Monday, October 31, 2011

:: Jalan-jalan cari buku ::

Ini cerita Sabtu minggu lepas. Semua gambar yang dimuat memang tidak ikut turutan langsung, caca merba jadinya tapi dia malas hendak susun semula. Maka cerita pun ikut gambarlah jawabnya. Rasa-rasanya dah lebih 2 bulan dia tidak membeli buku, sama ada untuk anak-anak mahupun untuk dirinya sendiri.

Dia mula menyedari akan hal itu bila renung-renung ke rak buku dan mula terperasan di rak sudah ketandusan buku baru. Kebetulan anak-anak pun dah habis peperiksaan, maka terjadilah aktiviti jalan-jalan kembara mencari buku baru. Pada mulanya dia hanya bercadang untuk mengunjungi buku Popular di IOI sahaja, alih-alih maksu ajak ke MPH di MidValley.Wowweee!!! kita ok sahaja...

Sebelum cerita di MidValley, ini hendak tunjuk sikit hasil tuaian maksu saat berkunjung ke Big Bad Wolf Book Sale. Terima kasih banyak-banyak buat maksu yang tidak melupakan kami dengan hadiah buku-buku ini.... Rasa terkilan sungguh sebab tidak dapat berkunjung ke pesta jualan buku besar-besaran di Maep hari tu. Lebih kurang 9 hari juga ianya berlangsung dan waktu itulah dia terkena sakit mata lalu tidak berupayalah hendak kesana.

Ini adalah tanda ingatan maksu untuk anak-anak buah terchenta. Masing-masing gumbira tidak terkata melihat buku-buku baru di depan mata. Sebelum ini asyik bising-bising di telinga ibu minta dibelikan buku untuk dibaca.
 
Dan.... yang ini pula dari maksu untuk dia... kakak nan terchenta. Maksu memang dah faham sangat apa yang dia suka. Dia pun sangat puas hati dengan pilihan maksu ini.

Ok, berbalik kepada cerita jalan-jalan ke Mid Valley pula. Kami sampai di sana agak awal dalam jam 11 pagi macam tu. Sengaja keluar awal untuk mengelakkan kesesakan mencari parkir kereta dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Sebaik sampai tidak terus ke MPH, tapi memilih untuk mengisi perut terlebih dahulu. Perut kenyang hati pun senang barulah semangat cari buku pun datang...

Beginilah keadaannya di dalam MPH. Anak-anak agak sedikit teruja sebab tidak pernah dibawa berkunjung kesini.. Ruangnya yang agak luas sangat selesa dan menarik.
 
Belum ramai pengunjung, jadi anak-anak pun terasa bebas membelek-belek sebelum memilih yang mana berkenan di hati.
 
Si kecil ini agak rambang mata juga pada awalnya untuk memilih buku yang ingin dibeli. Tambahan lagi, ibu awal-awal sudah berpesan seorang hanya satu buku sahaja.
 
"Buku ni pun nampak macam menarik juga kan...."
"Hmmmmmm.... macamana ni? Ibu cakap boleh ambil satu je"
Si abang ok sahaja. Tinggalkan sahaja di bahagian yang ingin dibelek-belek. Dah pilih yang dihajati, pandai saja dia cari ibu. Masing-masing terpaksa berpuas hati dengan hanya sebuah buku sahaja sebabnya en.hubby bagi bajet cukup-cukup untuk sebuah buku untuk seorang.

Patutnya cerita pergi makan dulu kannnn.... tapi sebab dah malas hendak menyusun gambar, biar sajalah. Kali ini ibu belanja makan pizza di Pizza Hut....
 



Si abang yang pilih pizza ni, alih-alih ibu juga yang terpaksa menghabiskan.


Sabtu minggu lepas dia dalam mode standby, jadi terpaksalah bawa laptop kemana-mana sahaja. Banyak pula kes yang diterima hari itu. Muka pun nampak bengang je kannnn. Mana taknya, waktu ini anak-anak dengan maksu dah dapat makan, dia pula harus selesaikan kerja dulu. Perut pula makin berlagu-lagu mohon diisi...
 

Tengok wajah-wajah yang dah kenyang ni....



Dan akhirnya..... bila dah selesaikan masalah kerja barulah dapat makan dengan senang hati. Baru boleh senyum.
 
Ada booth Nikon di Mid Valley dengan produk-produk terbaru keluarannya. Malas hendak meninjau-ninjau, kita bergambar sahaja di situ.... yelah kamikan pengguna Nikon.....ecewahhh

Maksu pun sama... model D3100 warna merah tu lagi mengancam le maksu.... ahaks! Jangan menyesal!
Ini adalah pilihan abang dan adik.

Dan yang ini untuk ibu. Sudah lama mencari novel ini, baru kini kita ditemukan di MPH Mid Valley. Beberapa bulan sebelum ini dia mencari di MPH Alamanda, namun masih belum ada jodoh untuk dipertemukan kami... akhirnya bersua juga kita ye....

Thursday, October 27, 2011

::...dan akhirnya ::

Semalamkan cuti sempena perayaan Deepavali tapi kami anak-beranak tidak kemana-manapun. Petang hari Selasa tu, en.hubby ada cakap, dia ada projek nak buat kat rumah. Saya pun diam sahaja tidak bercadang untuk bertanya lanjut.

Ok.... jadi ke tidak akhirnya projek en.hubby tu ye? Hmmm.... rupa-rupanya kan dia buat projek mendrill dinding rumah untuk gantung segala frame gambar, jam-jam dinding, rak buku dan juga rak CD. Bila dia mula sahaja dengan projeknye tu, maka pembantu tetap ni tak bolehlah hendak buat kerja lain melainkan harus setia disisinyalah untuk menjayakan projek yang sudah sekian lama tertangguh tu.

Akhirnya kan kesabaran saya menunggu untuk melihat projek ini terlaksana terbayar sudah semalam hehehe.... Ini bukan calan-calang kesabaran tau, ini sabar bukan makan sehari dua, seminggu ke dua minggu atau bulan tapi makan tahun punya hendak tunggu. Semua barang-barang tu kami beli sejak beberapa tahun yang lepas sampai semalam bila hendak pasang tu siap boleh lupa sebenarnya kita beli ni hendak letak di mana, hendak letak apa.... huhuhu.... Sampai terlupa sudah fungsinya. Memang sejak beli barang-barang tu, saya tak pernah tanya bila dia hendak mula pasang. Ada lah sesekali saya tanya tapi jawapan standard en.hubby nantilahhhh.... tak ada masa free lagi. Nak tunggu masa lapanglah kononnya hik hik hik...

Tapi takpelah.... tak perlulah kita hendak menserabutkan kepala dengan perkara-perkara kecil macam tu kannnn. Saya tunggulahhhh masa lapang en.hubby dan semalam tu agaknya baru datang seru hendak melaksanakan segalanya dan akhirnya.... nampaklah berseri sikit rumah hihihi. Projek mendrill punya pasal, semalam anak-beranak makan tengahari jam 4.30 petang. Saya mula masak pun dah dekat pukul 3 macam tu. Mujurlah anak-anak pun tak bising, tapi lepas masak tu terus hidang atas meja dan masing-masing terus senyap menghadap makanan dengan tekunnya ahaks!!!  Kalau ikutkan letih memang letih tapi letih dalam gumbira lalalala...

p/s : kalau saya kuat kan.... dah lama saya drill sendiri tapi... apakan daya. mau terpelanting agaknya saya kalau cuba nak buat juga.

Monday, October 24, 2011

:: Mulakan hari ini dengan sandwich ::

Selamat datang hari Isnin yang indah. Hari ini dia mulakan dengan bersarapan tuna sandwich gigih buat sendiri..... ecewahhh. Resepinya saya ambil di sini sebab nampak macam best dan sedap saja. Terima kasih banyak ye tuan punya resepi. Memang sedap pun le, lagi-lagi kita buat sendiri ni kannn. Mudah dan ringkas....nyummmm nyummm


Ok.... jemput makan....

Tuesday, October 18, 2011

:: Penawar Mujarab ::

Semua orang tahu khasiat susu ibu kepada bayi kan namun jangan tak tahu bahawa sebenarnya susu ibu juga boleh menjadi penawar yang sangat mujarab bagi orang lain (mungkinkah dia je yang baru tahu sebenarnya?). Semalam dengan kemurahan hati kawan-kawan pejabat yang masih menyusukan bayi mereka, dapatlah saya setitik dua susu yang dititik ke dalam mata saya yang baru nak baik ni kan. Masyaallahhhh.... sangat baik kesannya dapat saya rasai....ya sudah pasti dengan izin Allah jua.

Sepatutnya susu ibu dititik lebih awal lagi sewaktu sakit mata tu baru hendak menjadi dengan harapan ianya tidak terus merebak menjadi lebih teruk. Namun apakan daya, 2 minggu yang lepas dengan ketebalan sifat malu dia ini, jadi seganlah pula hendak memohon barang setitik dua susu mereka huhuhu.... Hmmmm mungkin juga sudah tertulis bahawa sememangnya dia perlu menghadapi 2 minggu yang sangat mengujikan itu. Alhamdulillah dengan hikmat susu ibu itu, hari ini selaput yang dia rasa masih membayangi mata sudah berkurangan. Terima kasih banyak-banyak ye...Suzie dan Wawa... semoga semakin bertambah rezeki....:) Selepas ini ingatlah, andaikata ada tanda-tanda nak kena sakit mata tu, cepat-cepatlah cari ibu yang menyusu pohon bantuan hehehehe...

Oh ye!!! kebetulan pula semalam, dia terjumpa petua ubat sakit mata dalam majalah Wanita keluaran November 2011 yang baru dibelinya semalam juga. Di ruangan Petua dalam majalah tersebut, ada seorang pembaca yang berkongsi petua untuk mengubati sakit mata menggunakan bawang merah. Caranya ialah tumbuk beberapa ulas bawang merah bersekali dengan kulitnya hingga lumat kemudian tampal pada mata yang sakit dan bengkak itu. Katanya insyaallah akan pulih walaupun pada awalnya akan rasa pedih-pedih bawang tu. Perrggghhhh.... agak-agaknya berani tak hendak mencuba petua tu ye...

Monday, October 17, 2011

:: Macam-macam... ::

Setelah lebih kurang 2 minggu tidak menghadirkan diri ke pejabat akhirnya hari ini berjaya kembali. Syukur alhamdulillahhhhh sakit di mata beransur baik walaupun masih ada saki-baki sepet dan kemerah-merahan sikit. Lama betulkan dia terpaksa bertapa di rumah.... Semalam, en.hubby ada pesan supaya pakai kacamata hitam ke pejabat, tapi dia rasa tak sampai hati nak pakai hihihi.... malu le pula. Sudahnya dia tabahkan hati juga walaupun masih ada rasa kelabu-kelabu asap macam ada selaput kat dalam mata ni. Yang penting, sakit-sakit macam nak tersembul keluar biji mata tu dah memang tidak ada.... syukur sangat...

Harap-harap tidaklah menjangkit ke siapa-siapa lagi selepas ini. Kalau hendak diikutkan memang sakitnya amatlah seksa walaupun dia terima hakikat bahawa ini adalah sebahagian dari ujianNya dan mungkin juga dapat menghapuskan dosa-dosa kecilnya. Paling teruk sakitnya adalah minggu lepas. Mata kanannya memang bengkak habis sampai tak boleh buka. Sampai ada satu hari tu, siap berdarah lagi. Memang dia saspen betullah masa tu, tapi lepas dia letak ubat.... alhamdulillahhhh sejak itu dah tak keluar darah. Rasanya inilah sakit mata yang paling teruk dia kena, sebab sampai tiga kali tukar ubat dan ubat yang ketiga baru serasi. Doktor dah siap cakap kalau sampai Isnin ni tak baik juga memang dia akan keluar surat terus pergi hospital. Perghhhhh.... naik seriau pula dia dengar.

Jadi sekarang masih dalam proses pemulihan dan dia haruslah sabar dan tabah sehingga mata ini pulih sepenuhnya. Bila dah banyak hari bercuti dari bekerja ni kan.....hmmmm....rasa macam blur pun ada juga. Hendak kena cari mood dulu sambil semak-semak email yang beratus sampai dah penuh inbox.

Oh!!! minggu ini juga adalah minggu peperiksaan akhir tahun buat si abang dan si adik. Ibu dan abah berharap dan berdoa semoga kedua-duanya dapat menghadapinya dengan sebaik mungkin dan akan memperoleh keputusan yang lebih baik dari sebelum ini..... insyaallahhhhh...


Saturday, October 08, 2011

:: Mata... ::

Sedang gigih ni menghadap laptop sambil menahan pedih, berair.... dah tak tahu nak buat apa, nak tidur tak boleh, tengok tv pun rasa payah apatah lagi membaca. Sabar.... sabar...sabar....dugaan....ujian.

Last last ambil gambar mata yang sepet sebelah ni haaaa... macam makin teruk pula dia rasa hari ini. Makin sepet, makin bengkak, makin pedih.... Tapi syukur juga mata si abang dah semakin baik. Tak dapat menahan kalau tengok anak-anak menanggung kesakitan lama-lama kannn.... En.hubby ada cakap kalau kena dua-dua belah mata macam si abang tak adalah teruk sangat jika nak dibandingkan dengan kena sebelah sahaja....macam yang dia kena ni. 

Semalam ada juga dia buat macam yang mak ajar.... kita berikhtiar, Allah jua yang menyembuhkan. Caranya begini, ambil kain bersih dan rendam dalam air sikit. Kemudian letakkan dekat mata yang sakit tu sambil baca ayat dari Surah al-Qaaf; ayat ke 22. Buatlah seberapa kali pun.... Ya Allah moga redalah kesakitan yang sikit ini insyaallahhhhh 

Thursday, October 06, 2011

::...::

Termasuk hari ini, dah 3 hari dia cuti sakit. Si abang pun sama juga dah 3 hari tidak bersekolah. Akhirnya kami dua beranak berjangkit juga sakit mata dari si adik. Hari itu asyiklah berdoa moga sakit mata si adik tu tidak berjangkit ke siapa-siapa. Ternyata perancangan Allah itu lebih hebat kannnn...

Ternyata di sebalik ujian ini ada rahmatnya sebab kalau si abang yang kena seorang, siapa pula hendak menunggu dia di rumah. Dia pun dah 3 hari EL minggu lepas sebab menjaga si adik. Dia pun bukanlah sakit yang tak boleh bangun.... cuma sakit mata ni orang kata mudah berjangkitkan, sebab itu mudah sahaja dapat MC.

Tapi hari ini, dia macam sedikit risau memikirkan hari esok. Sakit di mata sudah beransur pulih, tapi hari ini tiba-tiba pula si abang demam. Uabt demam dah makan, sekarang hanya mampu berdoa semoga demamnya sembuh dan dapat bersekolah seperti biasa esok dan dia pun dapat bekerja semula insyaallahhhh....