Monday, August 25, 2014

~ Lepak agong day ~

Terpaksa bercuti hari ini sebab pengasuh adik ada hal. Mula2 ingat nak bawa ke pejabat saja, tapi bila difikir-fikirkan semula maka baiklah lepak di rumah sahaja. Dah redha cuti tahunan tahun ni tak dapat nak simpan banyak.. 

Bila di rumah bersama si kecil... errrmmm apalah sangat yang boleh dibuat kannn melainkan kita melepakkan diri mengulit-ulit si kecil tu sajalah ngehhhh hehehh 


Sedang dia sedap tidur ni bolehlah kita update blog kejap... sambil2 tengok tv.. amboiii seronok sangat ni boleh dok bersenang-lenang macam ni. 


Tunggu kejap lagi dia bangun... siap sedia nak bersilat kuntau pulak. Budak kecil baru setahun ni mula tak bole dok diam... banyak benda dia nak teroka

Esok nak bawa pegi klinik dan hospital pulak, check-up dan jab setahun... harap2 tak demam lah dia..

Sunday, August 24, 2014

~ Setahun sudah... ~

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah... Hari ini genap setahun usia Muhammad Izzul Iman. Terlalu pantas waktu berlalu. Masih ingat lagi saat kelahirannya... si kecil yang 'kecik comell' sampai kena tahan wad untuk beberapa hari disebabkan kecomelannya itu. Sampai sekarang adik tetap comel... tapi ibu bersyukur adik membesar dengan sihat dan ibu sentiasa berdoa adik akan terus membesar dengan sihat dan sempurna InsyaAllah..


Saat kelahiran adik memang dinanti-nanti abang dan kakak. Malah ibu dan abah pun tak sabar hendak bertemu dengan adik. Meskipun sepanjang membawa adik bersama ibu, macam2 dugaan yang harus ibu tempuhi.. ibu bersyukur sebab dapat adik. Kelahiran yang memberi banyak rahmat!


Seronok bila ibu terpaksa belajar banyak perkara macamkan orang baru mendapat anak pertama. Seronok rasa dapat mengulit adik, menyusukan adik... dan macam2 lagi ibu lalui seakan baru melalui pengalaman menimang anak sulung. Yaaa semuanya kerana adik!


Melihat adik membesar dari sehari ke sehari adalah pengalaman yang sangat indah buat abah, ibu, abang dan juga kakak. Jenuh ibu melayan pertanyaan demi pertanyaan dari kakak perihal adik... bila adik nak meniarap ibu? Bila adik nak tumbuh gigi? Bila adik nak boleh jalan? Ohhhh macam2 soalan lagilah sampaikan tak terlayan.. Abang pula pembantu terbaik ibu dalam hal mengasuh adik.. pendek kata orang kanan ibulah... tolong jaga adik bila ibu sibuk menguruskan kerja rumah.


Sekarang ni dah nak setahun lagi macam2 kerenah adik.. buat semua orang gerammmm!!!! Kehadiran adik sebenarnya banyak mengubah hidup ibu dan abah... tentulah perubahan yang positifkannn.. Allah terima kasih ya Allah!!!


Selamat ulang tahun yang pertama Muhammad Izzul Iman!! Ibu, abah, abang, kakak saaayanggggg adik ketat-ketat!!!!


Monday, June 30, 2014

~ Madrasah Ramadhan ~ 

Bismillahhirrohmaanirrohimmm... 

Marhaban yaaa Ramadhan.. alhamdulillah bertemu lagi kita tahun ini. Hari pertama berjaya dilalui walaupun kami berlima berbuka ditepi highway dah macam berkelah pun iya juga. Tapi syukur dapat bersama-sama meraikan dengan hidangan serba sederhana syukur alhamdulillah... Dapat bersahur dengan keluarga di Kt, pengalaman berpuasa bersama si kecil, pengalaman berpuasa pertama kali sebagai breastfeeding mom... alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah... Moga Allah murahkan lagi rezeki, berikan kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi lagi 29 hari yang berikutnya insyaAllah..



Sunday, March 02, 2014

~ Berikan aku waktu ~

Kalau ada anak kecil memang susah la nak ada masa untuk diri sendiri kannn... Ada sedikit masa terluang tu memang guna sepantas habis-habisan yang mungkin la. Kadang-kadang tu memang tak ada ruang langsung nak menyelit membelai diri ke, nak buat aktiviti kesukaan ke malah nak berehat pun tak sempat. Itu tak ambil kira masa untuk anak-anak yang dah besar sikit tuh... dah jadi main kejar kejar pulak lah dengan masa yang ada ni. 

Errrmmmm... sebenarnya bukanlah nak merungut ke menyesal ke apa... dah memang redha dan pasrah dah lagi sunyi pulak kalau anak-anak tak ada.. tapi kadang-kadang tu sebab nak melayan kehendak diri yang nak berehat santai sambil jalan2 kat dunia maya sanggup pula la bersengkang mata tengah-tengah malam buta saat anak2 semua dah tidur.


Macam malam ni... dengan hanya berpandukan sedikit cahaya lampu bilik air dalam bilik tidur, bersama secangkir kopi panas dia rela membuntangkan mata yang dah makin layu letih ini untuk berlayar di dunia maya barang sebentar waktu. Bimbang andai si kecil tu terjaga lalu menangis hendakkan susu maka haruslah dia melepak saja di atas katil.... lagipun sejuk nyaman dalam bilik beraircond memang cun sangatlah di musim panas seperti sekarang ini..

Sempat juga berangan kot ada tv dalam bilik tidur macam best jugakkan... boleh melayan tv... huhuhu... Dah minum kopi ni sudahhhh dah mata ni sukar mau tidur pulak... esok kerja ni oittt!! Mujur juga anak-anak cuti tak sekolah esok sebab pihak sekolah bagi cuti ganti sempena acara merentas desa yang berlangsung Sabtu lalu.. tidaklah kelam kelibut pagi2 sangat...

Terasa cepat betul masa berlalu kan... sekarang dah pun masuk bulan Mac.. Oitttt e-filing dah boleh mula isi dah, cepat cepat jangan terlewat!  Oppsss cukai tanah, cukai pintu pun belum selesai lagi nih! Berpeluh keti... ketar2 tangan mengenangkan ongkos yang bakal keluar grrrr

Masa makin pantas berlari... kehidupan makin mengejar...akhirat juga tidak harus diketepi...ujian, cabaran, halangan sentiasa ada mendepani, terpikir pula apa persiapan diri?

Sunday, February 16, 2014

~ Hujung minggu kami ~


Waktu ni baru keluar bersarapan. Aktiviti hari ini jauh sikit kita berjalan.. nun nak ke Selayang sana, lepas tu kita layan en. hubby main bowling. Dah nak tournament hari Sabtu depan baru sibuk nak berlatih kikiki..

Si kecik yang dah pandai.. nampak apa saja semua nak bawa masuk mulut




~ Info : Pesta Buku ~

Buat pencinta-pencinta dan juga pembaca buku, berikut dikongsikan bersama aktiviti jualan dan pesta buku sepanjang separuh pertama 2014..

~ Big Bad Wolf Book Sale 

15-23 Februari 2014

Mines exhibition Centre

Sri Kembangan, Selangor


~ Ekspo Buku Islam Putrajaya

28 Februari - 9 Mac 2014

Dewan Cempaka Sari, Presint 3

Kompleks Perbadanan Putrajaya


~ Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya

Penganjur MPH

19 - 23 Mac 2014

Putrajaya International Convention Centre


~ Read Malaysia

21 - 30 Mac 2014

Mines Exhibition Centre

Sri Kembangan, Selangor


~ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

24 April - 4 Mei 2014

PWTC


Jom kita beramai-ramai!!! 

Saturday, February 15, 2014

~ My first Corelle ~

Mari kita mulakan entry di bulan Februari dengan cerita pinggan mangkuk... makcik2 sangat kannn Tak kisahla janji yang dah lama jadi idaman sudah berada dalam genggaman heheh.. tuuuu diaaa dah lama sangat dia mengidam nak dapatkan sekurang-kurangnya satu set pinggan corelle ni. Selepas ditimbang tara, segala untung rugi... kos melepas dan terlepas segala neka maka bila hati sudah nekad untuk memiliki yaaaa inilah dia...


Set corelle pertamaku huhuhu... tak adanya nak simpan2 lagi, memang nak guna sangat dah ni... Barulah  semangat bertambah berkobar-kobar nak memasak... Untuk permulaan biarlah set simple ni dulu... lepas ni pelan2 kayuh kita himpun lagi set corelle berdikit-dikit ecewahhhh!!! Set yang ni memang fresh design dari Australia tau. Jadi kalau kot ada yang berminat nak merasa atau nak menambah koleksi corelle boleh saja email ke akak ye! Banyak lagi design lain yang menarik sama ada dari Australia atau design dari US..

Wednesday, January 01, 2014

~ 2014 ~

Opppsss dah melangkah tahun rupanya... punyalah semangat hari tu mengupdate blog, errrmmmm boleh bertahan cuma beberapa hari sajakan... Lepas tu blog pun sepi kembali. 

Sekarang dia dah masuk kerja selepas bercuti 3 bulan setengah.. rutin hidup semakin sibuk jadinya dan akan bertambah sibuk bermula esok sebab sesi persekolahan pun sudah dibuka semula. Owhhhh ini bukan rungutan tapi hakikat untuknya sebagai ibu. Yahhh segalanya bisa diatur InshaAllah... minda harus sentiasa positif.. fikir positif, beri positif harus dapat balik semua yang positif!!! Reset minda! Bak kata Prof Muhaya kannn

Resolusi tahun baru? Sama saja macamana resolusinya sewaktu malangkah tahun baru Hijrah hari tu... apa yang boleh dia kongsi hanyalah ingin menjadi insan yang lebih baik... sama ada sebagai hambaNya... sebagai anak, isteri, ibu, adik, kakak mahupun sebagai sahabat. Selebihnya biarlah dia simpan untuk diri sendiri. 

Tahun ini mungkin semangatnya agak berbeza berbanding setahun yang lalu... ya hampir sepanjang tahun melalui pengalaman hamil, bersalin, berpantang, menjaga anak kecil dan sebagainya setelah hampir lapan tahun tidak melaluinya errrmmmm memang satu pengalaman yang bukan mudah. Namun alhamdulillahhhh segalanya berjaya ditempuhi. Tahun ini juga pasti pengalaman yang juga cukup berbeza pasti akan ditempuhh

Dalam hidup mesti ada perubahan... setiap tahun umur berubah makin bertambah.. ahli keluarga bertambah.. kos kehidupan turut berubah.. pencapaian dalm diri juga perlukan perubahan namun terpulang untuk berubah menjadi lebih baik ataupun sebaliknya... errrmmm sebut pasal kos yang akan mengalami beberapa kenaikan memang harus bersedialahkan, pandai-pandailah kita menguruskan bajet. Akhirnya berbalik pada rezeki yang Allah beri jua..