Monday, April 26, 2010

:: Campur ::

Cerita kali ini bercampur macam-macam dari hari Jumaat sampai Ahad. Sepanjang 3 hari macam-macam yang dilalui, macam-macam dirasai. Pendek cerita, begitulah sebenarnya kehidupan manusia. Harus melalui segala macam perisa hidup, macam makan nasi campur... macam-macam lauk ada...jadi macam-macam rasa. Yang penting campurannya harus kena, barulah rasanya ada ummppphhh!!!

~ Jumaat ~

Saya bercuti hari ini. Sebetulnya boleh dikira cuti kecemasan sebab saya mohon sehari sebelum nak cuti. Biasanya kalau nak cuti kena mohon 4 hari atau seminggu sebelum. Mulanya nak bawa en.hubby ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kaki dia. Alih-alih en.hubby sudah tukar fikiran, tak jadi ke hospital sebaliknya kami ke KL menguruskan insurans en.hubby.

Kami keluar awal pagi, hantar si abang ke sekolah, kemudian selepas sarapan terus gerak ke UKM nak ambil slip periksa MUET en.hubby. Peperiksaannya berlangsung pada keesokkan harinya (Sabtu). Itu yang berkejar juga nak ambil slip. Dah dapat slip terus ke KL. Waktu-waktu puncak macam ni, masuk KL hmmmm...haruslah sesakkannn. Mujur juga le kenderaan masih bergerak walau perlahan... Selesai urusan en.hubby terus balik. Singgah kejap kedai nak membasahkan tekak...almaklumla hari pun dah nak hampir ke tengahari. Semuanya kena pantas, sebab nak kejar masa ambil si abang dari sekolah. Untuk segala urusan sebelah pagi ni, memang en.hubby yang bawa kereta. Dah dia dengan rela hati menawarkan diri, mungkin juga sebab ambil hati dengan saya kot. Sebabnya pagi-pagi saya dah tarik muka macam nak kelat. Bukannya apa, kita dah semangat mohon cuti konon nak bawa dia pergi hospital, dah dia tiba-tiba tak jadi pula... ada macam bengang juga la.... sudahnya dia usaha memandu dalam sakit-sakit tu...

Tengahari, sampai rumah en.hubby menyerah kalah.... minta tolong saya yang ambilkan anak di sekolah. Hah!kannn... akhirnya, dah tak tahan rasa sakit... Jam 12 lebih saya dah gerak ke Putrajaya, ambil abang. Singgah restoran beli lauk untuk makan tengahari. Ibu tak sempat nak masak yang oi!!!... sebelum keluar dah siap-siap masa nasi dulu. Jadi sampai rumah dah boleh terus ngap!!!...

Petang terus buat kuak lentang... anak-anak dengan aktiviti masing-masing. Lewat petang pergi pasar malam, beli lauk-pauk basah, barang-barang dapur yang dah kering kontang... bekalan untuk 2 hari hujung minggu. Malam.... masa untuk bersantai-santai, berulit dengan dia.

~ Sabtu ~

Kena bangun seawal macam hari bekerja... Hari ini kena hantar en.hubby ke UKM, periksa MUET. Periksa mula jam 8 pagi. Lepas tu berkejar balik hantar abang pula untuk kelas bolasepak. Kemudian ke bengkel Proton, hantar kereta untuk servis. Habis semua anak-beranak tak sempat nak bersarapan. Menahan lapar saja kekdahnya... mujur le sempat singgah kedai beli biskut dengan air kotak untuk lapik perut. Kalau tidak anak dara seorang tu pula yang bising. Servis kereta selesai jam 10.30 pagi, terus balik rumah. Abang, kawan e.hubby tolong ambil dan hantar balik rumah.

Sampai rumah, uruskan perihal rumahtangga.... jemur kain, sapu sampah, buang sampah...segala bagai. Phewwww!!! Berpeluh mak... Belum sempat melepaskan lelah terus angkut bebudak semua pergi ambil en.hubby pula. En.hubby keluar dalam pukul 1 terus ajak pergi makan. Masing-masing dah kebulur... en.hubby bawa makan di restoran Anje Nasi Beriani Gam dekat Bangi. Wahhh... nasi berianinya memang superbbbb!!! Campur perut yang tengah lapar....licin pinggan sehingga menjilat jari...

Balik rumah lepas tu...apalagi...aksi kuak lentang lagi le jawabnya. Yang peliknya anak-anak ni, tak tahu rasa penat agaknya...boleh main sampai ke malam, seorang pun tak tidur. Petang tu abahnya bawa pergi taman. Ibu pula, mula bersilat di dapur untuk hidangan makan malam. Dah berkuak lentang ko... bersilat le pula hahaha... Sebelum Maghrib dah siap masak... elok lepas Maghrib masing-masing dah kelaparan. Dah agak dah pun, puas main, malam mula perut berkeroncong... Saya masak yang mudah-mudah saja, lagipun yang mudah-mudah itulah yang jadi kegemaran keluarga. Dah selesai bab makan... masa untuk ibu bersendiri la pula... berulit lagi dengan dia. Bila nak habis entah le...baru nak fokus..ada saja yang panggil, nak itu nak ini...hishhh... akhirnya ibu juga yang kuak lentang sampai ke pagi.

~ Ahad ~

Bangun pagi ni rasa sangat santai.... huhuhu...tak ada nak berkejar kesana kemari. Waktu dinihari begini, anak-anak masih nyenyak, masa ni le nak selesaikan semua, berkemas...urus kain-baju... Sempat juga menonton Tanyalah Ustaz...kali ini bersama Ustaz Zamri. Rasa best saja sebab dapat duduk rumah, banyak kerja boleh selesai...kerja biasa seorang ibu kannnn... Tengahari masak awal sikit, sebab pukul 12 nak mengadap tv tengok Jalan-Jalan Cari Makan.

Petang sebelum Asar, adik lelaki datang rumah bersama dengan si kecil Luqman dan mamanyalahhh ... Rindunya makngah dengan Luqman, makin keletah...gerammmm je...

Malam... sebab semua kerja dah selesai, maka dah bolehlah berehat-rehat. Dah bersiap-sedia bekerja esok hari. Malam ni masih berulit dengan dia. Anak-anak tidur awal, letih kot. Sambil berulit dengan dia, sempat saya menonton VCD Ketika Cinta Bertasbih (ni entah kali ke berapa dah ni). Walau dah banyak kali tapi masih tak jemu huhuhu...

~ Nak ke Tak Nak? ~

Saya menerima emel tawaran sejak 2 minggu lepas. Tapi masih dalam dilema sama ada nak ikut serta atau tidak? Hati tu dah lama teringin, peluang yang sama diterima pada Januari lalu, namun terpaksa menolak kerana kekangan aktiviti lain. Kali ini rasanya tiada lagi kekangan cuma pelaburan yang harus dikeluarkan agak besar. Berbaloikah nanti? Berbincang dengan en.hubby....hmmmm... dia dah bagi lampu hijau. Katanya kalau tak cukup, dia tolong tambahkan bagi cukup. Tengoklah dulu, ingat nak telefon dulu pihak berkenaan...ada beberapa perkara yang perlu ditanya...sebelum memulakan langkah seterusnya.

Thursday, April 22, 2010

:: Mencari kekuatan ::

Aku...
wanita biasa

Ku rasa diri ku kuat
Namun sebenarnya ku lemah...

Ku rasa penuh bersemangat
Tapi akhirnya semangat ku hilang...

Ku rasa bagai Superwoman
Yang jadinya...hanyalah Catwoman...
Mengiau-ngiau...lembut
Perlu belaian manja...

Ku rasa
Akulah pejuang terhebat...
Aku juga yang tersungkur belum waktunya...

Aku...
wanita biasa

Kubisik pada diri...
Kekuatan itu harus kucari
Kelemahan itu harus kubaiki

Kupujuk hati sendiri
Tidakkan lemah jiwa
Tidakkan tersungkur sebelum waktu
Tidakkan patah semangatku

Akulah... ibu
Akulah... isteri
Sedang mencari kekuatan diri...

Monday, April 19, 2010

:: Syukur ::

En. hubby dah selamat sampai tengah malam tadi, lewat dari jangkaan. Namun, syukur alhamdulillah mereka semua selamat tiba. Namun begitu ada sesuatu yang tidak dijangka berlaku pada en.hubby pada hari ketiga mereka di sana. Itulah salah satu faktor yang menyebabkan en.hubby lewat tiba ditambah dengan hujan lebat menimpa bumi lewat petang tadi.

Saya bersyukur kerana sepanjang ketiadaan en. hubby selama 10 hari ni, hati saya masih tenang dan tidak ada kerisauan yang menjalar dalam hati. Saya hanya berdoa setiap hari agar Tuhan pelihara keselamatan mahupun kesihatan en. hubby. Namun apa yang saya tidak tahu dan en.hubby telah berjaya merahsiakannya dari saya.....dia ditimpa kecelakaan. Kaki sebelah membengkak, lutut koyak sikit...motor dia...hmm...side mirror patah sebelah. Subhanallahhh... sesungguhnya perancangan Allah itu lebih tepat dari segalanya. Manusia hanya mampu merancang namun Dia juga yang menentukan.

Saya tidak sangka saya boleh setenang ini. Mungkin kerana beberapa minggu ni saya ralit berulit dengan dia. Dia pemberi motivasi dan penyuntik ketenangan yang hebat. Dia berjaya membawa saya memikir kembali qada' dan qadar Allah. Bahawa segalanya adalah takdir Allah seandainya Allah berkehendakkan yang demikian. Segalanya sudah ditentukan olehNya. Masyaallahhh...



p/s: untuk kawan yang baca ni, saya cuti cemas ye hari ni. Kena bawa en.hubby pergi klinik ambil mc.

Thursday, April 15, 2010

:: Nikmat dari kesabaran ::

Betullah kata dia...

Jangan biarkan hati berdukacita

Menyesali apa yang terjadi

Sesungguhnya perancangan Allah itu

Ada hikmahnya

Kalau kita rasa susah

Fikirlah bahawa ada yang lebih susah dari kita

Laluilah apa saja dengan tenang

Terimalah dugaan dengan redha

Nikmat Tuhan datang tanpa kita sedar

Nikmat dari kesabaran

Pasti ada jalan penyuluh yang terang

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" - Surah Ar-Rahman:13

Wednesday, April 14, 2010

:: Bicara Pada Diri ::

Damai?
Ya…damai sedang mengulit
Menemani hati
Buat masa ini…

Kenapa?
Entah… datang tiba-tiba
Mungkin kerana dia
Mengalirkan arus
Meresap dalam jiwa…

Sejak bila?
Hampir terlupa dengan dia
Ada yang merangsang
Aku mendekati...
Memang ada sesuatu
Pada dia...

Baru tersedar
Kenapa ya? Tidak dari dulu lagi...
Hanya beberapa helaian aku selak
Dia telah menyuburkan
Semangat pada jiwa...
Yang telah lama leka

Pegangan sebenarnya itu
Hakikatnya memang indah...
Tapi manusia sentiasa lupa

Suka berkeluh kesah
Meski keluhan yang lahir
Akibat perbuatan sendiri...
Hakikatnya itu bukan sifat terpuji

Masih banyak perlu dicari...
Dia harus jadi peneman
Aku tidak mahu jadi manusia yang lupa
Tidak mahu jadi umat yang alpa...

Mujur ada dia...
Makin diselak makin meruntun rasa
Tapi... bukan mudah untuk berubah
Berubah menjadi baik bukan juga satu dosa...

Tuesday, April 13, 2010

:: Projek Hujung Minggu ::

Projek ini dijalankan bersama dengan anak-anak pada hari Ahad yang lalu. Sebenarnya diorang lah yang paling teruja pun. Ibu ni kira penasihat projek merangkap pembantu dengan bantuan buku di bawah.

Buku ni pun sebenarnya ibu yang beli, tapi tak ingat pula bila beli (memang dah lama pun). Lepas beli terus letak dekat rak buku dulu, kemudian terus lupa. Kononnya nak tunggu masa yang sesuai le nak ajak anak-anak sekali...hmmm...akhirnya diorang juga yang jumpa buku tu. Mungkin inilah agaknya masa yang sesuai itu kannn...

Ok...pertama sekali untuk menjayakan projek ni, mestilah kena ada bahan-bahan sokongannya. Jadi tengahari hari Ahad tu bawa abang dan adik ke JJ. Kebetulan jugalah saya nak ambil birthday coupon dari JJ. Selesai ambil coupon, kami terus ke bahagian alat tulis. Inilah bahan-bahan projek yang dibeli di JJ; gunting, gam, kertas warna-warni dan juga magic color.



Balik rumah petang tu, diorang sudah teruja dan tak sabar dah nak mula projek. Ok...sabar...sabar, kita rehat dulu, petang-petang sikit baru buat. Mula projek, kena pilih dulu nak buat kad yang mana satu. Dua-beradik tu pun sibuklah pilih memilih...kalau ikut ibu pilih yang mudah saja...hehehe...tak mencabar langsung. Takpelahhh... projek pertama kannn...

Projek pun bermula...biar diorang buat sendiri, ibu ni bantu apa-apa yang patut saja macam tolong guntingkan bahagian-bahagian yang patut digunting, lepas tu tolong guide sikit-sikit macamana nak buat. Dan...inilah hasilnya...untuk projek pertama


Ini...abang punya




Kad dari kerja tangan adik

Tahniah untuk abang dan adik sebab dah berjaya buat kad kreatif... walaupun simple saja ibu tetap bangga dengan anak-anak ibu. Insyaallah... lain kali kita buat lagi dengan kad yang lebih kreatif...ok!

:: Angau::

Malam ni ingat nak cerita pasal benda lain...alih-alih emosi saya sudah bertukar sebaik menerima sms dari en. hubby. Saya macam jatuh cinta kali kedua dengan en.hubby pula hanya kerana 2 perkataan yang ditulis olehnya. Sebenarnya sejak petang tadi saya dah jadi macam orang angau baru nak kenal cinta huhuhu... semuanya gara-gara mesej yang dihantar en.hubby di fb. Memang 2 perkataan keramat tu terus menyentuh jiwa rasa sampai fikiran dah tak boleh nak cerna apa-apa dah. Dah melayang-layang je gelodak perasaan ni. Bertambah angau...bila dalam sms pun ada perkataan keramat tu lagi...camno ni ha?

Memang dah kena penyakit angau dah ni agaknya....sebab tadi dalam kereta pun dengar radio lagu tangkap leleh...habis rasa nak menjiwang saja kerjanya...hahaha...adoih le nak gelakkan diri sendiri dah ni. En.hubby memang jenis yang susah nak lontar ucapan keramat macam tu, jadi bila sekali dia buat lontaran angin lintang macam ni....fuuuhhhh memang terbang melayang jadinya. Biarlah tak dengar dari mulut dia sendiri, hanya sekadar taip saja tapi saya tau tu memang lahir dari lubuk hati dia yang mendalammmmm cewahhh...

Tiba-tiba jadi bersemangat kembali... sebab tu boleh gigih malam ni menulis di sini. Kalau tidak, memang 2 3 hari ni macam tak berapa nak lalu makan saja. Aduhai hati....dikau sedang melagukan lagu-lagu cintakah?.... terasa... dalam hati ada taman

:: Keletihan yang amat ::

Hari ini baru hari Selasa tapi mental dan fizikal saya sudah terasa keletihan yang amat. Sudah lama saya tidak memandu kereta berhari-hari macam ni, kaki mula terasa lenguh di sana dan di sini. Sebelum ni asyik jadi mem besar...pergi balik kerja semua dihantar dan dijemput. Sesekali bila kena tinggal lama macam ni memang terasa mengah macam sedang berlumba lari jarak jauh 400 meter pula. Kerja di rumah tetap harus dilangsaikan, dicampur pula dengan kerenah anak-anak yang pelbagai ragam tu...hmmm...dah rasa macam berlatih vokal pula. Kejap suara slow...kejap kena high pitch...dek perangai budak dua orang yang kadang-kadang tak berapa nak dengar cakap. Wahai hati dan jiwa...moga dapatlah dikau bersabar...mengharungi semua ini.

Awal-awal pagi memang tak ada masalah, malah bahagia menyelubungi jiwa sebab semuanya mudah saja menurut kata. Memang tidak ada adegan mengusik jiwa, meruntun hati...menangis sendu sebab susah nak bangun pagi ke apa ke...sememangnya aman damai lah...tapi menjelang petang saja, bila dah sampai rumah, adegan yang tak ingin dilihat itulah yang terjadi. Si abang ni semakin kuat pula mengusik si adik sampai menangis, menjerit segala bagai...Ibu bila dah geram sangat...hah! memang suara dah macam Ziana Zain sedang nyanyi lagu Madah Berhelah pula...siap meneran lagi tu sampai serak-serak suara jadinya. Kadang-kadang tu anak-anak yang tengah gaduh 'mesra' boleh terdiam bila tengok ibu dah lain macam. Nasib baik ibu tak bertukar muka jadi hijau macam Incredible Hulk. Bila dah sampai macam tu, tau pula budak 2 orang duduk diam...tapi diam sesaat jelah...sesaat kemudian dah buat siaran ulangan balik adegan yang tak ingin ibu lihat tu....Wahai hati dan jiwa...kau masih perlu banyak bersabar dan beristighfar...

Setelah mengharungi semua ini sepanjang hari, memang jiwa dah tak boleh nak tolak ansur. Hajat di hati nak berjalan-jalan dalam tenet, lawat blog orang...usai anak semua masuk tidur... alih-alih diri sendiri boleh terlelap sampai ke pagi. Surat khabar yang dibeli hari-hari pun belum berjaya disentuh isinya. Novel pun dok bersusun saja dalam rak menunggu giliran untuk dibaca, walaupun hati sudah meronta-ronta nak mengulitnya.

Sekarang ni pun saya dah mula mengira hari...cepat le balik wahai en.hubby. Ayang dah rindu abang ni huhuhu...

Saturday, April 10, 2010

:: Sang Kelkatu ::

Bila tiba musim hujan, sang kelkatu pun mula berterbangan. Di mana ada cahaya di situlah sang kelkatu suka dan berhimpun. Memang agak merimaskan...bila datang segerombolan sang kelkatu. Rasa-rasanya sudah agak lama sang kelkatu tidak datang bertandang menjadi tetamu tidak diundang.

(sumber : en.google)

Namun kedatangan sang kelkatu malam ini telah menakutkan anak-anak saya. Waktu itu saya sedang solat Maghrib, tiba-tiba saja anak-anak berlari-lari naik ke bilik sambil menangis seperti orang ketakutan dikejar sesuatu yang mengerikan... makin lama makin kuat. Kekusyukan saya terganggu dengan tangisan mereka. Usai solat, saya menoleh ke arah anak-anak yang masih menangis, rupa-rupanya mereka takut dengan sang kelakatu. Hmmm...ada rasa nak ketawa, ada rasa geram...tapi ada juga rasa kasihan. Kesian pula tengok mereka galak menangis sebab takut.

Macamana harus saya terangkan ya. Nak kena buka balik ensiklopedia... cerita dengan mereka dari mana datangnya sang kelkatu, perlu meyakinkan mereka bahawa sang kelkatu bukanlah ancaman. Teringat pula kan...dulu-dulu kalau tiba saja sang kelkatu ni, mak akan ambil baldi tadah air kemudian letak baldi bawah lampu. Nanti banyak le sang kelkatu yang terapung-apung dalam baldi tu. Malam ni, saya pun buat cara macamana yang mak buat tu.

Anak-anak pun dah ok. Tapi si abang banyak pula soalannya pasal sang kelkatu ni. Tengok dia ralit dok menelek sang kelkatu dalam baldi...wahai sang kelkatu...

Friday, April 09, 2010

:: dah mula dah... ::

Belum pun sampai beberapa jam abahnya meninggalkan rumah... 2 orang anak kesayangan sudah mula buat perangai. Begitulah kebiasaannya... bila abahnya tak ada di rumah, ada saja yang nak cari pasal dengan ibu.
Tabiat biasa yang entah apa-apa ni dimulakan oleh si abang. Bangun pagi nak pergi sekolah je dah mula dah. Ada saja yang tak kena. Puas le ibu berbaik sangka, pujuk-memujuk, keluar ayat paling sopan... tapi memang jenis tak makan saman. Sehingga bikin ibu sudah naik angin. Perkara kecil dia besar-besarkan... yang kita tak bagi tu le dia nak buat, yang kita suruh dia le pembangkang paling hebat. Perangai dia lagi-lagi bila abahnya tak ada memang sangat menguji mental dan fizikal seorang ibu ini...huhuhu... siap le 9 hari lagi.

Petang lepas ambil semua di sekolah, giliran si adik pula keluarkan perangai-perangai 'cantik'nya. Tapi adik agak kurang sikit, sebab masih makan saman. Tup-tup bila adik dah ok... eh.. bergilir-gilir pula korang buat perangai ye.

Malam lepas Maghrib, abang yang dah nampak sangat ok petang tadi sudah bertukar. Hah... ibu panas... panas...nak air... nak air...mahu kasi sejuk hatiku ini. Malam ni paling dasyat dan sampai klimaks...abang boleh nangis tahap gaban kena pukul...walaupun satu jentik pun tidak menjengah di mana-mana bahagian badannya pun. Arggghhhh....masyaallahhh... saya pula seperti mahu menangis. Namun dikuatkan hati ini... saya biarkan dia untuk bersendiri melayan sendu tangisnya...dah lama sikit tu baru saya pujuk. Ajak semua makan...alhamdulillah... sudah ada tenang di wajah-wajah kesayangan hamba...perghhh... hari yang sangat mencabar minda seorang ibu. Mungkin episod hari ini sudah berakhir.... namun apa pula cerita tentang esok ya?

Thursday, April 08, 2010

:: Hadiah Istimewa ::

Harijadi yang paling istimewa dan hadiah yang juga sangat istimewa dari orang yang paling istimewa...hari ini. Saya memang tak sangka en.hubby akan buat kejutan ini. Perancangan awal yang jatuh kebetulan sama dengan majlis doa selamat dan upacara pelepasan Amanputra Bikers ke Golden Triangle... sempat juga en.hubby selitkan dengan kek harijadi sebagai kejutan buat saya. Acara ini dibuat di The Big Bike Shop.


Memang rasa sangat istimewalah hari ni....hehehe...dah tersengeh-sengeh sampai ke telinga dah ni. Patutlah awal pagi tadi dah buat lakonan, konon-konon cari pasal dengan saya. Memang berhasillah lakonannya sebab dah berjaya buat saya hangin satu badan. Rupa-rupanya sudah ada sesuatu yang dah dirancang untuk saya...memang tak sangka.

Terima kasih yang tak terhingga untuk en.hubby tersayang kerana memberi saya kebahagiaan seperti hari ini. Moga kebahagiaan ini akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Untuk Amanputra Bikers....dan en.hubby khasnya, selamat berangkat menjayakan misi ride ke Golden Triangle tengahmalam ini. Semoga selamat pergi dan selamat balik...insyaallah...

Upacara pelepasan oleh Abang Berahim (orang kuat The Big Bike Shop)


The Bikers

Mem-mem Bikers yang kena tinggal...huhuhu



Amanputra Bikers bersama keluarga dan rakan-rakan yang memberikan sokongan


En.hubby akan kesana selama 10 hari bermula esok. Selama itulah tinggal saya bertiga-tigaan dengan anak-anak. Hmmm...

:: 34 ::

Ya Allah Ya Tuhanku...
Hari ini, hari yang bermakna buatku...
Hari ini usiaku bertambah lagi...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Terima kasih kerana panjangkan usiaku...
Terima kasih kerana nikmatMu ini...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Di usia ini...
Aku mohon...
Berkatilah hidupku ini...
Lapangkanlah pintu rezekiku...
Luruskanlah hatiku hanya pada jalanMu...
Ampunkanlah segala dosa-dosaku padaMu...
Berikanlah kebahagiaan sepanjang aku menjalani kehidupan...
Kurniakanlah kepadaku anak-anak yang soleh dan solehah...
Jadikanlah aku wanita mulia disisiMu...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Sesungguhnya terlalu banyak yang aku pinta padaMu...
Meski tidak banyak yang aku berikan padaMu...
Meskipun aku sering lalai dalam memperjuangkan hakMu...
Meskipun aku terkadang leka dalam nikmat kurniaan dariMu...
Sesungguhnya aku hamba yang hina disisiMu...

Ku mohon sungguh-sungguh padaMu...
Ku ingin kembali mendampingiMu...

Monday, April 05, 2010

:: Jauh Perjalanan Luas Pandangan – Bhg. 2 ::


Hari ketiga di KK. Awal-awal lagi bangun, bersarapan di hotel. Dari hotel kami ke Jesselton Point untuk aktiviti ke pulau. Di KK juga menyediakan aktiviti island hopping ke Taman Marine Tunku Abdul Rahman yang terdiri dari beberapa buah pulau untuk dilawati antaranya Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, Pulau Gaya dan Pulau Sulug. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke hanya satu pulau saja iaitu Pulau Manukan. Bayaran yang dikenakan untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak hanya RM58. Di Jesselton Point anda boleh memilih mana-mana syarikat bot yang menawarkan perkhidmatan island hopping ini. Telah berjanji dengan pemandu bot untuk mengambil kami selepas 2 jam.

Perjalanan menaiki bot ke Pulau Manukan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sekali lagi kekaguman kepada Allah s.w.t kami panjatkan kerana keindahan yang sangat luar biasa yang dapat kami nikmati. Walaupun dalam panas terik, keindahan pulau, lautan di perairan Sabah masih kelihatan sangat cantik dan indah.

Sampai di jeti pulau, kelihatan dengan jelas pelbagai jenis ikan laut berenang-renang berkumpul dengan sangat banyaknya...subhanallahhhh... cantik.


En. Hubby geram saja tengok, tapi papan tanda ‘Tidak dibenarkan memancing’ sudah terang-terang terpampang. Kalau tidak rasanya dah lama dah jadi port memancing.

Untuk masuk ke pulau ini juga ada bayaran yang dikenakan. Anak-anak waktu ini sudah membayangkan keterujaan untuk bercanda mandi-manda di pantai. Biarlah cuaca panas terik membahang semua itu tidak menjadi halangan. Tapi, nasib adik agak tidak baik sebab tak sampai 5 minit menyelam dalam air laut, dia sudah terkena sengatan sang obor-obor.

Patutlah tadi ada seorang tourist guard pesan pada saya supaya berhati-hati, sebabnya waktu kami kesana tu sedang musim obor-obor. Hmmm....potong stim betullah. Habis merah-merah paha si adik penangan obor-obor. Mujur juga saya bawa first-aid kit, sapukan dia krim antibiotik. Itupun dia dah nangis-nangis sebab pedih... yelahkan... luka kalau dah kena air masin mau tak pedih. Dan-dan tu jugaklah dia dah tak nak mandi pantai, hanya main di gigi-gigi pantai saja... sama macam ibunya yang memang tak berani dengan air ni hehehe...

Kerana bimbang dengan sengatan sang obor-obor, acara mandi pantai pun tidak boleh nak lama-lama sangat. Si abang dah siap muncung panjang bila abahnya ajak jalan-jalan pusing pulau. Dia rasa tak puas mandi le tu, tapi nak buat macamanakan... kami lebih bimbangkan keselamatannya jadi harus juga bertegas.

Pulaunya tidaklah begitu besar jadi sekejap saja dah habis pusing, ambil-ambil gambar sementara menunggu en. Bot datang ambil kami. Waktu balik dalam bot, si adik boleh siap tidur, air liur siap meleleh lagi...letih sangat agaknya. Memang kena gelak dengan abang habis-habisan le...hihihi...


Sampai Jesselton Point, terus cari tempat makan. Masing-masing dah letih, ditambah dengan kepanasan lagi, kami beli tapau saja balik makan di hotel. Anak-anak boleh sambung mandi lagi kat dalam bilik hotel... lepas geram hahaha... Yang ibu dan abah, buat apa lagi...buat taik mata le. Perut dah kenyang, badan dah letih...apa yang lebih sedap lagi kalau bukan berulit di tempat tidur hahaha...

Cerita pasal mandi... di hotel yang kami duduk ni sebenarnya ada kolam juga. Tapi dari awal-awal lagi kami tak bagitahu anak-anak pun. Walaupun diorang dok sibuk tanya, kami buat tak tahu saja. Petang waktu ibu dan abah dok sedap-sedap tidur tu, si adik dalam diam-diam lepas berendam dalam bilik air dok panjat kerusi mengintai keluar tingkap. Mujurlah dia tak pandai nak buka tingkap tu, kalau tak, mau dijenguknya keluar...makaihhh...bahaya betul budak ni. Tup-tup dalam dok mengintai keluar tu dia sudah nampak itu kolam mandi hahaha.... riuh-rendah dia buat hebahan rancangan kat abang dia. Lepas tu dua-dua sibuk melalak ajak mandi kolam...hishhh... Dah nama pun bercuti kannn.... saya pun layan sajale bebudak tu, turun tingkat 3 mandi kolam. Yang si abah dok sedap buat taik mata... tak boleh jadi ni. Kebetulan saya terlupa nak bawa turun pelampung bebudak tu, jadi saja nak kenakan en.hubby, minta tolong dia bawakan. Heheheh...misi selesai, en.hubby terpaksa bangun dari perbaringannya. Mana boleh jadikan.... dia sedap-sedap tidur, kita pula nak kena jaga anak-anak, ini tidak adil!!! Hahaha...sila jaga anak sama-sama. Dah puas mandi, naik bilik. Giliran ibu dan abah pula nak mandi segarkan balik badan yang dah lesu ni.






Dalam perjalanan nak pergi makan, dua beradik tertidur keletihan yang amat.
Malam, kami makan ikan bakar di sebelah Pasar Filipina tu, yang malam sebelumnya tu blackout. Itupun, masa tengah sedap-sedap makan blackout juga sekejap.


Di sini pelbagai jenis ikan bakar boleh dipilih, ada juga sotong, udang galah bagai... Harganya agak berpatutan malah kalau pandai siap boleh tawar-menawar harganya. Lepas makan, kami pusing-pusing sekitar pasar sayuran kemudian masuk ke pasar malam berhadapan dengan Pasar Filipina.


Di sini pelbagai jenis pilihan aksesori wanita boleh didapati. Nak yang macam mana...semua ada; nak yang pearl, kristal, rantai leher, rantai tangan, brooch...pilih saja kemudian bayar hahaha...kalau pandai juga tawar-menawarkan lagi harganya... Di sini hargnya lebih murah jika nak dibandingkan dengan yang dijual di dalam Pasar Filipina. Jadi pandai-pandailah anda membuat pilihan. Saya tak beli apa-apapun untuk diri sendiri. Hanya beli untuk kawan-kawan yang pesan dan untuk anak dara gedik tu satu set gelang dan rantai pearl.


Wahhhh dia memang suka sangat le, abangnya pula yang dok muncung sepanjang malam... jelous dengan si adik. Habis tu takkan ibu nak beli set rantai ngan gelang kat abang jugakkannnn...

Dah letih jalan... balik hotel, tidur. Esok hari terakhir...

Friday, April 02, 2010

:: Jauh Perjalanan Luas Pandangan – Bhg.1 ::

Tiket AA ke KK telah ditempah sejak bulan 5 tahun lepas. Waktu tu ada promosi tambang murah. Saya pilih ke KK sebab en. Hubby dah lama teringin nak kesana. Masa saya outstation kesana dulu, dia memang dok geram saja nak ikut tapi tak dapat... ada saja halangannya. Kalau dulu saya pergi atas urusan kerja, kali ini nak berseronok-seronok pula dengan en. Hubby dan anak-anak. Memandangkan waktu kami pergi ni musim cuti sekolah, saya sudah uruskan segalanya lebih awal; tempah sewa kereta, tempahan hotel...itinerary di sana...

Kami bertolak pada 17/3, penerbangan jam 11 pagi. Syukur kerana semuanya mengikut jadual. Kami sampai KK jam 1.40 petang. Ini merupakan pengalaman pertama adik menaiki kapal terbang. Mujurlah dia pun ok saja, asyik gelak saja sepanjang penerbangan(apa yang dia rasa kelakar sangat pun tak tahulah). Cerita abang pun tak kurang kelakar juga sebabnya masa awal-awal baru berlepas dia asyik tanya saya; bila diorang nak bagi minuman. Abang tak pernah naik AA, dulu dia naik MAS masa nak balik KL dari KT. Jadi dia ingat AA ni macam MAS le, ada servis minuman ringan hahaha....sabar jelah. Tidak mahu menghampakan anak-anak, kami beli le air kat atas tu. Cukup air saja, nak makan nanti bila sampai hehehe (kejamkannn).

Waktu sampai airport, kereta yang kami sewa dah ada menunggu. Macam ni punya servis le bestkan. Semuanya on time...setakat ni puas hati dan lega. Ambil kereta, tengok-tengok keadaan kereta, dah puas hati, selesaikan bayaran terus kami gerak ke Kundasang. Hari pertama ni kami akan bermalam di Strawbery Garden Hotel, Kundasang. Perjalanan dari KK ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. En. Hubby seronok bawa kereta di Sabah ni sebab, tak ada berebu-rebut nak laju-laju. Semuanya cool dan steady saja. Jalan ke Kundasang melalui Tuaran, Tamparuli pun tenang-tenang saja.
Perjalanan ke Kundasang hanya berpandukan papan tanda dan pengalaman saya kesini dulu.



Alhamdulillahhh kami sampai dengan selamatnya, terus check-in hotel. Hotel ni kategori hotel bajet sahaja; bagi kami oklah untuk tidur, mandi-manda dan berehat untuk satu malam. Saya pilih hotel ni juga sebab ada kebun strawberry dan kebun bunga ros yang memang nampak cantik, hidup subur, segar-bugar di tanah tinggi ni. Aman damai dan segar saja rasanya... Selepas check-in kami keluar ke pekan Ranau untuk makan. Masa ni perut masing-masing dah lapar sangat. Memang anak-anak pun dah bising. Untuk ke pekan Ranau hanya mengambil masa 20 minit saja memandu kereta. Ranau hanya sebuah pekan kecil, tapi menjadi tumpuan penduduk tempatan yang berdekatan terutamanya dari Kundasang untuk mendapatkan barangan keperluan harian dan menguruskan segala urusan. Kami balik ke hotel waktu hari sudah menjelang senja. Sempat juga singgah di pekan Kundasang beli buah-buahan. Di sini banyak gerai buah-buahan dan sayur-sayuran segar.



Masa nilah kami dapat lihat pemandangan indah ciptaan Tuhan; puncak Gunung Kinabalu sayup mata memandang. Pengalaman pertama en.Hubby menikmati pemandangan yang sangat indah ini dan pastinya tidak lupa merakamkan momen indah ini. Subhanallahhhh...indah sungguh ciptaan Tuhan.

Anak-anak pun kelihatan sangat teruja sekali. Malamnya kami hanya berehat di bilik sambil menikmati buah-buahan potong yang dibeli tadi. Suasana sangat nyaman dan dingin sekali, tidak perlu pendingin hawa mahupun kipas. Kesejukan asli begitu meresap mencengkam tulang-temulang sampailah ke pagi.





Di sini waktunya sejam lebih awal dari Semenanjung. Jadi haruslah bangun lebih awal kerana waktu Subuh di sini jam 4.30 pagi. Dugaan betul nak bangun dengan cuaca dingin sejuk lagi mendamaikan. Masa ni berselubung dengan selimut lagi sedap rasanya...masyaallah...harus paksa diri. Satu lagi dugaan, air paipnya sangatlah sejuk, terasa ngilu saja bila terkena barisan gigi-gigi. Harus juga menggagahkan diri huhuhu...Pukul 6 pagi di sini sudah seperti pukul 7 di Semenanjung, sudah hampir terang-benderang. Gerak anak-anak semua bangun mandi, banyak lagi program yang menanti. Pagi ini kami akan terus check-out, tapi sebelum itu kami dibawa melawat kebun strawberry dan bunga ros. Hishhh....gerammm tengok buah-buah strawberry, rasa macam nak petik saja, tapi tidak dibenarkan ya! Sebelah kebun strawberry, kebun bunga ros.




Bermacam-macam spesis warna bunga ros yang ditanam. Cantikkkkk sangat, pun tak boleh dipetik ya! Geram...geram... Mengikut pemilik hotel, kebiasaannya buah strawberry yang dipetik terus dari ladang akan diletakkan dan dijual di cafe selepas jam 9 pagi. Hmmm...nampaknya tak ada rezeki kami kali ini untuk menikmati buah strawberry segar terus dari ladang.



Kami bersarapan pagi di pekan Kundasang, di sebuah restoran berhadapan betul-betul dengan gunung Kinabalu. Tapi waktu ni tak dapat tengok puncak sebab dilitupi kabus tebal.


Lepas sarapan, kami ke Kundasang War Memorial. Memorial ini dibina khas untuk mengingati mereka yang terkorban sewaktu berjuang pada perang Dunia Kedua terutamanya askar British dan Australia.


Di sini ada tiga taman yang dibina iaitu British Garden, Borneo Garden dan Australian Garden. Di taman ini anda boleh temui pelbagai jenis spesis bunga-bungaan yang tumbuh segar.


Di tingkat atas sekali anda dapat menikmati udara nyaman Kundasang dan dapat melihat seluruh Kundasang yang berbukit-bukau saujana mata memandang.


Kami teruskan perjalanan ke Desa Dairy Farm. Harus naik mendaki bukit lebih tinggi dan jauh ke dalam.




Di sini sekali lagi kami menikmati pemandangan yang sangat indah sambil menikmati susu segar terbaik dari ladang. Sayang juga tidak dapat minum susu perahan sendiri kerana aktiviti perahan susu hanya dibuka pada jam 3 petang sahaja. Susu segar ini hanya dipasarkan di seluruh negeri Sabah dan Sarawak sahaja.




Turun dari Dairy Farm, kami terus ke Poring Hot Spring. Untuk kesana dari Kundasang melalui pekan Ranau mengambil masa lebih kurang 40 minit perjalanan. Apa yang ada di sini? Selain dari kolam air panas, ada pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan.



Tidak mahu kolam air panas boleh mandi di slide pool (anak-anak saja mandi di sini). Sementara saya menemani anak-anak bersukaria berendam dalam kolam, en. Hubby buat rondaan untuk merakamkan momen-momen indah yang ada di sini.


Di sini anda boleh berkelah di air terjun (jalan masuk jauh ke dalam hutan sikit). Tapi en.hubby cakap air terjun yang mengalir tidak meriah dan kurang cantik mencacatkan pemandangan disebabkan cuaca panas (masalah kemarau sebabkan kekurangan air).


Boleh juga merasai canopy walk ( melalui titi gantung), ada 3 stesen dan untuk sampai ke setiap stesen ni memang mencabar betul lagi-lagi untuk mereka yang gayat macam saya. Kalau nak rasa anda lebih tinggi daripada pokok-pokok di dalam hutan tu bolehlah cuba canopy walk ni. Jika berminat dengan rama-rama, anda juga boleh mengunjungi Taman Rama-rama. Tapi nak masuk kena bayar juga. Dah puas di Hot Spring kami singgah pekan Ranau sekali lagi untuk makan tengahari jam 2.30 petang.

Dalam perjalanan untuk turun ke KK, kami singgah pula Kinabalu Park. Di sinilah semua para pendaki Gunung Kinabalu memulakan pendakian. Selain dari sini, pendakian juga boleh dimulakan dari Mesilau. Kalau nak mendaki gunung ada bayaran khas dan anda harus naik ke Timpohon Gate (permulaan stesen pendakian). Kami masuk Kinabalu Park dengan kereta terus ke Timpohon Gate.


Dari sini, puncak gunung Kinabalu kelihatan jelas dengan gahnya. Kerana kekaguman yang teramat, en.hubby sudah menanam tekad untuk merancang ekspidisi mendaki Gunung Kinabalu pula selepas ini bersama Amanputra Hikers. Kami ronda pusing-pusing dalam Kinabalu Park lebih kurang sejam lebih juga kemudian teruskan perjalanan ke KK. Dalam perjalanan menuruni bukit ini, tiba-tiba hujan lebat pula melimpahi bumi. Perjalanan kami agak terbatas kerana kabus tebal hingga terpaksa memasang lampu hazard untuk keselamatan. Kami sampai KK dalam pukul 6 petang dan terus ke Hotel Tang Dynasti untuk check-in. Urusan pendaftaran tidak mengambil masa yang lama memandangkan tempahan awal telah dibuat. Waktu ini lega rasanya dapat berehat setelah seharian penuh dengan aktiviti.

Kami keluar semula ke Bandar KK untuk makan malam sambil pusing-pusing Bandar. Pada awalnya bercadang untuk makan di satu tempat yang telah direkomenkan oleh seorang kawan. Tapi bila kami sampai kat tempat tu, Nampak gelap saja. Rupa-rupanya blackout. Eh! Macamana nak makan dalam gelap macam tu kannnn. En.hubby terus calling-calling kawan dia bertanyakan tempat makan lain lagi yang ada di KK ni.



Akhirnya malam pertama di KK kami makan di Tanjung Aru. Boleh tahan sajalah makanan dan harganya. Selepas makan kami ronda-ronda sekejap kemudian terus balik hotel, tidur. Kena caj tenaga untuk meneruskan aktiviti hari esok...