Thursday, January 27, 2011

Kesian si abang pagi ni lewat sampai ke sekolah. Tadi masa en.hubby telefon saya dalam jam 7.45... katanya baru saja gerak dari sekolah abang. Masa en.hubby telefon tu dia cakap hari ni anak menangis mengali airmata kesedihan, saya ingat si adik la yang nangis...kotlah rindu kat saya kannnn hihihi... rupanya si abang yang nangis sebab lewat huhuhu... Sebab apa dia lewat? Hah! sebab abahnya yang terlajak tidur sampai terlewat bangun... walhal saya dah kejutkan awal tadi, boleh dia sambung tidur semula....

Sabar jelahhh... abah ohhh abah....

Wednesday, January 26, 2011

Hari Isnin, masa sampai di sini masyaallahhh rasa lambat sangat masa berjalan. Banyak hari lagi nak balik semenanjung. Tapi hari ini, hari Rabu terus rasa cepat sungguh masa berjalan. Esok dah hari Khamis, tak beberapa hari sahaja lagi dah nak balik... best best best...

Hari ini kami pergi Batu Niah. Perjalanan dari Miri ke Batu Niah mengambil masa 1 jam. Awal-awal pagi lepas sarapan terus bertolak. Kami sampai Batu Niah dalam pukul 9.30 macam tu. Wahhhh!!!!terkejut sebenarnya bila tengok tempat kami nak buat kerja tu baru sahaja surut dari banjir. Tiba-tiba rasa kesian sangat... daif betul tempatnya. Lagi-lagi baru lepas dilanda banjir kannn... banyak benda yang kena renovate. Jadi, tak dapat buat kerja di Batu Niah atas kekangan inilah. Kami buat keputusan untuk datang lain kali. Kami tidak berada lama di Batu Niah, lepas tinjau-tinjau tempat tu.... ambil ambil gambar sikit terus bertolak balik ke Miri. Langsung buat kerja di bandar Miri pula.

Di Miri, kerja selesai hampir jam 6.30 petang. Syukur alhamdulillahhhh dapat diselesaikan dengan jayanya. Baru rasa lega, terus nak balik hotel.... perlukan rehat...walaupun hari ini kurang tekanan. Esok, kami ada satu hari untuk jalan-jalan di sini sebelum penerbangan ke Bintulu jam 7.15 petang. Tapi dekat Miri ini apa yang istimewanya ek?

Hari ini dah berapa hari ye saya di Sarawak.....hmmmm sudah 3 hari ye... Hari pertama saya di Sarawak, tali handbag saya sudah putus. Ada tali extra tapi saya lupa bawa. Habis tu camno? Apalagi, dalam penat sibuk cari hotel di Kuching tu terpaksa la mengukur kompleks beli belah pula nak beli beg lain. Kannn... tak pasal-pasal kena beli handbag baru. Agaknya sebab terlampau berat sangat, saya sumbat macam-macam dalam beg tu... ada laptop lah, segala buku, nota, dompet...pendek kata macam-macam ada. Memang terlebih muatanlah kot kannn...

Lepas tu kannn...sepanjang saya dengan yana di sini, rutin makan kami pun dah berubah. Biasanya kalau di pejabat kami makan ikut time...makan pagi, makan tengahari. Tapi lain pula jadinya setiap kali kami kerja luar. Kami akan makan pagi dengan secukupnya... kemudian buat kerja sampai siap. Selagi tak siap memang takkan berhenti pergi makan. Bila sudah siap kerja barulah rasa hendak makan. Biasanya waktu makan tengahari kami dalam jam 4 petang ke atas. Dan itu kira makan tengahari bersekali makan malam kami. Sebabnya lepas tu terus pergi hotel dan berehat sepuas-puasnya. Yang pelik tu kan, perut ni boleh tahan pula tu. Tapi masa dapat makan tu memang kami makan dengan sesungguh hati lah.... ibarat orang dah kebulur tak makan beberapa hari....hihihi...

Hmmm...mata dah mengantuk sangat dah ni... tengok yana pun dah tidur berselimut mimpi dah tu (agaknya lahhh). Moga hari esok adalah hari yang indah untuk semua.... esok hari Khamis, lusa Jumaat, tulat Sabtu...kemudian Ahad...datang pula Isnin...yey!!! 4 hari lagi nak balik!!!

Tuesday, January 25, 2011

Hari ini masuk hari kedua saya berada di Sarawak. Semalam saya di Kuching, hari ini sudah berada di Miri. Letih betul rasanya, macam terkejar-kejar.

Penerbangan awal pagi semalam ke Kuching, kemudian terus ambil teksi menuju ke Sri Aman. Perjalanan mengambil masa 2 jam 45 minit. Sepanjang perjalanan, tidur sahaja. Selesai kerja di Sri Aman, terus gerak balik bermalam di Kuching. Tambang teksi dua hala, sangat melelahkan jiwa raga dan dompet huhuhu.... kesemuanya rm400. Nangis... nangis...namun apa boleh buat... itupun pemandu teksi tu cakap, ini sudah kira murah tuk... dia bagi harga istimewa...hua hua hua... wallahua'lammm

Sampai bandar Kuching, hari sudah gelap. Badan letih tak boleh hendak cakap lagi tapi harus gagah cari hotel dulu. Mula-mula tuju Hilton.... mak aihhh penuh sudah... ambil teksi lain pula cari hotel lain. Bayar teksi lagi rm10. Mujur ada bilik... maka beradulah di hotel Grand Margherita hanya untuk satu malam sahaja. Tapi hotelnya boleh tahan juga... best dan cantik...

Awal-awal pagi dah bangun. Selepas sarapan di hotel, terus gerak ke Kota Samarahan. Tambang teksi, rm30. Syukur alhamdulillah kerja di Kota Samarahan selesai dalam jam 2.30 petang. Terus pula gerak ke lapangan terbang untuk ke Miri jam 4.30 petang.

Maka sekarang ini tengah berehat-rehat kat hotel...Imperial Miri. Esok pagi baru mula kerja pula.... di mana pula ya? hmmmmm....esoklah cerita... Saya akan berada di Miri 2 malam.

Sepanjang minggu ni sampai hari Isnin depan, tinggallah anak-anak dengan abahnya di rumah. Harap-harap semuanya ok. Baru kejap tadi telefon.... terubat sikit rindu dapat dengar suara tiga beranak tu.

Wednesday, January 19, 2011

Penyakit bermusim sudah datang balik. Minggu ini saya telah diserang oleh penyakit ini. Saya kata bermusim sebab bukan selalu ia datang menyerang malah jarang sangat-sangat. Akan tetapi, sekali ia menyerang, habis semua perkara jadi tergendala. Masalahnya, sasarannya adalah saya seorang sahaja. Itupun sebab saya yang cari penyakit hihihihi...

Rasa-rasa sudah bertahun juga tidak diserang ni, tiba-tiba sahaja awal tahun ini zzzaaasss!!! Hmmm...apakehalnya dengan saya ni kannn... Inilah masalah saya sebenarnya, dalam hidup saya ada dua perkara yang akan buat saya terabaikan segala perkara-perkara yang lain yang kurang penting. Terabai di sini bukannya bermakna saya langsung tidak ambil kisah perihal urusan rumahtangga ke, anak-anak mahupun suami ataupun soal kerja. Saya pasang strategilah untuk selesaikan dulu segala urusan kemudian terus beri tumpuan dan fokus kepada perkara yang lebih penting buat saya ketika itu.

Jadi apakah 2 perkara itu? Satunya kalau saya mula membaca novel yang benar-benar buat saya melekat sampai tak boleh buat benda lain dah. Saya sanggup berjaga sampai ke pagi semata-mata hendak mengetahui kesudahan kisah. Masa saya sedang khusyuk membaca, janganlah sesiapa hendak mengganggu ke, hendak ajak kemana-mana ke, atau hendakkan apa-apa. Cumanya sejak ada anak-anak ni, nak kena tengok keadaan jugalah kannnn...

Yang keduanya.... haaaa inilah ni yang sedang menyerang saya waktu ini. Suka tengok drama korea bersiri. Yang ini, kalau kena dengan ceritanya, dengan pelakonnya perrrgggghhh memang susah hendak tinggal. Cuma sekarang ni, dah tak ada drama korea yang best di tv. Jadi, macamana boleh diserang penyakit ni pula kannn... Hmmm alkisahnya hujung minggu lalu kami anak-beranak ada aktiviti jalan jalan cari cd movie. Kami berkunjung ke sebuah kedai, maka masing-masing meninjau-ninjaulah filem-filem kegemaran masing-masing. Masa ini mula terfikir hendak cari satu drama korea berjudul Oh My Lady. Tanya si penjual, ok dia kata ada. Lepas tu saya ronda-ronda lagi dalam kedai nampak satu drama korea ni, macam best sahaja. Tengok pula pelakonnya....wahhh ini hero yang saya minat ni. Apalagi terus kenen-kenen dengan en.hubby hendak tambah belian....hehehe... mujurlah direstui. Maka bermula dari hari Ahad, pantang ada masa lapang sahaja memang mengadap laptop sahajalah. Memang sakit. Ceritanya memang sedap lazat lagi berkhasiat.... ehhh ye ke berkhasiat?

En.hubby siap geleng-geleng kepala setiap kali tengok saya yang dengan penuh perasaannya asyik-masyuk menonton. Penyakit betullah kannn...susah hendak kawal. Penyakit bertambah tenat kan bila saya jadi tak sabar hendak tahu kesudahan cerita. Iyelah drama bersiri ni memang banyak episodkan, kalau hendak faham kena tengok satu persatu lah. Tapi oleh kerana saya sudah tidak dapat mengawal rasa keterujaan untuk mengetahui pengakhirannya maka lepas beberapa episod, terus saya lompat tengok episod akhir hahaha.... Sekarang ni baru rasa lega sikit. Sudah hilang rasa berdebar, suspen semua bagai. Lupa pula hendak bagitahu tajuk drama tu, IRIS.

Drama Oh My Lady yang saya cari sangat tu memang tak tengok pun lagi. Sebabnya tarikan IRIS lebih kuat huhuhu...sebab apa tau? sebab heronya hahaha...Sakit...sakit... tapi dah kebah sikit dah ni.

Tuesday, January 18, 2011

Semalam saya berbual dengan anak-anak sebelum tidur. Saya beritahu anak-anak perihal saya yang perlu kerja luar minggu hadapan ; " abang, adik, minggu depan ibu kena pergi kerja jauh tau". Kedua-duanya terus terkejut..."hah! kenapa?"( owhhh bukan mereka nak tanya di mana tapi kenapa). "Hmmm...sebab bos ibu suruh pergi kerja jauh la, kat Sarawak. Tujuh hari tau." Hah! sekali lagi mereka terkejut. Dalam hati saya rasa sangat terharu campur sedih. Macam tak sampai hati mendengar keluhan mereka. "Alaaa... ibu, kenapa kena kerja jauh sampai tujuh hari. Lama sangat la..." Itu antara keluhan si adik. Kemudian abang pula mencelah. " Kenapa ibu kena pergi Sarawak. Kenapa tak buat kerja ibu tu kat sini saja? Ibu kena lukis bandar Sarawak ke? (eh! tiba-tiba pula dia....hahaha merapu apa entah)" . "Nak buat macamana. Ibu kena pergi juga. Nanti bos ibu marah." Saya sedang memahamkan mereka kerana masing-masing sudah mula merajuk. Adik waktu itu sudah mula macam hendak menangis. " Ok, nanti ibu balik, ibu beli coklat nak?" Saya cuba berkompromi, sebab tak mahu mereka terus susah hati walhal perkara itu belum pasti lagi (tapi mungkin jadi juga). Saja nak test market hehehe... "tapi kalau nak ibu beli coklat, adik tak boleh buat sepah-sepah kat rumah tau!" (nak pujuk pun kena letak syarat juga). Masa ni, anak-anak sudah nampak boleh terima kenyataan hihihi.... sudah calm down... Terus saya tepuk-tepuk suruh tidur...

Sebenarnya saya pun susah hati bila perlu meninggalkan mereka berhari-hari. Sudah lama saya tidak buat kerja luar. Tetapi bila difikirkan semula, saya tidak berlaku adil seandainya saya terus membiarkan team member saya yang lain sahaja yang asyik keluar. Mereka pun ada keluarga, ada anak isteri untuk diberi perhatian. Susah sebenarnyakan bila berada dalam situasi begini. Sesekali kita juga harus berkorban untuk orang lain juga. Mujurlah saya mempunyai seorang suami yang sangat-sangat memahami. Kepadanyalah saya meletakkan sepenuh kepercayaan dan dia juga percayakan saya. Itulah kekuatan kami sejak dulu... saling percaya.

Kenapalah agaknya saya sangat beremosi ya kali ini? Faktor usiakah?

Sunday, January 16, 2011

:: Ada apa dengan Interlok ::

Tiba-tiba sahaja novel Interlok ini menjadi popular. Novel karya SN Abdullah Hussain ini menjadi kontroversi dan diperkatakan di mana-mana sahaja. Kononnya ada kandungan dalam novel ini yang menyentuh sensitiviti sesetengah kaum. Jadi kononnya sebab itu juga tidak sesuai untuk dijadikan rujukan kepada pelajar sekolah. Sehingga ada segelintir pihak yang sanggup membakarnya pula.

Saya di sini sebenarnya bukanlah hendak mengulas perihal cerita novel itu sendiri. Saya sendiri tidak pernah membaca karya tersebut. Tetapi saya juga kini mungkin tergolong dalam golongan yang sedang mencari novel tersebut untuk dibaca. Saya percaya, pasti ada yang tercari-cari novel tersebut walaupun sebelum ini tidak pernah minat hendak menelek sebarang karya sastera. Tapi sebab ia sudah menjadi begitu popular sekarang maka pasti ada yang tercari-cari.

Saya akui hanya membaca sebuah sahaja karya SN Abdullah Hussain iaitu IMAM. Novel itu saya beli tahun 1999 dan sejak itu telah berulang kali saya membaca novel tersebut sehingga kini tidak pernah jemu. Nampaknya saya memang suka dengan penulisan beliau. Jadi satu peluang buat saya juga untuk memiliki karya beliau yang lainnya selepas ini. Sebelum ini tidak pula saya berusaha untuk mencari karya beliau yang lain selain dari IMAM.

Dalam pada saya mencari-cari di mana boleh saya dapatkan novel Interlok ini, tiba-tiba jenguk ke blog penulis Nisah Haron... saya jumpa apa yang saya cari. Hasil info dari blog Nisah Haron ini, saya terus berkunjung kesini untuk membuat pesanan. Mungkin minggu hadapan baru dapat saya miliki novel tersebut. Saya membaca bukan untuk apa-apa, bukan juga untuk sesiapa tetapi untuk diri sendiri... untuk menambah rencah dalam hidup. Saya membaca untuk mencambahkan ilmu dalam diri. Dan yang paling penting kerana saya suka, saya minat. Titik.

Saturday, January 15, 2011

:: Bertenang ::

Pasti rasa terkejutkan seandainya kita dihadapkan dengan sesuatu yang tidak pernah kita sangka. Kita tentunya terkesima bila melihat perkara yang kita harapkan terjadi, sebaliknya pula yang berlaku. Kita mengharapkan sesuatu yang positif tetapi apa yang kita dapat adalah hasil yang negatif.

Sebagai manusia biasa, apabila semua ini terjadi kepada diri kita sudah tentu ada rasa kecewa, sedih, pedih. Adakala rasa hendak marah pun ada juga kannnn. Kemungkinan juga bila terhimpun semua rasa itu, kita terus jadi manusia yang berputus asa, lemah semangat langsung tidak mahu berbuat apa-apa. Dan akhirnya yang rugi, adalah diri kita sendiri juga.

Semalam, saya melalui semua itu. Saya rasa semua rasa itu. Saya rasa kecewa, rasa pedih, rasa sakit hati.... semuanya saya rasa. Saya menangis, tapi saya tidak mampu meluahkan. Namun bila difikirkan semula, saya sebenarnya harus bertenang. Harus menerima dengan rasa yang terbuka. Saya harus fikir disebaliknya... Yang sebenarnya jalan terbaik adalah bermuhasabah diri semula. Bukan mencari salah silap orang lain. Lebih baik menelek diri sendiri yang pasti ada banyak kekurangannya ini.

Ya... itu yang lebih baik.

Thursday, January 13, 2011

:: Jalan-jalan cari buku ::

Hujung minggu lepas, lebih tepat lagi hari Ahad... waktu itu sudah hampir tengahari. Oleh kerana tidak tahu hendak kemana-mana tapi kami masih hendak keluar juga maka kami sekeluarga bersiap-siap. Anak-anak pun siaplah sibuk bertanya... "kita nak pergi mana ni ibu?"... Saya hanya menjawab dengan senyuman... kononnya hendak buat kejutanlah hahaha... walhal abah dan ibu ni, belum tahu juga hendak menuju kemana.

Tapi dalam hati saya ni, memang macam nak mengusulkan cadangan supaya kita ke kedai buku sahaja. Cuma tidak terluahkan. En. hubby pula asyik menyebut perihal filem apa yang menarik di panggung sekarang ini. Nampak macam hendak mengajak tonton wayang sahaja, tapi kemudian lekas-lekas saya cut. Belum ada rasa hendak menonton... yelah dalam hati kan sudah pasang niat hendak ke tempat lain (namun masih tak terluahkan hajat tu). Tup...tup... en.hubby kata..."kita pergi kedai buku nak?".... wah!!! memang ada kimia lah...saya terus jawab "ok!". En.hubby sambung lagi, "kita pergi Kinokinuya nak?.... Wah!!! sekali lagi... "orait juga tu. dah bertahun kita tak kesana kannn"... Maka program jalan-jalan cari buku (JJCB)di onkan.... dan lokasi episod kali ini adalah Kinokinuya KLCC.....yahuuuu!!!

Seingat saya, memang sudah bertahun rasanya tidak berkunjung nun ke KLCC. Semangat berkobar-kobar hendak bertemu rakan-rakan jauh ini tau. Walau saya sudah sedia maklum harga buku-buku di sini sedikit lebih mahal tapi ia masih menjadi tarikan kerana ada banyak pilihan. Sampai KLCC, parkir kereta di dalam bangunan, terus berjalan menuju ke destinasi pilihan. Hidangan apa agaknya bakal saya temui setelah beberapa tahun... dup dap dup dap....
Ok...sudah nampak...sudah nampak... mari kita masuk.... tunggu apa lagi.... Pertama sekali masuk, terus nampak bahagian buku kanak-kanak. Secara automatik anak-anak tenggelam dalam pengembaraan mereka mencari buku. En. hubby pula terus ke bahagian pilihannya. Dan... saya? Bagaimana dengan pilihan saya? Saya tiada pilihan. Bersabar menemani anak-anak menjengah buku kegemaran masing-masing. Hampir sejam mereka di situ tau. Bila sudah berjaya memilih yang mana berkenan di hati.... zassss!!! terus saya tarik mereka ke rak pilihan saya pula hahaha.... sudah tidak dapat menahan lagi.

Hahhhh!!! saya rambang mata.... Mana satu pilihan hati? Kalau boleh hendak pilih semua. Tapi isi dalam dompet kurang mengizinkan. Nafsu perlu dikawal... takut tersasar di jalanmu...huhuhu... Pegang satu, di telek... di belek... tengok depan... tengok belakang.... hmmm...letak balik. Pegang yang lain pula. Ulang rutin yang sama. Pilih pula yang lagi satu... inipun rasa hendak juga. Arggghhhh!!! susahnya hendak buat pilihan. Tidaklah mengambil masa yang lama walau hakikatnya begitu sukar untuk memilih... hanya 30 minit lebih. Hampir 2 jam, penuh satu bakul....zaassss!!! pula ke kaunter bayaran....bulpp!!! RM***.**.... En.hubby kata, dia tidak kisah kalau berhabis beli buku.... sebab apa yang kita peroleh dari buku adalah lebih bernilai malah mungkin tak ternila harganya.... Jadi en.hubby yang bayar untuk program JJCB kita kali ini hehehe...

Ini hasil pilihan JJCB Kinokinuya KLCC. Buku anak-anak tidak sempat difotokan. Masing-masing sudah mengulit dengan buku sejak dalam kereta masa perjalanan balik, sampai rumah masih lagi berkepit dengan buku. Cukuplah hasil kali ini untuk bulan Januari 2011. Oh ya... tidak dilupa, buku yang paling atas dalam gambar adalah untuk si kecil Luqman Afif. Sabar ye Luqkman.


Lepas ini simpan pula untuk program JJCB di Pesta Buku Antarabangsa nanti... bulan berapa ye? Atau mungkin ada JJCB kecil-kecilan bulan hadapan pula tidak dijamin hihihi...

p/s : seronok tengok anak-anak pun teruja bila kita cakap hendak pergi kedai buku. wahai anak-anakku, biar cinta itu tumbuh, terus subur, terus bercambah lalu kekal mekar dalam diri untuk selamanya.

:: Tumpang gembira ::

Nampaknya projek rumah yang en.hubby beli yang sudah bertahun terbengkalai itu telah Berjaya disambung semula. Setelah hampir beberapa tahun para pembeli memperjuangkan hak mereka untuk menggerakkan projek agar rumah-rumah mereka disiapkan akhirnya telah membuahkan hasil.

Kalau diikutkan rumah yang dibeli itu dapat didiami pada tahun 2004 macam tu. Kalau tidak silap sayalah kan. Tapi seperti yang sudah dimaklumkan, sampai masanya… rumah tu tak siap siap juga. Semua pembeli memang rasa kecewa teramat sangat termasuklah saya dan en.hubby. Lagilah yang buat pinjaman dengan bank kann… bayaran interest sahaja bukannya sedikit. Memang sakit, bulan-bulan kena bayar dengan bank, sudah tu hendak sewa rumah yang sedang didiami lagi kannn… rumah sendiri yang beli tu tak nampak bayang waima dinding sekalipun. Alkisahnya saya dan en.hubby tercampak ke daerah Puchong ni pun sebab beli rumah dekat kawasan sini juga. Memang berangan, kalau rumah dah siap senang hendak pindah-memindah. Tambahan pula masa tu saya telah bertukar pejabat ke Putrajaya. Senang… pejabat dekat sikit, tinggal en.hubby saja masa tu kena berulang-alik setiap hari Puchong-KL-Puchong. Lama-kelamaan, tengok rumah yang dibeli masih tidak ada tanda-tanda siap, ditambah dengan kos sewa rumah makin menaik, terus buat keputusan beli rumah lain. Kebetulanlah ada yang hendak jual rumah dengan harga yang agak murah. Ehhh! Sudah melalut pula, tadi hendak cerita rumah en.hubby yang terbengkalai tu kannn…

Ok berbalik pada cerita rumah tidak siap tadi tu. Ada 3 fasa rumah yang tidak Berjaya disiapkan mengikut jadual dan beberapa tahun kemudian telah diisytiharkan terbengkalai. Fasa-fasa terbabit adalah Fasa 1D, Fasa 1F dan Fasa1G (rumah en.hubby termasuk). Beberapa tahun lepas sekumpulan beberapa orang pembeli telah Berjaya mengumpulkan hampir separuh pembeli-pembeli rumah terbengkalai ini untuk ikut berjuang mendapatkan hak masing-masing. Memang tabik springlah pada mereka yang tidak jemu-jemu berusaha dengan bermacam cara supaya semua pembeli akan dapat memiliki rumah masing-masing. Melalui en.hubby , saya dapat tahu, macam-macam yang mereka buat. Jumpa orang itu, jumpa orang ini. Naik turun Kementerian Perumahan pun ada juga. Sampai masuk mahkamah juga rasanya. Akhirnya….

Usaha mereka yang tidak pernah berkira itu membuahkan hasil. Semua pembeli sudah boleh tidur lena agaknya. Difahamkan, Fasa 1D sudah siap dan akan dilancarkan pada hujung bulan ini. Fasa 1F pula, kalau tidak Mac, bulan April 2011. Dan akhir sekali, Fasa 1G dijangka siap pada November tahun ini. Syukur alhamdulillahhh….

Kalau hendak ditanya perasaan waktu ini, memang tak boleh nak ucaplahkannn. En.hubby tu hah! Lagilah sebab itu rumah dia kannn. Biarlah tidak besar manapun tapi sebab itu rumah yang kita beli dengan duit gaji sendiri maka sudah tentulah ia sangat bermakna. Bertahun menunggu dengan rasa kecewa, rasa perit, namun dengan usaha segelintir pihak harapan kembali berbunga. Bersyukur sangat sangat.

Wednesday, January 12, 2011

:: Berdansa ikut gerak tari ::

Fuuhhhh!!! Leganya dapat berpeluh semalam. Tidak bersenam, tidak juga berbola jaring mahupun futsal. Kami mengatur langkah, menyusun gerak tari mengikut irama. Bukan Poco-poco mahupun Jaihoo... Tidak juga Sehati Berdansa malah bukannya Mari Menari. Tapi mari kita berkenalan pula dengan Line Dance... yeehaaa!!!

Mulanya saya macam malas ikut, tapi ada yang asyiklah dok memujuk. Lagipun, Line Dance ini hanya sekali seminggu sahaja. Fikir-fikir balik, oklah juga untuk memanaskan badan, keluarkan peluh, jaga stamina sikit.

Saya mengaku bahawa saya memang jakun sebab tak tahu langsung apakebenda alah Line Dance ni ye. Semalam untuk kelas yang pertama ini, ok barulah kenal sikit-sikit. Gerak tari yang berbeza mengikut lagu dan setiap langkah gerak tari dilakukan membentuk satu wall dan diulang sehingga tamat lagu. Kemudian langkah tari berbeza untuk lagu yang seterusnya. Saya tak pasti pula berapa lagu kesemuanya tapi semalam baru belajar langkah untuk 2 buah lagu sahaja. Itupun sudah sangat mengelirukan dan agak kelam-kelibut saja. Hahahaha... biasalahkan baru pertama kali. Yang penting ia adalah sihat untuk tubuh badan kita juga. Jadi, marilah berusaha dengan Line Dance hihihihi... Seminggu sekali setiap hari Selasa jam 8.30 malam di MPC taman rumah saya yeehaaa!!!

Lepas dah berpeluh dengan Line Dance, kita langsung berpecah-peluh dengan teh tarik dan roti canai di kedai mamak Baraketh pula keh keh keh... Sudah kenyang, balik rumah tidur...hihihi hodoh betul perangai.

Monday, January 10, 2011

:: Malam Itu ::

Sekali lagi di kedinginan malam, aku termangu sendirian. Aku masih dalam pencarian ini, mencari Cinta Sempurna. Masih adakah rasa cinta itu? Akan sempurnakah ia? Setelah sekian lama aku Hanyut dalam perjalanan Mencari Konklusi yang aku sendiri meragui. Aku tetap di sini. Aku sudah penat untuk Berlari. Yang aku cari masih jua belum kutemui. Sampai bila agaknya aku akan terus begini. Tanpa Pelita untuk menyuluhi perjalanan ku ini pasti pencarian akan gagal lagi. Aku perlukan sesuatu yang bersifat Extravaganza. Atau aku cari saja Sofea Jane untuk jadi mentorku? Drama King apa yang sedang aku karutkan ini… semakin melalut jadinya. Pilihanku semakin tersasar nampaknya meski masih ada sisa Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Beginikah akan tercatat Noktah Cintaku buatmu. Tidakkk!!! Aku bukan Jahat!!! Dulu… Ku Ada
Kamu…. tapi kini? Tolong… Tolong Ingatkan Aku….aku makin alpa…

Selamat Malam sayang…… argghhhh!!! Patutlah mata ini seakan mahu terpejam sahaja…

Tapi aku masih tidak puas hati… Kenapa Ana Raffali???

Thursday, January 06, 2011

:: Pen Yang Sombong ::

Ibu masukkan hasil karya abang malam tadi di sini ya... Ianya terhasil dari perasaan bosan si abang dek kerana tidak tahu nak buat apa lagi. Mungkin tadi abang tidak ada rasa nak main apa jua mainan, tidak ada rasa nak membaca mahupun menonton tv. Lagi pun waktu itu sudah jam 8 malam lebih jadi itu adalah masa untuk ibu menonton buletin utama. Abang juga tidak dapat menggunakan laptop sebab ibu nak guna (tamak betul ibu ni kannn). Maka abang ambil sekeping kertas dan sebatang pensil milik si adik lalu abang pun mula menulis kisah ini hehehe...
Abang lipat dua kertas A4. Gambar di atas kononnya kulit depan dengan tajuk dan ilustrasinya sekali.

Ini di bahagian dalam, ceritanya (saya taip semula, sebab kurang jelas tulisan dalam gambar di atas)

Pada suatu hari, ada sebatang pen yang sombong. Nama dia ialah Marker. Tiba-tiba, Marker memberitahu kawan-kawannya..."pagi esok kita berlawan sumo." Pada keesokkan hari, Marker pun bangun daripada katil. Dan selepas itu perlawanan sumo pun bermula. Sekarang Marker berlawan dengan Kartik. Dan selepas itu, mereka menolak bersama. Dan selepas itu, Marker pun kalah dan menyesal. Marker minta maaf pada Kartik dan kawan-kawannya. Tamat.

Kisahnya tidaklah panjang mana pun. Masih banyak kelemahan di sana dan di sini antaranya penggunaan penjodoh bilangan dan juga perkataan yang kurang sesuai. Malahan jalan ceritanya pun macam tak sampai maksud dengan tajuk pun kann tapi saya suka dengan semangat mencubanya itu hik hik hik... abang... abang...

:: Aktiviti penutup 2010 ::

Betul-betul dihujung tahun, saya menyertai kursus Team Building anjuran jabatan saya. Kursus yang telah diadakan di Impiana Resort, Cherating ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 29 Disember 2010. Sesi team building ini adalah sesi terakhir yang mana 2 sesi lagi telah berjaya dilangsungkan pada pertengahan Disember lalu.

Tapikannn ada juga yang pelik bila saya bagitahu pasal kursus team building ini. Ada yang semacam terkejut..." team building hujung-hujung tahun ni? Apahallah buat kursus hujung tahun." Hmmm... saya lagi peliklah bila ada orang cakap macam tu kan. Tidak ada salahnya pun kan menyertai kursus pada bila-bila masa pun waima di penghujung tahun, lagi-lagi kursus team building macam ini. Anda tahu apa objektifnya Team Building? Bukankah ia untuk meningkatkan semangat jati diri dan kerja berpasukan? Tapi...yelah, lain orang lain pulalah pendapatnya. Yang penting, impak yang saya peroleh dari kursus ini sangatlah banyak. Banyak perkara yang mula menyedarkan, banyak sikap negatif yang harus diubah menjadi positif, ramai kakitangan yang sebelum ini tidak saya kenal dapat saya kenal lebih dekat... pendek kata banyak benda baru yang saya belajar dan segarkan semula perkara-perkara lama yang selama ini telah diabaikan.

Pengisian kursus selama 3 hari adalah sangat santai namun berkesan. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan sepanjang program peserta harus bekerja secara berkumpulan. Apa sahaja aktiviti mesti bergerak dan berjalan bersama kumpulan. Masa inilah masing-masing berjuang untuk menaikkan nama kumpulan sebab di setiap penghujung aktiviti ada markah yang diberikan kepada setiap kumpulan dan diakhir program akan diumumkan kumpulan yang berjaya menduduki tempat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Haruslah setiap peserta lebih bersemangatkann. Setiap aktiviti juga walaupun nampak mudah dan ada sesetangahnya adalah permainan waktu zaman kanak-kanak dahulu namun ada pengajaran untuk kita fikir dan sematkan dalam diri.





Nahhh...sekarang dapat rasakan selepas balik dari team building terus jiwa jadi lebih bersemangat untuk menempuh tahun baru. Rasa bersemangat untuk merancang dan memulakan segalanya di awal tahun. Jiwa rasa lebih segar, hati rasa lebih tenang, semangat diri semakin berkobar-kobar walaupun kesan fizikal yang saya dapat adalah sebaliknya hahahaha... tapi semua itu boleh saja diharungi.... sakit-sakit badan, pening kepala, kadang-kadang rasa macam nak demam pun ada... biasalahkannn. Satu kesan yang sangat baik bukannn? Harap-harap semangat ini semakin kental dan kekal hingga penghujung juga...







p/s : sumber gambar adalah dari facebook salah seorang fasilitator yang mengendalikan program. Terima kasih en. Sazali.

Wednesday, January 05, 2011

:: 6 thn vs 35 thn ::

Semalam masa makan malam, kami anak-beranak rancaklah berbual. Macam-macam ceritalah yang kami bualkan. Tiba-tiba saya teringat kejadian malam kelmarin sewaktu melihat si adik menulis nama dan kelasnya pada sebuah buku latihan.

Namanya...ok sudah betul. Tiba waktu hendak tulis nama kelas adik tulis begini 6 Mawa. Sebenarnya di tadika adik ditempatkan di kelas 6 Mawar. Jadi saya pun betulkanlah ejaan Mawanya dengan tambah huruf r di hujung. Waktu itu adik tidak banyak soal, dia menurut sahaja, jadi saya ingat dia fahamlah.

Semalam saya ceritakanlah akan hal itu pada en.hubby. Si abah ni memang sudah mula tersenyumlah kemudian gelak sikit-sikit. Tiba-tiba adik cakap, " memanglah adik kelas 6 Mawa. Ibu, mawa tu tak payah tambah r. Adikkan sebut mawa, eja dia pun samala m..a..w..a. Mana ada r."
Owhhh!!! Ibu sangat terkejut ya waktu itu. "hmmm...adik, mawa yang adik sebut tu memanglah betul, tapi eja dia bukan m..a..w..a. Ejaan dia m..a..w..a..r cuma sebutan dia mawa." Adik balas balik, "taklah ibu, kalau m..a..w..a..r, kena sebut mawar (sebutan r ditekankan). Tapi cikgu adik sebut mawa." Hampir 5 minit anak-beranak dok berlawan perihal mawar itu ya.... sampailah adik sudah tarik muka masam. Wahhh... ibu terpaksa mengalah. Nampaknya adik macam keliru antara ejaan dan sebutan. Untuk menjernihkan keadaan, abah pun cakap dengan adik, esok kita tengok dekat depan pintu kelas adik macamana ejaan yang betul. Hahahaha....cik adik tu dah sentap.

Maka, petang nanti kita tunggulah keputusannya ya....hik hik hik...

Monday, January 03, 2011

:: Tahun Baru ; Orang Baru ::

Ahli keluarga Allahyarham Hj Darus dan Allahyarhamah Hajah Sopiah telah bertambah pada penghujung tahun 2010... Tanggal 31 Disember lahirlah seorang putra yang diberi nama Muhammad Hariz bin Amir... beliau adalah cicit yang ke berapa entah.... penyambung waris Hj Darus dan Hajah Sopiah.

Muhammad Hariz adalah anak sepupu saya... Ijah. Alhamdulillahhhh...Ijah dah dapat sepasang cahayamata. Dilahirkan pada jam 8.50 malam dengan berat 3.53 kg.

Inilah dia si permata hati kita yang baru khas buat tatapan tok saudara, mak-mak saudara sepupu sepapat hehehe...


:: Ayuh kembali ke sekolah! ::

Hari ini bermulalah musim persekolahan musim baru ya! Tiada lagi rutin luar biasa seperti sebulan lebih yang lalu... yang masih boleh bersenang-lenang di pagi hari, tidak perlu terkejar-kejarkan dek masa. Rutin yang biasa telah kembali.

Seluruh isi rumah harus bangun di awal pagi. Pakaian yang harus digosok juga kembali bertambah. Namun, pagi ini sahaja keadaan sudah menjadi kelam-kabut. Masih gagal mengadjust masa. Nasib baik anak-anak masih dalam mood bersemangat untuk kembali ke sekolah maka semuanya masih tenang dan terkawal.

Semoga tahun ini membawa semangat waja untuk berjaya di hati semua...ibu, abah, abang dan juga adik. Tahun ini harus lebih usaha dan perhatian untuk pelajaran anak-anak. Mungkin harus lebih tegas demi kejayaan mereka. Tiada istilah masih terlalu awal, takut nanti segala-galanya sudah terlalu lewat. Usaha harus bermula dari awal kannn...

Untuk en.hubby, selamat menmpuh peperiksaan yang akan bermula hari ini. Moga kejayaan mengiringi kita demi masa depan keluarga... insyaallahhhh...