Friday, April 09, 2010

:: dah mula dah... ::

Belum pun sampai beberapa jam abahnya meninggalkan rumah... 2 orang anak kesayangan sudah mula buat perangai. Begitulah kebiasaannya... bila abahnya tak ada di rumah, ada saja yang nak cari pasal dengan ibu.
Tabiat biasa yang entah apa-apa ni dimulakan oleh si abang. Bangun pagi nak pergi sekolah je dah mula dah. Ada saja yang tak kena. Puas le ibu berbaik sangka, pujuk-memujuk, keluar ayat paling sopan... tapi memang jenis tak makan saman. Sehingga bikin ibu sudah naik angin. Perkara kecil dia besar-besarkan... yang kita tak bagi tu le dia nak buat, yang kita suruh dia le pembangkang paling hebat. Perangai dia lagi-lagi bila abahnya tak ada memang sangat menguji mental dan fizikal seorang ibu ini...huhuhu... siap le 9 hari lagi.

Petang lepas ambil semua di sekolah, giliran si adik pula keluarkan perangai-perangai 'cantik'nya. Tapi adik agak kurang sikit, sebab masih makan saman. Tup-tup bila adik dah ok... eh.. bergilir-gilir pula korang buat perangai ye.

Malam lepas Maghrib, abang yang dah nampak sangat ok petang tadi sudah bertukar. Hah... ibu panas... panas...nak air... nak air...mahu kasi sejuk hatiku ini. Malam ni paling dasyat dan sampai klimaks...abang boleh nangis tahap gaban kena pukul...walaupun satu jentik pun tidak menjengah di mana-mana bahagian badannya pun. Arggghhhh....masyaallahhh... saya pula seperti mahu menangis. Namun dikuatkan hati ini... saya biarkan dia untuk bersendiri melayan sendu tangisnya...dah lama sikit tu baru saya pujuk. Ajak semua makan...alhamdulillah... sudah ada tenang di wajah-wajah kesayangan hamba...perghhh... hari yang sangat mencabar minda seorang ibu. Mungkin episod hari ini sudah berakhir.... namun apa pula cerita tentang esok ya?

No comments: