Sunday, March 06, 2011

:: Masak ::

Hari ini bercadang untuk masak nasi minyak. Pagi tadi sudah siap-siap keluarkan segala bahan sambil kemas-kemas rumah, urus kain baju apa yang patut. Tiba-tiba adik Shakir telefon kata hendak datang rumah. Ok, langkah kanan nampaknya Luqman, abah dan mama. Hari ini makngah jamu nasi minyak, gulai ayam air tangan makngah ok.

Oleh kerana saya jenis yang mudah gabra sebab ada orang hendak datang rumah walaupun adik-beradik sendiri, maka mulalah kelam-kelibut hehehe... Kali ini saya bercadang untuk mencuba resepi mak mertua untuk menggulai ayam. Jeng...jeng..jeng... adakah ia menjadi? Kah...kah..kah.... sebelum apa-apa biarlah saya gelak untuk diri sendiri dulu hihihi... Gulai ayam saya sudah menjadi seperti kurma ayam...rasanya pun sebiji macam kurma hahaha.... malu wehh!! Tapi oklah juga sebab masih relevan untuk dimakan bersama dengan nasi minyakkannn... Masakkan juga udang goreng kunyit, acar timun nenas dan juga buah tembikai sebagai pembasuh mulut. Bertambah-tambah juga tetamu saya makan.... alhamdulillahhhh...

Mungkin ada teknik saya yang salah waktu menggulai tu agaknya kan. Insyaallah saya akan cuba lagi dan lagi sampai menjadi.

Oleh kerana resepi gulai ayam mak mertua tu ditulis atas kertas dengan tulisan yang agak susah hendak dibaca (tulisan saya juga tu), maka saya salin semula di sinilah. Senang sikit untuk buat rujukan selepas ini, sebelum kertas tersebut hilang entah kemana akhirnya nanti... Tapi resepi ni main agak-agak sahaja kuantitinya. Main belasah sahaja... itu yang agaknya sampai boleh terjadi kurma tu hehehehe

Gulai Ayam versi Ibu Mertuaku

Bahan-bahan :

Ayam
Rempah cap Bunga Ros (rempah gulai)
Rempah kerutub
Rempah Masak
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Rempah ratus (untuk menumis)
Kerisek
Cili kering (blender)
Santan
Asam keping
Nisan (gula melaka)
Gula
Garam

Cara-cara :

1. Segala jenis bawang dan halia di blender. Kemudian campurkan bersama dengan semua jenis rempah dan gaul bersama ayam. Perap seketika.

2. Tumis rempah ratus dan cili, masak sehingga garing. Kemudian masukkan campuran rempah dan ayam yang telah diperap tadi. Masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan pula kerisek, asam keping (sekeping cukup), nisan, sedikit gula dan juga garam. Tunggu hingga masak untuk beberapa ketika.

4. Akhir sekali masukkan santan pekat. Masak sampai kuah mendidih. Sedia untuk dihidangkan... ecewahhh.

p/s : kesemua 3 jenis rempah tu, mak mertua beli khas dari KT untuk menantunya ini. Gambar menu tiada sebab lupa nak ambil. Kelam-kelibut punya tuan rumah...

No comments: