Tuesday, May 31, 2011

:: Dua Sabtu berturut-turut... ::

Dua minggu berturut-turut hujung minggu hari Sabtu, kami anak-beranak layan menonton wayang. Sabtu yang pertama (21/5), kami tonton 2 filem; Pirates of The Caribbean dan Kongsi.


Macamana ceritanya? Mestilah bestkan sebab dapat jumpa Jack Sparrow lagi hehehe.... Cuma cerita kali ini tidak banyak aksi sangat. Kali ini kisah tentang pengembaraan mencari telaga hayat. Si adik macam terkejut juga sebab dalam filem ini ada duyung yang jahat, makan orang hihihi.... yelah selalunya duyung ni cantik dan baikkannn...


Bagaimana dengan filem Kongsi pula? Filem ini pun best juga, sangat menghiburkan. Boleh gelak sampai sakit perut.

Hari Sabtu yang lepas pula(28/5) kami tonton filem Kungfu Panda 2. Kali ini kami bertiga sahaja yang menonton, en.hubby tak ada.


Filem ini paling anak-anak suka. Memang tergelak-gelak dalam panggung. Kisah kali ini tentang Po yang mencari ibu bapa kandungnya. Macam-macam perkara yang berlaku dan perlu dilalui oleh pendekar berlima.

Durasi filem ini pun hanya 1 jam 15 minit, memang sesuailah untuk tontonan kanak-kanak. Memang menghiburkan. Saya bawa juga anak-anak menonton filem ini hari Sabtu lepas sebab si abang akan balik kampung dengan tok keesokkan harinya.


Cuti persekolahan kali ini pun tidak merancang untuk kemana-mana. Cukuplah bawa anak-anak menonton wayang kemudian layan sahaja apa kehendak mereka hari tu. Nak naik kuda pusing? hah!!! jom ibu belanja.... Abang yang dah besar inipun nak naik juga...


Si kecil inilah yang panjang akal, nak naik sangat-sangat kuda pusing. Esoknya masa hantar abang naik bas dengan tok, dialah paling sentap sebab tak dapat nak ikut sama. Ibu ni bukannya apa, takut adik nanti bila sudah sampai kampung, menangis-nangis pula nak balik rumah ibu. Bukan boleh harap sangat si kecil tu.

Monday, May 30, 2011

:: Mereka sudah pun menjadi tetamuNya... ::

Alhamdulillah... sudah hampir seminggu emak, abang dan dikyah berada Madinah kemudian ke Mekah menunaikan ibadat umrah. Akhirnya impian mak tercapai untuk mengunjungi rumahNya.


Emak tidak putus-putus berdoa agar hajatnya untuk kesana akan terlaksana walaupun kadang-kadang buntu juga memikirkan bagaimana dapat kami adik-beradik membantu merealisasikan impian mak itu. Namun, itulah perancangan Allah yang terbaik yang tidak akan kita tahu. Rezeki dariNya datang tanpa kami dapat menduganya. Subhanallahhh...syukur alhamdulillahhh...
Mereka sudah menyahut panggilanNya... moga diri ini juga akan berpeluang kesana suatu hari nanti... insyaallahhh

Ya Allah... semoga mereka beroleh kesihatan yang baik seterusnya menyempurnakan ibadat umrah. Harapanku juga agar mereka mendoakan aku agar dapat jua aku kesana dengan hajat yang sama. Semoga mereka juga selamat kembali... insyaallahhh...

:: ...dan...cuti pun bermula::

Cuti sekolah 2 minggu sudahpun bermula dan si abang pun sekarang ini sudah selamat sampai di kampung. Abang akan menghabiskan cuti sekolahnya di KT. Toknya siap datang minggu lepas hendak ambil cucu kesayangan.

Semalam, tinggal kami dua beranak sahaja di rumah, en.hubby hari ini baru balik. Semalam kan, memang rasa macam sunyi sangat. Yelahhh tak dengar suara riuh rendah si abang mengusik adik, si adik terjerit marah sebab diusik abang. Tiba-tiba jadi rindu pula suasana riuh tu, kaau tidak memang kena marah sahaja budak 2 orang tu, asyiklah hendak bergaduh.

Macam tulahkannn... anak-anak ni, merekalah racun, merekalah penawar. Hati yang walang bisa jadi tenang tatkala melihat wajah anak-anak. Semalam, berapa kali entah si adik asyik tegur ibu, kenapa ibu ni dok termenung saja. Ibu rindu la adik...bila jawab macam tu, adik geleng kepala pula... hihihi...entah apa-apa

Wednesday, May 25, 2011

:: 10 ::


Syukur alhamdulillahhhhh hari ini genap usia perkahwinan kami 10 tahun. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga dan semoga ikatan ini terus kekal abadi hingga ke akhir hayat.....

Insyaallahhhh... aminnnn

Thursday, May 19, 2011

:: Tak kenal maka tak cinta ::

Saya membeli buku ini 2 tahun yang lalu. Waktu itu memang teringin sangat-sangat hendak membaca karya terbaru Dr. Siti Zainon. Apabila sudah berada di tangan dan saat mula ingin membaca, saya tiba-tiba rasa kosong sekosongnya. Tidak mampu menghabiskan waima satu mukasurat sekalipun.


Saya memang langsung tidak mampu untuk memahami bait-bait perkataan mahupun ayat-ayat di dalamnya. Macamana saya hendak memahami keseluruhan cerita jika begini kan? Maka terkaparlah sendirian novel Delima Ranting Senja itu di rak buku sehingga hampir 2 tahun lamanya.

Bagaimana saya boleh kembali mendampingi novel ini setelah 2 tahun? Hmmm... bertitik tolak dari hari saya bertemu dengan penulisnya di PBAKL yang lalu maka semangat untuk mengulit kembali novel ini semakin membara.

Pesan Dr. Siti Zainon, jangan memaksa dan mencuba terlalu keras untuk memahami setiap patah perkataan. Bacalah dengan tenang, dengan perlahan-lahan.... maka pasti anda akan memahami ceritanya. Saya sedang mencuba dan sebenarnya ia tidaklah terlalu sukar.... saya makin seronok!!!

Tuesday, May 17, 2011

:: Hari untuk membaca ::

Hari ini cuti kannn. Hari ini saya sudah merancang untuk menghabiskan bacaan kesemua majalah yang telah saya beli sejak Februari lalu. Terukkan... majalah-majalah yang keluar setiap bulan dan saya juga beli setiap bulan masih belum dapat saya baca lagi sehingga kini. Tidak ada alasan untuk itu hehehe...

Untuk tahun ini saya hanya membeli dua jenis majalah sahaja iaitu Wanita dan Nur. Kalau pun ada majalah lain yang saya beli ia bergantung pada topik dan kandungan majalah tersebut pada bulan itu. Kalau menarik perhatian saya, pasti dibeli kalau tidak... tidaklah.

Anak-anak pun hari ini sangat bagus, sebab awal-awal pagi bangun tadi terus pegang buku... sama ada buku latihan ataupun buku cerita. Sejuk hati ibu kalau selalu macam ni hihihi... Tapi sekarang ini mereka sedang leka menonton tv... ada movie marathon di chanel 615.

Saya ini pun sebenarnya sudah mengantuk sejak lepas Zohor tadi. Ditahan-tahan sahaja mata ini, sebab target mesti kena habiskan baca majalah.... berhenti dulu di sini, majalah-majalah di atas meja sana sudah memanggil-manggil...

Monday, May 16, 2011

:: Ahad yang indah ::

Hari Sabtu sudah siap-siap segala kerja rumah.... biasalahkan tugas rutin hmmmm. Tiba hari Ahad ye... masa untuk kami anak-beranak berjimba-ria ecehhhh. Sudah berjanji dengan maksu, ibu akan hantar abang ke Shah Alam untuk special treatment kelas matematik bersama maksu. Minggu ini sudah masuk kali kedua abang mengikuti special treatment dari maksu.

Awal-awal pagi sudah siap sebab kami semua akan bersarapan di Shah Alam. Ini adalah permintaan ibu yang teringin sangat hendak mencuba makanan di restoran Pak Li Kopitiam gara-gara terpengaruh saat menonton rancangan Sarapan setiap hari Ahad jam 8 pagi di TV3 tu. Alaaa... rancangan yang pengacara si Sham Botak tu lahkannn... maksu kata dia hensem.... hmmm???

Maka, pagi Ahad yang indah semalam kami pun bersarapanlah di Pak Li Kopitiam di seksyen 7 Shah Alam. Maka dengan itu tertunailah hasrat si ibu ini hihihi...


Muka baru bangun tidur ke muka lapar pun tak tahulah. Maklumlahkan kena bangun awal di pagi Ahad, maka mood sedikit lambat untuk dijana.




Kami tiga orang ini biasalahkan.... mesti sentiasa gembira kalau dapat keluar berjalan hehehe. Pesan makanan macam kalau boleh semuanya hendak dirasa, dimakan. Tak baik... tak baik... nanti takut pula makan tak habis.


Apa yang kami pesan... ada telur separuh masak (3 set tu). Ada juga kentang goreng (pagi-pagi adik dah minta)

Maksu juga pesan bun dan kari ayam

Ibu pula teringin hendak rasa kuetaw goreng. Hmmmm sedap la juga...

Abang pula makan roti bakar Pak Li Kopitiam.


Sudah bersarapan, terus ke agenda yang berikutnya. Maksu bawa abang ke perpustakaan masjid Shah Alam manakala saya dan adik ke SACC Mall. Meronda le kami berdua nampaknya sementara menunggu lebih kurang 2 jam maksu mengajar si abang.

Dari satu kedai ke satu kedai kami jelajah. Mula-mula masuk MPH, beli buku latihan untuk adik sebab dia sudah bosan tak tahu hendak buat apa. Sudah dapat buku terus duduk tepi koridor buat latihan. Sesuka hati dia sahaja hendak melepak mana-mana... Kemudian kami masuk kedai Lovely Lace. Adik dah rambang mata, lagi-lagi bila nampak beruang comel kat atas tu. Minta maaf.... ibu memang tak layan... Lepas tu terus sentap merajuk-rajuk sebab ibu tak nak belikan.


Maksu dan abang sampai sejam lebih kemudiannya. Sekali lagi masuk MPH sebab maksu ada hendak beli buku. Alih-alih keluar dari MPH, dua beradik tu dapat buku lagi. Tidak mengapalahhh... pelaburan untuk beli buku tidaklah merugikan kannnnn.

Dari SACC Mall, kami ke seksyen 13 untuk makan tengahari. Untuk mengujakan lagi anak-anak hari ini, kita bawa mereka ke restoran Upin & Ipin yey!!! Memang mereka sangat teruja... hati sangat berbunga ria.

Boleh tahan juga makanannya di sini... sedap. Cucur udangnya sedap, nasi ayam Upin Ipinnya pun sedap.

Anak-anak ini, air mineral dengan label Upin Ipin pun jadi sangat sedap.

Hah!!! ini lagi seorang. Kalau ada si kecil Luqman tu entahlah jadi macamana pula. Dia pun peminat fanatik Upin Ipin.


Sudah kenyang, bawa pula berkunjung ke butik Upin Ipin. Lokasi butik berdekatan dengan restoran. Tapi... awal-awal sudah dipesan, tidak boleh membeli apa-apa pun. Sekadar ziarah manja sahaja hehehe....

Berposing ambil gambar sahaja cukup...


Belek-belek sahaja juga dibenarkan... hehehe...


Berposing lagi dihadapan pejabat Les Copaque Production.


Posing lagi....



Dan lagi...


Masa ni hujan sudah turun. Dari sini terus hantar maksu balik rumah, kami pun terus balik Puchong. Letih seharian berjalan, anak-anak tidur dalam kereta sampailah di rumah. Yang penting hati mereka gembira, ibu pun turut gembira....yeeehaaa!!!


Sunday, May 15, 2011

:: Gurukah Aku atau ...? ::

Bukanlah saya ingin bercerita bahawa saya ini sememangnya seorang guru. Bukan saya bukan guru tetapi saya baru sahaja selesai membaca buku di bawah. Buku hasil tulisan seorang bekas guru yang menceritakan pengalamannya sepanjang menjadi seorang guru. Buku ini adalah buku kedua beliau; buku pertama berjudul Asam Pedas Gula Melaka yang juga mencoretkan segala pengalaman beliau sebagai seorang guru.



Buku ini baru sahaja saya dapatkan sewaktu berkunjung ke pesta buku baru-baru ini. Sudah lama dicari namun baru kini dapat bertemu seterusnya memiliki. Meskipun saya bukan seorang guru, saya suka membaca kisah Puan Norbi Husin ini. Buku yang ditulisnya ibarat sebuah diari, asyik sangat membacanya. Seronok mengikuti pengalamannya berkhidmat sebagai guru, berhadapan dengan bermacam kerenah pelajar malahan rakan-rakan seperjuangan beliau. Tiba-tiba saya rasa kembali ke zaman persekolahan dulu, mengingati guru-guru yang pernah mengajar saya sama ada di sekolah rendah mahupun menengah.


Buku kedua beliau ini saya kira lebih menarik kerana di sebalik catatan pengalaman beliau, turut menyelit tips-tips berguna buat mereka yang bergelar guru. Sangat bagus sekiranya setiap guru memiliki dan membaca buku ini. Kita yang bukan guru ini juga boleh sahaja mengambil kisahnya buat dijadikan panduan dalam kehidupan.


Kebetulan pula buku ini saya baca diwaktu yang sudah hampir dengan Hari Guru. Saya mula terkenang pada guru-guru saya dahulu. Terlalu besar jasa dan pengorbanan seorang guru kannn? Kalau tidak manakan mungkin saya dapat berjaya seperti hari ini... ya semuanya juga dengan izinNya jua.


Terima kasih cikgu!!!! Selamat Hari Guru!!!

Sunday, May 08, 2011

:: Terharu sangat!!! ::

Hari ini Hari Ibu kan.... awal pagi tadi dah telefon mak ucap selamat hari ibu sambil tanya khabar. Alhamdulillahhhh mak sihat, cuma batuk sikit-sikit. Saya ni pun sedang sakit tekak ni ha... suara pun dah macam suara ratu rock Ella.... Biasalah kan sekarang ni memang musim sakit-sakit sebab cuaca pun dah tak menentu, sekejap hujan... kadang panas berhari-hari...


Apa yang buat rasa terharu sangat ni??? Hmmm... tengahari tadi dapat sms dari en.hubby (en.hubby ada di PD, berkursus). Sms ni terus saya forward ke emel sebab hendak semadikan dalam blog ecewahhh.... maklumlahhh terharuuuu sangatttt...:) Terima kasih en.hubby, ibu pun sayang abah dan anak2 selama-lamanya.

Reply 60129207xxx@mms.maxis.net.my to me
show details 2:49 PM (48 minutes ago)

Selamat hari ibu! Terima kasih kerana menjaga abg dan anak2. Sayang ibu selamanya!



Lagi buat terharu sangat tuuuu.... si abang pun ada beli sesuatu untuk saya. Katanya.... "sebab hari ni Hari Ibu kannn". Owhhhh!!! terima kasih sayang.... keychain bentuk cendawan. Huruf M tu untuk Mother... :)

Friday, May 06, 2011

:: Menggamit rindu untuk kesana... ::

Ini adalah entry yang telah lama diperam dalam draf. Semua gambar sudah lama diupload, sudah lebih 2 minggu dari hari kejadian. Tidak mengapalah walau lambat, harus diceritakan sebab dah ada dalam draf.

Hajat mak untuk mengadakan kenduri tahlil, bacaan yassin, doa selamat berserta kenduri kesyukuran akhirnya terlaksana jua dengan izinNya. Syukur alhamdulillah segala-galanya telah selesai dan kami sekeluarga mohon segala perancangan dipermudahkan olehNya.

Tanggal 1 Mei dipilih kerana mak berharap semua anak-anak, saudara-mara dan rakan-taulan yang dijemput dapat menghadirkan diri. Lagipun tarikh ini sahaja yang kiranya paling sesuai sebelum mak, abang dan dikyah berangkat 'kesana'. Kami bermohon padaNya dan doa dari semua agar segala yang telah dirancang dapat berjalan dan terlaksana dengan lancar..... insyaallahhhh...

Syukur alhamdulillah sekali lagi kerana semua yang dijemput telah dengan jayanya menghadirkan diri. Tengok muka mak malam itu memang puas hati sangat. Terpancar di wajah rasa kepuasan. Makanan yang ditempah pun alhamdulillahhhh cukup untuk semua tetamu dan sedap pula tu.

Terima kasih makcik Ju dan keluarga di atas segala jasa dan bakti keringat tidak kira waktu sejak dulu hingga kini.


Mak..... apa sahaja untukmu.
Seronok tengok mak seronok sebab kawan-kawannya yang dijemput semuanya hadir memenuhi acara.


Penuh satu rumah sampai ke dapur. Almaklumlahhhh rumah pun tidak sebesar mana. Syukur alhamdulillahhhhh...





Saat ini mak, abang dan dikyah sedang menghitung hari. Giat membuat segala persiapan dan persediaan untuk 'kesana'. Hati saya bagai digamit-gamit rasa untuk turut serta. Moga suatu masa nanti ada rezeki saya untuk 'kesana' juga.... insyaallahhhh...



Thursday, May 05, 2011

:: Kekasih sejati... teman abadi... ::

Akhirnya Rabu minggu lepas berkesempatan berkunjung ke PBAKL 2011 yang berlangsung di PWTC. Memanglah sempat kan sebab sudah ambil cuti awal-awal lagi. Hmmm... yelah itupun dengan kehendak dan keizinanNya juga saya dapat kesana.



Jika tahun lepas saya pergi dengan en.hubby dan anak-anak, tahun ini saya pergi dengan maksu dan banglong. Memang sudah agak lama kami tidak keluar tiga beradik bersama-sama macam ni. Rasa seronok sangat hehehe....



Perasaan untuk bertemu kekasih hati, penambat jiwa, penenang sanubari....wahhhh.... berdebar-debar pula jadinya saat kaki menginjak ke dalam bangunan PWTC. Sudah terbau-bau aroma naskah-naskah ilmu yang sangat harum, yang punya auranya tersendiri. Biarlah buku apa sekalipun, aromanya tetap sama terus menusuk ke sanubari. Maksu lagi dasyat... masa dalam kereta cakap perut lapar belum sarapan.... alih-alih sampai saja PWTC, terus tak rasa nak makan. Sarapan dengan buku-buku tu lagi seronok hihihi...



Tibalah masanya kami menjelajah keseluruh dewan ilmu itu dengan perasaan yang penuh keterujaan yang amat. Kami naik ke tingkat atas dulu dan pengembaraan pun bermula dari sini. Waktu ini pengunjung sudah mulai ramai dan kebanyakannya adalah rombongan pelajar-pelajar sekolah. Pertama sekali yang diborong adalah buku latihan untuk abang dan adik.



Kemudian jumpa pula penulis khat di booth apa entah, tidak ingat pula. Seronok tengok seni tulisan khat ini, jadi kami juga tidak lepaskan peluang menempah nama seorang satu. Lama juga di sini, sebab berebut dengan budak sekolah. Sabar sajalah dengan kerenah budak-budak ini...



Yang kedua saya beli, di booth Utusan Publication. Ini adalah pesanan dari en.hubby.

Masih di Utusan Publication. Maksu kata nak beli belum mampu, bergambar dengannya pun sudah cukup memberi inspirasi dan membakar semangat diri. Apakah impian mungkin menjadi kenyataan?



Berjalan dari satu booth ke satu booth. Tiba kami di booth Institut Terjemahan Negara. Kebetulan pula sedang berlangsung sesi Sofa Putih (bual bicara bersama pengacara Syed Munawar). Tetamu sofa putih hari ini adalah Dr. Siti Zainon Ismail, seorang penulis, penyair, pelukis dan pejuang sastera. Terus melekat di situ sehingga acara tamat. Saya memang peminat sastera, lalu mana mungkin peluang ini harus dilepaskan.


"Ini, di depan ni... kakak saya"...:). Maksu adalah penyelamat. Saya sangat malu untuk bertanya soalan waima untuk berjumpa dengan Dr sekalipun. Maka dengan penuh kasih sayang....maksu tolong bertanyakan soalan bagi pihak saya. Akhirnya....kami dapat baucer diskaun 30% untuk belian mana-mana buku di booth ITN.



Memori bertemu Dr. Siti Zainon tersemat erat dalam sanubari. Dia saya jadikan inspirasi!!!



Berkunjung ke booth Jemari Seni adalah satu kemestian. Ada novel terbaru dari penulis-penulis kegemaran. Antaranya... inilah dia... Imaen. Penulisan dan penceritaan sangat rock... tapi rock suci ya!!! hehehe...



Kak Noor Suraya pun ada buku baru walaupun novel remaja, apa salahnya kannn. Tapi sayang seribu kali sayang sebab saya tidak sempat untuk membeli novel terbaru Hlovate kerana kehabisan stok. Sedihnya...:(



Maksu memang suka merah jambu, suka benda yang kiut-miut, yang comel. So sweeeeettttt....


Kami bukanlah penggemar tulisan Ain Maisarah, namun ada sesuatu yang menarik kami untuk berkunjung kesini... Kedai Pink Ain Maisarah. Hmmm... sebab maksu suka pink kannn




Inilah antara hasilnya setelah melalui pengembaraan yang mengujakan di PBAKL kali ini.


Tahun ini, bajetnya tidaklah begitu besar. Meski penat, letih campur sakit badan sebab galas beg yang penuh buku-buku, saya tetap berpuas hati. Syukur alhamdulillahhhh...