Tuesday, January 18, 2011

Semalam saya berbual dengan anak-anak sebelum tidur. Saya beritahu anak-anak perihal saya yang perlu kerja luar minggu hadapan ; " abang, adik, minggu depan ibu kena pergi kerja jauh tau". Kedua-duanya terus terkejut..."hah! kenapa?"( owhhh bukan mereka nak tanya di mana tapi kenapa). "Hmmm...sebab bos ibu suruh pergi kerja jauh la, kat Sarawak. Tujuh hari tau." Hah! sekali lagi mereka terkejut. Dalam hati saya rasa sangat terharu campur sedih. Macam tak sampai hati mendengar keluhan mereka. "Alaaa... ibu, kenapa kena kerja jauh sampai tujuh hari. Lama sangat la..." Itu antara keluhan si adik. Kemudian abang pula mencelah. " Kenapa ibu kena pergi Sarawak. Kenapa tak buat kerja ibu tu kat sini saja? Ibu kena lukis bandar Sarawak ke? (eh! tiba-tiba pula dia....hahaha merapu apa entah)" . "Nak buat macamana. Ibu kena pergi juga. Nanti bos ibu marah." Saya sedang memahamkan mereka kerana masing-masing sudah mula merajuk. Adik waktu itu sudah mula macam hendak menangis. " Ok, nanti ibu balik, ibu beli coklat nak?" Saya cuba berkompromi, sebab tak mahu mereka terus susah hati walhal perkara itu belum pasti lagi (tapi mungkin jadi juga). Saja nak test market hehehe... "tapi kalau nak ibu beli coklat, adik tak boleh buat sepah-sepah kat rumah tau!" (nak pujuk pun kena letak syarat juga). Masa ni, anak-anak sudah nampak boleh terima kenyataan hihihi.... sudah calm down... Terus saya tepuk-tepuk suruh tidur...

Sebenarnya saya pun susah hati bila perlu meninggalkan mereka berhari-hari. Sudah lama saya tidak buat kerja luar. Tetapi bila difikirkan semula, saya tidak berlaku adil seandainya saya terus membiarkan team member saya yang lain sahaja yang asyik keluar. Mereka pun ada keluarga, ada anak isteri untuk diberi perhatian. Susah sebenarnyakan bila berada dalam situasi begini. Sesekali kita juga harus berkorban untuk orang lain juga. Mujurlah saya mempunyai seorang suami yang sangat-sangat memahami. Kepadanyalah saya meletakkan sepenuh kepercayaan dan dia juga percayakan saya. Itulah kekuatan kami sejak dulu... saling percaya.

Kenapalah agaknya saya sangat beremosi ya kali ini? Faktor usiakah?

No comments: