Tuesday, April 13, 2010

:: Keletihan yang amat ::

Hari ini baru hari Selasa tapi mental dan fizikal saya sudah terasa keletihan yang amat. Sudah lama saya tidak memandu kereta berhari-hari macam ni, kaki mula terasa lenguh di sana dan di sini. Sebelum ni asyik jadi mem besar...pergi balik kerja semua dihantar dan dijemput. Sesekali bila kena tinggal lama macam ni memang terasa mengah macam sedang berlumba lari jarak jauh 400 meter pula. Kerja di rumah tetap harus dilangsaikan, dicampur pula dengan kerenah anak-anak yang pelbagai ragam tu...hmmm...dah rasa macam berlatih vokal pula. Kejap suara slow...kejap kena high pitch...dek perangai budak dua orang yang kadang-kadang tak berapa nak dengar cakap. Wahai hati dan jiwa...moga dapatlah dikau bersabar...mengharungi semua ini.

Awal-awal pagi memang tak ada masalah, malah bahagia menyelubungi jiwa sebab semuanya mudah saja menurut kata. Memang tidak ada adegan mengusik jiwa, meruntun hati...menangis sendu sebab susah nak bangun pagi ke apa ke...sememangnya aman damai lah...tapi menjelang petang saja, bila dah sampai rumah, adegan yang tak ingin dilihat itulah yang terjadi. Si abang ni semakin kuat pula mengusik si adik sampai menangis, menjerit segala bagai...Ibu bila dah geram sangat...hah! memang suara dah macam Ziana Zain sedang nyanyi lagu Madah Berhelah pula...siap meneran lagi tu sampai serak-serak suara jadinya. Kadang-kadang tu anak-anak yang tengah gaduh 'mesra' boleh terdiam bila tengok ibu dah lain macam. Nasib baik ibu tak bertukar muka jadi hijau macam Incredible Hulk. Bila dah sampai macam tu, tau pula budak 2 orang duduk diam...tapi diam sesaat jelah...sesaat kemudian dah buat siaran ulangan balik adegan yang tak ingin ibu lihat tu....Wahai hati dan jiwa...kau masih perlu banyak bersabar dan beristighfar...

Setelah mengharungi semua ini sepanjang hari, memang jiwa dah tak boleh nak tolak ansur. Hajat di hati nak berjalan-jalan dalam tenet, lawat blog orang...usai anak semua masuk tidur... alih-alih diri sendiri boleh terlelap sampai ke pagi. Surat khabar yang dibeli hari-hari pun belum berjaya disentuh isinya. Novel pun dok bersusun saja dalam rak menunggu giliran untuk dibaca, walaupun hati sudah meronta-ronta nak mengulitnya.

Sekarang ni pun saya dah mula mengira hari...cepat le balik wahai en.hubby. Ayang dah rindu abang ni huhuhu...

No comments: