Sunday, March 13, 2011

:: Kampung halamanku... ::

Saat ini sudah berada di kampung halaman. Jumaat malam lagi kami sudah bertolak balik. Biasalah cuti sekolah, mesti balik kampungkan... Cuti CNY hari tu sudah balik KT kali ini balik SP pula.

~ Cuti sekolah = kenduri-kendara ~

Asal cuti sekolah sahaja mesti ada kenduri kahwin, asal kenduri kahwin sahaja mesti cuti sekolah kannnn hehehe... sangat sinonim. Balik kali ini pun macam tulah kisahnya. Ada sahaja jemputan kenduri dari hari Sabtu sampailah Isnin. Tapi Isnin ni memang wajib kena pergi walau sekadar majlis bertunang. Tidak boleh tidak mesti hadir...

Hari ini mungkin tidak pergi kemana-mana. Ada jemputan tapi mak sahaja kot yang pergi. Saudara jauh, tidak berapa kenal sangat. En.hubby pula tidak ada, ada hal kecemasan yang memerlukan pertolongannya. Tidak tahulah dia hendak balik bila, mungkin hari ini. Susah sikitlah hendak bergerak kemana-mana bila tidak ada kereta ni kan. Sebuah kereta sahaja tinggal, macamana hendak sumbat kesemuanya. Duduklah diam-diam di rumah.

No comments: