Thursday, April 14, 2011

:: Buku @MPH... April ::

Tengahari tadi, selepas ambil abang di sekolah terus ke Alamanda. Tujuan asalnya adalah untuk bayar bil telefon sebab sudah kena sekat tidak boleh buat panggilan (terlebih had sudah). Selesai bayar bil.... fikirlah hendak kemana pula.

Tiba-tiba teringat rebate MPH sebanyak RM19 belum redeem lagi. Maka, kami pun kesanalah. Bahaya ni... pergi kedai buku....hmmm...kalau tidak beli buku memang tidak sah. Maka kesudahannya beginilah...3 buah buku dibawa pulang. Selepas ditolak rebate RM19, tak sampai pun RM50 yang perlu dibayar, oklah kannn


Buku ini untuk ibu...


Yang ini pula untuk adik dan...


Ini abang punya...



p/s : petang tadi waktu balik, senyap sunyi saja dalam kereta. rupa-rupanya dua beradik tu tengah khusyuk membaca. biasalah buku baru, masing-masing terujalah.... terus fokus. kalau tidak, tak adanya hendak duduk diam-diam macam tu.

No comments: