Saturday, February 25, 2012

:: Aduhai le abang ::

Kejadian berlaku petang semalam di sekolah KAFA. En.hubby telefon bagitahu si abang jatuh di sekolah tapi ustaz dah bawa pergi klinik. Hmmm....bawa pergi klinik bermakna macam serius jugalah lukanya kannnn. Hati ibu mana yang tidak tercuit kan andai jadi apa-apa pada anak-anak. Terus rasa darah naik ke muka, dada jadi berdebar-debar. Hati walang dah tak tahu nak fikir apa, hanya mampu berdoa tiada apa-apa yang serius.

Dalam kereta waktu balik, bermulalah sesi soal jawab ibu dan anak. Lukanya di bawah dagu, tidak berjahit tapi diletakkan gam untuk tampal luka terkoyak. 5 hari tidak boleh dibuka dan tidak boleh kena air. Syukurlah tidak teruk sangat. Dekat pipi ada lah luka calar sikit-sikit. Inilah dianya wajah terbaru akibat kejadian semalam itu...


Punca kejadian macamana abang boleh jatuh? Hmmm... ceritanya sebab lantai licin berair akibat hujan lebat. Biasalah budak-budak bukannya hendak ambil kira semua tu, dia jalan main redah sahaja. Sudahnya, dia tak perasankan air kat lantai tu, maka jatuh tergelincirlah sebab licin... Nak dikatakan apa lagi, benda dah jadi dah pun kannnn. Syukurlah tak ada apa-apa.

Wednesday, February 22, 2012

:: Masta Pasta bersama Nik@Masterchef ::

Oleh kerana esok adalah hari gaji maka malam ini bawa anak-anak bersama maksu berjimba makan pasta dengan gumbira hahaha. Lebih istimewa sebab makan pasta hasil air tangan salah seorang peserta Masterchef Malaysia..... yeeehaaaa Nik Michael Imran. Baru beberapa hari lepas sahaja dapat tahu si Nik ada buka stall Masta Pasta di Cyberjaya jadi apa salahnya kita mencuba kannnn... itupun stallnya dibuka pada sebelah malam sahaja ye.

Dia pesan Aglio Oglio.... hmmm oklah rasanya sedap. Mungkin sebenarnya rasanya adalah biasa-biasa sahaja kot tapi sebab Nik Masterchef yang masak maka ia menjadi sangat sedap????

 Maksu pula mencuba pasta carbonara. Maksu kata sedap dan tadi ada juga dia rasa sikit...hmmm sedap juga. Teruja agaknya kami ni.... habis semua yang dia masak jadi sedapppp je hihihi...

 Ini pula meatballs yang dinikmati oleh abang dan adik. Pun mereka kata sedap juga.... haishhhh... habis semua sedap ni kannn...

 Malu-malu tapi mahu.... Si abang memang kenal dengan Nik ni sebab dia pun peminat setia rancangan Masterchef. Bila nampak saja si Nik memang abang rasa teruja habislahhhh. Tak sangka agaknya dia dapat jumpa salah seorang peserta Masterchef Malaysia. Siap kembang hidung tu tahan malu...

Sempat lagi minta autograf tuhhhh.... buat sumber inspirasi konon hihihi...

Memang kopaklahhh dompet ibu untuk makan malam malam ini hahaha.... tapi tidak mengapalah ye sesekali menghiburkan hati-hati mereka yang disayangi, apa salahnya.

:: Akhirnya... ia pergi jua::

Syukur alhamdulillahhhhh..... setelah sebulan lebih masalah ini berlaku dan menjejaskan banyak pihak akhirnya ia selesai jua. Meskipun punca sebenarnya di mana kesilapan itu berlaku tidak dapat dikesan secara nyata, yang pasti ia telah melegakan semua... kami dan juga mereka. Tiada apa yang lebih penting, rakyat didahulukan... pencapaian diutamakan....wahhhh gitu hehehe..

Hati-hati kami berat merasakan bahawa kesilapan berlaku di sebelah pihak yang satu lagi. Namun kami tidak ada bukti. Lagipun siapa yang mudah hendak mengaku salah kan. Tapi ia tetap ada janggal dan kepelikannya di situ. Masalah yang berlangsung hampir hendak masuk 2 bulan tiba-tiba sahaja boleh selesai dalam waktu beberapa minit selepas ianya baru hendak dibawa ke meja perbincangan. Musykil lagi...

Apa yang telah berlaku tetap berlaku dan moga ianya tidak berulang lagi selepas ini. Seandainya perkara sebegini berlaku semula, ya... insyaallah kami tetap akan cuba yang terbaik untuk menghadapinya. Sekurang-kurangnya ada perkara yang kami belajar dari semua yang telah berlaku ini. Satu perkara yang paling penting yang dia rasa adalah ilmu dan kemahiran dalam diri. Kalau ada ilmu, ada skil mungkin kita tidak mudah untuk diperkotak-katikkan oleh mereka yang sentiasa memandang rendah dengan kemampuan kita. Mari kita perbaiki diri, masih banyak ilmu yang perlu digali...

Friday, February 17, 2012

...

Baru balik dari kerja luar. Lega rasanya dapat balik rumah setelah 3 hari meninggalkan anak-anak bersama en.hubby. Bukan tak biasa cuma kali ini rasa lain macam sikit mungkin sebab dah agak lama juga tidak outstation. Pada awalnya memang berperang dengan perasaan jugalah. Tapi, bila difikirkan balik bahawa kerja ini juga adalah tanggungjawab dan amanah maka harus kuatkan diri juga.

Walaupun hanya 3 hari tapi sudah rindu sangat-sangat dengan budak berdua ini. Kesian pun ada sebab selama 3 hari juga mereka tak dapat bawa bekal ke sekolah, lagi-lagi bila ingatkan si adik.


3 hari dia outstation ke Kelantan bersama 2 orang lagi rakan. 3 hari yang agak mencabar dan paling mencabar adalah semalam. Dari pagi semalam kami bekerja sampai ke petang membawa ke malam hinggalah ke awal pagi ini. Langsung tidak tidur sebab cuba selesaikan masalah yang akhirnya tak dapat juga kami temui puncanya. Masing-masing berusaha mencari jalan penyelesaian, menahan kantuk, melawan keletihan, memerah otak sampai pagi....dan akhirnya masih bertemu jalan buntu. Akhir sekali, kami buat keputusan bawa balik server, nanti sambung fikir macamana nak buat. Macamana ye?

Tapi kan.... hasil dari outstation kali ini, ada banyak perkara yang dia belajar. Ada beberapa perkara yang dia tidak tahu sebelum ini, sudah dia dapat jawapannya sepanjang 3 hari ini. Memang dia tidak serik malah dia sangat menghargai segala ilmu yang dia telah peroleh. Berkerja dengan mereka yang sangat dedikasi dan tidak mudah putus asa dan langsung tidak berkira dalam banyak hal memang membuat dia jadi lebih teruja. Pendek kata dia tak serik la.... Moga kami dapat selesaikan juga masalah yang tidak selesai ini..... insyaallahhhhhh

Sunday, February 12, 2012

:: Cuba dulu.. ::

Masih nak cerita pasal makanan. Petang tadi cubaan membuat kentang putar macam KFC punya tu. Resepi dia ambil dari suratkhabar Harian Metro. Kentang putar ni sebenarnya kegemaran si adik, tapi tadi masa dah siap tu dia tak nak makan pula sebab warna sosnya tak sama macam kfc punya. Kesian pula tengok adik dah siap nangis-nangis sedih tak dapat makan... maka dia usaha juga mengubah suai sos tu sampai jadi macamana yang adik nak. 

Dan...akhirnya inilah dia kentang putar kasih sayang ibu hehehe... Bukan adik sahaja yang makan sampai menambah-nambah, si abang pun sama juga. Dah licin dah pun mangkuk kentang dan sosnya. Insyaallahhh lain kali ibu buat lagi ye... 

:: Masak...masak...::

Cuti 2 hari rasa sekejap sangat kan. Esok dah bertemu Isnin kembali. 2 hari ni tidak kemana-mana pun, anak-anak sekolah ganti hari Sabtu. En.hubby pula tak ada, nanti malam baru balik. Sekarang ini mood memasak memang agak memberansangkan walaupun hari-hari biasa tu masak pun yang biasa-biasa dan mudah sahaja.

Hari Sabtu, sambil menunggu tengahari untuk ambil anak-anak dari sekolah... terfikir pula nak masak kari ayam. Dah lama sangat ni tidak menggulai. Maka inilah dia...

 Kenapalah gambar jadi terbalik nih. Kari ayam banyak kentang sebab si adik suka makan.

 Peneman kari; sayur kacang buncis goreng bersama telur.

 Dan juga pembuka selera si adik... ayam goreng semestinya.

Pagi ini bersarapan mee sanggul. Memang menjadi kegemaran anak-anak. Lepas gorengkan mee ni, siap-siapkan bekal semua terus bawa mereka mandi-manda di kolam Pusat Komuniti Cyberjaya. Gembira tak terkata le dua beradik tuh.

Gambar ni pun terbalik juga. Balik dari kolam, dapat ilham nak buat ikan siakap kukus. Kari ayam semalam pun ada lagi. Cukuplah untuk makan tengahari anak-beranak. Gambar di atas yang belum masak. Malas hendak masak sayur, kita campakkan sekali sayur-sayur yang ada untuk dikukus bersama ikan. Tenggelam terus ikan...

Taraaaa...dah siap pun ikan kukus. Sedia untuk dimakan. Sebenarnya inilah pertama kali dia cuba buat ikan kukus ni. Memang resepi main campak-campak sahaja.... tapi sedap (lantaklah puji diri sendiri hihihi). Anak-anak pun suka juga, maka lain kali boleh cuba buat lagi.