Thursday, March 31, 2011

:: Jadikan pengajaran... ::

Setiap yang berlaku semalam, kita jadikan pengajaran. Pengajaran untuk diri, untuk anak-anak, untuk mereka dan untuk sesiapa sahaja. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Setiap kebuntuan itu pasti ada jalan penyelesaiannya.


Namun, hanya jalan yang dipilih itu sama ada betul mahupun tidak. Setiap langkah yang diambil itu, sudah difikirkah baik buruknya. Sudah ditimbangkah kesan dan akibatnya sama ada pada diri juga keluarga.


Andai kita rasa kita keseorangan mengharungi kesukaran itu, maka pada Dialah kita memohon. Hanya Dia sebaik-baik tempat kita memohon pertolongan. Bukan mengambil jalan singkat yang bakal mengharukan semua orang.


Percayalah pada diri, yakinlah pada rahmatNya. Selagi ikatan kekeluargaan itu masih utuh maka teguhlah hati dan jiwa bahawa ikatan itu tidak akan pernah putus. Kasih sayang itu tetap akan kita nikmati. Hanya bersihkan hati, positifkan jiwa dan nurani menghadapi kehidupan ini.


Berkeluh kesah, merintih sendiri lalu mengambil jalan singkat yang jelas tidak bermanfaat hanya merugikan diri. Membuat hati-hati yang menyayangi semakin risau dan resah. Jelas tidak ada maknanya. Mengapa langkah ini yang perlu diambil? Mengapa keputusan begini yang harus dibuat? Fikirlah... insaflah... sama-samalah kita renungi diri, muhasabah hati...

Wednesday, March 30, 2011

:: Kenangan terindah... ::

Kenangan hari lahir adik yang ke 6 tahun ini mungkin antara yang terindah dalam hidup adik kan. Sambutannya agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelum. Kali ini adik meraikan hari lahirnya bersama kawan-kawan di sekolah. Sejak awal tahun lagi adik sudah sebut-sebut akan hal ini. Katanya tak sabar hendak bawa kek harijadi ke sekolah. Memandangkan tahun ini adalah tahun akhir adik di tadika maka ibu pun sengajalah memenuhi impian adik itu. Walaupun persiapan untuk ini agak last minute namun alhamdulillahhhh semuanya berjalan lancar.

Harijadi adik jatuh hari Jumaat dan kek ini hanya sempat ditempah pada hari Rabu lepas saya balik dari Tawau. Pada mulanya tempah sebiji kek sahaja, tapi hari Khamis malam masa ambil kek tu tengok macam kecil pula keknya. Takut tak cukup hendak dijamu ke kawan-kawan adik yang ramainya hampir 200 orang. Maka waktu itu juga beli sebiji lagi kek. Jadilah 2 biji kek harijadi adik tahun ini.


Untuk majlis ini juga saya sediakan sedikit jajan untuk diberi kepada kawan-kawan adik. Persiapan untuk jajan ini disediakan dengan ehsan maksu. Masa di Tawau tu saya telefon maksu minta tolong andai dia ada kesempatan. Syukurlah ada adik perempuanku nan seorang ini. Hari Rabu malam tu juga pergi Shah Alam untuk ambil segala jajan yang dibeli maksu. Lepas tu, tengah malam saya terus masukkan segala jajan kedalam beg plastik yang memang disediakan untuk 200 orang. Kerja-kerja menyumbat jajan bersambung esoknya dengan bantuan tok, adik dan juga abang. Kalau ikutkan letih memang letih la tapi sebab niat hendak seronokkan anak-anak ini semua... sesekali apa salahnya kannn...

Selamat ulang tahun... selamat ulang tahun... selamat ulang tahun Insyirah... selamat ulang tahun
Kanak-kanak memang teruja kan bila nampak kek semua bagai...

Fuh...fuh..fuh...

Semoga adik membesar dalam kesejahteraan dan kebahagiaan. Jadi anak yang solehah ye.... insyaallahhhh

Bergambar dengan kawan baik... Aina Hidayah. Ibu pun...." inilah aina yang adik selalu cerita tu ye..."

Kawan-kawan adik yang lain... " yang sebelah adik pakai baju kelabu tu boifren adik ek?"... "eh! taklah ibu... tu Haikal la" Saja seronok mengusik.

Cikgu Nurul, cikgu kelas adik di 6 Mawar. Baik cikgunya.

Tak sabar tunggu giliran untuk disuapkan kek. Adik, cikgu suapkan lebih sikitlah sebab harijadi dia kan.

Kesemua rakan-rakan sekelas adik di 6 Mawar. Tahun ini tahun terakhir kamu semua bersama. Tahun hadapan masing-masing sudah melangkah ke alam persekolahan yang baru dan lebih mencabar. Aunty doakan semoga semuanya berjaya di dunia dan juga akhirat... insyaallahhh.

Sunday, March 27, 2011

:: Teringinnya... ::

Sekarang ini di Istana Budaya ada persembahan teater Lat kan. Teringin pula rasanya hendak menonton. Sempat lagi ni kan kalau kenenkan ke en.hubby ajak pergi.

Sejak zaman persekolahan rendah lagi saya dan keluarga sudah mengenali kisah Lat melalui bukunya. Sampai sekarang masih kami simpan.

Ini buku Lat terbitan tahun 1979. Ini cetakan ketiga, manakala cetakan pertama tahun 1977.

Masa di ITM, seorang rakan baik pula telah menghadiahkan saya sebuah lagi buku Lat. Mungkin sebab dia tahu saya memang minat kan... Terima kasih banyak-banyak Ani.


Buku Lat terbitan tahun 1993.


Kalau dapat pergi tonton teater Lat tu, mesti dapat beli koleksi bukunya. Tapi harganya tu.... hmmmm.... en. hubby?



:: Cuti singkat di tanah tinggi (akhir) ::

Selepas selesai segala urusan check-out dari rumah penginapan, kami sekali lagi ke pekan Brinchang untuk makan tengahari. Waktu itu jam sudah hampir menunjukkan 2 petang lebih lebih. Jadi masing-masing perutnya sudah berkeronconglah kan.


Makan tengahari kami di sini, tempat kegemaran en.hubby. En.hubby memang suka makan set nasi ayamnya tu. Kami semua termasuk tok memang ok sahaja... layan sebab perut dah lapar kan.


Lepas makan, kami turun semula ke Tanah Rata. Cadang memang hendak balik ikut jalan Tapah. Waktu ini masih hujan dan suasana sangat berkabus.


Sampai di sini, hujan sudah agak reda. Parkir kereta di tepi jalan sahaja kemudian kesini di seberang jalan.


Sedang galak bergambar tiba-tiba hujan turun semula. Cepat-cepat berlari ke kereta. Sejuk-sejuk ni sedap peluk-peluk...opsss...bukan apa, payung kecil sangat hehehe...


Hujan kembali reda sebaik tiba di sini. Sudah sampai masanya kita melawat ladang teh pula. Masa ni memang sudah agak teruja dan tak sabar hendak tengok daun teh. Kami singgah di ladang teh Bharat terlebih dahulu.


Turun kesini untuk melihat ladang dan daun teh dengan lebih dekat.


Di sini, lerengnya agak curam tambah lagi tanah yang becak akibat hujan. Saya, en.hubby dan maksu sahaja yang turun.


Cantiknya pemandangan.... saujana mata memandang. Subhanallahhhh...

Sudah puas bergambar di bawah, kami naik semula ke cafe untuk menikmati teh tarik. Jenuhlah hendak habiskan air teh tu kan andai dihidangkan dalam cawan bersaiz seperti di atas.

Tiba-tiba sahaja rasa teh tarik yang diminum di CH ini sangat sedap berbanding di kedai mamak. Rasanya sangat ummmppphhh!!!!


Ada kedai teh! Apa tunggu lagi... membeli jugalah jawabnya.


Sekali lagi ada kedai menjual cenderahati. Memang pantang nampak, mesti hendak masuk dan walau macamanapun ada sahaja yang ingin dibeli.


Lepas menikmati teh tarik, kami gerak turun lagi dan jumpa lagi ladang teh Bharat. Ladang tehnya memang sangat luaskan. Harus berhenti.


Lagi indah pemandangannya di sini.


Di sini agak landai kawasannya. Anak-anak pun dapatlah merasa tenggelam dalam ladang teh.


Cak! Aaaa....

Seronok tak? Yey!!! kami seronok.... syukur...


Dari ladang teh Bharat kami turun lagi dan singgah di ladang teh BOH pula. Untuk naik kesini agak mencabar juga ye jalannya. Harus mendaki lagi... dan lagi... dan sampai satu peringkat tu, jalan dua hala sudah menjadi satu jalan sahaja. Maksudnya... yang hendak turun dan yang hendak naik hanya menggunakan satu lane sahaja. Lebih mencabar sebab jalannya yang berliku dan berselekoh. Sampai selekoh sahaja harus bunyikan HON!!! supaya kalau ada kereta di balik selekoh dapat tahu dan beri laluan. Fuhhhh!!! berpeluh walau bukan saya yang memandu hehehe.... dasar orang gayat memang macam ni.


Dalam gayat-gayat (walau duduk dalam kereta), sempat juga merakamkan keindahan di sekeliling. Paling best... makin hampir dengan ladang tehnya kita semakin dapat hidu haruman bauan dauh tehnya. Percayalahhh...


Waktu ini sudah menginjak jam 5.30 petang. Nampak kabus sudah kelihatan di belakang sana.


Kilang memproses teh. Di sini ada juga cafe, tapi waktu kami sampai cafe tersebut sudah pun ditutup.


Apa sahaja di depan mata menjadi objek untuk dirakamkan...


Nyaman sungguh rasa di atas ni.


Ladang teh BOH menjadi lokasi terakhir lawatan kami ke CH. Perjalanan turun masih diiringi hujan gerimis.

Dan... suasana juga semakin dilitupi kabus. Suram dan sunyi... Ada ketika kabusnya sangat tebal hingga menjejaskan pandangan. Owhhh!!! ada hutan lipur rupanya di sini. Tak sejuk ke mandi-manda di sini... grrrrr...
Haruslah singgah sekejap bergambar dengan air terjun. Yang lainnya semuanya tunggu dalam kereta. Semua sudah terlena keletihan dek berjalan sakan seharian. Dari sini kami teruskan perjalanan balik.


Singgah di R&R Tapah untuk solat Maghrib dan makan-makan. Syukur alhamdulillah dapat juga menikmati keindahan Cameron Highland. Walau sangat singkat masanya sekurang-kurangnya saya sudahpun menjijak kaki ke tanah tinggi ini.

:: Cuti singkat di tanah tinggi (2) ::

Selepas sarapan pagi di Tanah Rata, kami terus ke Brinchang dan tempat pertama yang dilawati adalah Taman Rama-Rama. Untuk masuk kesini dikenakan bayaran RM4 dewasa dan RM2 kanak-kanak.


Masuk sahaja ke dalam, anda akan dikeliling oleh berpuluh-puluh ekor rama-rama. Semuanya indah-indah belaka. Di sana, di sini pasti di setiap sudut, di kelopak bunga ada sahaja rama-rama yang menghiasi.


Agak luas juga kawasannya. Banyak pokok-pokok bunga yang cantik-cantik hidup subur. Maklumlahkan di tanah tinggi yang dingin dan sejuk pasti mudah sahaja bunga-bunga berkembang mekar lagi indah.


Tengok tu.... rama-rama ada di mana-mana sahaja. Hati-hati takut terpijak sebab kadang-kadang sambil jalan tengok keliling langsung tak terperasan sang rama-rama di bawah.


Ada juga yang mesra hinggap pada pengunjung. Hinggap di baju, di lengan mahupun di kepala.


Suka betul anak-anak bila dihinggapi sang rama-rama.


Sang rama-rama menghisap madu....?


Oppsss... bukan sahaja ada rama-rama, tapi spesis jenis lain pun ada juga.


Spesis yang ini pun ada. Banyak ekor dan banyak jenis juga. Eeee.... serammm...


Sudah puas bermesra dengan rama-rama, kami gerak pula ke 'Strawberry Park'. Di sini paling seronok sebab dapat petik sendiri buahnya. Si adiklah yang paling suka sebab dia memang suka makan buah strawberry. Untuk memetik sendiri buah perlu bayar dulu RM20 untuk 1kg. Lepas petik baru timbang dan kalau lebih dari 1kg kena bayar untuk yang terlebih itu.


1 kumpulan 3 orang diberi 1 bekas. En.hubby, ibu dan abang satu kumpulan. Tapi en.hubby tugasnya banyak ambil gambar kamilah kannnn...


Adik pula satu kumpulan dengan tok dan maksu.


Adik dan strawberry... Masa petik ni, kami sempat juga makan sebiji dua. Buah ni kalau makan di atas memang agak manis. Kalau sudah di bawa turun, rasanya agak masam.


Puas hati adik dan abang dapat makan buah strawberry segar dari kebun. Memang sedap, tapi ibu memang kurang berminat.

Lepas petik buah strawberry segar, kita makan pula strawberry celup coklat. Sedap juga. Adik memang ulang makan. Satu cucuk untuk dia seorang tu tak cukup.
Sementara tu, sempat juga masuk ke kedai cenderahati. Biasalah kan, kalau bab membeli-belah ni memang tak sahlah kalau tak termasuk dalam aktiviti jalan-jalan ni.
Pantang jumpa kedai cenderahati macam ni, mesti rasa hendak masuk. Mulalah jadi rambang mata. Tengok itu berkenan, tengok ini hendak, pendek kata kalau boleh semua hendak dibeli hehehe...


Destinasi kami yang seterusnya ialah pasar (apa nama entah). Waktu kami sampai di sini, memang susah cari tempat parkir. Masa ni kereta sudah banyak dan pengunjung makin ramai. Maka terpaksalah parkir agak jauh dari pasar. Rasa penat berjalan? Hmmm.... makan angin punya pasal kan, masa tu taklah terasa penat sangat kan, tapi bila dah balik tu hah! barulah rasa lenguh sana-sini.


Di pasar ini, ada dijual bermacam-macam jenis sayuran segar. Pilih sahaja di mana-mana gerai menjual sayur yang anda rasa terbaik. Kedai cenderahati pun banyak juga. Pilih mana yang berkenan sahaja kemudian bayar hehehe...


Banyak juga membeli di pasar ini. Macam-macam ada...


Sempat lagi maksu beli kincham goreng. Kami makan dalam kereta. Sedap juga ye sayur kincham digoreng tepung begini.


Memandangkan waktu sudah menginjak ke tengahari, kami terus balik ke rumah penginapan untuk urusan check-out. Sebelum gerak kami bergambar dengan tuan punya homestay, Hajah Sariah. Terima kasih opah sebab sanggup tunggu kami lewat malam itu. Insyaallah... ada rezeki, umur panjang kita jumpa lagi.

Itu dia... Liliy Homestay. Bayaran menginap di sini untuk satu malam adalah RM200. Rumahnya kira oklah. Tapi usahlah berharap seperti kita tinggal di hotelkan. Rasanya inipun sudah cukup bagus dan lagipun tinggal untuk tidur malam sajakannn... Kalau berminat bolehlah kesini.



Walaupun dalam hujan gerimis, jom kita bergambar dulu di hadapan pintu gerbang masuk ke Kg. Taman Sedia, Cameron Highland.


Destinasi seterusnya... nantikan...