hajat ::

Baru sahaja menyiapkan puding triffle untuk en.hubby bawa ke pejabat esok. Sebenarnya ia adalah permintaan khas seorang rakan pejabat en.hubby yang sedang mengandung.

Mudah sahaja untuk membuatnya... bahan-bahannya pun mudah untuk dicari, malah tidak pula mengambil masa yang agak lama untuk membuatnya. Jadi apalah salahnya sesekali memenuhi hajat orang yang teringinkan... lagipun saya tolong buat sahaja, kosnya en.hubby tanggung beresss...hehehe...

Bila dah siap tadi, huisshhh!! nampak sedap pula. En.hubby tanya, tidak adakah untuk ditinggalkan di rumah? Hmmm... nampaknya betul-betul bukan rezeki kita ye en.hubby sebab bahan-bahan yang kita beli semalam hanya cukup untuk satu bekas sahaja. Kita buat lain kali saja ye...

p/s : gambar triffle di atas adalah gambar lama. Yang baru siap tadi malas nak snap, walaupun ia nampak lebih menarik dan menggoncang kalbu

Tuesday, December 14, 2010

:: Nasi lemak atas pagar ::

Pukul 7 pagi tadi, kami anak-beranak masih di bilik atas sedang bersiap-siap. Tiba-tiba kedengaran nada menandakan ada mesej masuk di telefon en.hubby. Nada itu saya abaikan saja sambil meneruskan kerja menyiapkan si adik.

Ok... dah siap untuk turun ke bawah. Dengarle suara en.hubby dok membebel-bebel...tidaklah tahu apa halnya. Saya pun bertanya...

s : kenapa bah?

h : ni... remy ni mesej apa entah. nasi lemak atas pagar...

s : pagar mana? (masih blur dan tak faham)

h : jangan tanya le pagar mana! (nada macam nak angin je)

Malas untuk memanjangkan kisah yang saya sendiri sebenarnya tidak faham, terus angkat beg-beg jalan menghala ke pintu hadapan. Lepas pintu dibuka.... tiba-tiba saya nampak satu bungkusan plastik merah jambu tersangkut baikkkkk saja di pintu pagar.... Ohhh inilah alkisahnya... nasi lemak atas pagar... en. remy bagi

Syukur alhamdulillahhhh...moga en.remy sekeluarga dimurahkan rezeki ye insyaallahhhh...

Monday, December 13, 2010

:: Kak Limah Ngankung ::

Ya...layan 2 cerita sekaligus. Mula-mula hari Jumaat, pergi tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan kawan-kawan pejabat. Perghhh...pecah perut habis hahaha... Kita abaikanlah aspek-aspek tak ada logikanya itu. Sebabnya cerita ini benar-benar hanya untuk menghiburkan. Tapi rasanya lagi oklah dari Zombie Kampung Pisang dulu tu.

Jumaat petang, balik rumah sibuklah cerita dengan en.hubby pasal hantu kak limah. Tiba-tiba en.hubby terus ajak tengok esoknya. Kami marathon tengok 2 filem terus hihihi... lepas Hantu Kak Limah Balik Rumah sambung pula tengok filem Ngankung. Filem ini beri banyak pengajaran juga terutamanya buat orang Melayu yang suka sangat beli beli nombor ni. Realitinya memang begitukan... Filem ini memang ada pengajaran, ada sindiran... kita yang tengok fikir-fikirlah sendiri.

Saya memang terhiburlah tengok 2 filem ini. Sakit perut asyik dok gelak sahaja. Kepala yang serabut, yang tension pun habis semua boleh release....hahaha...layannnnnnzzzz

Monday, December 06, 2010

:: Selamat Tahun Baru Hijrah ::

Selamat menyambut 1 Muharam 1432H. Selamat tahun baru kepada seluruh umat Islam seantero alam... Apa azam baru kita ya?

Insyaallahhhh.... setiap tahun saya berharap untuk menjadi manusia yang lebih baik. Berharap semoga diberkati sepanjang kehidupan ini. Macamana untuk mendapat keberkatan itu?

Ya... hijrah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik.
Dari kurang mengingatiNya... semakin berusaha untuk dekat denganNya.
Mencukupkan segala amalan yang masih banyak kekurangannya....
Menjadi manusia yang lebih bersyukur dengan segala nikmatNya...

Semoga Allah akan memberkati segala-galanya.... insyaallah...

:: Cuti-cuti masuk jawi ::

Saya bercuti empat hari dari Sabtu sampai Selasa.... balik KT untuk menyaksikan hari bersejarah si abang. En. hubby tidak dapat ikut bersama kerana terpaksa outstation ke Perlis (rugi tau abah...hehehe). Saya balik KT berdua dengan adik menaiki bas hari Jumaat malam. Sepanjang perjalanan adalah penuh dengan debaran sebab bas dipandu dengan kelajuan yang sangat menggila. Bayangkan...bas bertolak jam 9.30 malam dan sampai pada jam 4.15 pagi keesokkannya (dulu-dulu sampai dekat nak Subuh)... Terkejut tok dan tok abah bila saya telefon...dah hampir tiba di stesen bas KT.

Sampai di rumah mertua, tidak dapat berehat lama. Kami bersiap-siap untuk ke Pusat Kesihatan Pelajar Unisza kerana pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi. Pagi itu hujan lebat mengiringi perjalanan kami. Si abang mendapat giliran kedua berkhatan.... jeng jeng jeng...




Seramai 30 orang peserta program yang akan menjalani upacara berkhatan. Majlis dimulakan dengan acara solat sunat hajat... memohon keberkatan dariNya untuk kelancaran majlis. Kemudian sedikit tazkirah oleh ustaz dari Unisza untuk para jemputan dan ibubapa. Selepas tazkirah dan taklimat oleh Pengarah Pusat Kesihatan Pelajar Unisza.... para jemputan menikmati juadah minum pagi sebelum acara berkhatan dimulakan.





Bilik berkhatan yang disediakan adalah untuk 2 orang peserta sekaligus. Jadi yang nombor satu dan si abang dalam satu biliklah. Tapi si abang menjadi yang pertama yang selesai dikhatankan. Syukur alhamdulillah... segalanya berlaku dengan selamat dan jayanya walau dalam gementar si abang. Yang paling kelakar... ada seorang jururawat pelatih yang menjadi pembantu doktor semasa abang dikhatankan telah jatuh pengsan kerana tidak dapat menahan tengok darah hahaha... kesian...macamana nak jadi jururawat ni...







Sesungguhnya dalam hujan lebat itu... ada rahmat dariNya...

Saturday, December 04, 2010

:: Selangkah Ke Alam Dewasa ::

Kehadapan anakku yang dicintai...


Tahukah dikau bahawa hari ini adalah hari bersejarah buatmu?

Meski usiamu masih setahun jagung...

Meski masih belum kenal hakikat kehidupan duniawi sebenar...

Dikau kini sudah selangkah menuju ke alam lebih dewasa...


Duhai anak...

Ketahuilah dikau... bahawa ia juga saat bersejarah buat ibumu...

Telah tercatat dalam sejarah peribadi ibumu...

Menyaksikan sendiri saat-saat itu...

Dan ibu sangat bangga denganmu


Anakku sayang...

Andai terasa sakit...maka bertahanlah

Ianya hanya untuk sementara...

Ketahuilah ia bahawa ini adalah kewajipan

Ia wajib bagi setiap umat Islam...


Anakku...


Islam sangat mementingkan kesucian...

Suci dan ibadah...saling berkaitan wahai sayang...

Maka apa yang dilakukan olehmu ini...

Adalah untuk memelihara kesucian...

Lalu ibadahmu pun akan terpelihara...


Anakku...

Sudah menjadi tanggungjawab ibu dan abah...

Membimbingmu untuk mengenali dan mendekatiNya...

Semoga dikau akan menjadi lelaki yang taat kepadaNya...

Menjadi lelaki yang menjadi pelindung bagi setiap wanita...

Menjadi lelaki yang akan mempertahankan agamanya...

Dan mulia disisiNya...

Seperti namamu wahai sayang... Muhammad Izzuddin....kemuliaan agama

Thursday, December 02, 2010

:: 2B? ::

Topik Hot Chat(HC) di Hot FM pagi ini agak sensitif bagi sesetengah orang kan... hehehe...

Kebiasaannya, perjalanan ke pejabat di awal pagi adalah sangat menghambarkan. Maklumlah, mood segar belum terjana, maka suasana sepi dan sunyi menghuni ruang dalam kereta. Masing-masing tidak ada rasa untuk berbual-bual apa lagi nak bergelak ketawa.

Tiba-tiba hari ini, ruang sepi itu telah terpecah dengan gelak ketawa isteri dek terkejut dengan topik HC yang bakal dibincangkan. 2B? hahahaha.... memang tidak dapat menahan diri dari terus ketawa...2B yang bermaksud...Botak dan Buncit...yang melanda sebahagian lelaki-lelaki yang telah berkahwin huhuhu.... Hishhh... memang terkena betul dekat suami kepada si isteri tadi. Sebab itulah si isteri boleh tergelak sakan.

Sayangnya...si isteri tidak dapat untuk terus mengikuti perbincangan topik hangat itu memandangkan kereta sudah tiba di perkarangan pejabat. Tapi seronok juga si isteri mengusik-usik sang suami sampai sang suami terus sentap. Siap sempat memanah jelingan bermakna pada si isteri... lepas itu, tangan itu laju sahaja menekan butang mute pada radio....hahaha...

Isu sensitif ini tidak dapat diulas lanjut...cukuplah usik-mengusik manja di pagi Khamis yang indah ini. Biarlah apa sahaja perubahan fizikal yang bakal berlaku.... namun kasih sayang si isteri kepada sang suami tetap sama seperti dulu-dulu...

Tuesday, November 30, 2010

:: Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving ::


Huishhh!!! Sudah lama betul rasanya tidak mengayuh, menunggang basikal... hampir berbelas tahun jugalah. Tiba-tiba hati terbuka...2 minggu lepas pergi berkayuh basikal di Taman Botani Putrajaya.

Ini semua idea maksu lah ni. Awal pagi hari Ahad tu, dengan perasaan teruja yang tidak boleh disangkal lagi saya, maksu dan si adik sudah terpacak di hadapan kaunter tiket Taman Botani. Aik!!! kenapa tidak ada walau seorang pun di kaunter tersebut? Hmmmm.... rupa-rupanya kaunter dibuka jam 9.30 pagi sedangkan waktu itu jam baru menunjukkan angka 8 pagi hahahaha... terlebih excited pulak kannn...


Ok...ok... tidak mengapa. Kita pergi isi perut dulu sebelum memerah tenaga dan kudrat untuk mengayuh. Hampir jam 9.30 pagi kami sekali lagi terpacak di hadapan kaunter.... eh!! dah ramai orang dah ni...pulakkk... Pun tidak mengapa, terus beratur untuk bayar sewa basikal.

Di sini, di Taman Botani ini, bayaran sewa basikal adalah rm4 sahaja untuk selama 1 jam. Ada 2 jenis basikal, yang single mingle dan juga ada 2 tempat duduk ( yang 2 orang kayuh tu). Kalau bawa baby, boleh ambil yang ada baby sit tu.

Sudah siap bayar sewa, kita turun bawah untuk ambil basikal. Pilih sahaja mana basikal yang berkenan di hati dan teruslah kayuhan anda....hehehe...


Mula-mula ni, saya carry si adik. Masa mula-mula ni lahhh....pergghhhh berpeluh juga sebab gabra hahaha... dah lupa pula macamana nak menunggang basikal. Terhuyung-hayang jadinya tau. Tambahan pula masa nak keluar dari tempat simpan basikal tu kena menuruni bukit yang agak... agak...curam juga....hati jenuh berdebak-debuk...debak...debuk... bukan apa, takut jatuh...



Bila dah lama-lama....terus berkayuh dan berkayuh lagi....alhamdulillah...akhirnya dapat rasa semula kenangan-kenangan berbasikal masa dulu-dulu tu. Nikmatnya....tak boleh nak ucaplah...memang rindu sangat-sangat masa-masa yang dulu... masa kena bangun pagi-pagi berbasikal ke sekolah... masa petang-petang berbasikal ronda-ronda kawasan kampung dengan kawan-kawan... sesungguhnya masa-masa itu dah tak boleh nak diulang lagi.....kannn. Ini yang buat rasa macam nak beli basikal je... boleh kayuh-kayuh kat taman...

Betullah juga kannn...hidup ini macam tunggang basikal...macam tajuk entry ini...saya ambil dari status fb maksu. Itupun adalah quote dari Albert Einstein. Kalau nak dapat keseimbangan kita harus terus berkayuh dan berkayuh...makin perlahan kita kayuh....makin hilang keseimbangan... dan mungkin juga akan terjatuh... dan nak berkayuh juga mesti ada skill...mana nak dapat skill tu? Kena terus berlatih....mencuba....berlatih lagi...dan cuba lagi.... sampai pandai... bila dah pandai, boleh seimbang....siap boleh lepaskan tangan lagi sambil kaki teruskan kayuhannnn...





Tapi kadang-kadang yang sudah pandai pun masih boleh terjatuh juga kannn... kalau tidak berhati-hati...tiba-tiba terlanggar lubang ke, batu ke...jalan tak rata ke...





Hidup pun macam tu juga lahhh....walau banyak halangan, ujian mahupun dugaan... kehidupan harus diteruskan juga.

Monday, November 29, 2010

:: Tukar rancangan ::

Kami tak jadi balik KT hujung minggu lepas. Tok abah telefon hari Jumaat tengahari, maklumkan yang majlis berkhatan telah ditunda pada 4 Disember. Maka terpaksalah tukar rancangan.

Petang hari Jumaat kami balik SP. Berhujung minggulah kami tiga beranak di SP. Tidaklah boleh hendak digambarkan betapa cerianya wajah mak masa kami sampai tu. Walaupun hanya 2 hari tapi cukuplah kot untuk mengubat rindu. Memang sejak 2 menjak ni saya asyik teringatkan mak. Lagi pula mak tak berapa sihat, pening-pening sejak balik dari KL hari tu lagi.

Bila dapat tatap wajah mak berdepan-depan macam tu.... Ya Allah....leganya hati saya tidak terkata. Alhamdulillahhhhh...

Friday, November 19, 2010

:: Tinggal berdua ::

Malam ini saya hanya berdua saja dengan si adik. En.hubby dan abang sudah bertolak balik KT, naik bas jam 10 tadi. Abang akan menghabiskan cuti sekolahnya di kampung. Kebiasaannya pun begitulah...

Tapi cuti kali ini akan ada kelainan sikitlah. Minggu depan, insyaallah andai tidak ada apa-apa aral, abang akan berkhatan. Akan bermulalah episod baru dia sebagai seorang anak lelaki...ecewahhh...hisshhhh...sedar tak sedar ni dah besar dah anak ibu kannn....isk..isk..

Berdua dengan adik hanya sehingga esok sahajalah, sebab en.hubby balik hantar abang lepas tu esok balik sini semula. Minggu depan baru kami semua balik untuk menyaksikan majlis bersejarah abang hehehe...

Sejak beberapa hari ni...abang memang tak berapa senang duduk, asyiklah dok berfikir pasal majlis istimewa dia tu. Punyalah banyak soalan dia tanya... sakit tak? dia potong macamana? potong banyak ke...potong sikit ke? lepas dah sunat tu nanti abang kena buat apa?.... hishhhh macam-macamlah dia tanya sampai tak terlayan saya...

Terasa sunyi pula.... bila kami... hanya berdua...

:: Dah tak seronoklah ::

The Amazing Race Asia (Tara) sekarang ini sudah masuk musim keempat. Semalam episod yang keberapa entah menyaksikan pasangan Malaysia; Eathan dan Khairi telah terkeluar dari perlumbaan. Arrgggghhhh....kecewa sangat tau.


Tinggal 4 pasangan saja lagi yang akan meneruskan perlumbaan hingga ke akhir. Keterujaan mula lah menurun ni sebab dah tak ada wakil Malaysia. Tapi haruslah tengok sampai habiskannn... yang kecewa sangat tu sebab pasangan dari Malaysia dari musim-musim sebelum ini tidak pernah mengecewakan.... semua berjaya sampai ke pusingan akhir.... aduhhh!!! frust betullahhhh...

Episod yang semalam memang agak mendebarkanlah sebab dari awal perlumbaan tu Eathan dan Khairi sudah mendahului... tiba-tiba bila mereka membuat keputusan dan tindakan yang kurang tepat terus tertinggal di belakang. Richard dan Richard pun dah buat kesilapan bodoh juga semalam.... 2 pasang ni memang sudah ketinggalan... merebut tempat selamat... dan akhirnya nasib tidak menyebelahi Eathan dan Khairi... hai hai bye bye la jawabnya...

Thursday, November 18, 2010

:: Akhirnya...berjaya juga::

Hmm...saya main game Tumblebugs ni dah lama tau...ada lah dalam beberapa bulan yang lalu. Selepas hampir beberapa puluh kali percubaan tidak pernah berjaya sampai habis... level 12 yang akhir sekali. Awal-awal dulu sangkut sampai level 8... lepas tu cuba dan cuba lagi, sangkut pula sampai level 10 sahaja.

Macam itulah seterusnya... percubaan demi percubaan sampai jari-jemari ni kadang-kadang rasa macam dah terseliuh gayanya.

Akan tetapi... sebentar tadi saya tetap mencuba....dan akhirnya.... saya berjaya menghabiskan game ini sampai ke kemuncak levelnya...level 12...yeeeehaaaa!!!!


Sah-sah lepas ni dah tak main dah Tumblebugs ni. Rasa dah nak muntah...hahaha...

p/s : Tiba-tiba perut ni lapar...rasa nak makan nasi ayam penyet.... eh!! baru saja sebut, dah ada atas meja...perrrghhhh...jom kita makan dulu

:: Buku Baru ::

Belum pun masuk tahun baru tetapi buku nota kerja saya sudah habis sampai ke helaian terakhir. Terpaksa tukar ke buku nota baru. Tabiat saya memang begini, suka mencatit segala apa sahaja kerja yang saya buat di pejabat pada setiap hari. Saya akan catit segalanya secara terperinci. Alasannya mudah sahaja, supaya senang untuk saya menyediakan SKT pada hujung tahun dan juga senang untuk merujuk semula kalau ada isu, kes atau hal yang berbangkit dengan kerja itu.

Bermakna kalau tidak ada sebarang catitan pada tarikh-tarikh yang tertentu tu, kira saya tak buat kerjalah pada hari tersebutkannn.... hmmm...mungkin ya mungkin tidak hehehe...


Yang lama...

Yang baru...

Menyediakan buku nota begini adalah sangat memudahkan sebagai bahan rujukan, bahkan sampai bertahun-tahun pun boleh dirujuk. Itu yang saya suka tu, sebab ia sangat-sangat bermanfaat. Ia sebenarnya macam tulis diarilah kan, hari ni kita buat apa, semalam buat apa, esok nak buat apa...macam tu. Samalah macam blog. Cuma sekarang blog saya untuk catitan peribadi, buka nota kat atas meja pejabat ni adalah untuk tugasan-tugasan di pejabat. Itu cara saya...tapi cara orang tak tahu la pula kannn...

Wednesday, November 17, 2010

:: Salam Aidiladha ::

Syukur alhamdulillah hari ini 10 Zulhijjah 1431H, kita seluruh umat Islam di Malaysia sedang menyambut hari raya haji atau aidiladha. Kita meraikan mereka yang sedang menunaikan haji di Mekah. Semoga kita menghayati erti pengorbanan pada hari ini... Kita berdoa moga mereka di sana mendapat haji yang mabrur dan harapan mereka juga mendoakan kita di sini agar kita juga akan dapat menunaikan haji satu masa nanti insyaallahhh...

Beraya di mana ye kali ini? Hmmm... tidak kemana-mana, di sinilah kami tiga beranak. Si abang dah diwakilkan balik SP dengan maksu, berhari raya bersama dengan mak. Ini sambil menaip sambil merendang atas dapur tu. Eh...apahal dah siang-siang hari raya baru nak merendang ni? Hehehe...manalah tahu kan kot ada rezeki petang nanti maksu balik dari Sp bawa ketupat mak sekali... dapatlah dimakan bersama rendang...ecewahhh...harapan...

Pagi tadi dah bangun awal-awal sebelum Subuh masak nasi minyak. Semalam dah siap-siap menggulai si ayam...alahhh buat ala kadar sahaja nak makan tiga beranak huhuhu... syukur alhamdulillahhh dengan rezeki yang Allah s.w.t beri ini.

Buat mereka yang baru sahaja melalui musibah dan ujian dariNya... terutamanya mangsa-mangsa banjir di sebelah utara, mangsa-mangsa letupan Gunung Merapi di Yogjakarta sana... semoga tabah menghadapi segala ujian dan dugaan. Sesungguhnya rahmat dan peringatan dari Allah itu amat besar ertinya buat kita seluruh umat Islam.

Tuesday, November 16, 2010

:: Hujan dan payung::

Patutlah tengahari semalam panasnya terasa perit lain macam. Bahangnya pun terasa menyengat satu macam... rupa-rupanya hujan lebat menimpa di sebelah petang.

Waktu keluar dari pejabat di Cyber petang semalam, awan gelap sudah memunculkan diri dan rintik-rintik hujan yang manja mula mencecah. Sebaik keluar dari Cyber, hujan mulai semakin garang...kenderaan pula semakin banyak di atas jalan....arggghhhh takut dan risau mula menjalar hati saat perlu memandu dalam keadaan hujan lebat begini. Saya memandu dengan kelajuan yang sangat sederhana, risau jalan licin dan pula sejak sekian lama rasanya kali ini terpaksa merempuh hujan lebat yang hampir mengkaburkan pandangan...

Syukur alhamdulillah... sampai di Putrajaya. Waktu ini hujan masih lebat. Saya parkir kereta untuk mengambil adik di taska. Memandangkan hujan masih belum reda, saya ambil payung di belakang (payung baru, tak pernah guna). Buka pintu kereta, mula nak buka payung...arghhhh sudah..."kenapa tak boleh ni?" tekan sana tekan sini....akhirnya jumpa juga butangnya... Butang sudah ditekan, payung seakan-akan dapat dibuka...tiba-tiba angin kuat...payung itu terus kuncup ke atas pula.... masyaallahhhh.... Saya sudah basah kuyup...

Setelah mencuba beberapa kali tetapi keadaan masih sama juga, saya terus tutup payung dan berjalan masuk ke taska. Ambil adik...kemudian hendak kembali kereta....masalah dengan payung ni camana? Ok, cuba sekali lagi...eh? tiba-tiba payung terbuka dengan jayanya... saya tidak terkata apa...

Friday, November 12, 2010

:: Beli sebab judul ::

Tengahari tadi saya dan si abang melepak-lepak di Alamanda sebelum saya menghantarnya ke kelas KAFA. Biasanya en.hubby yang ambil abang dari sekolah... lagilah hari Jumaatkan... kena pergi sembahyang Jumaat. Tapi sebab en.hubby tidak ada hari ini maka secara tidak langsung sayalah yang mengambil-alih tugasnya.

Sambung cerita melepak tadi, lepas makan kami dua beranak jalan-jalan dalam Alamanda tu... dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain tanpa membeli apa-apa pun (berjaya mengawal diri nih...hehehe). Tiba-tiba saya terfikir, daripada melilau macam tu baiklah kami melepak dalam kedai buku. Maka teruslah kami menuju ke MPH.

Abang dengan aktivitinya dan saya pun dengan aktiviti sendiri dalam MPH tu.... dari satu rak ke rak buku lain. Sehinggalah saya bertemu dengan sebuah novel ini yang berjudul insyirah. Terus menarik perhatian saya untuk membelek buku itu. Apa yang menariknya dengan judul novel tu? insyirah kannn... itu kan nama si adik... hehehe... Saya hanya membelek sekilas di bahagian kulit belakang novel untuk membaca sinopsis. Terus.... pegang buku itu tanpa mahu melepaskannya lagi. Lepas itu saya memilih buku untuk si adik dan bila abang pun dah dapat buku yang berkenan di hati langsung saya menuju ke kaunter bayaran untuk membayar.

Mudah sungguh saya membeli buku kannn... kali ini betul-betul saya beli sebab judul buku itu sendiri. Tapi saya yakin ia tidak kurang menariknya sebab novel ini memenangi tempat pertama Sayembara Menulis Novel Kanak-kanak dan Remaja DBP 2007 (Kategori Remaja(Melayu)). Sememangnya saya tidak terlalu berkira dalam perihal pembelian buku-buku ni. Lagi saya suka ada lahhh... kalau tiba-tiba anak-anak minta nak beli apa-apa buku, itupun tengok juga lah buku yang macamanakannn...

kualiti gambar sangat menyedihkan sebab menggunakan kamera laptop(webcam)

Judul : insyirah

Penulis : Azman Ahmad

Penerbit : DBP

Terbitan tahun 2009

:: Mimpi ::

Ada di satu petang tu, sedang sembang-sembang santai dengan kawan sepejabat. Macam-macam topiklah kami bualkan... sampailah masuk cerita mimpi. si A cakap ada kawan dia asyiklah dapat mimpi yang sama dalam beberapa hari. Boleh kata tiap-tiap harilah dia mimpi akan perkara yang sama. Kebetulan pula si A ada menonton Tanyalah Ustaz pasal topik sihir-menyihir... ustaz tu ada sebut perihal beberapa jenis mimpi yang sebenarnya memberi petanda bahawa orang yang bermimpi akan hal itu telah terkena sihir. Hmmm...dan mimpi yang dilalui kawan si A ada termasuk dalam mimpi-mimpi yang telah ustaz itu sebutkannnn. Ironi bunyinya bukan? Wallahua'lammm... sesekali terdetik rasa takut juga...mohonlah dijauhkannn...

Biasanya mimpi ni orang kata mainan tidur. Tetapi yang selalu saya dengar kadang-kadang mimpi ini ada membawa makna. Macam yang ustaz sebut dalam rancangan Tanyalah Ustaz itulah kan. Dulu-dulu pernah juga ada dengar... kalau kita bermimpi selepas waktu Subuh, mimpi itu akan menjadi kenyataan... pun wallahua'lammm

Saya ni kan, selalunya mimpi hal-hal yang merapu yang kadang-kadang memang tak masuk dek akal langsung. Lepas tu, bila saya sedar dari tidur terus dah tak ingat lagi apa yang saya mimpikan sebelum itu. Bila saya cerita pasal mimpi saya yang selalu merapu tu kan, seorang kawan sepejabat cakap...." Mana tak merapu, kau tu suka berangan... " Terdiam terus saya dan rasa nak tergelak pun ada sebab mungkin ada rasionalnya. Hakikatnya saya ni memang jenis yang kuat berangan....hahaha...sebab itulah agaknya asyik dapat mimpi-mimpi yang merapukannn...

Pernah juga saya alami, apa yang pernah saya mimpi itu betul-betul terjadi. Contohnya macam bila ada sesuatu yang terjadi pada saya... tiba-tiba saya macam terasa..."eh! benda ni macam pernah jadi saja... tapi tak ingat bila..." Kira macam perkara yang sama sebijik itu berulang kali kedua.

Hmmm... susah nak cakapkan pasal mimpi-mimpi ni. Mungkin kebersamaan antara mimpi dan kejadian di alam nyata itu hanya sekadar kebetulan... Itu semua kuasa Allah. Mungkin juga benar ianya satu petanda...sebab Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui di sebalik setiap kejadian. Dan mungkin juga kadang-kadang mimpi itu adalah permainan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat manusia.

Adik lelaki saya kan... selalu kalau dia atau sesiapa dapat mimpi yang lain macam sikit, dia akan jumpa maklang saya untuk menafsir mimpi itu. Tak tahulah saya kan... mungkin maklang antara hamba Allah yang diberi kebolehan sikit dalam bab-bab macam ni... ataupun maklang tafsir berdasarkan pengalaman-pengalaman hidupnya... wallahua'lammmm nak percaya atau tidak.

Kalau dapat belajar ilmu menafsir mimpi pun ok juga kannn... tapi macam takutlah pula hehehe...

Tuesday, November 09, 2010

:: 2 dalam 1 ::

3 hari cuti sempena Deepavali...kemana kita ya? Kali ini saya dan keluarga balik kampung KT untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu. Satu majlis, dua pengantin tau... sebab itulah tajuk entry adalah seperti di atas. Satunya majlis bertandang si abang (hariz)... dan juga majlis akad nikah si adik perempuan (kakcik). Bajet memang meriahlah kannn.

Kami bertolak balik pada pagi hari Jumaat. Waktu itu keadaan adalah sangat menenangkan walaupun banyak juga kenderaan meluncur di jalan raya. Masing-masing ada tujuan dan destinasi... almaklumlah kan cuti agak panjang juga. Rakyat Malaysia sekarang ni suka jalan-jalan makan angin kannnn... asal ada cuti panjang sahaja hah... macam-macam program jalan-jalan atau percutian dirancang...

Saya ni kan sebenarnya memang seronok juga kalau dapat menghadiri majlis kahwin di negeri T ni. Lagi-lagi kalau majlis saudara-mara rapat. Sebabnya di sini masih mengekalkan tradisi memasak dan persiapan majlis perkahwinan secara bergotong-royong. Jadi majlis kali ini pun samalah juga. Kira saya memang excitedlah...

Akad nikah kakcik berlangsung pada sebelah malam hari Jumaat selepas Isya'. Alhamdulillah... kakcik selamat menjadi isteri kepada awie selepas 2 kali lafaz. Malam itu tetamu semua dijamu nasi putih dengan lauk-pauk seperti gulai udang dan ikan yang juga disediakan secara bergotong-royong pada sebelah petangnya.

Sebaik akad nikah selesai, bermulalah pula acara memotong daging beramai-ramai oleh kaum lelaki. Kaum perempuannya sibuk menyediakan bahan-bahan menumis. Lauk-pauk untuk majlis besar esoknya akan dimasak awal pagi keesokkannya.

Acara bersanding mula dalam jam 1 petang. Siap dengan kompang dan pertunjukan silat menyambut dan mengiring 2 pasangan pengantin. Lepas tu adalah acara bersanding, bergambar... macam biasalah...

Kali ini tak dapat nak ambil gambar banyak sangat sebab orang punyalah bersesak semua nak ambil gambar pengantin. Dan.... akhirnya saya terus pergi belakang rumah, sinsing lengan baju duduk bertinggung basuh pinggan sampailahhhh ke petang hehehe...

Lauk pauk kenduri siang ni memang terbaiklahhh....ada nasi putih dan nasi minyak, gulai daging kawah, acar umbut nyior, kerabu mangga dan juga sambal belacan berserta ikan masin. Punya nak menghayati makanan sampai tak ingat langsung nak ambil gambar lauk-pauk barang sekeping pun...ceh...!

Balik rumah mertua malam tu memang terbongkang terus tidur awal... keletihan membasuh pinggan hahaa...

potong daging beramai-ramai


Tumis gulai


Tarraaaa.... ini dia si gulai kawah




Inilah dia ketua tukang masak...





Mangga yang telah diracik... untuk dibuat kerabu


Si adik dapat jadi flower girl.... umpama impian menjadi kenyataan sebab adik dah feeling princess


Hidangan meja pengantin juga disediakan secara gotong-royong


Gadis bunga...




Ada sesuatu yang tidak kena....hmmmm baju pesilat ni tak sesuai laaa


Kepak kepak kepung kepung.... pak pong pak pong...


Pengantin...



Selamat Pengantin Baru...

Thursday, November 04, 2010

:: Dari Novel...ke Layar Perak...dan kini di kaca TV ::

Mula-mula mengenali Ketika Cinta Bertasbih(KCB) melalui 2 buah novel karya Habiburrahman El Syirazzi hati sudah terpikat. Setelah hampir 2 tahun , novel ini diangkat ke layar filem. Sekali lagi filem ini berjaya mencetuskan fenomena selepas filem Ayat-ayat Cinta yang juga diangkat kisahnya dari sebuah novel juga karya Kang Abik.

Dan...istimewa pada Ramadhan yang lalu, KCB disambung dalam versi drama pula. Tapi itulahkannn....istimewanya hanya ditayangkan di televisyen Indonesia sajalah. Masa awal Ramadhan lalu ada juga dengar pasal drama KCB ni tapi masa tu saya kurang ambil kisah. Maka langsunglah terlupa akan hal itu.
Sumber : Google

Baru-baru ini Suzi bagi tahu yang husband dia sudah download drama KCB ni. Wahhhh!!! apa tunggu lagi....hehehe...mohon belas ihsan nak copylahkannn...

Sekarang ni tengah layan drama KCB sebanyak 56 episod....phewww!!! bila nak habis khatam pun tak tahulah. Episod 1 pun belum habis tengok lagi nih...

Sebenarnya saya kurang gemar sikit nak layan drama banyak episod ni sebabnya lagi panjang cerita lagi banyak konflik kannn... Itu yang tak best tu. Letih jiwa raga....kalau boleh nak tengok part yang bahagia bahagia saja....hik hik hik... Baru episod 1 dah mula konflik dah... hishhhh letih!

Wednesday, November 03, 2010

:: Saya dan Merah Jambu ::

Saya dan merah jambu? Ohhhh!!! sangat tidak sinonim betul antara saya dan merah jambu. Sejak dulu saya tidak menggemari warna merah jambu. Sama ada baju, aksesori atau barang-barang lain, tidak ada satu pun berwarna merah jambu. Sangat tidak sesuai rasanya... sebab saya mungkin tidak mahu kelihatan terlalu feminin. Tetapi kini...apa sudah jadi? Saya dan merah jambu makin serasi....makin ada kimia nampaknya... hahahah...


Ini adalah antara bukti bahawa merah jambu dan saya semakin sinonim. Ye ke? Beg tangan tu memang dah lama saya beli. Dan sandal merah jambu itu baru sahaja dibeli oleh maksu semata-mata nak padankan dengan beg tangan itu.... Hmmm.... maksu memang penggila merah jambu...

Kenapa agaknya selera saya semakin berubah ye... sebab peningkatan umurkah? Atau sebab saya ada anak dara yang juga peminat sang merah jambu? Bila saya asyik melayan saja warna kegemarannya itu... maka langsung mencambahkan minat saya pada aura warna ini? Ataupun juga saya semakin dikelilingi oleh mereka yang suka bergaya dan mencuba pelbagai warna maka saya juga menjadi semakin berani? Hishhhh... tak tahulah saya.... tapi yang pastinya selera saya semakin terbuka sekarang.... suka nak beli beg tangan pelbagai warna untuk koleksi, beli kasut pelbagai warna juga...beli blouse yang berfesyen sikit-sikit...

Saya perasan juga, sekarang ni saya mula sensitif dengan penjagaan kulit muka dan juga di kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...

Hmmm....perubahan apakah yang sedang saya alami ini ya???? Musykil...

:: Majlis Sambutan Hari Jadi ::

Selamat Hari Jadi buat Nea, Firash dan Farish.... masing-masing berusia 8 tahun, 4 dan 1 tahun. Sabtu lepas kami berjaya memeriahkan majlis hari jadi yang dibuat khas untuk mereka bertiga. Lokasinya di McD Puchong Gateway. Bermula dari jam 8 malam hingga 10 malam.

Tempatnya kira oklah, sesuai untuk jemputan yang tidak begitu ramai....anggaran dalam 30 orang termasuk anak-anak. Lupa pula nak tanya dengan Fiza, berapa kos kesemuanya. Manalah tahu kan kalau-kalau ada rezeki esok ni.... nak buat untuk abang dan adik pula ke hehehe....


Menu malam tu, seperti biasa set Happy Meal untuk anak-anak, ayam goreng dan juga nugget untuk mak ayah...dan juga bubur kalau tak salah. Pihak McD ada berikan sedikit goodies untuk anak-anak tetapi tidak ada aktiviti lain yang dirancang. Hanya acara memotong kek harijadi saja.



Jadi untuk tidak membosankan dan meriuh-rendahkan anak-anak dengan aktiviti yang caca merba maka saya minta pertolongan Dik Yah untuk memikirkan aktiviti yang sesuai untuk anak-anak ini. Mujurlah maksu (Dik Yah) berkelapangan malam Ahad itu.

Maka... malam itu sambil acara makan-makan, kita ada buat 2 aktiviti iaitu Muzikal Chair dan susun Puzzle.


Selepas 2 acara itu baru kita potong kek... Memang happeninglah dan yang penting suara anak-anak tetap meriuhkan suasana hahaha...pening...pening...pening... nak mengawal anak-anak yang sangat aktif dan bijak-bijak belaka ini...

Kalau bab berposing....serah jelahhh

Geng mak-mak berjiwa muda hahaha....

Ini acara terakhir sebelum balik. Permintaan anak-anak kepada maksu... tak tahulah apa nama acaranya. Maksu pasangkan lagu.... sambil budak-budak menari-nari.... kemudian maksu kena tutup radio dan lagu pun berhenti. Serentak dengan itu diorang pun kena bekukan badan pada posisi yang terakhir. Siapa-siapa yang bergerak atau ketawa... dia dikira terkeluar untuk lagu yang seterusnya....haaaa macam tulahhhh... riuh rendah sungguh....kecoh