Tuesday, April 26, 2011

:: Berpeluhhh!!!...phewwww::

Baru balik dari latihan line dancing ni. Tadi petang nampak macam hujan hendak turun sahaja, ingatkan mungkin tak jadi lagilah latihan malam ni. Tapi awan yang kandung air belum sampai tempat sejukrupa-rupanya, belum tiba masanya untuk cair menyimbah bumi.

Cuaca tersangat panas malam ni. Baru beberapa langkah tari diatur, berkeringat sudah seluruh badan. Puas dapat berpeluh-peluh macam ni, walau seminggu hanya sekali. Tapi kannn... makin lama makin kuranglah ahli line dancing ni. Macam malam ni, kami hanya bertiga... kak ita, jayn dan saya. Kak Nani tu bagi canlah sebab hari ini harijadi dia. Dia keluar makan dengan keluarga sambut harijadi. Maknanya...campur kak nani, jadi 4 orang sahaja. Mana pergi yang lain? Awal-awal dulu bersemangat waja betul.

Sedihlah sekarang ni, semangat pun boleh hilang. Tapi hendak buat macamana kannn... mungkin masing-masing ada komitmen yang lebih penting yang harus diutamakan. Tidak mengapalah, yang penting saya tidak mahu lepaskan peluang ini sebab saya memang minat dan dalam masa sama dapat bersenam, berpeluh jaga kesihatan.... caiyokkk!!! caiyokkk!!!

Monday, April 25, 2011

:: Hari ini baru Isnin... tak sabar tunggu Jumaat ::

Sabar... sabar... sikit hari sahaja lagi, kita balik SP sekali lagi. Yeyyy!!! Yeeehaaaa.... hahaha... Mulanya tadi pagi tak perasan langsung yang minggu ni sudah masuk hujung bulan April. Rupa-rupanya hujung minggu ini kita akan bercuti panjang sikiiitttt ... 3 hari, dari Sabtu sampai Isnin kannn. Oklah tu.

Kami akan balik SP.... en. hubby, anak-anak, maksu, paklang, paklong, luqman.... wahhhh seronoknya dapat kumpul ramai-ramai lagi. Mak buat kenduri kesyukuran, tahlil, doa selamat sempena menunaikan hajat yang bakal terlaksana hujung Mei nanti.... insyaallahhh. Moga-moga segalanya dipermudah dan diberkati olehNya.


p/s: patutlah en.hubby asyik tanya, bila hendak bawa kereta pergi servis. Hmmmm... minggu ni jugaklah nampaknya sebab nak jalan jauh lagi.

Sunday, April 24, 2011

:: Durian...ohhh...durian::


Hari ini sudah melepaskan hajat menikmati durian... meskipun bukan Musang King. Dapat rasa durian 604 pun jadilahhh.... syukur alhamdulillahhh. Walaupun kami terpaksa meredah hujan lebat, ternyata semangat hendak makan durian lebih kuat hehehe....

En. hubby balik dari pejabat tadi petang terus gerak ke USJ 19. Memang sudah nampak tanda-tanda hujan hendak turun tu, tapi tak kisahlah kannn... kita redah sahajalah. Sampai USJ saja terus hujan lebat-selebatnya. Kononnya hendak makan durian kat sana, alih-alih terpaksa beli bawa balik makan di rumah.


Durian terpilih... sekilo rm18. Katanya Musang King sudah tidak ada, maklumlah sudah dihujung-hujung musim.


Sudah pilih-pilih, ditimbang kemudian dibungkus bawa balik. Waktu ini hujan masih lebat.


Si abang inilah yang mengidammmmm sangat hendak makan durian.


Budak kecil ini, sebelum ini memang tak suka makan durian. Tapi sekarang ni.... hmmm... boleh tahan juga.


Saturday, April 23, 2011

Ingatkan dapat duduk rumah santai-santai satu hari ni. Hmmm....alih-alih keluar juga tengahari tadi ikut en.hubby pergi Beranang. Adalahhhh urusan sikit. Mujurlah segala kerja rumah dah siap awal-awal lagi.


Urusan di Beranang mengambil masa yang agak lama juga, hampir 3 jam. Dengan cuaca yang panas membahang memang sangat meletihkan badan, asyiklah dahaga sahaja. Tapi tidak mengapalahkan.... semoga kesabaran ini membuahkan hasil yang positif... insyaallahhh.




Sambil menunggu, si adik melayan kebosanan, bermain dengan kucing. Si kecil ni memang sukaaaaa sangat dengan kucing. Sedap sahaja kucing tu tidur dibelai-belai adik.


Dari Beranang, terus pergi Bangi makan tengahari meski waktu sudah menginjak Asar. Tiba-tiba teringat air istimewa restoran d'Limau Nipis, terasa-rasa sahaja ditekak....maka terus sahajalah kesana.



Air apalagi yang dipesan kalau bukan air d'limau istimewa ini.

Selalunya kami pergi makan tengahari, ambil nasi campur sahaja. Kali ini kita makan yang goreng panas-panas pula. Boleh tahan juga rasanya.... sedap. Saya makan nasi goreng ikan masin.



En.hubby makan nasi goreng limau nipis. Sedap juga ni.


Tapikan... sedih sikitlah waktu balik rumah tadi sebab hujan yang turun selebat-lebatnya telah membuatkan segala kain baju yang dijemur habis basah lencun semuanya huhuhu.... Dengan kasut sekolah si abang juga turut basah. Hmmm... apa nak buatkan... reda sahajalahhh. Hujan itukan rahmat...

:: Sabtu yang indah... ::

[sumber : mr.google]


Hahahaha.... rasa lega sangat. Akhirnya dapat juga berada di rumah pada hujung minggu setelah lebih beberapa minggu tidak terjadi begitu. Kebelakangan ini, asal tiba hari minggu ada sahaja aktiviti yang memaksa kami untuk tidak berada di rumah. Sudahlah hari-hari bekerja dan bersekolah hanya berada di rumah sebelah malam sahaja kannn.


Rindunyaaaa!!!! suasana begini. Dan yang lebih penting, dapatlah mengemas rumah yang sudah berdebu, bersawang segala bagai. Owh!!! sangat kasihan dengan rumahku ini.... sudah terabai sahaja gayanya.


Rasa hendak buat macam-macam. Tapi tidak mengapalah, kita selesaikan satu-persatu ye....


Oh ya.... Pesta Buku Antarabangsa KL(PBAKL) sudah pun bermula kannn. Hati meronta-ronta ni tak sabar hendak pergi. Pun tidak mengapa sabar... sabar... sudah merencana dengan maksu minggu hadapan.... PWTC!!! nantikan kedatangan saya ye!!!!

Sunday, April 17, 2011

:: DY Wall Deco ::

Dinding rumah anda masih kosong? Masih tercari-cari idea untuk mengisi ruang kosong dinding rumah, kubikel, kedai anda? Mungkin DY Wall Deco dapat memenuhi citarasa anda. Dengan harga yang sangat berpatutan, ianya pasti menarik perhatian anda yang inginkan kelainan dan privasi. DY Wall Deco menyediakan pelbagai pilihan dan corak fabrik untuk pelanggan mengikut citarasa masing-masing. Hiasan dinding juga boleh ditempah dengan pelbagai saiz yang anda inginkan. Pendek kata semuanya boleh dibawa berbincang.

Antara corak fabrik yang disediakan... Corak abstrak dengan warna-warna natural Corak dedaun Pelbagai lagi Boleh juga tempah mengikut saiz yang pelanggan inginkan

Terbaru di DY Wall Deco adalah customade wall deco dengan lukisan tangan. Waktu saya sedang tercari-cari apa hadiah untuk diberi kepada en.hubby sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10.... akhirnya saya temui di DY Wall Deco. Saya ingnkan kelainan dan menjadikan satu kenangan indah sepanjang 10 tahun, maka saya semadikan dalam hiasan dinding ini. Menarik bukan? Saya sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi.

Anda juga boleh dengan hanya menghubungi Dy Wall Deco. Boleh juga dijadikan hadiah untuk kawan-kawan yang baru berkahwin ataupun yang baru pindah rumah. Hanya beri sahaja gambar dan DY Wall Deco akan merealisasikan hasrat anda. Sangat istimewa dan eksklusif!

Hasil kerja tangan DY Wall Deco

Gambar asal yang saya beri


Jadi, tunggu apa lagi. Kunjungilah DY Wall Deco dan buat tempahan anda sekarang!!!


:: Perancangan yang tiba-tiba... ::

Tiba-tiba sahaja kami anak-beranak menghabiskan cuti hujung minggu di SP. Yey!!! kami balik kampung!!! Tanpa perancangan awal, tidak ada ura-ura pun.... sesungguhnya perancangan Allah itu lebih hebat.

Maka dapatlah saya berjumpa dengan bonda tercinta.... yang dirindu, diingati selalu. Macamana boleh tergerak untuk balik ye? Hmmm... itulah kan. Kalau sudah begitu takdirnya maka begitulah yang terjadi sepertimana yang dikehendakiNya. Yang sebenarnya ada urusan sedikit perihal pemergian bonda tercinta ke Mekah bulan 5 nanti..... insyaallahhh. Ibu, abang dan adik teman maksu balik SP.

Alhamdulillahhhh.... dapat jumpa mak. Mak pun sebenarnya kurang sihat jadi bila kami semua balik ni dia rasa macam kuat sikit. Tapi itulah hari ini sudah hendak balik, tinggallah mak seorang lagi. Urusan pun sudah selesai, syukur walau ada rintangannya.

Paling seronok sebab si abang sudah dapat merasa pengat labu yang telah sekian lama diidamnya. Ibu pun tumpang sekakilahhh... sedap betullah pengat labu+ubi yang mak buat ni.

Friday, April 15, 2011

:: Phuket Bike Week 2011 ::

Lokasi Phuket Bike Weeks kali ini betul-betul di Patong Beach. Sebab itulah en.hubby dan kawan-kawan tempah hotel di Patong.


Lewat petang itu, selepas rehat-rehat sekejap di bilik, saya dan en.hubby terus keluar jalan-jalan ke lokasi Phuket Bike Weeks. Tak perlu naik motor, kami hanya berjalan kaki sahaja ke pantai.


Pantai-pantai di Phuket ni nampak best sebab ada banyak kerusi dan payung yang disediakan untuk berjemur di sepanjang pantai. Ramailah mat-mat saleh dan minah-minah saleh yang berjemur di sini. Bahaya untuk pandangan mata....hahaha....



Malamnya nanti ada jamuan makan besar-besaran untuk semua bikers yang datang dan berdaftar.


Sepanjang Phuket Bike Weeks yang berlangung ini, ada banyaklah gerai-gerai jualan. Kebanyakannya jualan aksesori-aksesori untuk para bikerslahhh.



Masa ini juga boleh tengok bermacam-macam jenis motor superbike berkuasa tinggi.



Motor Harley Davidson sahaja ada bermacam-macam jenis dan model.



Unik...



Saya dan en.hubby puas ronda-ronda sampai ke malam. Waktu ini pengunjung sudah mula ramai.



Kami tak join pun makan malam sempena Phuket Bike Weeks tu. Kami makan di restoran berdekatan dengan tempat penginapan. Lokasinya dibelakang Boomerang In sahaja. Hanya berjalan kaki juga kesana.



Nama restoran Kusuma Seafood. Harga boleh tahan...murah. Yang penting halallah kannn, sebab ia milik orang Muslim. Ramai pengunjung makan di sini terutamanya orang Malaysia sebab hendak cari makanan halal di sini macam agak susah sikit bagi yang belum biasa.


Lepas makan, saya, en.hubby, Remy dan Fiza jalan-jalan lagi ke lokasi Bike Weeks. Padahalkan, waktu ini saya memang sudah rasa penat teramat-amat sangat. Mata memang macam dah tak boleh nak buka dah, tapi kugagahkan jua. Jalan-jalan sekejap sahaja, terus balik hotel dannnnnn tidurrrr.....


Awal-awal pagi esoknya sudah bangun. Hari untuk kami balik. En.hubby dan kawan-kawan akan meneruskan lagi perjalanan mereka. Diorang bertolak awal, tinggallah saya dan Fiza sebab penerbangan balik kami jam 1.35 petang.


Pagi itu, saya dan Fiza berjalan kaki di Patong mencari kedai makanan halal untuk bersarapan. Alhamdulillah.... berjumpa juga setelah berpecah-peluh berkeringat.


Kami makan nasi kuning. Ada lauk ayam masak apa entah. Ada sup dan juga sayur salad berserta sambal.



Jam sepuluh lebih kami menaiki tut tut menuju ke airport. Tambang tut tut dari Patong ke airport adalah 600B. Best juga naik tut tut, rasa macam pusing pulau Phuket pula hihihi... Tut tut boleh tahan juga lajunya. Hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja untuk sampai ke airport.



Urusan check-in selesai, kami meronda-ronda sekitar airport sementara menunggu penerbangan balik.




Alih-alihkan.... lagi setengah jam sebelum boarding, dengar pengumuman yang penerbangan kami tertunda. Mujurlah tak lama sangat, tunda dalam setengah jam sahaja. Alhamdulillahhhh selamat sampat LCCT lebih kurang jam 5 petang.


Kalau hendak diikutkan memanglah tak puaskan. Tapi bersyukurlah dapat juga merasa jalan-jalan di tempat orang. Insyaallah.... kalau ada rezeki rasa hendak pergi lagi dan kali ini mesti pergi lama sikit. Banyak aktiviti dengarnya yang boleh dibuat di sana.

:: Sehari Semalam @ Phuket ::

Ini cerita hujung minggu, 2 ke 3 minggu yang lepas. Akhirnya saya telah merasmikan passport saya dengan mengunjungi Phuket. Yang paling best tu bercuti sehari semalam sahaja.... hehehe.... Oklah kan... sekurang-kurangnya saya sudah menjejakkan kaki ke Phuket.... ecewahhh.

Hmmm... apalah yang boleh dibuat sehari semalam kan. Anda sudah berada di sebuah pulau yang memang popular di kalangan pelancong, malah pulau ini memang sentiasa penuh dengan pelancong-pelancong dari seluruh dunia. Tetapi disebabkan, hanya ada sehari semalam sahaja maka haruslah setiap ketika dan saat itu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Tiket penerbangan telah ditempah awal Januari lagi. Sebabnya masa tu en.hubby dan kawan-kawan bikers sudah merancang hendak ride kesana sempena Phuket Bike Weeks 2011. Saya dan Fiza tak mahu ikut naik motor disebabkan beberapa faktor. Maka kami ambil keputusan nak kapal terbang Air Asia (masa tempah tiket tu AA saja yang murah sikitttt).


Kami bertolak ke Phuket dengan penerbangan AA jam 7.25 pagi dan sampai di Phuket 8.30 pagi (waktu Malaysia). Perbezaan waktu Phuket, Malaysia awal sejam.



Waktu ini en.hubby dan kawan-kawan sudah pun sampai Phuket sehari sebelum. Kononnya bila kami sampai tu mereka hendak datang ambil di airport tapi yang jadi sebaliknyalah pula. Saya dan Fiza naik mini bas dari airport ke Patong dengan bayaran 150B. 150B bersamaan dengan rm15. Perjalanan dari airport ke Patong mengambil masa lebih kurang satu jam. Puaslah tengok keliling..... jumpa ladang getah, ladang nenas, kebun kelapa segala bagai...




Kami menginap di Boomerang In dengan kadar rm150 untuk 2 malam. Murahkan... ala hotel biasa-biasa saja. Bolehlahhhh setakat hendak tidur semalam.




Sebaik sampai, memang tidak boleh buang masa kerana masa itu sangat emas. Kami hanya ada sehari semalam sahaja untuk meneroka Phuket....wahhhh gitu.... Untuk memudahkan penjelajahan kami di sana en.hubby sewa motorbike dengan kadar rm20 untuk sehari. Yang tak tahan tu, siap ambil motorbike warna pink.... musykil? Tapi memang seronok ronda-ronda dengan motor comel ni, sebabnya mudah sahaja untuk dikendali. Kalau tengok di bandar Phuket ni, rata-rata orang....majoritinya memang bergerak dengan motor terutamanya pelancong-pelancong asing. Senang hendak menyelit-nyelitkannn... Tapi kalau hendak merasa naik tut tut pun boleh juga.


Sebelum memulakan aktiviti, perut haruslah diisi dulukan. Mana boleh jalan-jalan makan angin dengan perut kosong. Nanti tidak pasal-pasal masuk angin keluar asap pula. Kami makan pagi merangkap makan tengahari di Saveena Food (restoran Muslim). Hendak cari restoran ni senang sahaja, sebab lokasinya betul-betul berdekatan dengan masjid. Kalau jumpa masjid, jumpalah restoran ni....hehehe... Makanannya? Alhamdulillahhhhh...boleh tahan.... pedas sambal belacannya tuh... perghhhh boleh nangis!!!



Perut sudah kenyang, hati pun senang maka tibalah masa untuk berjalan-jalan.


Tempat pertama yang kami lawati dan bermula juga acara beli-membeli adalah kedai jual t-shirt dengan harga borong. Di sini memang harganya agak murah berbanding jika dibeli di Patong. Tidak pasti pula apa nama kawasan di sini, tapi dari Patong tu kira agak jauh jugalah. Sebab ianya adalah kedai borong maka saya pun memboronglah hahaha...



Kemudian, kami menuju pula ke Rawai Beach. Jenuh sesat juga hendak kesini.



Sebab sudah pusing-pusing bandar entah berapa kali masih tak jumpa-jumpa jalan menuju ke Rawai Beach tu, maka terpaksalah mengupah pemandu pelancong bermotosikal untuk menunjukkan jalan. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak rm2 (20B).


Apa yang ada di Rawai Beach? Di sini banyak dijual barang-barang kraftangan dari hasil laut. Rantai dan gelang mutiara juga banyak dijual disini.


Hasil laut yang segar juga ada disini. Macam-macam jenis makanan laut ada dijual. Pilih sahaja mana yang berkenan, lepas tu bawa sahaja ke restoran berhadapan tu, boleh terus suruh mereka masakkan. Memang segar....


Macam-macam ada...


Saya beli segala cenderahati di Rawai Beach sebab harganya adalah lebih murah berbanding kalau beli di tengah bandar. Di sini juga saya puas makan buah nenas sebiji dengan harga rm4. Memang manis, sedappppp sangat... tak perlu letak asam pun.



Dari Rawai Beach kami gerak ke depan lagi singgah tepi benteng dekat pantai juga. Bersantai di sini sambil ambil angin, minum air melepaskan lelah. Cantik pemandangan di sini dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.... Siam hik hik hik...


Masa di sinilah, Remy belikan telur belangkas untuk Fiza yang memang teringinnnnn sangat hendak makan.

Inilah dia rupanya telur belangkas yang telah siap bakar.



Diorang siap makan dengan kerabu mangga lagi letak dalam telur belangkas tu. Saya memang tak makan le, nak cuba sikit pun rasanya tak boleh.... tiba-tiba rasa kembang tekak hihihi...

Lepas dah rehat-rehat tu, kami teruskan perjalanan lagi. Berhenti tepi jalan untuk isi minyak motor. Satu botol minyak petrol berharga rm4 (40B).




Dalam perjalanan, kami singgah pula untuk melihat gajah. Di sini, sepanjang jalan memang boleh tengok gajah sepuas-puasnya. Siap boleh bagi makan gajah lagi.




Bagi minum susu sebotol dan seraga pisang dengan bayaran rm10 (100B). Mula-mulanya saya yang pegang botol susu tu, tapi sebab saya yang kurang berani ni, en.hubby la pula yang ambil alih.


Sebab takut punya pasal, bergambar dengan gajah pun berdiri jauh-jauh sikitttt hehehe...



Gajah lagi... kalau hendak naik atas gajah pun boleh juga. Tapi tak tahulah berapa kena bayar sebab saya tak naik pun.



Pemandangan pulau dari Karon View Point.




lalalala....


Di Karon View Point ni, boleh juga bergambar dengan burung helang. Bayaran yang dikenakan adalah 100B kalau dengan kamera sendiri, 200B kalau kamera diorang.



Sepanjang jalan di atas motor...



Pemandangan Phuket...



Kami masuk balik Patong dan waktu ini hari sudah menginjak petang. Pekan yang agak sibuk.... macam-macam ada. Di sini banyak tempat-tempat untuk berurut dan spa. Boleh berurut dengan harga semurah rm20 satu jam. Tapi saya tak sempat pun hendak berurut segala bagai. Petang itu, balik bilik penginapan sekejap untuk berehat, bersihkan diri segala... Sebab lepas ini ada agenda lain pula...