Tuesday, March 08, 2011

:: Kasut tumit tinggi jejas kesihatan ::

Saya baca di akhbar Harian Metro hari ini menyatakan bahawa pemakaian kasut tumit tinggi memberi tekanan pada lutut. Mengikut kajian yang dilakukan Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat, seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya 3sm akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus. Akibat dari itu akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malahan, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki dan juga menyebabkan kesakitan pada punggung. Hmmm... dasyat juga impaknya kannn.

Tetapi bagi wanita yang sememangnya gemar berkasut tumit tinggi masih boleh memakainya namun persatuan tersebut mencadangkan agar memakai kasut yang tumitnya tidak melebihi 2 sm. Tempoh pemakaiannya pula tidak melebihi tiga jam secara berterusan.

Rencana tersebut ada juga menyebutkan bahawa hasil dari satu kajian di London, ia juga boleh menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak. Pemakaian kasut tumit tinggi boleh mnyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian atas tubuh badan.

Mujur jugalah saya bukannya penggemar kasut bertumit tinggi. Yang ada pun tumitnya tak sampai 2sm pun.

Cuma di akhir-akhir perenggan dari rencana tersebut juga ada menyebut tentang kesan pemakaian beg tangan yang boleh menjejaskan kesihatan. Penggunaan beg tangan yang besar dan berat boleh menyebabkan tekanan pada tulang. Ini memang buat saya risau sikit.

Menurut kajian pakar tulang mendapati barangan yang banyak dalam beg tangan akan memberikan tekanan pada tulang bahu sekaligus menyakitkan otot pada satu sisi badan. Tabiat saya memang sukakan beg tangan bersaiz besar dan akan memuatkan segala barang di dalam selagi boleh. Lagi-lagi kalau saya kerja luar. Bukannya apa, senang sikit disumbatkan dalam sebuah beg sahaja. Tapi rupa-rupanya ia tidak boleh diamalkan selalu ye... patutlah kadang-kadang tu ada juga rasa sakit-sakit badan, lenguh sana sini. Mungkin juga sebab tabiat yang kurang betul tu kannn.

Lepas ini haruslah beringat-ingat sentiasa agar kita menjaga kesihatan diri dan tubuh badan. Dalam pada hendak berfesyen, kesihatan diri jangan pula diabaikan.

No comments: