Wednesday, January 05, 2011

:: 6 thn vs 35 thn ::

Semalam masa makan malam, kami anak-beranak rancaklah berbual. Macam-macam ceritalah yang kami bualkan. Tiba-tiba saya teringat kejadian malam kelmarin sewaktu melihat si adik menulis nama dan kelasnya pada sebuah buku latihan.

Namanya...ok sudah betul. Tiba waktu hendak tulis nama kelas adik tulis begini 6 Mawa. Sebenarnya di tadika adik ditempatkan di kelas 6 Mawar. Jadi saya pun betulkanlah ejaan Mawanya dengan tambah huruf r di hujung. Waktu itu adik tidak banyak soal, dia menurut sahaja, jadi saya ingat dia fahamlah.

Semalam saya ceritakanlah akan hal itu pada en.hubby. Si abah ni memang sudah mula tersenyumlah kemudian gelak sikit-sikit. Tiba-tiba adik cakap, " memanglah adik kelas 6 Mawa. Ibu, mawa tu tak payah tambah r. Adikkan sebut mawa, eja dia pun samala m..a..w..a. Mana ada r."
Owhhh!!! Ibu sangat terkejut ya waktu itu. "hmmm...adik, mawa yang adik sebut tu memanglah betul, tapi eja dia bukan m..a..w..a. Ejaan dia m..a..w..a..r cuma sebutan dia mawa." Adik balas balik, "taklah ibu, kalau m..a..w..a..r, kena sebut mawar (sebutan r ditekankan). Tapi cikgu adik sebut mawa." Hampir 5 minit anak-beranak dok berlawan perihal mawar itu ya.... sampailah adik sudah tarik muka masam. Wahhh... ibu terpaksa mengalah. Nampaknya adik macam keliru antara ejaan dan sebutan. Untuk menjernihkan keadaan, abah pun cakap dengan adik, esok kita tengok dekat depan pintu kelas adik macamana ejaan yang betul. Hahahaha....cik adik tu dah sentap.

Maka, petang nanti kita tunggulah keputusannya ya....hik hik hik...

No comments: