Tuesday, May 31, 2011

:: Dua Sabtu berturut-turut... ::

Dua minggu berturut-turut hujung minggu hari Sabtu, kami anak-beranak layan menonton wayang. Sabtu yang pertama (21/5), kami tonton 2 filem; Pirates of The Caribbean dan Kongsi.


Macamana ceritanya? Mestilah bestkan sebab dapat jumpa Jack Sparrow lagi hehehe.... Cuma cerita kali ini tidak banyak aksi sangat. Kali ini kisah tentang pengembaraan mencari telaga hayat. Si adik macam terkejut juga sebab dalam filem ini ada duyung yang jahat, makan orang hihihi.... yelah selalunya duyung ni cantik dan baikkannn...


Bagaimana dengan filem Kongsi pula? Filem ini pun best juga, sangat menghiburkan. Boleh gelak sampai sakit perut.

Hari Sabtu yang lepas pula(28/5) kami tonton filem Kungfu Panda 2. Kali ini kami bertiga sahaja yang menonton, en.hubby tak ada.


Filem ini paling anak-anak suka. Memang tergelak-gelak dalam panggung. Kisah kali ini tentang Po yang mencari ibu bapa kandungnya. Macam-macam perkara yang berlaku dan perlu dilalui oleh pendekar berlima.

Durasi filem ini pun hanya 1 jam 15 minit, memang sesuailah untuk tontonan kanak-kanak. Memang menghiburkan. Saya bawa juga anak-anak menonton filem ini hari Sabtu lepas sebab si abang akan balik kampung dengan tok keesokkan harinya.


Cuti persekolahan kali ini pun tidak merancang untuk kemana-mana. Cukuplah bawa anak-anak menonton wayang kemudian layan sahaja apa kehendak mereka hari tu. Nak naik kuda pusing? hah!!! jom ibu belanja.... Abang yang dah besar inipun nak naik juga...


Si kecil inilah yang panjang akal, nak naik sangat-sangat kuda pusing. Esoknya masa hantar abang naik bas dengan tok, dialah paling sentap sebab tak dapat nak ikut sama. Ibu ni bukannya apa, takut adik nanti bila sudah sampai kampung, menangis-nangis pula nak balik rumah ibu. Bukan boleh harap sangat si kecil tu.

2 comments:

Syimama said...

Bestnya..minggu lepas bday Arif (anak bungsu), minta hadiah..tengok kungfu panda, kak long bawa ke Mines, tiket habis. pergi ke JJ Cheras pula. ada tgh mlm je..kak long tangguh minggu depan.

Menangis2 tak nak balik ...terpaksa ganti ke domino pizza, tapi.. minggu depan tetap nak tengok juga. Kakak jadi mangsa kungfu.

Nurilhami said...

memang best syima... boleh layan la. hehehe... ada part lawak gelak habis, ada juga part sedih. budak2 ni mmg puas hati lah. saya tgk di IOI Puchong tak ramai sgt.