Thursday, January 06, 2011

:: Aktiviti penutup 2010 ::

Betul-betul dihujung tahun, saya menyertai kursus Team Building anjuran jabatan saya. Kursus yang telah diadakan di Impiana Resort, Cherating ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 29 Disember 2010. Sesi team building ini adalah sesi terakhir yang mana 2 sesi lagi telah berjaya dilangsungkan pada pertengahan Disember lalu.

Tapikannn ada juga yang pelik bila saya bagitahu pasal kursus team building ini. Ada yang semacam terkejut..." team building hujung-hujung tahun ni? Apahallah buat kursus hujung tahun." Hmmm... saya lagi peliklah bila ada orang cakap macam tu kan. Tidak ada salahnya pun kan menyertai kursus pada bila-bila masa pun waima di penghujung tahun, lagi-lagi kursus team building macam ini. Anda tahu apa objektifnya Team Building? Bukankah ia untuk meningkatkan semangat jati diri dan kerja berpasukan? Tapi...yelah, lain orang lain pulalah pendapatnya. Yang penting, impak yang saya peroleh dari kursus ini sangatlah banyak. Banyak perkara yang mula menyedarkan, banyak sikap negatif yang harus diubah menjadi positif, ramai kakitangan yang sebelum ini tidak saya kenal dapat saya kenal lebih dekat... pendek kata banyak benda baru yang saya belajar dan segarkan semula perkara-perkara lama yang selama ini telah diabaikan.

Pengisian kursus selama 3 hari adalah sangat santai namun berkesan. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan sepanjang program peserta harus bekerja secara berkumpulan. Apa sahaja aktiviti mesti bergerak dan berjalan bersama kumpulan. Masa inilah masing-masing berjuang untuk menaikkan nama kumpulan sebab di setiap penghujung aktiviti ada markah yang diberikan kepada setiap kumpulan dan diakhir program akan diumumkan kumpulan yang berjaya menduduki tempat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Haruslah setiap peserta lebih bersemangatkann. Setiap aktiviti juga walaupun nampak mudah dan ada sesetangahnya adalah permainan waktu zaman kanak-kanak dahulu namun ada pengajaran untuk kita fikir dan sematkan dalam diri.





Nahhh...sekarang dapat rasakan selepas balik dari team building terus jiwa jadi lebih bersemangat untuk menempuh tahun baru. Rasa bersemangat untuk merancang dan memulakan segalanya di awal tahun. Jiwa rasa lebih segar, hati rasa lebih tenang, semangat diri semakin berkobar-kobar walaupun kesan fizikal yang saya dapat adalah sebaliknya hahahaha... tapi semua itu boleh saja diharungi.... sakit-sakit badan, pening kepala, kadang-kadang rasa macam nak demam pun ada... biasalahkannn. Satu kesan yang sangat baik bukannn? Harap-harap semangat ini semakin kental dan kekal hingga penghujung juga...







p/s : sumber gambar adalah dari facebook salah seorang fasilitator yang mengendalikan program. Terima kasih en. Sazali.

No comments: