Sunday, March 27, 2011

:: Cuti singkat di tanah tinggi (akhir) ::

Selepas selesai segala urusan check-out dari rumah penginapan, kami sekali lagi ke pekan Brinchang untuk makan tengahari. Waktu itu jam sudah hampir menunjukkan 2 petang lebih lebih. Jadi masing-masing perutnya sudah berkeronconglah kan.


Makan tengahari kami di sini, tempat kegemaran en.hubby. En.hubby memang suka makan set nasi ayamnya tu. Kami semua termasuk tok memang ok sahaja... layan sebab perut dah lapar kan.


Lepas makan, kami turun semula ke Tanah Rata. Cadang memang hendak balik ikut jalan Tapah. Waktu ini masih hujan dan suasana sangat berkabus.


Sampai di sini, hujan sudah agak reda. Parkir kereta di tepi jalan sahaja kemudian kesini di seberang jalan.


Sedang galak bergambar tiba-tiba hujan turun semula. Cepat-cepat berlari ke kereta. Sejuk-sejuk ni sedap peluk-peluk...opsss...bukan apa, payung kecil sangat hehehe...


Hujan kembali reda sebaik tiba di sini. Sudah sampai masanya kita melawat ladang teh pula. Masa ni memang sudah agak teruja dan tak sabar hendak tengok daun teh. Kami singgah di ladang teh Bharat terlebih dahulu.


Turun kesini untuk melihat ladang dan daun teh dengan lebih dekat.


Di sini, lerengnya agak curam tambah lagi tanah yang becak akibat hujan. Saya, en.hubby dan maksu sahaja yang turun.


Cantiknya pemandangan.... saujana mata memandang. Subhanallahhhh...

Sudah puas bergambar di bawah, kami naik semula ke cafe untuk menikmati teh tarik. Jenuhlah hendak habiskan air teh tu kan andai dihidangkan dalam cawan bersaiz seperti di atas.

Tiba-tiba sahaja rasa teh tarik yang diminum di CH ini sangat sedap berbanding di kedai mamak. Rasanya sangat ummmppphhh!!!!


Ada kedai teh! Apa tunggu lagi... membeli jugalah jawabnya.


Sekali lagi ada kedai menjual cenderahati. Memang pantang nampak, mesti hendak masuk dan walau macamanapun ada sahaja yang ingin dibeli.


Lepas menikmati teh tarik, kami gerak turun lagi dan jumpa lagi ladang teh Bharat. Ladang tehnya memang sangat luaskan. Harus berhenti.


Lagi indah pemandangannya di sini.


Di sini agak landai kawasannya. Anak-anak pun dapatlah merasa tenggelam dalam ladang teh.


Cak! Aaaa....

Seronok tak? Yey!!! kami seronok.... syukur...


Dari ladang teh Bharat kami turun lagi dan singgah di ladang teh BOH pula. Untuk naik kesini agak mencabar juga ye jalannya. Harus mendaki lagi... dan lagi... dan sampai satu peringkat tu, jalan dua hala sudah menjadi satu jalan sahaja. Maksudnya... yang hendak turun dan yang hendak naik hanya menggunakan satu lane sahaja. Lebih mencabar sebab jalannya yang berliku dan berselekoh. Sampai selekoh sahaja harus bunyikan HON!!! supaya kalau ada kereta di balik selekoh dapat tahu dan beri laluan. Fuhhhh!!! berpeluh walau bukan saya yang memandu hehehe.... dasar orang gayat memang macam ni.


Dalam gayat-gayat (walau duduk dalam kereta), sempat juga merakamkan keindahan di sekeliling. Paling best... makin hampir dengan ladang tehnya kita semakin dapat hidu haruman bauan dauh tehnya. Percayalahhh...


Waktu ini sudah menginjak jam 5.30 petang. Nampak kabus sudah kelihatan di belakang sana.


Kilang memproses teh. Di sini ada juga cafe, tapi waktu kami sampai cafe tersebut sudah pun ditutup.


Apa sahaja di depan mata menjadi objek untuk dirakamkan...


Nyaman sungguh rasa di atas ni.


Ladang teh BOH menjadi lokasi terakhir lawatan kami ke CH. Perjalanan turun masih diiringi hujan gerimis.

Dan... suasana juga semakin dilitupi kabus. Suram dan sunyi... Ada ketika kabusnya sangat tebal hingga menjejaskan pandangan. Owhhh!!! ada hutan lipur rupanya di sini. Tak sejuk ke mandi-manda di sini... grrrrr...
Haruslah singgah sekejap bergambar dengan air terjun. Yang lainnya semuanya tunggu dalam kereta. Semua sudah terlena keletihan dek berjalan sakan seharian. Dari sini kami teruskan perjalanan balik.


Singgah di R&R Tapah untuk solat Maghrib dan makan-makan. Syukur alhamdulillah dapat juga menikmati keindahan Cameron Highland. Walau sangat singkat masanya sekurang-kurangnya saya sudahpun menjijak kaki ke tanah tinggi ini.

No comments: