Thursday, September 22, 2011

:: Kesempatan yang ada... ::

Terpaksa bercuti hari ini sebab teman si adik yang sakit mata. Ibu dah perasan mata adik ada merah-merah sikit sejak petang hari Selasa cuma tak fikir apa-apa sebab ingat dia gosok-gosok itu yang jadi merah. Bangun pagi semalam, ibu macam terkejut bila tengok dua-dua belah mata adik bengkak macam mata panda huhuhu... Mata adik sebelah kanan paling ketara merahnya dan siap berair bertaik mata lagi.

Pagi tu dok fikir macamana nak buat sebab adik dah teruja nak pergi sekolah sangat. Dia tak sabar-sabar nak buat persembahan bersama kawan-kawan sempena jamuan raya J*M. Beberapa kali ibu tanya....'adik ok tak ni, kalau tak kita tak payah pergi sekolah'.... berkali-kali juga dia cakap dia ok dan reaksi muka agak sendu. Ibu serba salah jadinya.... yelah sakit mata tak boleh dibuat main kannnn... takut nanti berjangkit ke budak-budak lain. Akhirnya ibu mengalah...adik pergi sekolah. Petang masa ambil adik, cikgu dia dah pesan, esok tak boleh pergi sekolah....hmmm...

Hari ini, duduklah berdua dengan adik. Semalam dah pergi klinik ambil ubat titik dan ubat hilang gatal. Nampak macam dah kurang sikit merahnya. Rasa-rasanya esok harus cuti lagi agaknya... Alang-alang dah bercuti ni ibu rasa inilah kesempatan yang paling baik untuk ibu berehat-rehat sama. Sejak beberapa hari ni badan rasa macam letih sangat-sangat... terasa sengal dan lenguh-lenguh pun ada. Memang rasa macam malas nak buat apa pun. Masak pun ala kadar ditambah lagi dengan lauk-pauk basah pun dah kekurangan dalam peti. Minta maaf banyak-banyak la dengan kawan pejabat ibu yang berhajat nak datang rumah tadi (walau dalam nada gurau)....seronok juga kalau dapat jamu kawan-kawan kannnn... tapi hari ini makcik rasa sangat tidak berdaya campur dengan rumah yang tidak berkemas.... makcik malu wehhhhh!!! huk huk hukkkk


2 comments:

Suhana Tupperware said...

takpe esok masih ada. hehe (pun dalam nada gurau jugak).

kepada insyirah, jaga mata elok2. kak kay pesan kat dia jgn lap mata guna sapu tangan, tapi make sure guna tisu pakai buang. tu pesan dokte kat saya masa kene sakit mata last year.

tension oo kene sakit mata. mmg takmo kene sakit mata lagi. mmg tak best.

khairanimaisurah said...

hahaha... terima kasih sue. mmg dah pesan dia guna tisu saja utk lap. tapi dia mcm tak sakit, cuma gatal2 saja. k.kay masa kena dulu siap sakit rasa nk terkeluar biji mata. lagi2 masa sujud waktu semayang tu.