Wednesday, February 22, 2012

:: Masta Pasta bersama Nik@Masterchef ::

Oleh kerana esok adalah hari gaji maka malam ini bawa anak-anak bersama maksu berjimba makan pasta dengan gumbira hahaha. Lebih istimewa sebab makan pasta hasil air tangan salah seorang peserta Masterchef Malaysia..... yeeehaaaa Nik Michael Imran. Baru beberapa hari lepas sahaja dapat tahu si Nik ada buka stall Masta Pasta di Cyberjaya jadi apa salahnya kita mencuba kannnn... itupun stallnya dibuka pada sebelah malam sahaja ye.

Dia pesan Aglio Oglio.... hmmm oklah rasanya sedap. Mungkin sebenarnya rasanya adalah biasa-biasa sahaja kot tapi sebab Nik Masterchef yang masak maka ia menjadi sangat sedap????

 Maksu pula mencuba pasta carbonara. Maksu kata sedap dan tadi ada juga dia rasa sikit...hmmm sedap juga. Teruja agaknya kami ni.... habis semua yang dia masak jadi sedapppp je hihihi...

 Ini pula meatballs yang dinikmati oleh abang dan adik. Pun mereka kata sedap juga.... haishhhh... habis semua sedap ni kannn...

 Malu-malu tapi mahu.... Si abang memang kenal dengan Nik ni sebab dia pun peminat setia rancangan Masterchef. Bila nampak saja si Nik memang abang rasa teruja habislahhhh. Tak sangka agaknya dia dapat jumpa salah seorang peserta Masterchef Malaysia. Siap kembang hidung tu tahan malu...

Sempat lagi minta autograf tuhhhh.... buat sumber inspirasi konon hihihi...

Memang kopaklahhh dompet ibu untuk makan malam malam ini hahaha.... tapi tidak mengapalah ye sesekali menghiburkan hati-hati mereka yang disayangi, apa salahnya.

3 comments:

mama ju said...

Terimakasih kerana maklumat. mama pun suka makan luar.
Cyber blah mana? mama tau area HSBC je..

khairanimaisurah said...

sama-sama kasih mama ju hehehe... sharing is caring kannn. camana nk cerita ek tmpt dia tu, saya pun tak berapa pandai sgt. dia dekat area tempat makan baru dekat bangunan domain tu. kat situ apa dia panggil pun tak sure la pula. byk restoran kat situ, stall masta pasta tu dekat restoran charlies sebelah dgn restoran mamak nasmaju.

khairanimaisurah said...
This comment has been removed by the author.