Monday, March 23, 2015

~ Melaka Bandaraya Bersejarah Part 1 ~

Permulaan cuti sekolah penggal pertama tahun ini telah berjaya diisi dengan agenda percutian singkat ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Rancangan percutian ni pun hanya dibuat last minute juga tapi kira sempatlah untuk booking tempat penginapan. Konsep percutian kali ini adalah santai-santai rehatkan minda sahaja. Kali ini hanya pilih dua tiga tempat sahaja untuk dikunjungi. Namapun percutian singkat kan, mana nak sempat lawat semua pun.


Hari Sabtu keluar agak awal tapi pergi sarapan dulu berdekatan dengan kawasan rumah saja. Sarapan roti canai dengan kari kambing sedap.... bukan mamak punya ini cina muslim punya khabarnya kalau tak silap. Sedap rotinya lembut saja pastu cicah dengan kari kambing, ada kelainan sikit di situ. Errrmmmm pasal roti canai ni nantilah cerita di lain entry. Lepas sarapan terus bertolak menuju ke destinasi.


Mari berwefie anak-beranak dulu sementara menunggu sebuah lagi kereta rombongan yang belum sampai. Kami tunggu tepi jalan lepas sikit dari tol Ayer Keroh.


Bersama bondaku tercinta yang turut sama. Nampak sorang sikit oklah kan.

Destinasi pertama yang kami kunjungi sebaik saja memasuki Melaka adalah perigi Hang Tuah. Kunjungan ke Melaka terdahulu tidak sempat berkunjung kesini. Apa ada di sini? Apa lagi perigilah kan ngeh ngeh ngeh... Nasib baiklah dekat kawasan perigi Hang Tuah ini ada berbumbung. Tidaklah rasa menyengat sangat bahang panas.


Puteri Santubong Puteri Sejinjang melawat perigi Hang Tuah Laksamana Melaka


Ambiklah juga 2 botol air dari perigi ni buat basuh-basuh muka.... sejuk nyaman je kan air perigi.



Dalam panas membahang posing tetap posing..


Dari dulu minat sungguh dengan seni bina rekaan rumah-rumah tradisional Melaka. Lagi-lagi tangga batu warna-warni depan rumah. Cantikkkkk saja...


Marilah bergambar depan rumah orang. Ehh tapi ini rasanya homestay ni..


Dari perigi Hang Tuah kita bergerak pula ke Muzium Hang Tuah (Hang Tuah Center). Tak jauh mana pun, bersebelahan dengan kawasan perigi Hang Tuah saja. Hari ini kita menelusuri sejarah Hang Tuah lah nampaknya ye.


Argghhhh berkenan betullah tangga macam ni..


Sebelum masuk ke dalam, bergambar dulu dengan Panglima Penyambut Tetamu Keras Kaku ni dulu. Owhhh nak masuk dalam muzium ni kena bayar tiket juga. Kalau tidak silap tiket berharga RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.


Bawa anak-anak mengenali sejarah Hang Tuah lima bersaudara.


Boleh juga belajar silat kat dalam ni. Sebelum tu sarung dulu baju silat yang disediakan. Jangan bimbang banyak saiz, untuk dewasa pun ada juga.


Ewahhh Hanisah... ada gaya dah tu. Lepas sarungkan baju pegilah kat tengah-tengah gelanggang yang disediakan pastu mainkan video pengajaran silat kat situ... Hah ikutlah langkah-langkah yang diajar satu persatu. Bunga silat yang mudah saja di tunjuk. Ada ambil video diorang belajar silat tuh... nanti cuba upload.


Kanak-kanak riang berlari bebas dalam muzium sebab tak ramai orang lagi waktu ni. Sila... sila buat macam rumah sendiri ye anak-anak.




Bergambar di hadapan tangga batu adalah wajib...



Tun Fatimah dan Tun Teja.... auuuwwwww!!

Sebenarnya kawasan Hang Tuah Center agak luas. Ada rumah Hang Lekiu, Hang Lekir dan sebagainya. Tetapi kami tak pergi jenguk pun sebab cuaca panas sangat dah malas nak jalan huhuhu...

Dari Hang Tuah Center kami menuju pula ke Muzium Kapal Selam. Susah sikit nak mencari lokasi kapal selam ni sebab masing-masing belum pernah sampai kesitu. Mengikut pencarian lokasinya terletak di kawasan Pantai Klebang dekat dengan Dataran 1 Malaysia... maka menujulah kami kesana.


Inilah kapal selam SMD Quessant Agosta 70 dari Perancis yang dijadikan muzium. Ia merupakan Muzium Kapal Selam pertama negara.


Dalam kapal selam... boleh tahan sempit juga kawasan dalam kapal ni. Agak menyeramkan juga huhuhu... tengok muka anak-anak pun masing-masing macam cuak pun ada jugak tu.


Di bawah ni, bukan orang betul ya... tapi serius saspen macam real je...


Ruang dapur dalam kapal selam. Serius kecil sungguh ruangnya... macamana diorang masak pun entah.



Sekejap saja kami di atas... tak ada apa sangat nak ditengok pun. Kira oklah untuk menambah pengetahuan dan dapat kenal suasana sebenar dalam kapal selam.

Berteduh di bawah kapal..


Ada ruang tempat duduk untuk menonton tayangan berkenaan muzium kapal selam ni. Tapi kami tak menonton pun, sekadar berehat-rehat melepaskan lelah.


Ini kejadian masa dok berehat-rehat tu, tiba-tiba nampak en.hubby berpergangan tangan dengan anak amoi mana tah hihihi... Budak cina ni baru sampai je kat situ dengan famili dia... masa tu juga en.hubby dok sibuk ronda sambil ambil gambar... tiba-tiba budak cina ni pegang tangan en.hubby. Agaknya dia ingat tu bapanya kan.. dok gelak sakan le kami. Mak dengan kakak budak cina tu pun dok tahan gelak sambil panggil dia. Lepas tu dia macam baru tersedar yang dia silap orang terus keras kejung kat situ tersipu malu hikhikhik... kesiannnnn dia..


Memandangkan kami dah tak jauh dengan tempat minum coconut shake yang agak popular maka marilah kita menuju kesana pulak untuk menghilangkan haus tekak. Klebang Original Coconut Shake ni memang popular kan di kalangan pelancong. Haruslah dicuba ye tak...

Jalan nak masuk kesini agak sempit sampai ada abang Rela yang mengawal lalu lintas kenderaan keluar masuk. Memang sesak pun nak kesini... ramai sungguh manusia..


Tengok...ramai tak ramai penuh semua meja... Mujur kami dapat meja walau kena masuk sampai hujung ke dalam. Demi nak cuba coconut shake popular sangat nih...


Alhamdulillah sedap juga coconut shake nih. Untuk saya yang memang tak minum air kelapa ni kira satu kemajuanlah sebab dah cuba minum juga. Mungkin boleh telan sebab air kelapa ni dicampur dengan aiskrim vanila hihihi... Tapi serius sedaplah...

Dari Klebang bergerak pula kita menuju ke Masjid Cina Melaka. Dah lama teringin sangat nak berkunjung ke sini sejak tahu mengenai kewujudannya. Binaan bangunan masjid bercirikan seni bina dari negara China memang menarik perhatian dan memberi kelainan. Tidak susah mencari lokasi masjid ini... kalau dari Pusat Bandar, cari saja jalan menuju ke Stadium Jebat... masjid ini terletak di kawasan belakang stadium, kena masuk dalam jugalah melalui jalan sisi stadium tu.


Gabungan warna merah dan putih menguasai ruang dalam dan juga luar masjid.


Suasana di bahagian luar dewan solat.


Pandangan dari luar..




Alhamdulillah sempat menunaikan solat Zohor di sini. Waktu ini cuaca panas yang sangat terik dan membahang... gagah jua ambil gambar.



Grup foto untuk kenang-kenangan. InshaAllah kami datang lagi suatu masa nanti...


Sekianlah dulu cerita kunjungan ke Melaka bahagian 1. Lepas ni sambung Part 2 pulak. Mungkin lepas balik dari outstation ke Sabah nanti.





Tuesday, March 03, 2015

~ Pilihan ~

Kisah awal pagi tadi (atau semalam sebab waktu ni dah masuk hari lain kan)... masa tu sedang memandu kereta menuju ke pejabat dan kenderaan banyak juga boleh tahan bersusun. Satu pemandangan dan kea daan biasa yang harus dilalui setiap pagi kalau keluar rumah agak sedikit lewat. Lewat tak lewat pun masa tu jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi kalau tak silap. 

Bila kereta makin banyak maka terpaksalah bergerak perlahan dan adakala terpaksa membrek bila kenderaan di hadapan juga membrek. Pagi tadi pun macam tulah jugak tak ada yang luar biasa. Tapi ada satu saat tu elok saja tekan brek dan macam rasa terhenjut sikit kan... sela dalam beberapa saat kemudian rasa terhenjut lagi sekali.. aik?kenapa pulak ni, rasanya tekan brek sekali je... bila mata menghala pada cermin pandang belakang nampak kereta belakang macam rapat semacam je... errrmmmm sah mesti dia tercium belakang cik persona nih... Berangan agaknya dia pagi2 ni... kepala ligat berfikir apa nak buat? Nak terus ke atau macamana? Tapi hati ni rasa macam tak puas hati, tapi hati jugak dok fikir akibat kalau nak berhenti cari 'pasal' heheh... tapi kalau nak diikutkan henjutan tu tidaklah kuat sangat pun... yelah kenderaan masing-masing masih bergerak perlahan kannn... 

Errrmmmm sudahnya buat keputusan biarkan sajalah... kalau berhenti ni kan ke dah bukan satu hal mesti  sah-sah banyak hal... tak  pasal2 pula jadi sebab tambah kesesakan trafik yang dah sedia sesak dan jadi penyebab juga urusan orang lain yang tak ada kena mengena terjejas jugak... Dalam hati maafkanlah dia... berharap jugak bahagian belakang kereta tak jadi apa-apa. Perasan jugak lepas insiden terhenjut tuh pemandu tu menjarakkan sikit keretanya... jauh jugak le... tak berani dah kot agaknya dia nak ikut belakang dekat-dekat sangat kan. 

Cerita ni mungkin nampak hal kecil sajakan... tapi mungkin juga bagi sesetengah orang hal seperti ini adalah besar. Yelah mana tahu kalau-kalau memang terlanggar dan belakang tu terkemek ke apa.. kos juga tu nak ketuk semula. 

Itulah tu... kita sebenarnya diberi pilihan.. pilihan untuk membuat sesuatu, pilihan untuk buat keputusan, pilihan untuk memilih. Akhirnya apa yang kita pilih? Apa saja pilihan yang kita pilih itu setiap satunya ada kesan dan akibat. Seperti kes pagi tadi... hendak pilih untuk memburukkan keadaan atau membiarkan saja seperti tiada apa-apa pun berlaku dan teruskan perjalanan menuju ke destinasi masing-masing. Dan aku telah memilih tindakan yang kedua sebab fikir tidak mahu mengusutkan keadaan dan bakal menyusahkan semua orang. Walhal belum tentu berlaku kemekkan di bahagian belakang cik persona ku sayang itu. Setelah itu, bertawakallah hati ini berharap semoga tiada apa-apa yang berlaku ke atas cik persona.

Balik dari pejabat petang semalam baru teringat hendak belek cik personaku itu. Alhamdulillahh... niat baik untuk tidak menyusahkan orang Allah permudahkan urusanku. Cik persona berkondisi baik-baik saja tidak ada calar atau kemek apa-apa pun. 

Dalam hidup ini ada sesetengah perkara tidak perlu diperpanjangkan dan setengah perkara pula yang harus diselesaikan juga. Kena tengok keadaan, kena tengok kesan dan akibat, jangan selalu ikut hati dan perasaan. Kena juga ada timbang rasa. Kalau kita sentiasa cuba untuk berada dalam keadaan yang positif penuh timbang rasa dan berbaik sangka inshaAllah perjalanan hidup pun pasti akan lancar sahaja meskipun kadang-kadang tu ada ujian dan halangan. Yelah ujian dan dugaan itu akan sentiasa Allah datangkan pada umatNya kan... 

Akhirnya pilihan terbaik terletak di tangan kita selebihnya berserah saja padaNya kerana hanya Dia sebaik-baik perencana. 




Salam dari sang bunga indah : baru update entry tengahari di opis sebab semalam masa taip entry ni boleh pulak tertidur (1.30 p.m)


Monday, March 02, 2015

~ Sebu~

Pada asalnya entry yang bakal diisi ini bernada sangat positif, bersemangat dan dalam mod gembira. Entah macamana emosi mula bertukar nada... itulah kan perasaan, dalam beberapa ketika sahaja boleh berubah cuaca. Kalau nak ikutkan dah malas nak buat entry tapi gerak hati tak selari pulak dengan emosi yang sedang menguasai ni. Tetap nak cerita sebab kalau tidak dimula maka akan tertangguh lagi... biarlah... biarlah dalam apa nada sekalipun asalkan ada entry yang terhasil ini malam...

Kita ini macam ni lah kan... selalu sangat nak ikut emosi, ini bukan cakap siapa-siapa, ini cakap tuding jari pada diri sendiri. Suka biar emosi kuasai diri. Biasanya bukan emosi yang positiflah... sebab tu nak buat apapun jadi tersekat... langsung tak ada mood. Memburukkan keadaan bila habis semua yang di keliling kita sebarkan aura negatif tu. Benda kecil boleh jadi besar, yang tadi elok je nampaknya langsung nampak tak sedap mata memandang. Waktu macam ni jangan dicucuk sarang tebuan... bakal meletoplah jadinya...

Bila orang lain yang jadi mangsa tu lah yang tak sedapnya kan... tak pasal-pasal. Jangan cari pasal!! Cara lebih baik, belajarlah kawal emosi...  usah dilayan sangat gelombang-gelombang jahat beraura negatif tu... satu benda pun tak berhasil. Kena sedut selalu aura positif... kena bertenang... kena cool, pencilkan kat satu sudut, diam berfikir...pejam mata beristighfar.... Allah..... "aku nak beri yang baik sebab aku nak dapat yang baik"

Selalu dok ingat apa yang Prof Dr. Muhaya selalu pesan..." beri baik... dapat baik.. jadilah baik... keluarkan positif.. dapatlah balik yang positif juga... lalu jadilah ia positif"... begitulah lebih kurang... 

Memangkan setiap insan sifatnya begitu... kita buat baik dengan orang inshAllah orang pun buat baik dengan kita... ibarat macam api yang sedang marak jangan dicurahkan minyak lagi... makin maraklah ia tapi kalu dicurahkan air beransur-ansur padamlah ia. Begitulah mainan psikologi.... 

Perasan, dengan anak-anak pun begitulah... lagi kita marah lagi itulah dia juga berkeras... sebab masa tu kita bagi dia aura negatif, maka dia pun akan keluarkan yang negatif jugak... sudahnya negatiflahkan outputnya... hati jadi tak seronok, muka pancarkan suram, jiwa rasa sebu... buat satu benda apa pun tak berapa nak menjadi.. kan... 

Pasti... semua orang termasuk diri ini pernah lalui, sedang lalui dan akan lalui... sebab itulah kena belajar kawal emosi. Belajar itu untuk mendidik jiwa secara berterusan... sangat sukar nak menjinakkan emosi sebab emosi itu sifatnya berubah-ubah...

Malam ini sebelum larut maafkan semua orang. Harap semua orang juga dapat memaafkan. Esok... bangun mulakan dengan yang baik-baik.... 


~selamat malam cinta : 1.18 am~