Friday, September 30, 2011

:: Kacau... ::

Tiba-tiba sahaja dia rasa hendak pergi tempat lain...
Rasa hendak lari sejauh yang mungkin
Atau andai sahaja dia dapat bersembunyi
Agar dia tidak perlu berjumpa dengannya...

Bukan sebab dia tidak suka
Bukan sebab dia benci
Bukan sebab dia meluat
Tapi...

Dia rasa canggung hendak berhadapan
Dia kelu kematian kata-kata
Dia tidak tahu bagaimana mahu berbicara
Bagaimana hendak menyusun kata
Bagaimana hendak beriaksi

Kerna ada rasa bersalah
Kerna ada rasa kasihan
Kerna ada rasa simpati
Kerna ada rasa kecewa

Dan dia sebenarnya tidak berdaya
Walau dia berusaha untuk memahami
Dan dia memang faham apa yang dirinya sedang lalui

Mungkinkah ada jalan?

Friday, September 23, 2011

:: Ikan cencaru belah belakang sumbat cili ::

Hari ini rasa hendak cerita resepi Ikan Cencaru Belah Belakang Sumbat Cili (panjang betul namanya dak...). Resepi ini adalah dari bonda yang tercinta dan saya memang suka sangat dan ditulis khas di entry ini untuk CikPuan Suzi. Juga untuk rujukan saya nanti.

Bahan-bahannya :

2 ekor ikan cencaru dibelah belakang ( saiz sederhana dan ikut suka le nak buat berapa ekor pun).
10 - 15 tangkai cili kering ( main agak-agak saja ni... ) - direndam
3 -4 ulas bawang merah
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa 

Cara-caranya :

1. Bersihkan ikan kemudian lumur dengan garam dan kunyit. Ketepikan.
2. Tumbuk lumat cili kering. Kemudian tumbukkan sekali bawang merah dan belacan juga hingga lumat.
3. Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan air asam jawa.

 4. Masukkan cili yang dah siap tumbuk tadi ke dalam ikan dibahagian belakang yang telah siap dibelah itu. (Gambar seperti di atas ).
 5. Panaskan minyak dalam kuali dan mulalah menggoreng.

6. Dan.... taraaaaa....siap untuk dihidang dan makan dengan nasi panas-panas....nyummmm nyummmm

Selamat mencuba ye Suzi hehehe....

:: Sarapan di mana? ::

Di rumah sahaja hari ini. Merah di mata adik sudah beransur hilang tapi masih berair dan bertaik mata. Mata pun masih sepet. Itu yang tak mahu dia ke sekolah lagi, risau berjangkit. Mari tengok apa yang kami anak-beranak makan pagi ini.


Roti bakar di sapu mentega dan kaya untuk ibu. Manakala untuk adik pula, roti goreng celup telur. Dan juga satu bekas air nescafe tak boleh tinggal punye...

Thursday, September 22, 2011

:: Kesempatan yang ada... ::

Terpaksa bercuti hari ini sebab teman si adik yang sakit mata. Ibu dah perasan mata adik ada merah-merah sikit sejak petang hari Selasa cuma tak fikir apa-apa sebab ingat dia gosok-gosok itu yang jadi merah. Bangun pagi semalam, ibu macam terkejut bila tengok dua-dua belah mata adik bengkak macam mata panda huhuhu... Mata adik sebelah kanan paling ketara merahnya dan siap berair bertaik mata lagi.

Pagi tu dok fikir macamana nak buat sebab adik dah teruja nak pergi sekolah sangat. Dia tak sabar-sabar nak buat persembahan bersama kawan-kawan sempena jamuan raya J*M. Beberapa kali ibu tanya....'adik ok tak ni, kalau tak kita tak payah pergi sekolah'.... berkali-kali juga dia cakap dia ok dan reaksi muka agak sendu. Ibu serba salah jadinya.... yelah sakit mata tak boleh dibuat main kannnn... takut nanti berjangkit ke budak-budak lain. Akhirnya ibu mengalah...adik pergi sekolah. Petang masa ambil adik, cikgu dia dah pesan, esok tak boleh pergi sekolah....hmmm...

Hari ini, duduklah berdua dengan adik. Semalam dah pergi klinik ambil ubat titik dan ubat hilang gatal. Nampak macam dah kurang sikit merahnya. Rasa-rasanya esok harus cuti lagi agaknya... Alang-alang dah bercuti ni ibu rasa inilah kesempatan yang paling baik untuk ibu berehat-rehat sama. Sejak beberapa hari ni badan rasa macam letih sangat-sangat... terasa sengal dan lenguh-lenguh pun ada. Memang rasa macam malas nak buat apa pun. Masak pun ala kadar ditambah lagi dengan lauk-pauk basah pun dah kekurangan dalam peti. Minta maaf banyak-banyak la dengan kawan pejabat ibu yang berhajat nak datang rumah tadi (walau dalam nada gurau)....seronok juga kalau dapat jamu kawan-kawan kannnn... tapi hari ini makcik rasa sangat tidak berdaya campur dengan rumah yang tidak berkemas.... makcik malu wehhhhh!!! huk huk hukkkk


Wednesday, September 14, 2011

:: Macam nak merajuk saja... ::

Tadi petang dalam kereta sewaktu dalam perjalanan pulang, berlakulah perbualan santai antara ibu dan anak seperti biasa seperti hari-hari sebelumnya...

Soalan biasa yang ibu tanya...

ibu : " tadi abang makan apa kat sekolah?"

abang : " makan pagi ke tengahari? " (hari ini abang seharian di sekolah sebab ada aktiviti ko)

ibu : " tak kira lah... makan pagi ke, tengahari ke "

abang : " pagi tadi izzuddin makan nasi lemak (ibu dah mula rasa sedikit tersentak), tengahari tak makan sebab rasa kenyang lagi "

ibu (dalam percubaan mengawal perasaan) : " habis tu tak lapar ke tak makan tengahari ni?"

abang : "tak, izzuddin beli air saja sebab dahaga sangat "

ibu : " awak kata awak makan nasi lemak, pagi tadi? kenapa tak nak bawa nasi lemak yang ibu buat?Kenapa beli nasi lemak kantin pula?" (dalam hati macam dah sebak sangat rasa)

abang(macam tak ada perasaan) : " ohhhhh...nasi lemak makcik tu sedap(arghhhh!!! ibu rasa macam nak nangis dah), sambal dia tu sedap, manis je rasa.... tak pedas (memang betul ibu nak nangis sangat-sangat dah)

ibu (kawal...kawal perasaan...) : " Ohhhh...tadi pagi bila ibu tanya nak bawa bekal ke tak nak, awak kata tak nak. Awak siap cakap, izzuddin tak makan berat berat sangat, biasa makan sosej saja. Tiba-tiba tadi pagi pergi beli nasi lemak makcik kantin pula ek! (ibu memang sentap lahhhh). Awak kata sambal nasi lemak makcik kantin tu tak pedas kannnn... sambal yang ibu buat tak pedas juga tau (wahhhh... penuh emosi sungguh)

abang(terpinga-pinga dia) : "Aahhh???? takpelah esok izzuddin bawa."

ibu : "esok mana ada.... dah takde dah nasi lemak (huhuhuhu). Lepas ni malas dah ibu nak buat apa-apa. Kalau buat pun untuk ibu sorang saja yang bawa " (hahahaha.... memang rasa nak merajuk saja tapi...)

Tiba-tiba.... abah pula yang sentap...

abah : "eh!!! kenapa buat untuk ibu sorang je pula. abah bawa pe bekal tadi.... cuma tak habis saja sebab tak sempat, banyak kerja sangat"

ibu terus tersengih sajalah dekat abah di sebelah.... tak jadi pula nak merajuk.... entah apa-apa lah kannnn

Hissshhhhhh!!!! malas lah hendak merajuk merajuk ni kannnn.... saja je teremosi sikit.... sekarang dah ok.


:: Selamat... ::

Selamat hari Rabu.... bersamaan 16 Syawal 1432H. Alhamdulillah, hari ini saya meraikan hari kemenangan hari raya kerana berjaya melaksanakan puasa enam. Jadi sempena itu juga saya telah merajinkan diri dengan memasak nasi lemak untuk bekalan ke pejabat.



Ini bekal saya. Ikan bilis goreng tersorok dibalik telur goreng mata itu...hihihi... Dibekalkan juga untuk en.hubby dan si adik. Si abang sombong, tak nak bawa sebab hari ini dia ada pertandingan koir di sekolah....ok...ok...

Dikesempatan ini juga saya ucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke 35 kepada en.hubby tercinta. Ibu, abang dan adik sangat sangat sangat sayang dengan abah. Moga abah lebih berjaya dan berbahagia selalu.... insyaallahhhh

Monday, September 12, 2011

:: Indahnya beraya di kampung halaman... ::

Kali ini cerita raya kami pada 4 Syawal 1432H. Kami anak-beranak telah selamat sampai di SP pada 3 Syawal dan lagi sekali syukur alhamdulillahhhh kerana tidak menempuh kesesakan. Bertolak dari KT seawal jam 8.00 pagi dan selamat tiba di SP kurang lebih jam 3.30 petang. Sebaik sampai sahaja terus menuju ke dapur mencari makanan kerna perut sudah kelaparan. Tengok di dapur masih ada ketupat dan rendang mak terchenta apalagi terus ngap dengan rakusnya lahhhh... Hari raya ketiga itu mak buat bihun sup untuk tetamu yang berkunjung dan alhamdulillahhhh ada juga rezeki bahagian kami anak-beranak.

Ok...raya keempat maka bermulalah sesi beraya di sebelah saya pula. Itupun selepas selesai solat Jumaat baru kami gerak. Mula-mula sekali kami berkunjung ke rumah abang sepupu sebelah arwah abah. Bang In ni pun dah tak berapa sihat sangat.... kena strok. Dulu-dulu zaman sekolah menengah, dengan dialah saya tusyen Add Math. Dengan dialah saya kerja masa tunggu keputusan SPM. Masa tu dia ada buka kedai komputer dan kebetulan pula tak ada orang hendak jaga kedai jadi dia tawar pada saya untuk bekerja di kedainya..... apalagi, pucuk dicita ulam mendatanglahhhh. Mungkin bermula dari situlah berputik minat saya untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang saya ceburi sekarang ni agaknya.

Dari rumah Bang In, kami rancang untuk ke BM pula ke rumah Maklong (mak kepada Bang In). Maklong adalah kakak kepada arwah abah (mereka dua beradik sahaja). Dalam perjalanan ke BM, kami singgah makan mee udang Sg. Dua...en.hubby belanja.

Taraaa.... di sini Selera Sri Tambang Mee Udang

Abang dan adik bermanja-manja dengan paklong sambil minum air kelapa....opssss ayaq nyok

Ini sapa punya? Maksu punya ke?

Tiga beranak

Sebelum order mee, kita pilih dahulu berapa ekor udang yang berkenan...

Lepas tu timbang.... dan order untuk berapa orang makan (hendak letak ketam pun boleh juga)

Dan.....taraaaaa dah siap mee udang semangkuk besar untuk 5 orang makan

Selepas menikmati mee udang dengan jayanya maka langsunglah kita menuju ke desa Tanah Liat yang terchenta...

Sebaik sampai sahaja inilah kerja dua beradik.... memanjat pokok

Tak padan dengan pakai gaun dan berkasut wedges..... gigih hendak panjat pokok juga

Damainya di desa nan tercinta... hijau menenangkan jiwa di sana sini...

Bila balik SP mulalah kembali penyakit gile kamera hihihi....

Merenung jauh menikmati pemadangan desa nan indah permai....ecewahhh...

Model busana muslimah...eeewwww

Lagi....


Indahnya beraya di desa...

Ibu dan anak-anak kala pulang ke kampung...

Bersama maksu yang comel

Kakak dan adik

Bersama bonda tercinta...

Potret kenang-kenangan

Tengok maklong, teringat arwah abah.....al-fatihah

Tak puas.... nak panjat lagi...

Jumpa buah nangka le pula....


Kami...

Dan kami lagi...

Dan lagi... nampak berhemah sikit masa ni...

Yeeehaaa....


Setelah puas beraya, bergambar segala di BM.... maka destinasi seterusnya dan yang terakhir untuk hari itu adalah ke Seberang Prai rumah makcik. Kononnya hendak singgah sekejapan sahaja akan tetapi setiap tahun begitulah jadinya.... tak ada maknanya hendak duduk sekejap sahaja di rumah makcik..... haruslah berjam-jam siap makan...tidur...mandi...makan lagi sehingga tengah malam.

Aktiviti yang tidak ada dalam perancangan pun tiba-tiba sahaja terjadi. Ini kakak punya pasallah ni ajak kami pergi Juru. Kan....dah terjebak di Auto City....ahaks! Auto City Juru ni kira macam uptownlahhhh.... Tapi paling best ada baaaaaanyaaakkkkk kedai menjual beg tangan. Memang tak dapat mengawal perasaan...

Dari satu ke satu kedai....semuanya mengujakan...

Maksu memanglah tak boleh tengok benda-benda berwarna pink ni tau.... dasyat betul penangan Pink Lover nihhhh

Akak dah pening ye..... hendak pilih yang mana satu...

Gila kuasa jahhhh.... semua nakkkkk

Dah pegang dalam tangan pun mata masih melilau-lilau tengok yang lain...

Sudah habis cerita rambang mata di Auto City....jam sudah menunjukkan hampir 11.00 malam, baru kelam-kelibut hendak balik. Hasilnya....dapatlah seorang sebiji beg walau dalam hati rasa hendak beli banyak lagi hihihi.. Begitulah alkisahnya cerita raya keempat.... esoknya ada majlis besar menanti...

Sunday, September 11, 2011

:: 2 Syawal 1432H ::

Hari raya kedua baru mula hendak ziarah banyak rumah sikit. Memang pulun habis beraya kesemua rumah emak dan bapa saudara sebelah en.hubby. Kalau tidak silap saya kesemuanya 5 buah rumah yang telah berjaya kami kunjungi bermula dengan ke rumah mokcik kemudian rumah ayah lang, ayah cik sampai ke rumah pok dan akhir sekali rumah cik de.

Tapi kan... dalam satu hari berjalan tu tak ada ambil gambar langsung pun. Biasalah ibu pemalu yang takut terover expose pula kannnn hiks!

Inilah sekeping gambar 2 orang kesayangan saya yang teruja tengok lembu dan ibunya terus beria ambil gambar anak-anak bersama lembu. Gambar diambil hanya menggunakan kamera telefon. Lembunya kat belakang tak berapa nak kelihatan pula. Tak tahulah kan anak-anak ini agaknya kalau dapat duduk di kampung, habis semua binatang mereka hendak bela kot. Dah...asal jumpa binatang macam kambing ke, lembu ke.... anak ayam ke... waima burung mahupun ikan lagak keterujaan mereka sangat terserlah macamana tak kata begitu...  

Eh! tahun ini seronok juga pergi beraya sebab tidak langsung menempuh kesesakan di jalan raya. Tidak seperti di tahun-tahun yang lepas, bila masuk 2 Syawal tu memang kereta penuh di jalan dan memang sesak lah. Sesak yang bukan sekejap-sekejap tau.... memang tak bergerak langsung berjam-jam. Alhamdulillahhhhh... tahun trafik bergerak lancar sahaja.

Thursday, September 08, 2011

:: 1 Syawal 1432H ::

Biasanya kalau beraya di KT memang tak banyak sangat gambar yang diambil. Tak tahulah kenapa sebab masing-masing macam tak berapa gemar nak bergambar. Saya pun terus jadi malu-malu kucing jugalah nak minta posing lebih-lebih.

Kesudahannya, ini sahajalah gambar yang ada. Itupun tak berapa cantik, dah kelabu asap pun iye juga. Salah setting ke apa entah... Semua gambar diambil selepas balik dari menunaikan solat hari raya. Mula-mula biasa le sesi bermaaf-maafan. Lepas tu baru famili potret untuk kenang-kenangan.



Si abang yang ambil gambar ni. Itupun selepas beberapa kali percubaan maka ini adalah antara hasil yang terbaik huhuhu... Tahun ini en.hubby buat kelainan sikit dengan mengenakan jubah di pagi Syawal.



Kami sekeluarga. Mula-mula ambil gambar straight dulu ye.



Kemudian.... sila beraksi dengan gaya bebas. Banyak keping juga ambil.... tapi cukup jelah dengan yang ini sahaja kita siarkan.



Tok Abah dan Tok



2 orang cucu sahaja buat masa ini. Bila hendak tambah pun tak tahulahhhh...



Adik-adik ipar...



Kami semua.... ada tak cukup seorang ni. Mana entah dia, susah betul hendak diajak bergambar...



Kami... geng perempuan (geng2 ini sahaja yang boleh diharap untuk berposing-posing hihihi)



Selepas sesi bergambar masing-masing berterabur ke dapur kembali mengisi perut. Kebiasaannya tiap-tiap kali raya menu utama yang wajib ada adalah nasi minyak, ketupat palas dan rendang dan juga tapai. Semuanya air tangan ibu mertuaku yang memang sedap... tapi saya tak makan tapai...


Sudah makan, sudah kenyang kami semua gerak balik kampung ziarah kubur arwah ayah dan makpok. Raya pertama ini hanya 2 biji rumah sahaja yang diziarah.... rumah tok Teh dengan rumah tok (mak kepada abah). Petangnya sudah berada di rumah sambil lepak-lepak...sambil mengulang makan lagi...


Malamnya adalah saudara-mara yang datang berjalan raya. Begitulah alkisahnya raya pertama, nampak macam macam tak berapa meriah namun bersyukur kerana masih dapat bersama-sama meraikannya bersama keluarga.....alhamdulillahhhh




:: Sebelum raya ::

Alkisahnya tahun ini giliran kami beraya di KT pula kan. Hari Ahad pagi dalam jam 10 macam tu baru bertolak balik. Syukurlah tidak tersangkut dengan kesesakan ke apa sebab hari tu kereta tidaklah banyak sangat. Agaknya ramai yang bertolak awal.... hari Sabtu ke, Jumaat ke.... baguslah begitu hehehe. Sebenarnya saya pun macam pelik juga bila en.hubby cakap nak bertolak balik lambat-lambat sikit. Lahhhh....yang kita ni dok risau takut jalan sesak.... rupa-rupanya malam lepas berbuka tu baru en.hubby cakap yang dia sengaja bertolak lambat-lambat sikit supaya sampai rumah mak kira boleh ngam-ngam waktu berbuka. En.hubby takut anak dara dia merengek nak buka puasa kalau sampai awal sangat. Itupun kami sampai kira awal juga dalam jam 4 petang. Mujurlah angin si adik ok sahaja, langsung tak ada merungut-rungut sakit perut ke apa....


Masa dalam perjalanan tu, mak siap telefon tanya nak berbuka di rumah ke tidak. Wahhhh....haruslah nak berbuka di rumah kannnn. Kami tak tahu pun mak masak apa untuk berbuka hari tu, tapi dalam hati ada juga berangan kot ada bubur lambuk ganu ke hehehe....


Alkisahnya.... mak seperti tahu sahaja anganan anak menantunya ini. Sampai-sampai tengok dalam periuk dah siap bubur lambuk. Alhamdulillahhhh syukur...


Ini antara hidangan berbuka puasa hari Ahad. Sempat lagi merendek dengan en.hubby berdua-duaan naik motor pergi pasar Ramadhan Wakaf Tengah. Beli pulut panggang, bahulu, cendol segala bagai... Itu yang dalam mangkuk empat segi tu, mak mertua yang buat kuih nekbat rasanya kalau tak silap namanya. Berbunga-bunga sahaja hati en.hubby... Tapi jangan risau la nampak hidangan banyak-banyak macam tu, sebabnya malam tu juga semua dah selesai oleh si abang dan si adik. Selagi belum tidur selagi tu asyik ulang makan.



Taraaaaa.... ini dia bubur lambuk istimewa oleh ibu mertuaku. Memang sedap. Bubur lambuk Ganu ni memang lain sikit sebab dia letak beberapa jenis daun sayur....lupa pula hendak tanya daun apa. Tapi kalau pergi pasar kat sana, cakap saja nak beli daun untuk bubur lambuk memang dia dah bungkus siap-siap. Satu lagi dalam bubur ni mak letak keropok keping juga. Pendek cerita.... memang sedaplahhhh.


En.hubby cakap...inilah masalahnya kalau dah balik kampung, memang susah hendak kawal makan. Apa yang mak masak semua sedap saja...


~ Isnin... sehari sebelum raya ~


Cerita Isnin yang agak sibuk sikit.... bukan saya yang sibuk, tapi mak lah orang yang paling sibuk masak itu ini untuk hidangan hari raya esoknya. Menantu 'hantu' ni sibuk juga pergi berjalan dengan en.hubby ke bandar KT hihihi... Siap tinggal budak berdua tu di rumah, abah dan ibu keluar dating bulan-bulan puasa ahaks! Menantu 'hantu' yang bertuah ini juga tidak sempat membantu mak balut ketupat seperti selalunya sebab dia sudah terlajak tidur lepas sahur huhuhu... bangun-bangun saja, tengok dah 90% siap dibalut dengan dibantu si adik. Argghhhh....malunya ibu....


Sebelum pergi bandar, kami bawa si adik ke klinik gigi. Dari hari Ahad lagi asyik mengadu gigi depan dia dah longgar. Pula tu, tak bagi orang tengok, pegang, sentuh langsung sebab dia cakap sakit. Sampaikan hendak makan pun susah, hendak bercakap susah. Macamana hendak makan ketupat kegemaran adik esoknya ni kannnn. Setelah puas dipujuk rayu, berjaya juga bawa si adik ke klinik dan berjaya dicabut giginya yang longgar nan sebatang itu.



Baru balik dari klinik. Tak sakit pun kannnn... Barulah seronok sikit nak makan apa pun.


Susunan gambar jadi caca merba pula. Ini gambar petang raya. Budak dua orang ini menunjukkan kerajinan tahap maksima dengan membasuh kereta en.hubby walaupun dalam keletihan berpuasa di hari terakhir ini. Akhirnya mereka juga yang basah lencun. Bukan main suka lagi ye dapat main air, main sabun... Bukan setakat main air sahaja tu, mereka siap main ikan-ikan tok abahnya yang dalam pasu. Memang pening-pening lalatlah ikan-ikan tu dikerjakan dek budak-budak bertuah ni.



Hah! kan dah kata susun gambar caca merba. Ini gambar diambil waktu tengahari lepas balik dari klinik gigi. Waktu ini saya dan en.hubby dalam perjalanan ke bandar KT. Kami tak naik kereta tapi kami naik bot. Tak naik kereta sebab malas hendak bersesak-sesak dengan orang ramai di bandar... nak cari parkinglah lagi...malas...malas.... Sudahnya kami (saya, en.hubby, 2 orang adik ipar) naik bot di jeti Seberang Takir dan turun dekat jeti taman Shahbandar (betul ke ni?). Tambang bot rm1 seorang. Dalam 15 minit macam tu dah sampai.... sekejapan sahaja.



Sempat lagi berposing dekat Dataran Shahbandar sebelum singgah ke bazar Ramadhan di situ. Siang-siang ni tak berapa meriah sangat sebab tak banyak gerai yang dibuka. Bila malam baru happening en. hubby cakap. Tak adanyalah hendak pergi malam bersesak-sesak dengan orang semua...





Ini sahaja yang dibeli di bazar. Lepas tu berjalan pula ke Pasar Payang. Kami beli beras untuk stok di rumah. Sanggup angkut beras seorang 9kg naik bot tengah puasa-puasa ni....perghhhhh.... berkeringat satu badan... Owhhh lupa sebelum tu saya dan en.hubby berjalan juga pergi ke bank ada urusan sikit. Sementara en.hubby berurusan di bank, saya pula ke pusat Celcom nak semak akaun sebab daripada Ahad malam asyik tak boleh guna broadband. Semak punya semak....rupanya ada sangkut saya tak bayar bil hihihi.... ingatkan dah bayar...kes lupa lah ni keh keh keh.... Selesai semua terus balik rumah naik bot juga....


Mengharung panas terik memang menduga iman betullahhhh.... Letih tak tahu hendak cakap. Itu yang en.hubby sampai tertidur petang, tak sedar-sedar anak-anaknya buat kebajikan membasuh kereta. Kononnya budak dua orang tu nak bagi kejutanlah untuk abahnya.... alih-alih ibu ni juga yang terpaksa habiskan acara basuh-membasuh sehingga mengelap-lapkan kereta... Yang dua orang tu dah sibuk membasahkan diri.