Saturday, March 05, 2011

:: Gendang-gendut tali kecapi... ::

Kenyang perut suka hati...

Selepas makan nasi beriyani gam, lewat petang tadi saya makan pula laksa Johor yang telah ditapau itu. Wahhh... memang sedap, kena dengan selera.

Sebelum ini laksa Johor sedap pernah saya makan dari air tangan dua orang sahabat; Kak Miah (satu pejabat di jabatan lama saya bekerja dulu) dan Dale (dulu sepejabat di jabatan saya bekerja sekarang, tapi dia sudah bertukar). Laksa Johor air tangan mereka sangat saya suka tapi bukan selalu dapat dirasa. Kalau Dale biasanya masa dia buat rumah terbuka waktu Raya Puasa dan Kak Miah pula sudah bertahun saya tidak berjumpa sejak saya bertukar jabatan.

Lepas ini kalau teringin hendak makan laksa Johor tidaklah saya terigau-igaukan laksa si Kak Miah dan Dale kan... boleh sahaja makan di restoran Anje, Bangi.

No comments: