Friday, February 17, 2012

...

Baru balik dari kerja luar. Lega rasanya dapat balik rumah setelah 3 hari meninggalkan anak-anak bersama en.hubby. Bukan tak biasa cuma kali ini rasa lain macam sikit mungkin sebab dah agak lama juga tidak outstation. Pada awalnya memang berperang dengan perasaan jugalah. Tapi, bila difikirkan balik bahawa kerja ini juga adalah tanggungjawab dan amanah maka harus kuatkan diri juga.

Walaupun hanya 3 hari tapi sudah rindu sangat-sangat dengan budak berdua ini. Kesian pun ada sebab selama 3 hari juga mereka tak dapat bawa bekal ke sekolah, lagi-lagi bila ingatkan si adik.


3 hari dia outstation ke Kelantan bersama 2 orang lagi rakan. 3 hari yang agak mencabar dan paling mencabar adalah semalam. Dari pagi semalam kami bekerja sampai ke petang membawa ke malam hinggalah ke awal pagi ini. Langsung tidak tidur sebab cuba selesaikan masalah yang akhirnya tak dapat juga kami temui puncanya. Masing-masing berusaha mencari jalan penyelesaian, menahan kantuk, melawan keletihan, memerah otak sampai pagi....dan akhirnya masih bertemu jalan buntu. Akhir sekali, kami buat keputusan bawa balik server, nanti sambung fikir macamana nak buat. Macamana ye?

Tapi kan.... hasil dari outstation kali ini, ada banyak perkara yang dia belajar. Ada beberapa perkara yang dia tidak tahu sebelum ini, sudah dia dapat jawapannya sepanjang 3 hari ini. Memang dia tidak serik malah dia sangat menghargai segala ilmu yang dia telah peroleh. Berkerja dengan mereka yang sangat dedikasi dan tidak mudah putus asa dan langsung tidak berkira dalam banyak hal memang membuat dia jadi lebih teruja. Pendek kata dia tak serik la.... Moga kami dapat selesaikan juga masalah yang tidak selesai ini..... insyaallahhhhhh

2 comments:

rezeki said...

salam


alhamdulillah

dapat selesaikan juga , kenapa dgn server tu ?

kalau dalam warranty krn berlaku kerosakkan , pi je terus hantar semula ke pengilang

cerita pasal server, lama dah saya tak mengodeknya , semua tecnican yg buat hehehe

Nurilhami said...

salam pak itam. bukan masalah hardware sebenarnya tapi application kat dlm tu. puas godek... uninstall lepas tu install balik pun sampai dah berapa kali masih tak jalan juga. tak tahulah di mana silapnya. keja jaga sistem ni macam nilah pak itam, bila sistem tak jalan memang kena perah otak bagi jalan juga. kalau tidak nanti orang komplen lagi-lagi kalau melibatkan orang awam ni kannn.