Tuesday, March 01, 2011

:: Tika dan Waktu ::

Begitu cepat masa berlalu.... sedar dan tidak Mac sudahpun menjenguk. Setakat hari ini, bulan ini, apa yang telah dicapai? Terlaksanakah segala perancangan? Masa tidak akan menunggu...dan diri akan tetap menjadi pemburu. Pemburu waktu.... meski terkadang menemui jalan buntu... waktu itu tetap akan berlalu...

Beginilah kita kan.... sentiasa mengejar waktu. Itu hendak buat, ini hendak dicapai, yang itu hendak digapai, kalau boleh semua hendak kita lakukan. Antara mampu dan tidak sahaja.

Seperti sejak beberapa hari ini, saya sering berharap moga kesihatan anak-anak dalam keadaan baik, kalau boleh sepanjang tahun ia begitu. Namun begitulah hakikat, adakala apa yang kita harapkan tidak terjadi seperti itu. Sudah 2 hari abang diserang demam panas. Ini bermakna 2 hari juga abang tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah. 2 hari juga en.hubby cuti cemas kerana hendak menjaga abang.

Risau? Hati ibu manalah yang tidak risau akan anak-anaknya. Alangkan dalam sihat pun masih risau apatah lagi dalam keadaan tidak sihat begini. Harap-harap esok abang dapatlah pergi sekolah.

2 comments:

khay ke'ai said...

cmna abg arini?

Nurilhami said...

alhamdulillahhh..mksu. Biasalah dia kan, manja sikit