Tuesday, March 03, 2015

~ Pilihan ~

Kisah awal pagi tadi (atau semalam sebab waktu ni dah masuk hari lain kan)... masa tu sedang memandu kereta menuju ke pejabat dan kenderaan banyak juga boleh tahan bersusun. Satu pemandangan dan kea daan biasa yang harus dilalui setiap pagi kalau keluar rumah agak sedikit lewat. Lewat tak lewat pun masa tu jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi kalau tak silap. 

Bila kereta makin banyak maka terpaksalah bergerak perlahan dan adakala terpaksa membrek bila kenderaan di hadapan juga membrek. Pagi tadi pun macam tulah jugak tak ada yang luar biasa. Tapi ada satu saat tu elok saja tekan brek dan macam rasa terhenjut sikit kan... sela dalam beberapa saat kemudian rasa terhenjut lagi sekali.. aik?kenapa pulak ni, rasanya tekan brek sekali je... bila mata menghala pada cermin pandang belakang nampak kereta belakang macam rapat semacam je... errrmmmm sah mesti dia tercium belakang cik persona nih... Berangan agaknya dia pagi2 ni... kepala ligat berfikir apa nak buat? Nak terus ke atau macamana? Tapi hati ni rasa macam tak puas hati, tapi hati jugak dok fikir akibat kalau nak berhenti cari 'pasal' heheh... tapi kalau nak diikutkan henjutan tu tidaklah kuat sangat pun... yelah kenderaan masing-masing masih bergerak perlahan kannn... 

Errrmmmm sudahnya buat keputusan biarkan sajalah... kalau berhenti ni kan ke dah bukan satu hal mesti  sah-sah banyak hal... tak  pasal2 pula jadi sebab tambah kesesakan trafik yang dah sedia sesak dan jadi penyebab juga urusan orang lain yang tak ada kena mengena terjejas jugak... Dalam hati maafkanlah dia... berharap jugak bahagian belakang kereta tak jadi apa-apa. Perasan jugak lepas insiden terhenjut tuh pemandu tu menjarakkan sikit keretanya... jauh jugak le... tak berani dah kot agaknya dia nak ikut belakang dekat-dekat sangat kan. 

Cerita ni mungkin nampak hal kecil sajakan... tapi mungkin juga bagi sesetengah orang hal seperti ini adalah besar. Yelah mana tahu kalau-kalau memang terlanggar dan belakang tu terkemek ke apa.. kos juga tu nak ketuk semula. 

Itulah tu... kita sebenarnya diberi pilihan.. pilihan untuk membuat sesuatu, pilihan untuk buat keputusan, pilihan untuk memilih. Akhirnya apa yang kita pilih? Apa saja pilihan yang kita pilih itu setiap satunya ada kesan dan akibat. Seperti kes pagi tadi... hendak pilih untuk memburukkan keadaan atau membiarkan saja seperti tiada apa-apa pun berlaku dan teruskan perjalanan menuju ke destinasi masing-masing. Dan aku telah memilih tindakan yang kedua sebab fikir tidak mahu mengusutkan keadaan dan bakal menyusahkan semua orang. Walhal belum tentu berlaku kemekkan di bahagian belakang cik persona ku sayang itu. Setelah itu, bertawakallah hati ini berharap semoga tiada apa-apa yang berlaku ke atas cik persona.

Balik dari pejabat petang semalam baru teringat hendak belek cik personaku itu. Alhamdulillahh... niat baik untuk tidak menyusahkan orang Allah permudahkan urusanku. Cik persona berkondisi baik-baik saja tidak ada calar atau kemek apa-apa pun. 

Dalam hidup ini ada sesetengah perkara tidak perlu diperpanjangkan dan setengah perkara pula yang harus diselesaikan juga. Kena tengok keadaan, kena tengok kesan dan akibat, jangan selalu ikut hati dan perasaan. Kena juga ada timbang rasa. Kalau kita sentiasa cuba untuk berada dalam keadaan yang positif penuh timbang rasa dan berbaik sangka inshaAllah perjalanan hidup pun pasti akan lancar sahaja meskipun kadang-kadang tu ada ujian dan halangan. Yelah ujian dan dugaan itu akan sentiasa Allah datangkan pada umatNya kan... 

Akhirnya pilihan terbaik terletak di tangan kita selebihnya berserah saja padaNya kerana hanya Dia sebaik-baik perencana. 




Salam dari sang bunga indah : baru update entry tengahari di opis sebab semalam masa taip entry ni boleh pulak tertidur (1.30 p.m)


No comments: